Usaha Itu Satu Pengorbanan
Kita selalu tersalah sangka.
Apabila kita tidak berjaya menghasilkan sesuatu kita kecewa.
Apatah lagi setelah kita berusaha sungguh-sungguh dengan sedaya upaya namun tetap tak berhasil.
Tambah lagi apabila orang dah cop kita dan mengatakan kita telah gagal.
Minset perlu dibetulkan.
Kerana Allah melihat kepada usaha.
Manakala manusia hanya melihat kepada hasil.
Paling mudah nak faham ialah sangat sukar untuk kita mencapai tahap menjadi orang yang benar-benar bertaqwa.
Beranikah kita mengaku bahawa aku telah mencapai taqwa sebagaimana yang disuruh dalam Al-Quran.
Sukar nak dicapai tapi itulah yang disuruh.
Jadi bagaimana.
Maka jadilah orang yang berusaha secara istiqamah untuk menjadi orang yang bertaqwa.
Usaha kita itu akan diperhati dan diperhitungkan oleh Allah swt.
Menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh berusaha untuk mencapai ke tahap itu.
Usaha itu tetap akan diambilkira walaupun kita tak sampai pun mencapai tahap taqwa yang dikehendaki.
Untuk melihat contoh yang lebih jelas dan sempena musim haji 2019 ini cuba kita renungkan bagaimana nasib Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s. sewaktu ditinggalkan di bumi Makkah yang kering kontang tidak berpenghuni.
Nak tahu ke cerita ni.
Mungkin ada yang dah dengar di surau-surau dan masjid.
Bagi yang belum elok juga dikongsikan disini.
Siti Hajar ditinggalkan bersama anaknya Ismail oleh Nabi Ibrahim a.s. di bumi yang gersang, kontang dan tak berpenghuni.
Jika ikut logik boleh la kata ini memang tak masuk akal.
Malah Siti Hajar telah beberapa kali menahan Nabi Ibrahim a.s. dari meninggalkannya menandakan beliau sendiri pun tak percaya suaminya sanggup meninggalkannya begitu sahaja.
Hinggalah akhirnya Siti Hajar semakin faham bahawa Nabi Ibrahim a.s. berbuat begitu semata-mata kerana Allah swt telah menitahkannya begitu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://affiliatesecretfornewbie.com/usaha-itu-satu-pengorbanan/