Ustaz Ebit Lew Kongsi 3 Doa Supaya Anak Dengar Kata Dan Rumah Tangga Bahagia


Semua pasangan yang mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak mengimpikan keluarga mereka bahagia dunia akhirat. Macam mana nak bahagia rumah tangga? Macam mana nak anak-anak dengar kata, baik soleh dan solehah?
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Nak bahagia kena berjuang dan berkorban
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada Allah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh  kita hidup berkeluarga.
Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 doa ini untuk bahagia
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang ALlah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekta dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan pelu cium suami/isteri dan anak-anak.
Dalam  hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua alli keluarganya memeluk Islam

The post Ustaz Ebit Lew Kongsi 3 Doa Supaya Anak Dengar Kata Dan Rumah Tangga Bahagia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ustaz-ebit-lew-kongsi-3-doa-supaya-anak-dengar-kata-dan-rumah-tangga-bahagia-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasa Bahagia Dapat Pegang Tangan Isteri Bukan Milik Kita Tapi Amanah Allah Untuk Dicintai Ustaz Ebit Lew

Rasa Bahagia Dapat Pegang Tangan Isteri Bukan Milik Kita Tapi Amanah Allah Untuk Dicintai Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 744 hits
Selepas anak anak lahir sememangnya masa suami dan isteri nak bermanja manja makin terhad Banyak masa ditumpukan untuk menguruskan anak anak yang masih kecil dan perlukan perhatian Pun begitu ia bukan alasan untuk kita baik suami atau ister...
Selalu Dipeluk Ibu Boleh Ubah Perilaku Anak Yang Tak Dengar Kata Tips Penting Dari Ustaz

Selalu Dipeluk Ibu Boleh Ubah Perilaku Anak Yang Tak Dengar Kata Tips Penting Dari Ustaz

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 454 hits
Tahukah anda anak yang kerap dipeluk ibu akan membesar sebagai individu yang positif mudah mendengar kata dan mempunyai perilaku yang baik Kenapa susah sangat nak dengar cakap Ibu Dah berapa kali ibu pesan jangan buang sampah dalam bilik Ko...
Ustaz Ebit Lew Kemalangan

Ustaz Ebit Lew Kemalangan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 305 hits
Hasbi Sidek PENCERAMAH Ustaz Ebit Lew mengalami kemalangan dekat Lebuhraya Utara Selatan di Seremban hari ini Dalam kejadian kira kira 3 pagi itu Ebit mengalami kecederaan ringan Menerusi laman Facebooknya Ebit berkata dia bersama dua lagi ...
Pendakwah Bebas Terkenal Ustaz Ebit Lew Terlibat Kemalangan

Pendakwah Bebas Terkenal Ustaz Ebit Lew Terlibat Kemalangan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 507 hits
KUALA LUMPUR Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 241 8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini awal pagi ini Dalam kejadian kira kira pukul 3 pagi itu Ebit atau ...
Heboh Kata Ular Berbisa Masuk Rumah Mungkin Jin Betul Ke Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Heboh Kata Ular Berbisa Masuk Rumah Mungkin Jin Betul Ke Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 516 hits
Setiap daripada kita pasti ada haiwan haiwan yang ditakuti namun ada sebahagian haiwan yang memang digeruni oleh sebahagian besar manusia atas alasan ia merbahayakan atau boleh mendatangkan penyakit Antara haiwan yang ditakuti ramai ialah u...
Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

Ibu Bapa Keluarga Jangan Campur Urusan Rumah Tangga Anak Menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 1158 hits
Ibu bapa keluarga jangan campur urusan rumah tangga anak menantu Inikah Yang Berlaku Pada Fizo Dan Mawar Berikutan kes penceraian antara pelakon dan usahawan Fizo Omar serta isterinya Mawar Abdul Karim ramai netizen terkejut dan tidak menya...
Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk Jangan Dua Dua Ego Baru Rumah Tangga Bahagia

Isteri Merajuk Cepatlah Pujuk Jangan Dua Dua Ego Baru Rumah Tangga Bahagia

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 399 hits
Dalam kehidupan berumah tangga dan hubungan suami isteri pasti ada pertengkaran pertelingkahan atau pergaduhan kecil yang disebabkan oleh perkara perkara tertentu yang menimbulkan kemarahan pasangan lebih lebih lagi isteri merajuk yang bias...
Biodata Ustaz Ebit Lew Insan Yang Banyak Menyantuni Masyarakat Dengan Hikmah

Biodata Ustaz Ebit Lew Insan Yang Banyak Menyantuni Masyarakat Dengan Hikmah

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 750 hits
Biodata Ustaz Ebit Lew Dengan tagline keluarga sunnah dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya Ustaz Ebit Lew disegani dalam kalanga...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025