Us Pizza Kembali Dengan Menu Yang Menyelerakan Jom Makan Pizza
Kita selalu teringat akan Pizza Hut dan Domino untuk makan pizza. Sedangkan di Malaysia ada banyak lagi pilihan pizza yang lain jika mahu. Antaranya US Pizza yang pernah heboh dengan topping pizza dalam rasa Sambal Petai Udang dan Sotong. Ya, percaya ataupun tidak, US Pizza memang lain daripada yang lain dengan aneka topping pizza yang unik.
Buat masa ini, cawangan US Pizza terdapat di Penang, Kedah, Kuala Lumpur dan juga Selangor. Semakin lama semakin banyak cawangan US Pizza dan saat ini terus melebarkan sayapnya.
Bagi mereka yang berdekatan dengan Ampang, anda boleh singgah ke US Pizza yang terletak di Megan Embassy Ampang, Kuala Lumpur.
Ini salah satu menu yang terdapat di US Pizza. Padat dengan topping bersama cheese yang melimpah ruah. Keraknya juga rangup di tepi dan lembut ditengah saat digigit.
Sedikit pengenalan tentang US Pizza. Us Pizza telah diperkenalkan pada awal tahun 1990 an oleh Mr Donald Duncan yang menghabiskan sepenuh masanya bekerja di restoran pizza yang terletak di Kansas City, Missouri, USA.
Selepas 5 tahun di dalam dunia bisnes pizza, Mr Duncan telah memperkenalkan resepi adunannya dah juga sos tomato yang dikenali sebagai ‘Duncan Sauce. Restoran pizza yang pertama di Malaysia terletak di Penang pada tahun 1997.
Misi restoran pizza ini adalah menawarkan kualiti produk yang bermutu di samping memberikan perkhidmatan sepenuh hati tanpa kompromi kepada tetamu dan komuniti. US Pizza hanya menggunakan bahan primary yang berkualiti dan segar untuk setiap doh pizzanya.
Antara jenama barangan yang digunakan di dalam doh pizza tersebut adalah dari jenama Anchor yang agak terkenal di Malaysia. Jika anda sudah terbiasa dengan barangan Anchor, pasti anda mengetahui kelebihan menggunakan Anchor Butter dalam pembuatan kek mahu pun doh roti atau pizza.
Jika teringin nak nikmati menu yang sedap-sedap dari US Pizza ini, tidak perlu keluar dari rumah pun tak apa. Buat apa nak susahkan diri kerana anda masih boleh menggunakan servis pizza delivery. Duduk saja di rumah, buat pesanan dengan menggunakan aplikasi Foodpanda dan makanan akan terus dihantar sehingga ke depan pintu pagar rumah.
Antara pihak yang boleh digunakan untuk servis penghantaran makanan sercara terus dari restoran ke rumah adalah Foodpanda.
Dengan menggunakan aplikasi pesanan dan penghantaran oleh Foodpanda, bukan setakat pizza malah boleh makan pelbagai jenis menu yang lain. Untuk US Pizza sendiri, terdapat pelbagai tawaran yang hebat untuk para pelanggan.
Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, menu pizza di sini agak unik. Salah satu rasa pizza yang mendapat sambutan di US Pizza ini adalah Tomyam Pizza. Sebagai pencinta tomyam anda pasti akan menyukai pizza ini. Ianya dapat membuka selera anda yang mencintai tomyam.
Biar apa jua alasan. Malas untuk masak. Tidak mahu keluar dari rumah. Kurang gemar untuk drive sendiri ke premis. Tidak suka buang masa yang lama di atas jalan raya atau sebagainya. Pihak Foodpanda sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan seperti anda.
Tak perlu beri alasan kerana Foodpanda sememangnya sudah sedia maklum tentang perkara itu semua. Yang pasti, kita semua boleh berada di rumah dengan baik tanpa perlu menyekat selera makan yang ingin nikmati menu sedap sentiasa..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/03/US-Pizza-Kembali-Dengan-Menu-Yang-Menyelerakan-Jom-Makan-Pizza.html