Uss Abraham Lincoln Kembali Ke Malaysia Selepas 12 Tahun




Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz USS Abraham Lincoln (CVN 72), tiba di perairan Malaysia pada Sabtu, menandakan kunjungan bersejarah ke Port Klang selepas 12 tahun.
Menurut kenyataan Abraham Lincoln Carrier Strike Group Public Affairs, lawatan itu adalah yang pertama bagi sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia sejak 2012, menyerlahkan kesinambungan perkongsian yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, yang berakar umbi dalam hubungan rapat rakyat dengan rakyat, ekonomi dan keselamatan.
Kapal Abraham Lincoln tiba di Port Klang pada pagi Sabtu untuk persinggahan kedua dalam pelayaran operasinya bagi 2024.
Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan berkata kunjungan itu mengesahkan kepentingan Malaysia kepada AS.
“Lawatan ini menekankan komitmen bersama terhadap kestabilan serantau dan kedaulatan Malaysia, sekali gus menyediakan peluang kerjasama erat antara tentera laut kedua-dua negara dan pemimpin utama,” katanya dalam kenyataan.
Semasa berlabuh, USS Abraham Lincoln turut menerima lawatan dari tetamu kehormat Malaysia, termasuk pegawai dan media, yang diberi peluang untuk melihat operasi penerbangan dan berinteraksi dengan anggota Tentera Laut AS.
Ketika berada di pelabuhan, Abraham Lincoln akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin Malaysia untuk lawatan eksklusif, memperkukuh hubungan dua hala.
“Lawatan ke Kuala Lumpur sangat penting bagi Tentera Laut AS. Ini merupakan kali pertama kapal pengangkut pesawat melawat Malaysia dalam tempoh 12 tahun,” kata Laksamana Muda Adan Cruz, komander Carrier Strike Group (CSG) 3.
“Saya amat menghargai peluang untuk mengukuhkan perkongsian AS dan Malaysia sambil memberi peluang kepada anggota Tentera Laut dan Marin kami untuk merasai pengalaman bandar raya Kuala Lumpur yang menakjubkan.”
Lebih 4,200 anggota Tentera Laut dan Marin yang berkhidmat di atas Abraham Lincoln dijangka menikmati keindahan budaya dan sejarah Malaysia. Mereka turut dijadualkan menyertai lawatan tempatan dan menjalankan projek perhubungan komuniti (COMREL) iaitu anggota tentera itu akan menjadi sukarelawan di dapur komuniti, rumah orang tua dan rumah kanak-kanak.
Pegawai Memerintah USS Abraham Lincoln (CVN 72) Kapten Pete Riebe, turut melahirkan keterujaan untuk meneroka budaya, sejarah Malaysia dan berinteraksi dengan kumpulan komuniti tempatan serta pemimpin kerajaan.
“Bagi pihak kru Abraham Lincoln, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Port Klang dan Kuala Lumpur atas sambutan hangat dan mesra,” katanya.
Kumpulan Penyerang Kapal Pengangkut Abraham Lincoln merangkumi USS Abraham Lincoln (CVN 72), kakitangan CSG 3 dan Skuadron Pemusnah (DESRON) 21, Sayap Udara Pengangkut 9 (CVW-9), kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke seperti USS Frank E. Petersen Jr. (DDG 121), USS Spruance (DDG 111) dan USS Michael Murphy (DDG 112).
Selain itu, USS Frank E. Petersen Jr. melakukan persinggahan di Singapura, sementara USS Spruance dan USS Michael Murphy berlabuh di Thailand, menunjukkan fleksibiliti yang wujud dalam kumpulan serangan kapal pengangkut itu.
Kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burke USS O’Kane (DDG 77) dan USS Stockdale (DDG 106) kekal dikerahkan di kawasan operasi Armada Ke-5 yang menyokong operasi keselamatan maritim global.
CVW-9 terdiri daripada sembilan skuadron pesawat yang mewakili lebih 70 pesawat di atas Abraham Lincoln: dua skuadron helikopter yang mengendalikan MH-60R & MH-60S Seahawk; tiga skuadron F/A-18E/F Super Hornet; satu skuadron EA-18G Growler; satu skuadron F-35C Lightning II Kor Marin AS; Skuadron amaran awal bawaan udara Hawkeye E-2D dan C-2 Greyhound untuk logistik kapal induk.
Kumpulan Penyerang Kapal Pengangkut Abraham Lincoln kini sedang menjalankan operasi rutin di kawasan operasi Armada Ke-7 AS. Armada Ke-7 AS merupakan armada bernombor yang dikerahkan ke hadapan terbesar milik Tentera Laut AS dan kerap berinteraksi serta bekerjasama dengan sekutu dan rakan kongsi bagi mengekalkan kawasan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
Sementara itu, Tentera Laut Diraja Malaysia menerusi satu hantaran di Facebook berkata Abraham Lincoln yang tiba di Port Klang Cruise Terminal telah disambut Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Pembangunan dan Kontigensi, Laksamana Pertama Mohd Adzam Omar bersama delegasi Markas Tentera Laut dan Pusat Hidrografi Nasional.
Hadir sama Penasihat Pertahanan AS di Malaysia Kapten Pasit Somboonpakron.
Abraham Lincoln akan berada di Malaysia sehingga 27 Nov.
– Bernama


Source link
The post USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia selepas 12 tahun appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/uss-abraham-lincoln-kembali-ke-malaysia-selepas-12-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sandra Lim Tamatkan Kemarau Malaysia Selepas 53 Tahun Berjaya Ke Top 30 Miss Universe

Sandra Lim Tamatkan Kemarau Malaysia Selepas 53 Tahun Berjaya Ke Top 30 Miss Universe

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 199 hits
Pelakon dan model dari Selangor Sandra Lim tamatkan kemarau Malaysia selepas 53 tahun apabila terpilih sebagai Top 30 Miss Universe 2024 Pencapaian Sandra Lim Shue Hui itu sekali guus mencipta sejarah di pentas antarabangsa buat Malaysia di...
Amaran Jualan Besar Jualan Akhir Tahun Terbesar Di Malaysia Kembali Bermula 15 Nov 2024

Amaran Jualan Besar Jualan Akhir Tahun Terbesar Di Malaysia Kembali Bermula 15 Nov 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 223 hits
ALERT JUALAN BESAR Jualan Akhir Tahun terbesar di Malaysia kembali lagi Dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025 dapatkan tawaran hebat di seluruh negara Ambil beg anda ajak kawan kawan dan mari kita jadikan ini sebagai pengalamanshoppin...
One In A Million Kembali Semula Selepas 15 Tahun

One In A Million Kembali Semula Selepas 15 Tahun

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 373 hits
Mungkin tidak ramai generasi muda masa kini yang tahu bahasa satu ketika dahulu rancangan realiti hiburan One In A Million pernah ke udara satu ketika dahulu Setelah 15 tahun program realiti One In A Million membuat kemunculan kembali denga...
Hiburan China Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah Untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2025

Hiburan China Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah Untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2025

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 237 hits
Melalui hantaran di Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing Malaysia telah dipilih oleh China untuk dijadikan sebagai tuan rumah dalam acara Tahun Baru Cina yang pertama kali diadakan di luar negara pada 23 Januari Ad...
Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

Genting Malaysia Berhad Terima Anugerah Halal Champion Negeri Pahang Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 297 hits
SHAH ALAM Syarikat terkemuka dalam bidang rekreasi dan hospitaliti Genting Malaysia Berhad mendapat pengiktirafan sebagai Halal Champion Negeri Pahang di majlis pelancaran Halal on Track Pahang 2024 Penyerahan anugerah yang berlangsung di D...
Ibu Hamil 8 Bulan Anak 4 Tahun Tak Pulang Selepas Keluar Ke Pasar Raya

Ibu Hamil 8 Bulan Anak 4 Tahun Tak Pulang Selepas Keluar Ke Pasar Raya

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 150 hits
Asrol Awangbhnews bh com myNur Nadia bersama anak lelakinya tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli barang di Kuantan Foto ihsan Adlin Mohd ZakariaKUANTAN Seorang ibu yang sarat mengandung lapan bulan bersama anak lelaki empat tahun di...
Tengku Ampuan Pahang Kembali Bergelar Mahasiswa Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Tengku Ampuan Pahang Kembali Bergelar Mahasiswa Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 173 hits
SHAH ALAM Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi berita gembira bahawa baginda kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Perkongsian tersebut dibuat menerusi akaun rasmi TikTo...
Hiburan Moga Bangkit Kembali Motosikal Lama Pos Malaysia Dilelong Ramai Luah Rasa Sedih

Hiburan Moga Bangkit Kembali Motosikal Lama Pos Malaysia Dilelong Ramai Luah Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 219 hits
Baru baru ini Pos Malaysia ada memuat naik satu video di platform TikTok memaparkan telah melupuskan aset mereka tersendiri iaitu motosikal lama yang digunakan untuk menghantar surat Hantaran video tersebut telah meraih perhatian warganet d...
Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 164 hits
Walaupun dah lama bercinta Lee Dong hwi dan Jung Ho yeon nampaknya tiada jodoh bersama Artikel Berkaitan Menurut laporan pada 26 November Lee Dong hwi dan Jung Ho yeon telah berpisah dan kembali menjadi rakan sekerja selepas 9 tahun menjali...
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan