Usai Pemilihan Rafizi Siapkan Strategi Gempur Bn Pn




Usai pemilihan Rafizi siapkan strategi gempur BN – PNPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: May 31, 2022
SharePilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang bakal diadakan dalam hitungan bulan seharusnya menjadi fokus utama anggota KEADILAN setelah selesai pemilihan 2022.
Dalam ucapan penghargaan di atas kemenangannya, Timbalan Presiden KEADILAN yang baharu, Rafizi Ramli bertekad akan memulakan gerak kerja PRU sebaik sahaja selesai menemui Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapat restu dari beliau.
“Di atas kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota KEADILAN yang telah mempamerkan kematangan dalam melalui pemilihan. Saya menyeru supaya keseluruhan pimpinan KEADILAN di semua peringkat menerima dengan berlapang dada isyarat akar umbi yang telah dizahirkan di peti undi.
“Saya juga berterima kasih kepada saingan saya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang telah menghubungi saya lebih awal sebelum keputusan tidak rasmi keluar.
“Kami telah bersama-sama membina parti ini sejak 1998, bodohlah mereka yang beranggapan perbezaan pendapat kami boleh memutuskan keikhlasan dan kesetiaan kepada KEADILAN.
“Saya juga akan menguruskan perjumpaan dengan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kadar segera untuk memulakan urusan persediaan KEADILAN menghadapi PRU15 yang saya jangka akan dipanggil dalam beberapa bulan lagi,” katanya.
Menurut Rafizi, dalam beberapa bulan ini diharapkan KEADILAN akan kembali mantap sebagaimana sebelum PRU 14 lalu dan bersedia menggempur mana mana kubu kebal BN atau PN.
Hal itu, katanya akan berlaku apabila keseluruhan anggota dari akar umbi ke Presiden bergerak dengan satu strategi yang serasi dan masing-masing melaksanakan tugasan dengan berkesan.
Rafizi juga mengucapkan terima kasih kepada anggota parti di atas kemenangan bersejarah yang diberikan oleh anggota KEADILAN ke atas seorang ahli politik biasa seperti beliau.
“Saya terterima kasih kerana hampir keseluruhan anggota akar umbi KEADILAN bersetuju dengan pendirian saya (strategi kukuhkan parti).
“Dalam sejarah pemilihan KEADILAN sejak penubuhannya, tidak pernah calon seorang Timbalan Presiden mendapat mandat yang sebegini besar. Selain dari undi popular hampir 60%, lebih 80% dari semua cabang di seluruh negara telah meletakkan amanah sebagai Timbalan Presiden kepada saya.
“Saya tahu ia bukanlah sebab anggota akar umbi KEADILAN lebih sukakan saya berbanding Datuk Seri Saifuddin Nasution. Saya tahu saya hanya seorang anggota biasa yang tidak berjawatan dan saya banyak kelemahan sendiri.
“Anggota akar umbi KEADILAN memberikan mandat sebegitu besar kepada seorang anggota biasa yang tidak berjawatan kerana mereka mahu parti ini kembali kepada landasan reformasi yang membentuk parti.
“Seperti mana mereka memberi mandat kepada saya, mereka juga boleh menarik mandat itu sekiranya keputusan dan tindak tanduk saya selepas ini tidak mencerminkan aspirasi mereka,” katanya.
Mantan Ahli Parlimen Pandan itu juga tidak lupa untuk menghargai penyokong setianya di seluruh negara dan pasukan kempen beliau yang berusaha begitu gigih sehingga beroleh kemenangan besar.
“Akhir sekali, saya wajib mengucapkan terima kasih kepada keseluruhan pasukan kempen saya di semua peringkat yang terdiri daripada anggota akar umbi yang tidak berjawatan.
“Merekalah yang berkempen tanpa jemu di seluruh pelosok negara hingga berjaya menyatukan parti ini di bawah satu gagasan, iaitu kesediaan kita untuk masuk PRU15 tanpa ada sedikit pun kompromi atas prinsip dan maruah kita sebagai parti reformis.
“Saya dan rakan-rakan yang diberi mandat dalam pemilihan ini tidak mampu membalas jasa dan penat lelah anggota akar umbi di seluruh negara. Jasa itu akan kekal sebagai hutang dan InshaAllah saya akan sentiasa ingat bahawa hutang itu hanya akan langsai apabila kita berjaya membawa perubahan politik di negara ini sekali lagi,” katanya.
Melalui keputusan yang disenaraikan malam tadi oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti, Rafizi Ramli memperoleh kemenangan apabila mendapat 68,992 undi meninggalkan pencabarnya, Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan 50,038 undi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/usai-pemilihan-rafizi-siapkan-strategi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usai Pemilihan Parti Fokus Pada Pru15 Pkr Diberitahu

Usai Pemilihan Parti Fokus Pada Pru15 Pkr Diberitahu

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 166 hits
May 31 2022 Syed Husin Ali berpendapat pendirian Rafizi Ramli yang keras menentang pendekatan khemah besar tidak akan mengakibatkan perselisihan dalam PKR tetapi sedikit kesukaran dijangka berlaku PETALING JAYA Seorang veteran PKR menggesa ...
Rafizi Ramli Mendahului Timbalan Presiden Pemilihan Keadilan 2022

Rafizi Ramli Mendahului Timbalan Presiden Pemilihan Keadilan 2022

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 165 hits
Persaingan sengit jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2022 akan ditentukan pemenangnya malam ini Setakat keputusan yang keluar sehingga pukul 6 00 petang tadi calon nombor 1 Mohd Rafizi Ramli mendahului Datuk Seri Sa...
Pemilihan Pkr Rafizi Ramli Menang Besar Di Melaka Beliau Dijangka Menang Keseluruhan Untuk Berganding Bersama Anwar

Pemilihan Pkr Rafizi Ramli Menang Besar Di Melaka Beliau Dijangka Menang Keseluruhan Untuk Berganding Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 159 hits
May 29 2022 Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden menentang Saifuddin Nasution Ismail PETALING JAYA Rafizi Ramli menyapu bersih semua cabang di Melaka dalam pemilihan PKR bag...
What Rafizi S Stunning Comeback Means For Pkr

What Rafizi S Stunning Comeback Means For Pkr

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 214 hits
Joceline Tan The Star THE only person who was not shocked about the outcome of the PKR deputy president contest was apparently Rafizi Ramli While his team fretted about his chances Rafizi studied the data and was confident he could make it ...
119 Mp Sokong Muhyiddin Rafizi Menang Isyarat Tolak Anwar Kit Siang P

119 Mp Sokong Muhyiddin Rafizi Menang Isyarat Tolak Anwar Kit Siang P

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 206 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 30 Mei 2022 1 Muhyiddin mahu jadi PM semula beritahu ada sokongan 119 MP 2 Saya hormat keputusan ahli Saifuddin ucap tahniah pada Rafizi 3 Kemenangan Rafizi mengejutkan isyarat penolakan terhadap Anwar 4 Keputus...
Terima Kasih Rafizi Ramli

Terima Kasih Rafizi Ramli

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 184 hits
30 Mei 2022 Rafizi Ramli TERIMA KASIH Saya mengucapkan terima kasih dan rasa terhutang budi kepada semua anggota KEADILAN yang telah melaksanakan tanggungjawab memilih barisan pimpinan kanan bagi sesi 2022 2025 Pemilihan kali ini berlangsun...
Kemenangan Rafizi Ramli Tiupan Amgin Segar Dalam Pkr

Kemenangan Rafizi Ramli Tiupan Amgin Segar Dalam Pkr

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 154 hits
1 Kemenangan Mohd Rafizi Ramli yang hampir sahih sebagai Timbalan Presiden PKR meniupkan udara segar kepada parti itu dan sepatutnya memberi ilham kepada semua parti politik mengambil langkah mempermudahkan kepemimpinan masing masing 2 DAP ...
Rafizi Ramli May Shock And Awe Umno In Ge15 After All

Rafizi Ramli May Shock And Awe Umno In Ge15 After All

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 191 hits
Rafizi may just what the third force needs to cut Umno BN down to size and punish them for their arrogance and overconfidence After securing the PKR deputy president s post in the recently concluded party polls Rafizi Ramli has pledged to h...
Umno Kecut Dan Terkejut Apabila Rafizi Menang

Umno Kecut Dan Terkejut Apabila Rafizi Menang

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 226 hits
Kemenangan Rafizi isyarat ahli PKR Anwar bukan lagi poster boy NASUHA RAHMANAhli Majlis Tertinggi Umno menyifatkan kemenangan Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR amat mengejutkan sekaligus memberi isyarat Datuk Seri Anwar Ibrahi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt