Mist3ri Mengenai Ikan Yang Menelan Nabi Yunus Dikatakan Masih Hidup Sehingga Sekarang Rileks Media
Bagi kita yang beragama Islam, kisah tentang Nabi Yunus tentu bukan sesuatu yang baru lagi. Ya, seperti yang kamu tahu, cerita ini begitu dramatis. Bukan hanya soal menerima penolakan dari kaumnya, Nabi Yunus juga pernah merasakan kejadian luar biasa yang tak dapat dibayangkan. Benar, apalagi kalau bukan cerita baginda yang ditelan oleh seekor ikan.
Cerita mengenai ikan tersebut adalah kisah Nabi Yunus yang paling diingati. Bukan hanya tentang pelajaran disebaliknya, tetapu juga si ikan itu sendiri. Menurut cerita, ikan yang menelan Nabi Yunus ini sangat besar saiznya. Dan khabarnya, ikan yang bernama Nun ini masih hidup sampai sekarang. Antara percaya dan tidak, namun ada banyak yang meyakini jika memang Nun masih berenang bebas di samudra sampai hari ini.
Jika difikirkan secara logik mana mungkin ikan nun masih hidup sehingga sekarang? Bagaimana ikan yang hidup di beberapa abad lalu masih ada sampai sekarang. Tapi, kalau sudah kuasa Tuhan, kita tentu tak boleh buat apa-apa. Mengenai ikan Nun, berikut merupakan hal-hal yang mungkin belum kamu ketahui tentang si ikan menelan nabi Yunus ini.
Kewujudan Ikan Nun
Dari banyaknya cerita yang ada mengenai ikan Nabi Yunus ini, rata-rata menyebutkan fizikal ikan num ini begitu besar. Ia begitu besar sehingga ia boleh menelan apa pun, bahkan kapal-kapal yang berlayar di lautan. Lantaran saiznya yang sebesar ini, maka mudahlah ia untuk menelan Nabi Yunus
Ikan Nun sendiri belum pernah dijelaskan dengan jelas, terutama jenisnya. Namun, dari banyak penggambaran yang ada, ikan ini selalu dimiripkan dengan paus. Memang, secara logiknya tidak ada ikan lain yang lebih besar daripada paus. Namun, mungkin boleh saja Nun ini bukanlah termasuk dalam klasifikasi ikan paus. Boleh saja ia merupakan makhluk ghaib atau istimewa yang bentuknya sama sekali berbeza.
Cerita Sekilas mengenai Nabi Yunus dan Ikan Nun
Jadi, Nabi Yunus awalnya diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan kebenaran kepada suatu kaum yang menyembah berhala. Sayangnya, dakwah tersebut ditentang habis-habisan sehingga membuatkan Nabi Yunus marah dan kecewa dengan sikap kaumnya itu. Sambil berlalu, nabi Yunus pun meminta Allah untuk menghukum orang-orang yang tidak mahu menerima kebenaran ini.
Lalu Nabi Yunus pun pergi ke sebuah laut kemudian menaiki sebuah perahu. Malangnya, ketika cuaca sedang buruk sehingga anak kapal sepakat untuk membuang satu orang supaya perahu boleh berlayar dengan lebih cepat. Siapa yang menyangka jika Nabi Yunuslah orang yang terpilih untuk dibuang. Akhirnya baginda pun melompat ke dalam laut dan ditelan oleh ikan Nun ini.
Ditelan ikan Nun, Nabi Yunus boleh bertahan dan mampu meminta pengampunan dari Allah. Sampailah beliau pun berzikir selama 40 hari lamanya. Zikir Nabi Yunus ini begitu kuat sampai menggetarkan lautan, termasuk dalam perut si ikan Nun. Mungkin kerana kesakitan atau tidak selesa, akhirnya ikan Nun memuntahkan Nabi Yunus ke sebuah pulau dan kembali ke lautan.
Ikan Nun Masih Hidup Sampai Sekarang
Setelah kisahnya yang memuntahkan Nabi Yunus, tidak diketahui bagaimana nasib ikan Nun tersebut. Tak banyak cerita yang mengulas mengenainya. Namun, ada yang percaya bahawa ikan tersebut masih hidup sampai sekarang. Alasannya ada beberapa, salah satunya bersumber dari sebuah ayat di Al-Quran.
Dikatakan dalam Surat As Shafat ayat 143-144, bahawa sekiranya Nabi Yunus tak pernah berzikir ketika berada di dalam perut ikan, maka ia akan tetap berada di sana sampai hari kebangkitan. Dari sini kita boleh simpulkan ikan tersebut berumur sangat panjang setidaknya sampai hari kiamat.
Kebenaran mengenai Ikan Nun yang Masih Hidup sehingga kini
Tak hanya diyakinkan oleh Al-Qur’an, sebenarnya kita juga boleh menek sendiri kewujudan ikan Nun tersebut secara logik akal. Seperti yang anda tahu, lautan bagi manusia mist3rinya masih terlalu besar. Bahkan menurut penelitian, hanya beberapa peratus saja dari lautan yang berjaya diteroka oleh manusi. Dari sini, kita tak boleh menyimpulkan bahawa mungkin ikan Nun memang benar masih hidup.
Ia bersembunyi di tempat-tempat yang tak terjangkau oleh manusia. Atau mungkin mengelilingi lautan sehingga tiada seorang pun yang boleh menduga ia di mana. Lautan adalah tempat paling mist3ri di dalam dunia ini. Maka, mungkin saja hal-hal yang tak pernah kita fikirkan memang ada di tempat tersebut. Termasuklah ikan Nun ini.
Belum pernah ada bukti mengenai kewujudan ikan ini yang membuat sebahagian dari kita tak percaya. Namun, ikan ini sendiri bukanlah makhluk biasa sehingga kemungkinan saja ia memang masih ada. Apa pun itu, jelas dari kisah Nabi Yunus kita boleh mengambil banyak pengajaran yang berharga iaitu kita jangan mudah berputus asa.
wallahualam.
VIDEO:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: mamamiaow
Source link
The post Mist3ri Mengenai Ikan Yang Menelan Nabi Yunus Dikatakan Masih Hidup Sehingga sekarang – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rilekslah.my/mist3ri-mengenai-ikan-yang-menelan-nabi-yunus-dikatakan-masih-hidup-sehingga-sekarang-rileks-media/