Usah Politikkan Proklamasi Darurat Ismail Sabri


Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Sri Ismail Sabri Yakob Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang pandemik COVID-19 tidak seharusnya dipolitikkan dan konteks kepentingannya perlu difahami, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus dengan membuat ordinan baharu tanpa perlu melalui proses penggubalan undang-undang di Parlimen yang mengambil masa.
“Bila kita isytihar darurat, kita boleh buat undang-undang di bawah ordinan darurat untuk tingkatkan kompaun. Contohnya, mungkin denda terhadap syarikat yang melanggar peraturan dinaikkan dan perkara itu sedang dikaji oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Undang-undang ini juga bertujuan mencegah berlaku kesalahan yang berulang. Sekiranya dinaikkan jumlah denda, mungkin individu atau syarikat akan berasa takut untuk mengulangi kesalahan sama,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.
Pada 12 Jan lepas, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas darurat pada hari sama menjelaskan bahawa jemaah menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, berkuat kuasa 11 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021.
Perkara 150(1) itu antara lainnya memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam persekutuan sedang terancam.
Kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa di peringkat persekutuan dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaan darurat, malah jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan proklamasi darurat.
Ismail Sabri berkata penyediaan draf ordinan oleh AGC berjalan lancar dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat dan sebaik diumumkan, penguatkuasaan ordinan berkenaan adalah muktamad dan serta-merta.
“Peguam Negara akan draf cadangan (undang-undang) dan dibentang kepada Majlis Keselamatan Negara (khas untuk darurat). Kalau ordinan itu dipersetujui, ia akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Sejurus diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ia akan menjadi undang-undang,” katanya menjelaskan mengenai proses draf ordinan tersebut.
Ordinan membolehkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dipinda bagi membendung, meningkatkan keberkesanan termasuk meningkatkan penalti atau hukuman ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan, dan ia berkuat kuasa sepanjang tempoh darurat sahaja.
Ismail Sabri berkata AGC juga sedang mengkaji pelaksanaan undang-undang di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) iaitu bagi menyediakan penginapan kepada pekerja asing dengan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
“Banyak kes COVID-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan pekerja kilang akibat isu perumahan yang sesak dan jangkitan mudah berlaku. Syarikat mahu untung besar namun kebajikan pekerja tidak dititikberatkan. Di bawah ordinan ini, kami mungkin akan berikan syarat atau arahan menyediakan perumahan selesa dan tindakan akan diambil sekiranya ingkar,” katanya.
Ketika ini, sebagai langkah mengurangkan jangkitan COVID-19, kerajaan juga mewajibkan majikan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan mereka menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Jan.
“Setakat ini, lebih 100,000 pekerja asing di sektor perkilangan telah menjalani ujian saringan dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan 880,000 pekerja asing di sektor ini selesai menjalani ujian saringan,” katanya.
Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing sebelum ini dilaporkan berkata Perakuan Penginapan akan menjadi prasyarat kepada majikan yang berhasrat mengambil pekerja asing baharu berkuat kuasa 1 Julai 2021.
Katanya sebelum majikan membuat permohonan membawa masuk pekerja asing, majikan perlu mendapatkan Perakuan Penginapan daripada KSM bagi membolehkan Jabatan Imigresen mengeluarkan visa.
– Bernama
The post Usah politikkan proklamasi darurat – Ismail Sabri appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/26/usah-politikkan-proklamasi-darurat-ismail-sabri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=usah-politikkan-proklamasi-darurat-ismail-sabri

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Nyatakan Fakta Bukan Salahkan Rakyat

Ismail Sabri Nyatakan Fakta Bukan Salahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 260 hits
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Mohd Puad Zarkashi mempertikaikan kenyataan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa kes COVID 19 naik sebab orang ramai gagal patuhi SOP penjarakkan fizikal Fu...
Don T Politicise Emergency Proclamation Says Ismail Sabri

Don T Politicise Emergency Proclamation Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 215 hits
Senior minister for security Ismail Sabri Yaakob says new ordinances can be introduced without the need to go through Parliament during the emergency KUALA LUMPUR The proclamation of emergency to curb the spread of Covid 19 should not be po...
Pkp Mesyuarat Bersemuka Masih Dilarang Ismail Sabri

Pkp Mesyuarat Bersemuka Masih Dilarang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 326 hits
BH ONLINE Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob KUALA LUMPUR Kerajaan sekali lagi menegaskan mesyuarat secara bersemuka adalah dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri ...
Penutupan Penuh Ekonomi 2 8 Juta Orang Risiko Hilang Kerja Ismail Sabri

Penutupan Penuh Ekonomi 2 8 Juta Orang Risiko Hilang Kerja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 216 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menjangkakan kira kira 2 8 juta orang berisiko kehilangan pekerjaan sekiranya penutupan penuh ekonomi dilaksanakan bulan depan Dia berkata kerajaan akan mempertimbangkan secara menyeluruh kesan kesan yang m...
Pkp Perlu Imbangi Ekonomi Dan Kesihatan Ismail Sabri

Pkp Perlu Imbangi Ekonomi Dan Kesihatan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 302 hits
BH ONLINE Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua dengan memberi kelonggaran tertentu terutama bagi sektor ekonomi adalah sesuatu yang sukar tetapi...
Ismail Sabri Gagal Patuh Penjarakan Fizikal Punca Kes Covid 19 Naik Semula

Ismail Sabri Gagal Patuh Penjarakan Fizikal Punca Kes Covid 19 Naik Semula

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 254 hits
Memakai pelitup muka semata mata tanpa penjarakan fizikal adalah tidak mencukupi kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 24 Jan Esok genaplah setahun negara dibadai pandemik Covid 1
Teks Penuh Ucapan Khas Proklamasi Darurat Malaysia Sehingga 1 Ogos 2021 Muhyiddin

Teks Penuh Ucapan Khas Proklamasi Darurat Malaysia Sehingga 1 Ogos 2021 Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 490 hits
Intipati Utama Pengumuman Khas Darurat Perdana Menteri Januari 2021Ordinan Darurat perlu untuk kekang penularan COVID19 daripada menjadi serius Darurat Kerajaan awam akan terus berfungsi Proklamasi darurat yang diisytihar bukan satu bentuk ...
Nak Ikut Arahan Siapa Ismail Sabri Atau Annuar Musa

Nak Ikut Arahan Siapa Ismail Sabri Atau Annuar Musa

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 275 hits
Malaysiakini Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh membidas ketidakseragaman menteri menteri kabinet dalam membuat keputusan mengenai kebenaran untuk beriadah tertentu di taman awam susulanpenguatkuasaan perintah kawalan pergerakan kali kedua ...
Pdrm Bertindak Tegas Tiada Lagi Budi Bicara Ismail Sabri

Pdrm Bertindak Tegas Tiada Lagi Budi Bicara Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan mula bertindak lebih tegas dan tiada lagi kompromi terhadap mana mana pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata se...
Big Wins At Home The New Era Of Online Gaming With Pakgames

Internet Impact On Fiction Writers Share Their Insights

7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Patricia Lockwood Embracing The Internet As Real Life

Silap Faham Lagi Bahaya Dari Tidak Faham

Ketua Komunikasi Deel Berhenti Ketika Tergugat Dalam Kes Skandal Perisikan Dengan Rippling

6 Perbahasan Sekitar Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Ni Bukan Carbonara Asli Tapi Resipi Ni Confirm Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ilham Decor Raya Selepas Balik Dari Kampung

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Iwan Fals Aku Bukan Pilihan Chord

Senarai Ipad Terbaru 2025 Dan Spesifikasi Lengkap Semua Model Ipad Latest

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More