Pkp Perlu Imbangi Ekonomi Dan Kesihatan Ismail Sabri


BH ONLINE Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR: Keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua dengan memberi kelonggaran tertentu, terutama bagi sektor ekonomi, adalah sesuatu yang sukar tetapi perlu dibuat untuk mengimbangi aspek kesihatan rakyat dan ekonomi.
Bagi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP kali ini melihat kepada kepentingan ekonomi tidak kira melalui syarikat gergasi mahupun peniaga kecil-kecilan, dan pada masa sama perlu menumpukan kesihatan rakyat.
"Kita tidak mahu rakyat mati akibat COVID-19, dan kita juga tidak mahu mereka mati kerana tidak makan," katanya dalam satu temu bual eksklusif dengan Bernama, baru-baru ini.
Beliau berkata, ada pihak mempertikaikan pelaksanaan PKP kali kedua yang dikatakan lebih longgar, namun dari konteks lebih luas, negara boleh muflis kalau PKP dilaksanakan bertahun-tahun.
"Ketika PKP dulu, negara rugi RM2.4 bilion setiap hari. Kerajaan juga perlu memfokus rakyat yang bergantung pada pendapatan harian bagi menampung hidup.
"Oleh itu pada PKP kali ini, kita membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi untuk beroperasi. Kita fikir kebajikan rakyat dan keselamatan mereka juga sama penting," katanya.
Ismail Sabri menjelaskan, biarpun pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat, kerajaan tidak boleh memberi bantuan selama-lamanya dengan mengambil kira kesan jangka panjang.
"Bantuan one-off (sekali bayar) diberikan hanya RM3,000 bagi perusahaan kecil dan sederhana. Dengan membenarkan sesetengah sektor beroperasi, sebagai contoh, peniaga kecil-kecilan yang ada gerai tepi jalan juga boleh berniaga bagi menampung keperluan harian," katanya.
Beliau menegaskan, sektor perkilangan pula dibuka bukan untuk menjaga hati 'tauke besar', namun kerana rantaian ekonomi yang membabitkan operasi syarikat dan nasib pekerja harus diutamakan.
"Netizen kata kita jaga tauke besar, namun ia adalah berkaitan pekerja mereka. Kalau tauke besar rugi akibat kilangnya tidak beroperasi, akhirnya mangsa ialah pekerja yang bergantung pada pendapatan itu," katanya.
Hari ini, genaplah setahun negara dibadai pandemik COVID-19, apabila kes pertama membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura, dilaporkan pada 25 Januari 2020.
Ketika gelombang pertama, ia membabitkan majoriti kes import dan bukan rakyat Malaysia, manakala gelombang kedua jangkitan pula membabitkan penularan tempatan, dengan kes pertama COVID-19 dilaporkan pada 4 Februari 2020.
Susulan gelombang kedua, kerajaan telah melaksanakan PKP sejak 18 Mac tahun lalu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Apabila jangkitan menunjukkan penurunan selepas beberapa bulan, kerajaan mula melonggarkan sedikit SOP dengan pengenalan PKP Bersyarat (PKPB) mulai 4 Mei, diikuti lebih banyak kelonggaran melalui PKP Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun.
Ketika gelombang ketiga melanda, kerajaan terpaksa melaksanakan PKPB di kebanyakan negeri mulai Oktober.
Apabila kes semakin meningkat pada tahun ini, kerajaan terpaksa melaksanakan semula PKP bermula dengan enam negeri dan kemudian di seluruh negara, kecuali Sarawak.
Ketika ditanya sama ada Malaysia akan berjaya melandaikan keluk COVID-19 selepas PKP ini, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, jumlah kes akan menurun tetapi mengambil sedikit masa.
"Cara terbaik untuk memutuskan rantaian COVID-19 ialah dengan tiada pergerakan langsung tetapi buat masa ini, ia (pergerakan orang ramai) masih berlaku.
"Sektor penting diberi kebenaran untuk beroperasi atas dasar kepentingan ekonomi. Walaupun PKP ini tidak 'lockdown' sepenuhnya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah percaya (kes) akan berkurangan tetapi mengambil masa sedikit," katanya.
Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata, negara memerlukan sekurang-kurang empat minggu untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 kepada antara 500 hingga 1,000 kes sehari.
Dr Noor Hisham memaklumkan, usaha melandaikan semula lengkungan graf jangkitan COVID-19 di negara ini dijangka berhasil pada Mei atau Jun depan dan pada masa sama, PKP tidak boleh terlalu lama kerana memberi impak negatif terhadap ekonomi negara.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menolak dakwaan wujud dwistandard antara ahli politik dengan rakyat biasa dalam tindakan penguatkuasaan SOP PKP, contohnya dalam isu pergerakan secara bebas seperti rentas negeri.
"Bagi kerja ahli politik atau Ahli Parlimen, kita ada kawasan masing-masing. Apabila rakyat ditimpa bencana, wakil rakyat perlu menjalankan tanggungjawab kepada mereka.
"Sama seperti perkhidmatan kerajaan, sektor swasta, iaitu khidmat diberikan kepada orang lain. Tugas ahli politik ialah berjumpa dengan rakyat.
"Kalau seseorang wakil rakyat tiada di lapangan ketika rakyat susah, maka ahli politik itu gagal melaksanakan tugasnya," katanya. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/pkp-perlu-imbangi-ekonomi-dan-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Total Lockdown Kerajaan Kaji Kesan Kesihatan Dan Ekonomi Ismail Sabri

Total Lockdown Kerajaan Kaji Kesan Kesihatan Dan Ekonomi Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 246 hits
Suasana suram tanpa pengunjung di Keramat Mall Kuala Lumpur berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak foto AFIQ HAMBALI KUALA LUMPUR Sebarang keputusan sama ada kerajaan akan memperketat atau ...
Penutupan Penuh Ekonomi 2 8 Juta Orang Risiko Hilang Kerja Ismail Sabri

Penutupan Penuh Ekonomi 2 8 Juta Orang Risiko Hilang Kerja Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 169 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menjangkakan kira kira 2 8 juta orang berisiko kehilangan pekerjaan sekiranya penutupan penuh ekonomi dilaksanakan bulan depan Dia berkata kerajaan akan mempertimbangkan secara menyeluruh kesan kesan yang m...
Pkp Mesyuarat Bersemuka Masih Dilarang Ismail Sabri

Pkp Mesyuarat Bersemuka Masih Dilarang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 250 hits
BH ONLINE Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob KUALA LUMPUR Kerajaan sekali lagi menegaskan mesyuarat secara bersemuka adalah dilarang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri ...
Pkp 2 0 Orang Bujang Merungut Dobi Layan Diri Akhirnya Dibenar Beroperasi Ismail Sabri

Pkp 2 0 Orang Bujang Merungut Dobi Layan Diri Akhirnya Dibenar Beroperasi Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 185 hits
Hasimi MuhamadWaktu operasi kedai dobi layan diri bermula dari 6 pagi sehingga 8 malam Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kedai dobi layan diri beroperasi di negeri negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergera...
Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

Pkp Di Seluruh Kelantan Mulai Esok Hingga 26 Januari Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 309 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi telah menyatakan bahawa negeri Kelantan akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya keputusan tersebut dibuat selepas Kementeria...
Pkp Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari Ismail Sabri

Pkp Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 277 hits
Seluruh negara bermula 22 Januari ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kecuali negeri Sarawak selepas Kedah Perak Negeri Sembilan Pahang Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri...
Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan Langgar Sop Pkp Tidak Benar

Dakwaan Timbalan Menteri Kesihatan Langgar Sop Pkp Tidak Benar

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 326 hits
BernamaKenyataan itu turut menyebut dakwaan seumpama itu memberikan persepsi buruk terhadap Dr Noor Azmi dan Kementerian Kesihatan Gambar fail KUALA LUMPUR Dua artikel mengenai dakwaan bahawa Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi ...
Pkp Darurat Buat Ekonomi Lumpuh

Pkp Darurat Buat Ekonomi Lumpuh

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 165 hits
Terima hakikat kerajaan ini tiada majoritiKedutaan beri amaranPKP DARURAT BUAT EKONOMI LUMPUHHari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat besar dan ke...
Pemulihan Ekonomi Selepas Pkp Ambil Masa Panjang Azmin

Pemulihan Ekonomi Selepas Pkp Ambil Masa Panjang Azmin

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 240 hits
Oleh Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali KUALA LUMPUR Gesaan untuk kerajaan melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya bagi mengekang penularan gelombang ketiga COVID 19 perlu d...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Masdo Perih Jerih Chord

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad