Usah Salahkan Rakyat Jika Bn Menang Kata Agus


malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 12, 2022 4:04 PM
Pembangkang tidak boleh menyalahkan orang lain - termasuk rakyat - kecuali diri mereka sendiri jika BN kembali mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang

Penganalisis politik Mohammad Agus Yusoff berkata gabungan BN boleh mengalahkan parti lain apabila PRU ke-15 dilangsungkan nanti jika pembangkang gagal berkonsolidasi atau memperkukuhkan kerjasama sesama sendiri.

"Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA), Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) dan Warisan, sila duduk bersama dan berbincang.

"Tidak perlu fikir tentang khemah besar, (sebaliknya) fikir tentang electoral pact (pakatan pilihan raya) saja.

"BN dan PH semuanya masih ada masa sehingga hari pencalonan untuk berbuat demikian.

"Ingatan saya kepada pemimpin pembangkang cuma satu: jangan salahkan rakyat yang tidak tahu memilih jika gagal berkonsolidasi sekiranya BN menang lagi," katanya dalam kenyataan dimuat naik di media sosial hari ini.

Bekas profesor sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga menegaskan perkara tersebut sebagai mengulas mengenai keadaan semasa politik serta pentingnya kerjasama dalam kalangan parti politik menjelang PRU ke-15.

Pengajaran dari Kelantan

Mengulas lanjut, Mohammad Agus berkata, situasi PRU ke-15 menyaksikan BN dalam keadaan bersatu, manakala perpaduan parti pembangkang berada dalam keadaan sebaliknya.

Justeru dia menegaskan betapa mustahaknya perpaduan dan kerjasama bagi parti yang ingin menang dalam pilihan raya kali ini.

Mohammad Agus juga menegaskan, kajian pakar mengesahkan bahawa perpaduan elit penting untuk menonjolkan imej perpaduan kepada orang ramai.

"Tanpa imej perpaduan ini, harapan untuk menjatuhkan rejim pemerintah sukar kerana rakyat tidak percaya kepada parti yang gagal menjanjikan kestabilan dan perpaduan.

"Di Malaysia, BN gagal memenangi hatta satu kerusi pun di Kelantan dalam PRU 1990 kerana imej perpaduan dan konsolidasi elit PAS dan Semangat 46 yang kuat ketika itu.

"Di Indonesia, gerakan reformasinya berjaya kerana elitnya tidak bersatu mendukung rejim Suharto.

"Di Malaysia, BN berjaya mengekalkan pemerintahannya kerana keupayaan Dr Mahathir (Mohamad) menyatukan elit-elit politik BN untuk bersatu dan tidak melawan kepimpinannya.

"Begitulah juga dengan PRU ke-15 ini. BN bersatu dan perpaduan inilah yang meyakinkan BN untuk membubarkan parlimen. Pembangkang menolak untuk mengadakan pilihan raya kerana mereka tahu perpaduan sesama mereka rapuh," katanya.
Tambah Mohammad Agus, alasan risiko banjir adalah tidak kukuh kerana sebelum ini - berdasarkan ingatannya - apabila cukup sahaja tempoh 36 bulan PRU terakhir berlangsung, pembangkanglah mula memalu gendang untuk PRU berikutnya.

"Apakah BN ada harapan untuk menang? Biarpun banyak isu yang tidak menyebelahi BN, mereka mempunyai peluang yang lebih besar jika pembangkang tidak bersatu," katanya.

Menurut Mohammad Agus memang terlalu sukar untuk parti pembangkang bekerjasama erat kerana - antara lain - disebabkan 'parut luka' yang terjadi sebelum ini.

Langkah Sheraton dan pengkhianatan lainnya, kata Mohammad Agus, adalah "kesakitan yang tajam" namun ia merupakan cabaran untuk pemimpin pembangkang mencari kesepakatan.

"Bagaimana untuk bekerjasama? Berjiwa besarlah dan mulakan langkah untuk sekurang-kurangnya ada electoral pact.

"Dengan kerjasama elektoral sahajalah sekurang-kurangnya, PRU ke-15 ini akan menjadi lebih menarik dan menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk negara tercinta ini," ujar Mohammad Agus lagi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/usah-salahkan-rakyat-jika-bn-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Selangor Yakin Menang Lawan Ph Pn Kata Noh

Umno Selangor Yakin Menang Lawan Ph Pn Kata Noh

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 305 hits
Umno Selangor yakin dapat menumpaskan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam saingan tiga penjuru di negeri itu TANJUNG KARANG Umno Selangor menerusi Barisan Nasional yakin mampu menang dalam persaingan tiga penjuru menentang Pakatan ...
Pm Ismail Akui Bajet 2023 Adalah Janji Bn Kepada Rakyat Jika Menang Pru15

Pm Ismail Akui Bajet 2023 Adalah Janji Bn Kepada Rakyat Jika Menang Pru15

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 187 hits
PM Ismail akui Bajet 2023 adalah janji BN kepada rakyat jika menang PRU15Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kenyataannya berhubung pemecatan 12 menteri Perikatan Nasional dari Kabinet Kerajaan kerana menghantar surat bantahan p...
Kalau Faham Kata Kata Ydpa Mudah Sahaja Rakyat Perlu Diberi Keutamaan Tapi Puak Puak Ni Bukan Peduli Modal Dap Ada Lagi

Kalau Faham Kata Kata Ydpa Mudah Sahaja Rakyat Perlu Diberi Keutamaan Tapi Puak Puak Ni Bukan Peduli Modal Dap Ada Lagi

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 133 hits
Siap sedia hadapi risiko banjir pada Nov Nabi utama kepentingan ramai Agong Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Semua agensi pihak berkuasa dan rakyat jelata dinasihati melakukan persediaan menghadap...
Tidak Bertanggungjawab Pm Salahkan Perikatan Kata Muhyiddin

Tidak Bertanggungjawab Pm Salahkan Perikatan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 165 hits
Tidak bertanggungjawab PM salahkan Perikatan kata Muhyiddin Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Oct 2022 12 03A
Kalau Umno Tak Menang Juga Aku Dah Tak Tahu Nak Kata Apa

Kalau Umno Tak Menang Juga Aku Dah Tak Tahu Nak Kata Apa

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 174 hits
Bajet orang kaya Menteri Kewangan Terbaik Dunia Yang pasti harga barang akan terus memuncak TERKINI Intipati Bajet 2023 Bantuan Keluarga Malaysia 2023 Pendapatan Isi Rumah Kurang daripada RM2 500 sebulanRM2 500 Lebih 5 Anak RM1 000 RM2 000 ...
Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

Salahkan Diri Sendiri Bukan Orang Lain Kata Muhyiddin Kepada Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 210 hits
Salahkan diri sendiri bukan orang lain kata Muhyiddin kepada Ismail SabriPresiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin Gambar Agenda Daily oleh Hiekal Rosli 9 Oktober 2022 18SharesTan Sri Muhyiddin Yassin membalas kritikan terhadap Perdana Ment...
Perak Wajib Lulus Akta Anti Lompat Sebelum Bubar Dun Kata Wakil Rakyat

Perak Wajib Lulus Akta Anti Lompat Sebelum Bubar Dun Kata Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 178 hits
Chong Zhemin yakin penggubalan akta anti lompat parti dalam perlembagaan negeri boleh mendapat sokongan lebih dua pertiga ADUN Perak PETALING JAYA Seorang wakil rakyat DAP menggesa pentadbiran negeri Perak meluluskan akta anti lompat parti ...
Pbrs Saran Bn Tanding Solo Di Sabah Kata Presiden

Pbrs Saran Bn Tanding Solo Di Sabah Kata Presiden

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 136 hits
PARTI Bersatu Rakyat Sabah hari ini menyarankan agar keputusan Barisan Nasional untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke 15 dibuat secara konsisten merangkumi pertandingan 25 kerusi Parlimen di Sabah Presiden PBRS Josep
Pakatan Pertimbang Permintaan Agar Wan Azizah Tanding Pru15 Kata Anwar

Pakatan Pertimbang Permintaan Agar Wan Azizah Tanding Pru15 Kata Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 173 hits
PAKATAN Harapan akan mempertimbangkan permintaan sayap Wanita PH yang mahu Pengerusi Majlis Penasihat PKR Wan Azizah Wan Ismail bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata beliau maklum mengenai
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba