Usia 4 Bulan Sesuai Latih Bayi Tidur Sendiri Tempoh Ini Anak Mula Belajar Faham


Fasa ‘infant’ (bayi kecil 0-3 bulan) di kenali sebagai fasa trimester ke-4. Iaitu sambungan daripada 3 trimester kehamilan yang telah bayi manusia lalui. Bezanya, kali ini, untuk trimester yang ke-4 ini, iaitu pada 3 bulan pertama usia bayi selepas di lahirkan, bayi harus melalui fasa ini di luar rahim alam dunia.
Nama lain fasa trimester ke-4 ini ialah fasa ‘belum menetas’. Ia ibarat fasa peralihan untuk bayi. Ia seperti fasa telur ayam di eram oleh ibunya sekitar 21 hari sebelum menetas. Kita lihat telur telah keluar dari perut ibu ayam, namun kekal di dalam sarung telurnya. Ha, begitulah ibaratnya bayi ‘infant’

Maka, cara menenangkan dan menidurkan bayi ‘infant’ sangat berbeza dengan bayi besar atau ‘toddler’ (kanak-kanak) . Cara paling berkesan untuk tenangkan dan buat bayi ‘infant’ lena ialah bila bersama ibu atau ayahnya : berpeluk, berdukung, berdodoi, bergendong, mengempeng… Ini kerana bayi ‘infant’ telah tidur di dalam badan ibu (dalam rahim) selama 9 bulan kandungan. Maka inilah punca mengapa bayi manusia mudah tenang dan lena bila mendapat sentuhan badan manusia (skin to skin).
Namun BEZA UTAMA rahim dengan ibu (atau ayah) manusia ialah : rahim itu ibarat mesin yang tak perlukan rehat manakala ibu manusia ialah makhluk yang ada batas. Maka, ia menyebabkan pada suatu tahap, ibu manusia tidak mampu lagi nak terus memeluk, berdukung, mengendong dan membenarkan anak mengempeng berjam-jam dalam sehari sedangkan ibu juga perlukan rehat dan membuat urusan hidup yang lain.
Maka, di sinilah ibu bapa boleh beralih kepada sumber bantuan tambahan: bantuan dari manusia lain (ahli keluarga) atau alat. Meminta bantuan tambahan BUKAN petanda ibu lemah dan lembik. Ia petanda ibu cukup KUAT untuk menyedari hakikat dan mengakui bahawa sebagai manusia biasa, adalah normal untuk dia perlukan bantuan tambahan.
Jika ibu tidak boleh mendapatkan bantuan dari ahli keluarga lain, maka alat bantu tenang dan tidur seperti bedung, buaian, sumber bunyian white noise dan puting adalah alternatif terbaik. Mengapa saya sebut ‘alternatif’? :
Berpeluk/bergendong/berdakap alternatifnya bedung.
Berdodoi/bertepuk alternatifnya buaian.
Bunyi degup jantung ibu, pernafasan dan suara ibu alternatifnya sebarang bunyi white noise.
Mengempeng alternatifnya puting tiruan.
Maka, ibu ganti cara tidur bayi ‘infant’ sahaja: daripada bergantung kepada ibu 100 peratus, kepada alat bantuan tambahan bila ibu perlukan. Maksudnya bayi ‘infant’ tetap perlu bergantung kepada ‘sesuatu’ untuk boleh tenang dan lena. ‘Sesuatu’ itu boleh jadi samada : ibu VS alat. Bayi ‘infant’ TIDAK BOLEH tidur tanpa mana-mana salah satu, kecuali jika bayi ‘infant’ itu ialah bayi dari kategori ‘easy going’.
Namun sampai masa, bayi perlu berdikari dan memang boleh tidur berdikari TANPA PERLU LAGI BERGANTUNG KEPADA MANUSIA ATAU ALAT.
Bukankah manusia adalah mamalia tercanggih yang hidup di muka bumi ini? Jadi tiada istilah bayi manusia tidak boleh ‘tidur sendiri’ apabila sampai waktunya. Dia hanya perlu di ajar dan di latih sahaja.
Maka, usia ‘selepas menetas’lah tanda bermulanya bayi manusia sudah secara berperingkat boleh di latih tidur berdikari (sleep training). Iaitu bermula 4 bulan. Adakah sleep training wajib? Oh tidak. Ia pilihan. Namun, jika ibu tak pernah latih, tak mahu latih atau tak tahu latih, maka ibu tak boleh berharap anak akan tahu buat sendiri. Faktanya, bukan semua anak akhirnya akan tahu tidur sendiri. Jadi, jika ibu pilih untuk harapkan nasib baik sahaja, teruskan menanti dan berharap sahajalah yang ibu boleh buat. Untung nasib timbul, tak untung nasib tenggelam. Begitulah..
Apa bukti saintifik usia 4 bulan adalah permulaan usia sesuai ‘sleep training’? Mengapa tak sesuai nak ‘sleep training’ ketika ‘infant’? 

Jam biologi tidur – bangun bayi manusia hanya mula berfungsi selepas usia 12 minggu (3 bulan) ke atas. Ini kerana, badan bayi kecil tidak menghasilkan hormon tidurnya sendiri sebelum usia 3 bulan. Inilah sebab tidur bayi kecil caca-marba dan berterabur. Jadi, bagaimana nak sleep training jika hormon tidur tiada atau belum berkesan?
Peningkatan kecekapan hormon tidur di hasilkan badan bayi selepas usia 3 bulan dan kapasiti perut bayi yang semakin membesar membolehkan bayi tidur lebih panjang tanpa perlu kerap bangun menyusu. Maka, ‘kerap lapar’ sudah tak lagi jadi isu gangguan jalan kejayaan sleep training.
Secara perkembangan mental pula, bayi mula masuk dunia peristiwa (world of event) pada usia +/- 19 minggu. Iaitu bayi faham bahawa setiap peristiwa terdiri daripada beberapa episod kejadian pendek yang mengikuti antara satu sama lain. Misalnya bola getah yang melantun itu terdiri daripada episod : bola turun bola naik berulang kali kelajuan menurun bola akhirnya berhenti. Maka, kerana itulah, selepas usia 4 bulan, bayi sebenarnya telah boleh faham bahawa tidur juga adalah sejenis peristiwa. Maka, ibu ajarkan lah tentang bagaimana peristiwa tidur itu harus bermula, berlaku dan berakhir. Bayi sudah boleh berkerjasama untuk menjayakan peristiwa tidur dan tak lagi perlu harap ibu saja yang tolong ‘buatkan’.
Bayi yang telah lepas usia menetas mempunyai kemahiran menenteramkan diri ( self soothing) yang lebih berbanding bayi infant. Misalnya dah boleh hisap jari untuk tenangkan diri, dah boleh meniarap untuk merasa aman memeluk ‘sesuatu’ dan dah boleh membebel lagu sendiri atau main air liur untuk hiburkan diri.
Sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE SYDNEY
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
The post Usia 4 Bulan Sesuai Latih Bayi Tidur Sendiri. Tempoh Ini Anak Mula Belajar & Faham appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/usia-4-bulan-sesuai-latih-bayi-tidur-sendiri-tempoh-ini-anak-mula-belajar-faham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas 6 Bulan Susu Sahaja Tak Cukup Untuk Tampung Keperluan Anak Sebab Itu Makanan Diperkenalkan Kepada Bayi

Selepas 6 Bulan Susu Sahaja Tak Cukup Untuk Tampung Keperluan Anak Sebab Itu Makanan Diperkenalkan Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 288 hits
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya ...
Suami Dan Anak Di Madura Kompak Menyiksa Istri Yang Sedang Hamil 7 Bulan Hingga Tewas

Suami Dan Anak Di Madura Kompak Menyiksa Istri Yang Sedang Hamil 7 Bulan Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 270 hits
Kisah viral datang dari Sampang Madura seorang istri yang sedang hamil tujuh bulan disiksa suami dan anak kandungnya hingga tewas Kisah istri disiksa suami hingga meninggal dunia di Madura ini viral di media sosial di antaranya seperti yang...
Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Tak Cukup Bulan Kesan Asap Rokok

Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Tak Cukup Bulan Kesan Asap Rokok

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 580 hits
Seperti mana yang kita ketahui asap rokok sememangnya memberi kesan kepada orang di sekeliling si perokok Bukan hanya bayi anak kecil wanita hamil atau orang tua tetapi asap rokok ini boleh menjejaskan keadaan janin dalam kandungan Asap rok...
Ibu Dan Bayi 8 Bulan Maut Nahas 5 Kenderaan

Ibu Dan Bayi 8 Bulan Maut Nahas 5 Kenderaan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 749 hits
Dua maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 160 9 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan awal pagi ini Dua mangsa maut ialah seorang wanita dan bayinya berusia lapan bulan yang tersepit di dalam kenderaan Mangsa maut dik...
Kasus Penembakan Anak Bupati Majalengka Dituntut 2 Bulan Penjara

Kasus Penembakan Anak Bupati Majalengka Dituntut 2 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 189 hits
Irfan Nur Alam anak Bupati Majalengka Karna Sobahi yang terlibat kasus penembakan dituntut dua bulan kurungan penjara Humas Pengadilan Negeri Majalengka Kopsah mengatakan sidang keempat dengan agenda pembacaan tuntutan itu digelar pada Kami...
Menu Bayi 7 Bulan Tapi Sedapnya Macam Menu Orang Dewasa 20 Resipi Ibu Ni Memang Mantap

Menu Bayi 7 Bulan Tapi Sedapnya Macam Menu Orang Dewasa 20 Resipi Ibu Ni Memang Mantap

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 679 hits
Anak pun sama mahukan makanan yang penuh rasa enak dan pelbagai rasanya buat mereka Adakalanya mereka bosan mereka inginkan sesuatu yang berbeza untuk mereka Berkreatif dengan makanan yang dimasakkan buat bayi sememangnya perlu bagi mengela...
Waktu Sesuai Untuk Ajar Anak Tentang Pendidikan Seksualiti

Waktu Sesuai Untuk Ajar Anak Tentang Pendidikan Seksualiti

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 1349 hits
AssalamualaikumBismillahRamai ibu bapa yang segan atau selalu mengelak daripada menjawab soalan yang berkaitan dengan pendidikan seksualiti kepada anak anak Sifat kanak kanak yang ingin tahu membuatkan ibu bapa berasa kurang selesa untuk be...
Didik Anak Kena Adil Tak Boleh Yang Besar Je Mengalah Risau Dengki Sesama Sendiri

Didik Anak Kena Adil Tak Boleh Yang Besar Je Mengalah Risau Dengki Sesama Sendiri

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 307 hits
Sikap ibu ayah membeza bezakan anak ditakuti boleh menjadi punca mereka jadi dengki satu sama lain Didik lebih dari seorang anak jangan sampai ibu ayah membeza bezakan mereka tanpa sedar Sikap tersebut kalau dibiarkan boleh menjadi punca ke...
Kenal Pasti Mengapa Anak Anda Malas Belajar

Kenal Pasti Mengapa Anak Anda Malas Belajar

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 263 hits
AssalamualaikumBismillahSetiap kanak kanak mempunyai tahap intelektual yang berbeza Ada kanak kanak yang cepat ada juga yang lambat Ramai ibu bapa yang tidak sedar sebenarnya ada banyak punca mengapa anak anak kita malas belajar Bukan sebab...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids