Usb Sound Card Ganti Audio Jack Laptop Yang Rosak


Audio jack laptop aku rasanya dah setahun rosak. Tak berfungsi dah. Bila cucuk earphone atau headphone kat lubang audio tu, langsung tak keluar apa-apa bunyi. Tapi bunyi dari speaker dalaman laptop masih berfungsi dengan baik. Cuma kualiti bunyi dia sekarang ni dengar macam pecah-pecah, putus-putus.
Laptop dah lama..
Bermacam-macam cara dah aku buat. Godek sana, godek sini. Tetap takda bunyi juga. Kesimpulannya memang audio jack laptop tu yang bermasalah.

Selama ni aku tengok movie, layan lagu dan main game di laptop, terpaksa dengar sound dari speaker dalaman je. Kalau isteri aku tengah layan drama Korea kat PC dia dengan sound dari speaker Edifier yang bunyinya kuat giler, terus tenggelam bunyi speaker laptop aku.
Paling tak best bila main game. Rasa tak puas sebab sound effect dalam game tu tak dapat dengar dengan jelas dari speaker laptop.
Banyak kali juga mati awal masa main game PUBG Mobile (guna emulator) sebab tak berapa dengar bunyi musuh datang. Tak tahu musuh ada kat arah mana. Tiba-tiba dah kena tembak, tak sempat lari.
Kena pakai headphone juga baru best main game.
USB Sound Card Murah Aku ada tanya pendapat kawan-kawan di Facebook — sama ada hantar repair audio jack yang rosak tu, atau pakai USB Sound Card (external sound card).
Kalau hantar repair atau tukar audio jack baru, kena buka bahagian dalam laptop tu sebab audio jack biasanya terlekat di motherboard. Tak pasti pula berapa harga kena bayar sebab tak pernah hantar repair kat kedai. Rasanya mahal juga caj dia.

Beberapa orang kawan cadangkan pakai USB Sound Card je sebagai ganti audio jack yang rosak tu. Lebih mudah, murah dan jimat. Aku survey harga USB sound card di Shopee, dalam RM10 – RM20 dah boleh dapat. Murah! Kalau hantar repair kat kedai mungkin kena bayar lebih daripada tu.
Aku pun beli satu USB sound card melalui Shopee. Beli yang biasa je. Untuk test boleh guna ke tidak di laptop aku. Kalau tak boleh guna, tak terasa rugi sangat sebab harga beli pun murah.
Lagipun malas nak keluar beli kat kedai. Shopping online lebih mudah. Shopee tempat yang selalu aku shopping secara online.

Beberapa hari lepas order, orang poslaju datang rumah hantar USB sound card yang aku beli online tu. Cepat juga penjual di Shopee tu pos barang. Terus buka bungkusan, check kondisi barang dan cuba guna.
Alhamdulillah.. USB sound card ni dapat berfungsi dengan baik di laptop aku. Kualiti barang pun bagus walaupun harganya murah. Rating 5 bintang aku bagi.
External USB Sound Card Virtual 7.1 Channel 5Hv2
USB sound card ni jenis plug & play. Tak perlu setting apa-apa. Hanya perlu cucuk je dalam lubang USB port di laptop, lepas tu cucuk jack headphone atau earphone dalam lubang audio di USB sound card tu. Lubang untuk microphone pun ada.
Lepas dah cucuk sambungan dia, sistem operasi laptop akan auto setting jadikan USB sound card sebagai default speaker / mic dan terus boleh guna.

Dah sebulan aku guna USB sound card murah ni. Setakat ni sangat puas hati dengan hasil bunyi dia. Walaupun murah, kualiti bunyi dia boleh tahan juga. Best je layan movie boleh pakai headphone. Sound dia sedap didengar.
Main game PUBG pun rasa bertambah hebat sejak guna USB sound card ni. Haha.. Dah pakai headphone, semua bunyi sekeliling boleh dengar dalam game tu. Senang nak kesan musuh berada kat mana berpandukan bunyi tapak kasut dia atau bunyi tembakan datang dari arah mana.

Siapa ada masalah audio jack laptop rosak juga, pendapat aku, baik beli USB Sound Card (atau USB Audio Adapter) yang macam ni. Jimat kos, cepat dan berbaloi.
Kalau nak beli secara online, cari je kat Shopee. Macam-macam jenis USB sound card ada dijual kat situ. Tinggal pilih je nak beli yang mana satu. Dah ada ke akaun Shopee? Kalau belum, boleh daftar DI SINI.
The post USB Sound Card, Ganti Audio Jack Laptop yang Rosak appeared first on Anarm.Net.
Related posts: Xiaomi Redmi Note 4G Pengganti Lenovo S930 Yang Dah Rosak Cuci Kipas Laptop Tukar skin AIMP3 Audio Player – #WW

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://anarm.net/usb-sound-card-audio-jack-laptop-rosak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+anarmdotnet+%28Anarm.Net%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asus Vivobook S330 Laptop 13 Inci Ringkas Powerful Dan Penuh Gaya

Asus Vivobook S330 Laptop 13 Inci Ringkas Powerful Dan Penuh Gaya

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 280 hits
Akhir tahun 2018 lalu ASUS memperkenalkan VivoBook S430 yaitu sebuah laptop yang memiliki bodi yang sangat ramping dan ringan serta hadir dengan performa powerful untuk menunjang kegiatan sehari hari Laptop tersebut ditujukan untuk pengguna...
Baru 1 Minggu Saluran Gaming Youtube Jack Black Dah Ada 2 Juta Pengikut

Baru 1 Minggu Saluran Gaming Youtube Jack Black Dah Ada 2 Juta Pengikut

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 348 hits
Baru 1 Minggu Saluran Gaming Youtube Jack Black YouTube Dah Ada 2 Juta Pengikut Jack Black sekarang ini bukan hanya akan menghiburkan anda di dalam filem malah di laman YouTube Beliau baharu sahaja melancarkan saluran YouTube yang dikhaskan...
Kedai Repair Laptop Terbaik Dan Termurah Di Kl

Kedai Repair Laptop Terbaik Dan Termurah Di Kl

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 388 hits
Kedai Repair Laptop Murah KL Di zaman serba maju dan canggih ni laptop menjadi salah satu keperluan bagi setiap orang terutamanya bagi mereka yang bekerjaya mahupun dikalangan pelajar Tidak dinafikan juga ramai kini yang beralih arah kepada...
Laptop Msi Siri Gt Dan Gl Kini Menyertakan Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx

Laptop Msi Siri Gt Dan Gl Kini Menyertakan Kad Grafik Nvidia Geforce Rtx

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 252 hits
Di acara CES pelbagai jenama berhimpun bagi mempamerkan peranti terbaru mereka MSI turut hadir dalam menawarkan laptop terbaru mereka yang kini telah dikemaskini dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX dalam siri GT GE dan juga GL Untuk siri G...
Jom Ikuti Cara Pilih Laptop Yang Sesuai Sebelum Anda Membelinya

Jom Ikuti Cara Pilih Laptop Yang Sesuai Sebelum Anda Membelinya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 422 hits
Assalamualaikum semua Laptop merupakan antara benda penting yang perlu ada bagi setiap individu tidak kira yang bekerja ataupun untuk pelajar pelajar Tapi tahukah anda laptop apa yang yang bagus ataupun bagaiman caranya hendak memilih lapto...
Alienware Area 51 M Laptop Gaming Dengan Rekaan Modular Yang Membolehkan Pengguna Menukar Pelbagai Komponen

Alienware Area 51 M Laptop Gaming Dengan Rekaan Modular Yang Membolehkan Pengguna Menukar Pelbagai Komponen

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 261 hits
Jika Acer akhirnya memperkenalkan laptop Acer Predator Triton 900 dan ASUS menunjukkan ASUS ROG Mothership di acara CES 2019 Alienware nampaknya tidak ketinggalan dengan laptop gaming gergasi mereka iaitu Alienware Area 51 M yang hadir deng...
Kisah Abang Jack Membina Sekolah Sendiri Kerana Mahu Kanak Kanak Miskin Ada Peluang Belajar

Kisah Abang Jack Membina Sekolah Sendiri Kerana Mahu Kanak Kanak Miskin Ada Peluang Belajar

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 512 hits
Kerana kesusahan hidup Undang Suryaman 42 terpaksa melupakan alam persekolahannya suatu ketika dahulu Tetapi kini lelaki yang hampir separuh abad usianya ini bertekad mahu memastikan semua kanak kanak yang lahir daripada keluarga miskin mem...
Senator Claims He Did Not Threaten Village Chiefs But Here S The Audio

Senator Claims He Did Not Threaten Village Chiefs But Here S The Audio

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 275 hits
CAMERON POLLS PKR senator Bob Manolan Mohd has denied threatening Orang Asli village chiefs in Cameron Highlands He was responding to a Malaysiakini report which quoted him as stating that the tok batin could lose their posts and income if ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi