Kisah Abang Jack Membina Sekolah Sendiri Kerana Mahu Kanak Kanak Miskin Ada Peluang Belajar




Kerana kesusahan hidup, Undang Suryaman, 42, terpaksa melupakan alam persekolahannya suatu ketika dahulu. Tetapi kini, lelaki yang hampir separuh abad usianya ini bertekad mahu memastikan semua kanak-kanak yang lahir daripada keluarga miskin mempunya peluang untuk belajar, sesuatu yang tidak mampu dimilikinya suatu ketika dahulu.
Ketika mengimbas kembali kehidupan lampaunya di Tahun 6, cita-cita Undang hanyalah mahu belajar, melanjutkan pengajian daripada bangku sekolah rendah ke sekolah menengah dan mungkin satu hari nanti hingga ke universiti.
Tetapi disebabkan kesusahan, Undang diminta secara baik oleh keluarganya untuk berhenti dan mencari pekerjaan sejak kecil lagi. Bagi keluarga Undang, pendidikan ketika itu adalah sesuatu yang mewah dan selayaknya untuk orang kaya sahaja.

”Saya mempunyai cita-cita, tetapi saya lahir daripada keluarga yang tidak mampu,” katanya kepada CNA Insider.
Biarpun gagal menamatkan pelajaran di peringkat awal, Undang tetap ‘berjaya’ menjejakkan kaki ke Universitas Padjadjaran, salah sebuah unversiti terkemuka di Indonesia. Cumanya, dia hadir bukan sebagai pelajar sebaliknya sebagai seorang pekerja bawahan.
Berusia 19 tahun ketika itu, rutin harian Undang adalah menjadi penjaga tempat letak kereta bermula daripada pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Undang tidak melepaskan peluang tersebut kerana di situ dia yakin, dia mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik sekaligus mampu membantu memperbaiki taraf hidupnya.
Dengan upah setiap parkir bernilai 45 sen ketika itu, Undang memberitahu dia cukup gembira kerana mempunyai peluang untuk berdamping dengan pelajar-pelajar berpendidikan tinggi. Undang turut membiarkan pelajar yang tidak berkemampuan untuk meletakkan kenderaan secara percuma.

Undang kemudian mula berkawan dengan pelajar-pelajar universiti yang sebaya dengannya dan dia menyedari bahawa terdapat perbezaan diantara pelajar universiti dengan dirinya.
”Orang seperti saya (tiada pendidikan tinggi) suka berfikiran singkat dan hanya menumpukan pada diri sendiri. Jika saya cukup duit untuk makan, maka saya sudah merasa cukup. Itu saja.
”Tetapi mereka yang mempunyai pendidikan berfikir lebih jauh. Mereka sentiasa mencari jalan bagaimana mahu berubah dan memiliki masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.
Apabila Undang dan isterinya, Yani, 37, pertama kali mengemukan idea kepada komuniti setempat bahawa mereka mahu mendirikan sebuah sekolah untuk kanak-kanak miskin, mereka diherdik kerana tak mungkin orang miskin seperti mereka mampu membantu si miskin yang lain.
”Ada dalam kalangan mereka berkata, ”Bagaimana kamu mahu membantu kanak-kanak ini, sedangkan kamu sendiri pun memerlukan bantuan”,” kata Undang.

Namun bagi Undang, pengalamannya selama dua dekad berdamping dengan pelajar universiti, dia tahu dia harus melakukan sesuatu demi masa depan 4 anaknya dan beratus-ratus lagi kanak-kanak di kampungnya di Jawa Barat.
Setiap hari dia melihat dua realiti kehidupan, realiti di kampung halaman dan realiti di tempat kerja. Di kampung, mereka sekeluarga dan orang-orang kampung dibelenggu dengan kemiskinan dan tidak berpelajaran sedangkan di tempat kerjanya, rakan-rakan sebaya terus mengejar kejayaan dan pendidikan tinggi.
Dari situlah Undang menanam azam, biar apapun kata orang di sekeliling, dia tetap mahu membangunkan sebuah sekolah. Satu-satunya cara orang kampung mahu berlawan dengan kemiskinan adalah dengan bersenjatakan ilmu dan pendidikan.

”Mereka perlu terus belajar, tidak kira apapun yang terjadi. Demi masa depan yang lebih baik,” katanya.
Berkongsia azam yang sama, Yani menyokong hasrat suaminya itu kerana suatu ketika, dia bercita-cita mahu menjadi seorang guru, mengubah masa depan keluarganya sendiri dan membantu mendidik anak-anak orang lain.
Tidak lama kemudian, pasangan ini mendirikan sebuah pusat asuhan yang dikenali sebagai,  Taman Asuhan Nabilatul Husna. Pusat itu terus berkembang daripada beroperasi dimasjid sehinggalah beralih ke rumah mereka. Pelajar yang semakin bertambah membuatkan ruang rumah mereka semakin hari semakin sempit.
Awal pagi, pusat ini menyediakan pendidikan awal kanak-kanak, manakala di siang hari, mereka memberi peluang pelajar-pelajar peringkat sekolah rendah pula untuk hadir dan belajar. Kebanyakkan subjek memberikan tumpuan kepada pendidikan agama.
Kata Undang, dia berhajat untuk membesarkan operasi iaitu menawarkan pendidikan di peringkat menengah, namun kekangan modal dan tiada lesen operasi yang sah sedikit sebanyak membantutkan hajatnya ketika ini.

Apa yang membuatkan Taman Asuhan Nabilatul Husna ini unik adalah Undang dan Yani menyerahkan kepada budi bicara ibu bapa setiap pelajar untuk membayar yuran pengajian, mengikut kemampuan masing-masing.
”Bagi mereka yang benar-benar miskin, mereka boleh kesini dan belajar secara percuma. Kami tetap bertekad untuk menyediakan pendidikan yang sempurna, sama seperti yang ditawarkan di sekolah-sekolah yang lebih hebat,” kata Yani pula.
Kisah perjuangan pasangan suami isteri ini nyata disanjung masyarakat setempat dan turut mendapat perhatian seleberiti terkemuka Indonesia, Dewi Lestari.
”Rami orang mempunyai cita-cita mahu mengubah dunia, tetapi ramai juga yang berputus asa kerana tidak berani. Mereka fikir, usaha mereka adalah kecil dan tiada erti.
”Kadang-kadang, apa yang kita perlukan hanyalah sedikit kesungguhan, seperti Undang dan Yani,” katanya.

Ketika ini, taman asuhan yang dibangunkan oleh Undang menerima pelajar sekitar 200 orang. Biarpun masih ramai yang mahu belajar di situ, Undang dan Yani terpaksa menolak secara baik kerana tiada ruang lagi.
Setiap bulan, Undang dan Yani membelanjakan sekitar RM 1,738 untuk meneruskan operasi pusat tersebut. Bagi membolehkan ramai pelajar tidak tercicir, Undang bertekad membeli sebidang tanah dan mendirikan sebuat lot bangunan bertingkat secara berperingkat.
Tingkat pertama bangunan berjaya disiapkan pada Jun lalu, yang menempatkan bilik darjah. Pembinaan tingkat kedua bangunan tersebut akan diteruskan apabila mempunyai dana yang mencukupi. Sumber utama Undang ketika membangun bangunan tersebut hadir melalui sumbangan orang ramai dalam komuniti setempat dan rakan-rakan yang dikenalinya di universiti, tempat kerjanya.
Mendapat perhatian media, ujar Undang ia bukanlah sesuatu yang baik secara sepenuhnya.

”Orang ramai fikir apabila media datang ke sini, kami mendapat banyak sumbangan dan menggunakannya untuk kepentingan peribadi. Itu langsung tidak betul,” kata Undang yang mengakui setiap bulan perlu mengeluarkan duit sendiri untuk meneruskan operasi.
Undang yang meneruskan tugas hariannya sebagai penjaga parkir memperoleh pendapatan sekitar RM 700 sebulan. Kata Undang, kerana dia terlalu menumpukan kepada usaha memberikan pendidikan kepada penduduk setempat, kadang-kala dia kehabisan wang dan perlu berkompromi dengan pendidikan anak-anaknya sendiri.
”Setiap apa yang dilakukan, pasti ada risiko tersendiri. Untuk membina sekolah sendiri, saya sedar ada keperluan peribadi yang terpaksa dikorbankan, tetapi itulah hakikat kehidupan sebenar.
”Kehidupan bukan mengenai diri kamu dan keluarga kamu semata-mata. Kehidupan juga bermaksud mengambil berat kebajikkan orang lain.
”Saya yakin, hari ini mungkin saya tidak mempunyai apa-apa kerana perlu berkorban segalanya. Tetapi nanti di sana, pasti ada kebaikkannya untuk saya,”kata Undang lagi.
Kadang-kala, apabila tidak mempunyai dana yang cukup, Undang dan Yanti terpaksa tebal muka memaklumkan kepada tenaga pengajar bahawa gaji mereka akan dijelaskan pada bulan seterusnya. Mujurlah, semua yang terlibat memahami usaha murni suami isteri ini.
Kkata Sofi Sri Sundari, salah seorang bapa pelajar.
Saksikan video di bawah untuk mengetahu kisah lanjut Undang yang mesra disapa sebagai Abang Jack.
Sumber: CNA Insider



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/01/video-kisah-abang-jack-membina-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Pun Pelik Dia Belajar Sendiri Sampai Orang Kampung Panggil Dia Aishah London

Saya Pun Pelik Dia Belajar Sendiri Sampai Orang Kampung Panggil Dia Aishah London

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 351 hits
Saya pun pelik dia belajar sendiri sampai orang kampung panggil dia Aishah London
Hari Hari Bertarung Nyawa Kanak Kanak Ini Sanggup Panjat Tangga Gunung Berjam Jam Nak Ke Sekolah

Hari Hari Bertarung Nyawa Kanak Kanak Ini Sanggup Panjat Tangga Gunung Berjam Jam Nak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 378 hits
Hari Hari Bertarung Nyawa Kanak Kanak Ini Sanggup Panjat Tangga Gunung Berjam Jam Nak Ke Sekolah Terdapat sebuah kampung terpencil terletak di kawasan pergunungan Sinchuan dengan altitud 1 400 meter di paras laut Satu satunya cara penduduk ...
Sebelum Pru14 Ph Janji Sejuta Peluang Kerja Selepas Menang Minta Rakyat Cipta Peluang Kerja Sendiri

Sebelum Pru14 Ph Janji Sejuta Peluang Kerja Selepas Menang Minta Rakyat Cipta Peluang Kerja Sendiri

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 626 hits
JANJI SEBELUM PRU14Menjanjikan SEJUTA Peluang Pekerjaan SELEPAS MENANG PRU14 MEMERINTAH KERAJAAN PERSEKUTUANMeminta rakyat mencipta peluang kerja sendiri BUKAN cari kerja KencingSampaiLencun
Pelancong Orang Putih Ini Belikan Kanak Kanak Miskin Kasut Baru Membuatkan Netizen Tersentuh Hati

Pelancong Orang Putih Ini Belikan Kanak Kanak Miskin Kasut Baru Membuatkan Netizen Tersentuh Hati

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 575 hits
Seorang pelancong menjadi perhatian ramai selepas gambarnya bersama seorang kanak kanak viral di internet Aryan Yero memuat naik beberapa gambar di akaun Facebook ternyata ianya menyentuh hati netizen Menurut Aryan lelaki itu yang bernama C...
Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 455 hits
Dua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar MerekaDua Beradik Selongkar Sampah Pakai Baju Sekolah Akhirnya Ditemui Dan Ini Kisah Sebenar Mereka
Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen

Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 513 hits
Kagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian NetizenKagum Dengan Semangat Murid Tahun Satu Ke Sekolah Kerana Ingin Belajar Walau Hidap Sakit Kronik Dapat Perhatian Netizen
Buku Sekolah Kisah Tanda Nama Balut

Buku Sekolah Kisah Tanda Nama Balut

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 655 hits
assalamualaikum ada ruang dan peluang nak update blog sekali lagi mlm ni teringin nak bercerita perihal buku buku skola anak anak sila abaikan dinding yg carca marba tu puas la warning jgn diconteng hmmmmm rupanya Izzat pun ada menyumbang k...
New Zealand Membuka Peluang Bercuti Sambil Belajar Atau Bekerja Untuk Rakyat Malaysia

New Zealand Membuka Peluang Bercuti Sambil Belajar Atau Bekerja Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 345 hits
Selepas Australia yang menawarkan visa buat pelajar dan pelancong Malaysia kini anda juga boleh pergi ke New Zealand sebagai destinasi seterusnya Ini kerana New Zealand kini membuka peluang bercuti sambil belajar atau bekerja buat rakyat Ma...
Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019

Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 588 hits
Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019Kisah Kenapa Ibu Ini Terpaksa Memandu Sendiri Untuk Bersalin Di Hospital Pada Tahun Baru 2019
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda