Usaha Berterusan Untuk Membuktikan Sokongan Majoriti 9823



Rasulullah SAW bersabda: “Lazimkan dirimu untuk solat malam kerana itu adalah amalan orang-orang soleh sebelummu, mendekatkan diri kepada Allah, menghapuskan dosa, menghindarkan penyakit, dan pencegah daripada dosa.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad)Hidayah - When all things went dark and you search for a light to see things clearly

"... Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya." (Surah al-Kahfi 18:17) 
Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah. Mungkin agak ganjil mendengar tajuk di atas . Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat dengan Islam. 
Tragedi 911 telah menyebabkan perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga menyebabkan Penerbit buku yang terkenal, Penguin Books, yang telah menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak lebih dari 20,000 naskah Al Quran sejurus berlakunya tragedi 911.
Akhbar USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk "People Want to Know, so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55 kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”
Kes terbaru yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika juga agak menarik minat saya untuk menulis artikel ini. Ia melibatkan seorang Islam, Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist, Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. Ernie Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.
Pegawai Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika., maka beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut. Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas tuduhan menggangu (harrassament) lelaki Athiest tersebut.
Kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut:- (In Syaa Allah Hakim Mark Martin... Allah kurniakan Hidayah buat mu dan famili serta masyarakat mu. Aamiin) 
“Setelah mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam. Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu tuan (lelaki Athiest tersebut) tunjukkan kepada saya di mana di dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok agama orang Iain, kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama tersebut. Di dalam masyarakat kita (Amerika) kita mempunyai Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan Pertama. Amat malang setengah orang mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang malangnya itulah yang kamu lakukan.”
Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut:- 
“Saya tidak rasa kamu sedar bahawa di sana terdapat perbezan yang besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah seorang Athiest (tidak percaya agama) – tapi kamu kena faham bahawa Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka. Islam adalah segala-galanya bagi mereka (orang Islam). Mereka bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah. Untuk menjadi orang Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kena berusaha untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu. Adalah menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap dengan orang lain mereka akan berkata “Jika Allah mengkehendaki” (In Syaa Allah) ia akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat apa yang kamu lakukan adalah sangat-sangat biadap dan meskipun kamu ada hak, kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan. Saya telah mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain. Apabila kita pergi ke negara lain, bukan satu yang luar biasa orang memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” (Amerika yang hodoh). Ini kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung mempedulikan hak-hak orang lain.” 
Di dalam satu kes yang lain yang melibatkan seseorang yang dibuang kerja kerana tidak diberi alasan manasabah, seorang Hakim Amerika dengan penuh yakin menyatakan seperti berikut; “Jika Tuhan sendiri memberikan alasan kepada Adam - iaitu Adam dilarang memakan buah yang dilarang - sebelum beliau diperintah keluar dari syurga, siapakah kamu (majikan) yang dengan sewenang-wenangnya memecat pekerja kamu tanpa memberi alasan.” 
Sumber: Hakim Amerika Pertahan Islam Di Mahkamah | Detik IslamMAKMAL BERITALANGSUNG: Anwar yakin lebih ramai MP akan nyatakan sokongan pada PH8:41 pagi (Dikemaskini 10:10 malam)Wartawan Malaysiakini  |  Berita
Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berusia 20 bulan. Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini.
9.00 malam: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur - Sekumpulan penunjuk perasaan yang terdiri daripada golongan muda berkumpul di Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan terhadap kemelut politik yang berlaku sejak tujuh hari yang lalu.
Jemputan untuk menghadiri bantahan itu dibuat pengguna media sosial petang tadi. Para penunjuk perasaan terdiri daripada aktivis pelajar, aktivis dan orang ramai.
Salah seorang penunjuk perasaan mengatakan golongan elit politik tidak pernah peduli terhadap rakyat dan kumpulan yang terpinggir.
Penunjuk perasaan lain membidas rampasan politik yang berlaku."Saya marah, siapa buat? Saya peduli, siapa yang buat semua ini? Saya turun mengundi, bukan untuk mengundi Muhyuddin (Yassin), siapa dia?" katanya.
Sekumpulan peserta bantahan turut melaungkan slogan "bangkit Malaysia", selain "demokrasi sudah mati, rakyat perlu bangun".
"Mereka mencuri undi kami, jangan biarkan mereka melakukannya lagi," kata seorang lagi penunjuk perasaan.
Cucu perdana menteri sementara, Ineza Roussille, yang membuat filem M for Malaysia, turut mengambil bahagian dalam bantahan itu. Namun, dia menolak untuk bercakap dengan media.
Aktivis Fahmi Reza juga muncul dengan plakad badut yang menyerupai Muhyiddin.
9.30 malam: Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam kenyataan ringkas di twitter menyatakan keyakinan bahawa PH akan mendapat lebih banyak sokongan ahli parlimen.
Kenyataan itu disertakan dengan gambar Ahli Parlimen Selangau baru Bian selepas menandatangan akuan berkanun (SD) menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
"114 (sokongan ahli parlimen). Lebih ramai akan datang. InsyaAllah," katanya.

Anwar Ibrahim
✔@anwaribrahim
114. Lebih ramai akan datang. InsyaAllah. https://twitter.com/saifnasution/status/1233739891403419650 …
Saifuddin Nasution@saifnasution#114



1,7009:27 PM - Feb 29, 2020Twitter Ads info and privacy
987 people are talking about this9.10 malam: Berdasarkan semakan, kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam  Maszlee Malik berhubung pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang sebelum ini dimuat naik di Facebook beliau, sudah dipadam.
Sebelum ini, hanya tiga jam selepas menyatakan sokongannya kepada Dr Mahathir Mohamad, Maszlee dalam kenyataannya mengumumkan beliau bersyukur Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.
Kenyataan Maszlee yang sudah dipadam itu antara lain berbunyi:
"Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab dan warganegara yang inginkan terbaik untuk rakyat, saya menyambut baik dan menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkenan melantik Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.
"Saya mendokan agar Malaysia kekal aman dan terus maju ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
8:50 malam: Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dilihat tiba untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur.
Kenderaan yang dinaiki Anwar dilihat dikawal dengan ketat.
Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dilihat tiba sekitar pukul 8:30 malam. Selepas menandatangani akuan berkanun (SD) menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, beliau beredar 15 minit kemudian
Turut dilihat tiba di lokasi itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dan bekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong
8.40 malam: Ahli Parlimen Selangau Baru Bian pula menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Mahathir
Upacara menandatangani SD itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil
Ketika dihubungi Malaysiakini, Fahmi mendakwa PH kini mempunyai 114 sokongan ahli parlimen
Untuk rekod, Baru Bian sebelum ini merupakan antara 10 pemimpin PKR yang  menyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali
Azmin dan kumpulannya sebelum ini dilaporkan menyokong Muhyiddin


8.00 malam: Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mempersoalkan dakwaan yang mengatakan 36 ahli parlimen parti mereka menyokong Muhyiddin Yassin
Sedangkan, katanya, enam ahli parlimen Bersatu menyokong Dr Mahathir Mohamad
Beliau berkata enam ahli parlimen itu adalah dirinya, Mahathir, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith, dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Amirudin Hamzah
"Bohong menjadi PM?" katanya dalam catatan di Facebook


Kenyataan Mukhriz itu turut disertakan dengan satu kenyataan media semalam yang menyatakan bahawa Bersatu menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang "dihadiri oleh 36 ahli parlimen"
Bersatu hanya mempunyai 26 ahli parlimen sebelum 10 ahli parlimen yang meninggalkan PKR yang diketuai Mohamed Azmin Ali menyertai parti itu
Selepas pengumuman bahawa Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri, Eddin Syazlee yang dikatakan sedang menuju ke Yayasan Albukhary, tempat pemimpin PH berkumpul, sebaliknya dilihat hadir di kediaman Muhyiddin. Beliau bagaimanapun beredar tidak sampai setengah jam selepas tiba
Hanya tiga jam selepas menyatakan sokongannya kepada Mahathir, Maszlee kemudian mengumumkan beliau bersyukur Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri
7.50 malam: Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan jam 8.30 malam di Dataran Merdeka
"Ia adalah satu perhimpunan haram kerana ia akan dilakukan secara tiba-tiba, tidak ada notis dan ia tidak mengikut prosedur, saya nasihatkan orang ramai untuk tidak menyertaiperhimpunan ini
"Pihak penganjur akan dikenakan dakwaan undang-undang jika mereka meneruskannya," kata ketua polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim kepada Astro Awani
7.40 malam: Hanya tiga jam selepas menyatakan sokongannya kepada Dr Mahathir Mohamad, Dr Maszlee Malik kini mengumumkan beliau bersyukur Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri
Kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, pelantikan perdana menteri memang tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama


"Sebagai ahli parti yang bertanggungjawab dan warganegara yang inginkan terbaik untuk rakyat, saya menyambut baik dan menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berkenan melantik Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri
"Saya mendokan agar Malaysia kekal aman dan terus maju ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan malam ini
7.25 malam: Ahli Parlimen Santubong, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memberitahu Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberikan sokongan mereka kepada Muhyiddin Yassin
Katanya, ahli parlimen GPS mengadakan mesyuarat dalam talian pada malam tadi untuk menentukan sikap mereka sebelum dimaklumkan kepada Agong


"Disebabkan kekangan masa kerana Agong mahu menamatkan kebuntuan ini, maka kami mengadakan mesyuarat dalam talian dan kami memutuskan (menyokong) Muhyiddin," katanya seperti dipetik portal The Malaysian Insight
Katanya, GPS tidak menyokong Mahathir kerana kedudukan DAP dalam PH
Terdahulu portal FMT turut memetik Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg juga memberi alasan sama untuk tidak menyokong Mahathir
7.10 malam: Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, yang sebelum ini dikatakan menuju ke Yayasan al-Bukhary tempat pemimpin PH berkumpul, sebaliknya dilihat di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara
Beliau tiba sekitar 6.50 malam, sebelum meninggalkan kediaman Muhyiddin sekitar 7.10 malam
6.25 petang:Satu protes dijangka akan diadakan di Dataran Merdeka pada pukul 8.30 malam ini
"Mereka yang marah dengan pengkhianatan, berkumpul malam ini di Dataran Merdeka pada pukul 8.39 malam. Jumpa anda di sana," menurut pesanan teks yang disebarkan di Whatsapp
Difahamkan himpunan itu dianjurkan pihak sama yang mengadakan protes di situ pada Selasa malam lalu, yang dihadiri kira-kira 80 orang
5.30 petang: Ketua Wanita Bersatu Rina Harun tiba di rumah Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Beliau ialah anggota parlimen Titiwangsa


5.30 petang: Rumah Muhyiddin, Bukit Damansara - Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata 114 daripada 222 anggota parlimen menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri
Beliau berkata, "tidak jelas" anggota parlimen itu daripada parti mana tetapi menyebut Bersatu, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS)
"Ini yang diberitahu, kita sudah melepasi garisan," katanya kepada pemberita
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana melantik Muhyiddin "mengikut Perlembagaan Persekutuan"
"PAS ucap tahniah pada Muhyiddin kerana telah dipilih mengikut proses yang demokratik yang tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak," katanya
Setiausaha gung Umno Annuar Musa juga mengucapkan syukur terhadap keputusan Agong
5.30 petang: Eastin Hotel, Petaling Jaya - Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PH akan mengemukakan perakuan bersumpah (SD) anggota parlimen yang menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, kepada Yang di-Pertuan Agong
Beliau berkata, surat daripada Istana Negara semalam tidak menyatakan secara khusus tempoh masa untuk kedua-dua pihak mendapatkan sokongan melalui SD
"Kita yakin ada angka (sokongan MP) yang cukup, sebab itu kita usaha sampai saat ini
"Tiba-tiba kita dengar pengumuman rasmi istana, sebab itu kita akan cari jalan...InsyaAllah kita akan buktikan (ada sokongan). Kita ada hujah yang cukup," katanya
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada SD yang dihantar oleh ketua-ketua parti kepada Istana tengah hari tadi cukup untuk membolehkan PH menubuhkan kerajaan
Beliau juga berkata PH akan meneliti aspek undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan sebelum menentukan langkah seterusnya


5.15 petang: Ahli majlis tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan berharap pelantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri menandakan berakhirnya krisis politik dan pembinaan semula negara
"Para pemimpin yang menerima mandat baru ini harus memastikan jasa baik para pemimpin masa lalu akan terus dihargai," tambahnya
Beliau juga meminta Bersatu untuk kembali bersama-sama dengan disiplin yang lebih baik
Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang ditemui di rumah Muhyiddin menyatakan rasa] syukur atas keputusan itu
“Alhamdulillah. Kerja keras kita selama seminggu berjaya angkat Muhyiddin sebagai PM,” katanya
4.55 petang: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menyambut pengumuman istana tentang lantikannya sebagai perdana menteri dengan sujud syukur
Dalam satu video berdurasi 51 saat yang dikongsikan di laman Facebook Rita Sarbanon Ismail, Muhyiddin dilihat sedang mengerjakan sujud syukur, sebelum kemudiannya menadah tangan dipercayai berdoa selama beberapa puluh saat
Sebelum itu, pada jam 4.30 petang, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan menggantikan Dr Mahathir Mohamad yang kini berkhidmat sebagai perdana menteri interim


Ketika ditemui media di kediamannya di Bukit Damansara, Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dan berharap semua rakyat Malaysia menerima keputusan Istana
"Saya bersyukur kepada Allah dianugerahkan jawatan perdana menteri kelapan. Dengan izin dan perkenan Agong
"Saya menjunjung kasih di atas perkenan Agong dan sebab itu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya
"Dan kita telah pun beristiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah diberikan Allah kpd saya
"Saya hanya menohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan diumumkan Istana Negara hari ini," katanya
Muhyiddin juga menambah bahawa beliau dimaklumkan bahawa upacara angkat sumpah akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada pukul 10.30 pagi esok
4.30 petang: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa dilaporkan berkenan melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan


4.24 petang: Anggota Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik menyatakan sokongannya buat Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri
Katanya, meskipun dia tidak boleh berkompromi dengan sebarang usaha untuk menjejaskan kepentingan agenda Melayu, Islam dan Bumiputera, dia juga sukar untuk bersekongkol dengan individu-individu yang terlibat rasuah dan korupsi dan sedang diadili di mahkamah
“Kemelut ini perlu diselesaikan segera
“Dengan ini, saya menyatakan sokongan saya kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Malaysia
“Saya juga ingin menyeru kepada semua Ahli Parlimen Bersatu untuk kembali bersatu dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik,” katanya dalam satu kenyataan
Warisan kata kedudukan tak berubah, masih sokong Dr M4.10 petang: Parti Warisan Sabah berkata ia kekal konsisten dalam sokongannya terhadap Anggota Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri
"Selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan tertinggi parti, Warisan tetap dengan pendirian sebelum ini iaitu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri," kata Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua


Keputusan itu disahkan semula berikutan mesyuarat kepimpinan
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Anggota Parlimen Keningau, Jeffrey Kittingan, yang pagi ini dilihat di kediaman Presiden Bersatu Muhyidddin Yassin di Kuala Lumpur, tidak akan menyokong Mahathir
Mahathir dan Muhyiddin, walaupun dari parti yang sama, kini berbalah dan bersaing untuk membentuk kerajaan baru. Istana Negara keluar kenyataan rasmi jam 5 petang ini4.09 petang: Bernama melaporkan Istana Negara akan keluarkan kenyataan rasmi pada jam 5 petang ini
Anwar dakwa tiga MP sertai PH3.40 petang - Hotel Eastin, Petaling Jaya: Presiden PKR,  Anwar Ibrahim mendakwa tiga anggota parlimen menyertai Pakatan Harapan (PH) termasuk Anggota Parlimen Serian, Richard Riot dari GPS
Ini menjadikan jumlah sokongan anggota parlimen kepada Dr Mahathir Mohamad adalah seramai 95 orang berbanding 92 sebelum ini
Anwar, bagaimanapun tidak menamakan dua anggota parlimen lain yang beralih arah kepada PH
"(Angka) jauh lebih tinggi sebab 95 itu (dari) PH, Tun M tentulah bawa beberapa (MP) lagi," katanya
Tanpa memberitahu angka yang tepat, beliau berkata PH kini sudah mempunyai jumlah anggota parlimen yang mencukupi di pihak mereka
Ketika diminta mengesahkan Riot menyertai PKR, Anwar berkata, pemimpin berkenaan akan menyertai parti itu
"Tadi dia call, dia mohon lama dah, tadi dia call , dia confirm he is on the way," katanya
Pagi Jeffrey sokong Muhyiddin, petang didakwa sokong Mahathir3.31 petang: Jika di sebelah pagi Jeffrey Kitingan menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri, di sebelah petangnya anggota parlimen Keningau itu dikatakan mengubah pendirian
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi Twitternya mendakwa Jefrrey kini beralih sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad
"PKR dan PH mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen Keningau (P.180) yang telah menyatakan sokongan terbuka buat @chedetofficial sebagai calon Perdana Menteri," katanya


KEADILAN & amp; Pakatan Harapan mengucapkan terima kasih Kepada YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen Keningau (P.180) Yang Telah menyatakan Sokongan Terbuka buat @chedetofficial . SEBAGAI calon Perdana Menteri & mdash; Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) 29 Feb 2020Awal pagi tadi Jeffery dari parti Star, merupakan salah seorang anggota parlimen yang berkumpul di kediaman Muhyiddin dalam rancangan untuk memaklumkan kepada istana bahawa mereka mempunyai majoriti membentuk kerajaan baru
Setelah kira-kira 40 minit pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin dilihat meninggalkan istana, sementara Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, yang mengiringi beliau hanya berkata "Kami akan kembali esok"
Dr M pulang ke rumah lepas hadiri majlis kahwin anak3:00 petang - Hotel Shangrila, Kuala Lumpur: Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad yang ditemani isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali berangkat pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan cucu mereka
Seorang pembantu memberitahu Malaysiakini, pasangan itu dijadualkan pulang ke kediaman mereka di The Mines dan tidak mempunyai acara lain hari ini
Dilihat memakai sut berwarna kelabu, Mahathir menolak untuk menjawab soalan daripada pemberita


Anwar lihat kepentingan negara melebihi peribadi2.30 petang: Kehadiran Presiden PKR Anwar Ibrahim di Istana Negara hari ini adalah untuk mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri
Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, beliau melihat kepentingan negara kini lebih utama berbanding kepentingan peribadi
"Hadir ke Istana Negara tengahari tadi bagi menyerahkan surat menyatakan perubahan pendirian Pakatan Harapan terkait calon PM dengan mengusulkan nama Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon PM mewakili PH
"Saya terharu dukungan yang diberikan kepada saya, namun saya pilih untuk melihat kepentingan negara melebihi peribadi," katanya
Hari ini lain, semalam lain, nak komen pun susah - Ismail Sabri2.06 petang: Rumah Muhyiddin, Bukit Damansara - Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilihat keluar daripada kediaman Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin
Ditanya berkenaan kunjungan itu, dia hanya menjawab: "Borak-borak sahaja."Bagaimanapun, ketika diminta mengulas tentang pendirian terbaru PH yang kembali menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, Ismail berkata kredibiliti Mahathir benar-benar hilang susulan kemelut politik yang sedang berlaku


“Hari ini lain, esok lain, lusa lain, semalam lain, jadi kita nak komen pun susah. Sebab kejap lagi mungkin tukar fikiran
“Sebab itu payah nak komen, sebab kalau komen pagi ini, mungkin petang nanti dah berbeza balik. Jadi kamu (pemberita) kena tanya komen yang baru pula
“Semua orang keliru dengan keadaan ini. Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera sebab negara kita pada hari ini tak berkerajaan...Ekonomi semakin tak menentu kerana masalah tak menentu hari ini," katanya
Beliau berkata Mahathir perlu pentingkan soal rakyat dan negara berbanding dirinya sendiri
'Doakan dalam sehari dua selesai'2.00 petang: Hotel Eastin, Petaling Jaya - Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berharap kemelut politik ini akan berakhir dalam sehari dua lagi
Beliau percaya sokongan akan dapat diperolehi daripada beberapa wakil rakyat yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti mereka dan sokongan daripada anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak
"Apa pun kita tunggu sehingga penumuman daripada istana, doa dalam sehari dua diselesaikan," katanya
Dr M hadiri majlis kahwin cucu2 petang - Hotel Shangrila, Kuala Lumpur: Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad berehat sebentar di tengah-tengah kemelut politik, dengan menghadiri majlis resepsi perkahwinan cucunya, Meera Alyana Mukhriz
Malaysiakini diberitahu Mahathir tiba di Hotel Shangrila sejam yang lalu
Pengawal Unit Tindakan Khas (UTK) turut berada di hotel itu
Ada laporan menyatakan Mahathir mungkin akan ke Istana Negara hari ini. Bagaimanapun pegawainya memberitahu Malaysiakini bahawa ia belum pasti
Anwar beredar dari Istana Negara1.50 tengah hari: Istana Negara - Presiden PKR Anwar Ibrahim meninggalkan istana selepas berada di sana selama kira-kira 20 minit
Beliau diiringi Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil
Kenderaannya tidak berhenti di pintu, di mana wartawan berkumpul, tetapi menurunkan sedikit tingkapnya untuk melambaikan tangan
Bagaimanapun ketika wartawan cuba bertanya soalan kepadanya, pengawal Anwar cuba menjarakkan mereka daripada kenderaan tersebut
Tolak-menolak tercetus dengan ada wartawan terjatuh, menyebabkan beberapa wartawan bersemuka dengan pengawal tersebut


Umno kembali cadangkan pilihan raya umum tergempar1.30 tengah hari: Setiausaha Agung Umno Annuar Musa kembali mencadangkan agar pilihan raya dibuat bagi menyelesaikan kebuntuan politik pada masa ini
"Buat PRU (pilihan raya umum) sekarang dan kita lihat di mana kita," katanya di Twitter, membalas ciapan seorang individu yang berkata Umno sudah ditolak rakyat
"Cukuplah perebutan ini. Siapa pun dapat, percayalah ia amat sementara. Mandat harus segera kembali kepada rakyat," katanya dalam ciapan sebelumnya
Kenyataan Annuar itu beberapa jam selepas wakil Bersatu, Umno, PAS dan GPS mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur pagi tadi
Kumpulan itu merancang untuk memaklumkan kepada Istana bahawa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baru
Umno dan PAS sebelum ini telah menggesa agar pilihan raya diadakan, namun menukar pendirian semalam dengan mengisytiharkan sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri
Polis siasat akaun Facebook1.30 tengah hari: Polis menyiasat seorang pengguna Facebok yang membuat hantaran berkenaan kemelut politik yang sedang berlaku
Antaranya hantaran yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong mengarahkan Dr Mahathir Mohamad agar meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Huzir Mohamed, hantaran tersebut disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam
Setiausaha agung sahkan Dr M masih pengerusi Bersatu1 tengah hari: Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya mengesahkan Dr Mahathir Mohamad masih merupakan pengerusi parti itu
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin cuba untuk merebut kawalan parti dengan mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku pengerusi Bersatu
"Maka selari dengan prinsip the rule of law dan perlembagaan parti, satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti adalah Pengerusi Bersatu, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad
"Oleh yang demikian, segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada keputusan YAB Tun sebagai pengerusi Bersatu," jelasnya
Muhyiddin isytihar dirinya pemangku pengerusi Bersatu12.35 tengah hari: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku pengerusi Bersatu dalam usahanya untuk mengambil alih dan mengawal parti itu
Meskipun Bersatu merayu Mahathir menarik balik surat peletakan jawatan  dan mengumumkan secara rasmi perdana menteri sementara itu sebagai pengerusi Bersatu pada 27 Feb, Muhyiddin dalam kenyataan terbarunya mendakwa kerusi itu kosong, menjadikan beliau kini memangku jawatan berkenaan


Menurut perlembagaan Bersatu, kedudukan pengerusi adalah kuasa tertinggi dalam parti
Langkah Muhyiddin itu diambil selepas Mahathir mengumumkan dirinya mempunyai majoriti apabila Pakatan Harapan (PH) kembali mengisytiharkan sokongan kepadanya untuk menjadi perdana menteri
PH serah dokumen seperti surat pada pihak istana12.00 tengah hari - Istana Negara: Kenderaan dinaiki Mat Sabu dan Lim Guan Eng dipandu keluar dari pekarangan Istana Negara Kuala Lumpur sebentar tadi
Mat Sabu yang dilaporkan keluar dari Istana Negara jam 11.30 pagi tadi dilihat masuk kembali bersama pemimpin lain, antaranya Mujahid Yusof Rawa, Dr Dzulkefly Ahmad dan Lim Guan Eng jam 11.50 pagi tadi
Sebelum itu, dalam lingkungan jam 11.45 minit, kereta mereka dilihat diparkir di tepi jalan yang menuju ke Istana Negara. Dr Dzulkefly kemudian dilihat menandatangani dokumen yang kelihatan seperti sepucuk surat
Ditanya mengenainya, beliau hanya menjawab “sudah serah” namun enggan mendedahkan intipati surat berkenaan. 

Anwar beri laluan pada Dr M bentuk kerajaan baru12 tengah hari:  Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka tidak akan menyertai kerajaan baru yang mungkin dibentuk perdana menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun memberikan sokongan kepadanya sebagai perdana menteri
"Orang dalam mengakui bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk tidak menyertai kabinet dan memberi laluan kepada Mahathir sebagai perdana menteri, untuk memastikan kelangsungan Harapan 2.0," kata Anggota Parlimen Subang PKR, Wong Chen
Focus Malaysia melaporkan Anwar bersetuju untuk menangguhkan hasratnya sehingga Persidangan Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November, yang merupakan rancangan asal bagi peralihan kuasa


Memetik sumber, ia berkata pemimpin PKR yang diketuai Anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, yang merancang rampasan kuasa baru-baru ini, tidak akan diterima dalam kerajaan baru
Ia menambah GPS dan Warisan juga mungkin akan menjadi sebahagian daripada kerajaan baru berkenaan
11.30 pagi- Istana Negara: Presiden Amanah Mohamad Sabu yang dipercayai tiba di Istana Negara, Kuala Lumpur pukul 11.00 pagi tadi dilihat keluar menerusi pintu masuk 2
Ditanya pemberita berkenaan pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu enggan mengulas lanjut
Malah, beliau - dengan wajah sedikit serius- cuma mengucapkan terima kasih
“Terima kasih, terima kasih,” katanya ringkas. Peguam cadang undi tak percaya terhadap Dr M11 pagi: Peguam New Sin Yew mencadangkan krisis politik sekarang diselesaikan melalui undi tidak percaya terhadap perdana menteri sementara Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat
Ini kerana undi sedemikian adalah cara yang lebih terjamin untuk merekodkan sokongan anggota parlimen terhadap calon perdana menteri pilihan mereka
Beliau berkata Yang Di-Pertuan Agong harus menolak semua bukti luaran seperti Akuan Berkanun, temubual dan kumpulan yang mengadap dalam menentukan sama ada seorang calon perdana menteri mempunyai majoriti kerana bukti itu tidak boleh dipercayai
"Agong harus bersungguh-sungguh menguji keyakinan di Dewan Rakyat dengan cara undi tidak percaya di mana anggota parlimen tidak boleh tarik balik atau berubah," tulisnya di halaman Facebook
Ini selepas Mahathir dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin masing-masing mendakwa mempunyai cukup sokongan anggota parlimen di belakang mereka
10.50 pagi: Istana Negara - Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara selepas hampir 40 minit mengadap Yang di-Pertuan Agong
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, yang mengiringi beliau berkata "Kami akan kembali esok"
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan pemimpin GPS, Fadillah Yusof juga dilihat meninggalkan pekarangan istana
Awal pagi ini, para pemimpin berkenaan berkumpul di kediaman Muhyiddin. Turut hadir ialah Anggota Parlimen Keningau dari Star, Jeffrey Kittingan dan Anggota Parlimen Pensiangan dari PBS, Arthur Joseph Kurup



Kumpulan itu merancang untuk memaklumkan istana bahawa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baru
Bagaimanapun Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad, kini mengatakan beliau mempunyai majoriti
Ini selepas Pakatan Harapan menyatakan kembali sokongan kepada Mahathir
PM baru dicadangkan dari Malaysia Timur10.45 pagi: Sekumpulan pemimpin masyarakat sivil mencadangkan pemimpin dari Malaysia Timur diberi peluang untuk mengetuai kerajaan baru
Mereka berkata ini kerana pemimpin politik dari Semenanjung berterusan bertelagah demi kepentingan mereka sendiri
"Sudah sampai masanya kita rakyat Malaysia memberi peluang kepada pemimpin di Malaysia Timur yang telah menunjukkan toleransi agama dan kaum sejak pembentukan Malaysia, dan yang telah menunjukkan contoh perpaduan dalam kepelbagaian untuk memimpin negara keluar dari kebuntuan semasa
"Jika Malaysia mahu kerajaan perpaduan, mari kita mulakan dari Malaysia Timur. Apabila kita menandatangani perjanjian Malaysia, kami berharap untuk masyarakat yang adil dan saksama dan pemimpin yang prihatin yang meletakkan negara berbanding diri sendiri
"Ia kini mengesahkan bahawa pemimpin parti semenanjung hanya berfikir tentang diri mereka
"Sudah sampai masanya pemimpin Malaysia Timur diberi peluang untuk menerajui negara sebagai perdana menteri," kata mereka
Antara yang menandatangani kenyataan itu termasuk Lim Teck Ghee, Tajuddin Rasdi, Peter John Jaban dan Faridah Mohd Fuad Stephens. DAP sedia berbincang dengan GPS10.15 pagi: DAP Sarawak bersedia berbincang dengan GPS berhubung pilihan raya negeri yang akan datang, atas nama kepentingan negara
"Atas nama kepentingan negara, apa pun boleh," kata ketua DAP Sarawak Chong Chien Jen kepada Malaysiakini.Ditanya sama ada mereka bersedia bekerjasama dengan GPS, beliau menjawab mereka terbuka untuk bekerja dengan pihak lain selain daripada Umno dan PAS
Chong berkata negara ini berada di persimpangan jalan sekarang dan GPS harus memilih antara bekerja dengan "perkauman" dan "pelampau agama" dalam Umno dan PAS, atau dengan Pakatan Harapan
Muhyiddin dan kumpulannya mula tiba di Istana Negara10:10: Istana Negara - Pemimpin politik mula tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan  Agong
Antara mereka ialah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, dan pemimpin GPS, Fadilah Yusoff
Dr M umum ada majoriti lepas disokong PH9.30 pagi: Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau kini mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan baru
Ini selepas beliau bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan pagi ini
"Saya yakin bahawa saya mempunyai bilangan yang diperlukan untuk mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat
"Oleh itu, saya bersedia untuk menjadi calon perdana menteri," katanya
Pakatan Harapan, dalam kenyataan yang berasingan, mengesahkan bahawa gabungan itu akan menyokong Mahathir
Syed Saddiq nafi sokong Muhyiddin jadi PM9.12 pagi: Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan pernah menandatangani apa-apa sokongan terhadap presiden parti, Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri
“Saya tak pernah tandatangan,” katanya apabila ditanya tentang sokongan Bersatu terhadap Muhyiddin sebagai calon perdana menteri kelapan
Ini ekoran kenyataan Setiausaha Agung Bersatu semalam, Marzuki Yahya yang menyatakan Mesyuarat Ahli-ahli Dewan Rakyat Bersatu (termasuk sekumpulan blok Azmin dari PKR) memutuskan untuk mencalonkan Muhyiddin
Katanya, “mesyuarat itu dihadiri oleh seramai 36 ahli Dewan Rakyat Bersatu”. MP luah perasaan melalui puisi8.30 pagi: Bekas timbalan menteri Belia dan Sukan, Steven Sim menghantar puisinya kepada Malaysiakini untuk mengingatkan tentang perpaduan dan kepelbagaian kaum di negara ini. Demikian puisi itu berbunyi:Watan ini ada warisan,Dari azali tersohor namanya,Angin yang merentas lautan,Membawa siasah dan budaya.Dari kerajaan purba Tanah Merah,Sang pelayar BuddhaguptaMenjelajah dunia Nusantara,Dibawa angin yang sama.Dari Gunung Valavati sana,Dinaung Raja Dewa Cudamani,Dharmakirti mengarang kitabnya,Mencerah minda menyuluh rohani.Dari Rom, angin membahtera,Merong Mahawangsa dilanggar Garuda,Lalu mendiri tahkta Langkasuka,Kerajaan adil kebaikan bertambah-tambah.Angin yang sama membawa,Dari benua jauh Sang Pencerah,Agama Dewata Mulia Raya,Memahat syariah mentadbir ummah.Dari Seguntang Mahameru,Termaktub bai'ah pusaka,Menjunjung daulat ke anak cucu,Zuriat Yamtuan Tiga Dunia.Watan ini hebatBukan sebab kudrat semata,Hebat kita kerana muafakatKerana angin takdir mengikat kita.Bagai ditempa kursani dan bajaDibakar bahang api baraDisepuh air tiga kualaMenjadi keris Laksamana.Ku sambut tangan-mu sahabatku,Oleh takdir dikimpal kita,Oleh angin ketemu kita,Sejak bahari kita bersama,Dalam Bahasa, Budaya, Cara dan WarnaSebenarnya, kita berjumpa.Menurut Steven, puisi itu ditulis untuk mengingatkan rakyat Rakyat Malaysia asal usul, sejarah yang panjang dan silaturahim yang bagaikan "besi pelbagai ditempa menjadi keris sakti"
"Kita kuat bukan sebab kebolehan sesorang atau sesuatu kaum tapi kerana perpaduan pemimpin dan rakyat pelbagai kaum negara ini," katanya
Agong panggil pemimpin parti politik8 pagi: Istana Negara - Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka memanggil semua pemimpin parti politik ke Istana Negara pada jam 10.30 pagi
Agong pada Selasa dan Rabu lalu mewawancarai semua anggota parlimen bagi mengetahui calon perdana menteri pilihan mereka, namun mendapati tiada mana-mana pihak memiliki majoriti yang jelas


Anggota Parlimen BN dan PAS memaklumkan kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa mereka mahukan Dewan Rakyat dibubarkan manakala pemimpin Pakatan Harapan memutuskan untuk mencalonkan Anggota Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas bekas pemimpin mereka, Dr Mahathir Mohamad enggan memulihkan kerajaan PH
GPS, Warisan dan Bersatu dipercayai menamakan Mahathir, yang merupakan pengerusi Bersatu, sebagai perdana menteri
Bagaimanapun, pendirian parti-parti politik ini berubah lagi dalam masa beberapa hari
Sehingga malam tadi, BN, PAS dan Bersatu kini menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri. Pendirian PH tetap tidak berubah buat masa sekarang dan siapa yang akan disokong GPS dan Warisan masih samar
Peralihan sokongan kepada Muhyiddin adalah kerana Mahathir berkeras untuk tidak akan bekerjasama dengan Umno
Ini bermakna Muhyiddin mendapat sokongan daripada 96 anggota Parlimen sementara Presiden PKR Anwar Ibrahim memperoleh 93 sokongan
Tidak jelas sama ada Agong boleh menentukan siapa yang paling mendapat sokongan dengan menemui ketua-ketua parti hari ini kerana tidak semua anggota parlimen menyokong keputusan parti masing-masing
Sebagai contoh, sokongan anggota parlimen Bersatu kelihatan terpecah dua antara Muhyiddin dan Mahathir
Anwar menyatakan bahawa beliau berharap anggota parlimen menyebelahi PH, dengan mendakwa gabungan itu mempunyai bilangan mencukupi untuk membentuk kerajaan
Ini merupakan usaha berterusan untuk membuktikan sokongan majoriti bagi menentukan perdana menteri selepas beberapa siri temuduga dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap anggota parlimen

LANGSUNG: Anwar yakin lebih ramai MP akan nyatakan sokongan pada PH




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/03/usaha-berterusan-untuk-membuktikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kumpul Bukti Termasuk Sd Yakin Mampu Tunjuk Jumlah Sokongan Majoriti

Ph Kumpul Bukti Termasuk Sd Yakin Mampu Tunjuk Jumlah Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 284 hits
AKMAL MANAF Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub yakin dan percaya Pakatan Harapan mampu menunjukkan jumlah sokongan majoriti dalam masa terdekat ini Beliau berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat sebentar lagi dan akan me...
Ph Boleh Guna Dewan Rakyat Untuk Menentukan Majoriti Sokongan

Ph Boleh Guna Dewan Rakyat Untuk Menentukan Majoriti Sokongan

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 422 hits
Pada 9 3 2020 tarikh Parlimen bersidang Percaturan bagi menentukan sama ada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat kemungkinan besar berlaku Menurut pendapat penulis yang memahami sedikit Perlembagaan...
Sejarah Tercipta Pembangkang Yang Mendapat Majoriti Sokongan Rakyat

Sejarah Tercipta Pembangkang Yang Mendapat Majoriti Sokongan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 247 hits
Kerajaan PH yang telah mendapat sokongan majoriti rakyat di dalam PRU14 yang lalu masih wujud tidak perlu bimbang Cuma kerajaan ini telah dirampas secara tidak demokrasi di mana sebilangan MP yang khianat juga minoriti jumlahnya telah menga...
Tiada Keyakinan Sokongan Majoriti Bakal Pm Agong

Tiada Keyakinan Sokongan Majoriti Bakal Pm Agong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 508 hits
Tiada Keyakinan Sokongan Majoriti Bakal PM Agong Yang di Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu menurut kenyataan Istana Negara ...
Majlis Presiden Ph Percaya Anwar Dapat Sokongan Majoriti Pm Ke 8

Majlis Presiden Ph Percaya Anwar Dapat Sokongan Majoriti Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 255 hits
AKMAL MANAF Majlis Presiden Pakatan Harapan percaya calonnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dari kalangan Ahli Parlimen berdasarkan proses yang ditentukan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong tempoh ...
Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

Peluang Anwar Untuk Mendapat Sokongan Majoriti Mp Dan Perkenan Agong Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 519 hits
Ambillah peluang ini dalam situasi sekarang secara sah daripada sebok tuding sana sini PRU14 PH menang jadi kerajaan atas FAKTOR Anwar Buktikanlah sekarang Kemaskini Tindakan Anwar Wan Azizah Matsabu dan limguaeng ke PMO pagi ini sangat tep...
Anwar Menghadap Ydp Agong Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M Dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti

Anwar Menghadap Ydp Agong Kemungkinan Yang Akan Berlaku Jika Tun M Dan Anwar Gagal Mendapat Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 475 hits
Malam ini 23 Feb 2020 Perdana Menteri Dr Mahathir menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Walaubagaimanapun YDP Agong belum membuat keputusan kerana baginda perlu mendapat penjelasan daripada kedua dua pihak Pada 24 Feb 2020...
59 Penyokong Pn Vs 72 Penyokong Ph Mana Lebih Majoriti Sokongan Rakyat

59 Penyokong Pn Vs 72 Penyokong Ph Mana Lebih Majoriti Sokongan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 430 hits
Kira kira 59 peratus rakyat berpendapatan rendah di Malaysia menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional hasil kajian yang dilakukan mengikut syarikat pengundian terkemuka dunia YouGov Menurut laporan YouGov sokongan terhadap pakatan ...
Dr M Kini Kata Ada Sokongan Majoriti Lepas Ph Kembali Sokong

Dr M Kini Kata Ada Sokongan Majoriti Lepas Ph Kembali Sokong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 275 hits
Malaysiakini Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau kini mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan baru Ini selepas beliau bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan pagi ini Saya yakin bahawa saya mempu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa