Usia 40 Detik Perubahan Hidup



Orang Barat mengatakan kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Sementara dalam Islam, penentu kepada kebaikan atau sebaliknya ialah pada usia 40 tahun. Manakala dari sudut psikologi pula, usia 40 tahun merupakan fasa kedua remaja.

Sesungguhnya, dalam kehidupan ini Allah SWT menjadikan sesuatu itu mengikut peringkat-peringkatnya, bagaimana sebatang pokok daripada benih kemudian membesar dan sehinggalah menjadi pohon yang tegap dan besar. Itulah lumrah kehidupan yang mana makhluk diciptakan oleh Allah juga menerusi beberapa peringkat.

Firman Allah SWT dalam surah ar-Rum ayat 54 bermaksud: "Dialah yang menciptakan kamu daripada keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban."

Menurut tafsiran al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan secara khusus mengenai dua perkara utama. Pertama, masa dan usia adalah milik mutlak Allah.
Kedua, falsafah membayangkan bahawa manusia ini tidak statik, mahu tidak mahu, akan mengalami perubahan dalam kehidupan, daripada bayi menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan mati.

Lantaran itu, Nabi Muhammad SAW sentiasa berdoa dan berpesan kepada umatnya agar sentiasa meminta perlindungan daripada Allah SWT mengenai beberapa perkara.

Pertama, meminta perlindungan daripada sifat pengecut atau takut tidak bertempat. Kedua, dilindungi daripada rasa sedih, risau, bimbang kerana ia menjadi komponen kepada kemerosotan pencapaian manusia, dan ketiga, memohon perlindungan daripada sampai ke usia nyanyuk. Jadi nyanyuk ini merupakan satu peringkat penghabisan usia manusia.

Imam Abu Hamid Mohammad bin Mohammad al-Ghazali ada menulis sebuah buku bertajuk Ayyuhal Walad yang bermaksud, Wahai Anak. Buku kecil ini hakikatnya mempunyai banyak anekdot-anekdot yang indah dan episod hebat mengenai pengalaman Imam al-Ghazali.

Kehebatan al-Ghazali ialah kerana beliau adalah seorang tokoh yang berjaya mengkombinasikan teori dengan amali sebagaimana yang dibuktikan dalam bukunya, Ensiklopedia Tasawuf.

Imam al-Ghazali mengatakan, tanda-tanda Allah SWT melupakan kita ialah apabila kita sibuk kepada perkara yang tidak mendatangkan sebarang pulangan kepada kita.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang berusia 40 tahun, amalan kebajikannya belum mengatasi amalan kejahatannya, maka bersedialah ia ke neraka Allah. (Riwayat Tabrani)

Apabila kita membandingkan atau membuat satu kajian berdasarkan kepada pengalaman, hadis ini ada logiknya. Mungkin ulama hadis mengatakan hadis ini daif, tetapi maknanya sahih atau dari sudut praktikal, amalannya tidak bercanggah dengan akidah dan dalam banyak hal, membuktikan ia betul.

Kenapa betul? Pertama, Nabi Muhammad sebelum menerima wahyu, hidup dalam keadaan tidak beragama tetapi menerima hidayahnya pada usia 40 tahun. Di sini, menjadi satu contoh yang baik untuk direnung bersama dan perkara ini tidak berlaku secara kebetulan kerana Allah SWT tidak melakukan sesuatu perkara melainkan ada hikmah dan falsafah tertentu di sebaliknya.

Selain itu, sekiranya dilihat dari segi putaran hidup manusia, boleh dikatakan pada usia 40 tahun menjadi detik penentu tentang hala tuju masa hadapan. Kalau sebelum ini kehidupannya sentiasa happy go lucky tetapi pada saat usia mencecah 40 tahun, pastinya sudah terdetik di dalam fikiran dan hatinya untuk membina keteguhan dalam banyak hal kehidupan. Contohnya, pendidikan anak-anak, pengumpulan harta dan sebagainya.

Jika kita lihat kepada tokoh-tokoh Islam selepas Baginda seperti Fakhrul Razi, merupakan seorang yang lara, hidup dalam kelalaian tetapi pada usia 40 tahun, beliau tersedar dan kesedarannya berlaku apabila beliau melihat bagaimana berhadapan dengan kematian, dan yang memeranjatkan pada usia tersebut beliau berubah dan bertukar menjadi seorang yang alim dalam ilmu tafsir.

Titik tolak perubahan yang berlaku kepada hidup seseorang itu boleh berlaku walaupun pada usia 40 tahun tetapi tidak mustahil selepas itu tidak mahu berubah, maka ia akan terus lalai dan menghabiskan usia kehidupan dengan perkara yang tidak bermanfaat kepada diri juga kepada orang sekeliling.

Malah di Barat juga, mereka mengkaji seperti di dalam buku The Magic of Thinking Big yang ditulis oleh Dr. David Schaward, ahli psikologi dan profesor di sebuah universiti. Buku beliau ini terjual lebih 10 juta cetakan. Ia membahaskan tentang proses kejayaan manusia sewal usia 20 tahun. Tetapi dari sudut kajian, menerusi beberapa orang tokoh korporat, didapati mereka berjaya dan kukuh kedudukannya adalah pada usia 40 tahun.

Kajian-kajian kemanusiaan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pembuktian terhadap kebenaran apa yang disebut di dalam hadis tadi. Bertepatan juga dengan satu teori dalam masyarakat Barat iaitu Life begins at 40 atau permulaan hidup berlaku pada usia 40 tahun.

Selain itu, orang Barat juga menganggap kecantikan seorang perempuan juga bukan pada usia 20an tetapi kecantikannya sampai pada usia 40 tahun. Kenapa? Ini kerana kecantikan tersebut dilihat dari segi holistik atau menyeluruh, iaitu bukan sahaja dari segi penampilan fizikal tetapi ia merangkumi sikap, misi dalam hidup, kejayaan mendidik anak-anak dan banyak lagi.

Oleh itu mengikut Barat pada usia 40 tahun inilah tahap atau klimaks kecantikan seseorang wanita kerana ia datang secara pakej atau sempurna.

Bahkan, budaya kerja di Perancis dan Eropah, di mana mereka sedang mencari satu penyelesaian kepada masalah kerja yang semakin menekan dan membebankan. 

Di antaranya, mencadangkan empat hari bekerja dan tiga hari rehat. Alasannya, hari pertama cuti untuk tujuan servis kenderaan, hari kedua untuk menguruskan rumah dan ketiga untuk keluarga.

Cetusan idea ini sebenarnya menjadi modal kepada satu pertubuhan hak asasi manusia yang dianggotai oleh mereka yang berusia lebih 40 tahun. Hakikatnya tidak ada sesiapa yang menolak idea ini, malah ia telah dibentangkan di Parlimen Perancis. Ini membuktikan usia 40 tahun adalah usia yang matang fikiran, tindakan dan perubahan yang membawa natijah yang baik.
Maka dalam hal ini dapat digarapkan kebenaran dan ketelusan isu yang dibincangkan. Pertama, sejarah pelantikan Baginda Rasulullah SAW, kejayaan tokoh Islam, kajian-kajian moden berasaskan analisis, statistik dan negara maju juga mengakuinya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/12/hwn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usia Menstruasi Ternyata Memiliki Hubungan Dengan Masa Hidup Wanita

Usia Menstruasi Ternyata Memiliki Hubungan Dengan Masa Hidup Wanita

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 272 hits
Berdasar sebuah penelitian semakin tua seseorang ketika haid pertama serta menopause maka semakin sedikit ancaman kesehatan yang menghantuinya
Murtaza Lionel Messi Hidup Keluarga Diancam Taliban

Murtaza Lionel Messi Hidup Keluarga Diancam Taliban

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 291 hits
Keluarga budak lelaki Afghanistan yang meraih perhatian sedunia di internet selepas bergambar dengan jersi yang dibuat daripada beg plastik untuk menyamai warna jersi wira bola sepaknya Lionel Messi kini terpaksa meninggalkan kediamannya Mu...
Mist3ri Mengenai Ikan Yang Menelan Nabi Yunus Dikatakan Masih Hidup Sehingga Sekarang Rileks Media

Mist3ri Mengenai Ikan Yang Menelan Nabi Yunus Dikatakan Masih Hidup Sehingga Sekarang Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 2003 hits
Bagi kita yang beragama Islam kisah tentang Nabi Yunus tentu bukan sesuatu yang baru lagi Ya seperti yang kamu tahu cerita ini begitu dramatis Bukan hanya soal menerima penolakan dari kaumnya Nabi Yunus juga pernah merasakan kejadian luar b...
9 Ayat Al Quran Untuk Anda Apabila Hidup Terasa Melelahkan

9 Ayat Al Quran Untuk Anda Apabila Hidup Terasa Melelahkan

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 568 hits
1 Berharap Sepenuhnya Kepada Allah Dan berserahlah kepada Allah kerana cukuplah Allah menjadi pentadbir urusanmu 2 Allah Ingin Membersihkan Hambanya Dari Dosa Dan Allah hendak menerima taubat kamu 3 Kebaikan Menghapuskan Kejahatan Sesungguh...
Tni Sebut 2 Jenazah 2 Korban Diduga Hidup Penembakan Papua Belum Ditemukan

Tni Sebut 2 Jenazah 2 Korban Diduga Hidup Penembakan Papua Belum Ditemukan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 287 hits
Satgas TNI Polri kembali menemukan satu jenazah korban penembakan pasukan pemberontak di Distrik Yigi Kabupaten Nduga Papua Jenazah berjenis kelamin pria tersebut ditemukan sekira pukul 13 00 WIT di sekitar lokasi pembantaian yakni jarak 50...
Bagaimana Ujian Hidup Meningkatkan Kebergantungan Kepada Tuhan

Bagaimana Ujian Hidup Meningkatkan Kebergantungan Kepada Tuhan

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 1193 hits
Seringkali kita mendengar keluhan demi keluhan tentang masalah yang berlaku dalam hidup Tentang kerjaya bila akan dapat kerja Tentang perjalanan menuntut ilmu berjayakah untuk menamatkannya Tentang hubungan dengan pasangan adakah akan berak...
Punya Riwayat Stroke Di Keluarga Hidup Sehat Jadi Cara Untuk Siasatinya

Punya Riwayat Stroke Di Keluarga Hidup Sehat Jadi Cara Untuk Siasatinya

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 250 hits
sebuah penelitian di Ingris mengungkapkan pola hidup yang sehat dapat membuatmu lebih terlindung dari stroke Penelitian yang dilakukan pada 306 000 orang tersebut menemukan bahwa kebiasaan berolahraga makan yang tepat serta tidak merokok me...
Haid Tak Teratur Sebab Masalah Pcos Bakal Ibu Kena Ubah Cara Hidup Doktor Kongsikan Caranya

Haid Tak Teratur Sebab Masalah Pcos Bakal Ibu Kena Ubah Cara Hidup Doktor Kongsikan Caranya

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 401 hits
Selepas berkahwin barulah kita semua sedar ada macam macam masalah yang membuatkan kita sukar hamil Sebelum ini rata rata wanita kurang ambil berat dan tak pernah ambil kisah pun bila haid tak teratur atau tak datang dalam tempoh yang lama ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus