Urutan Melegakan Lenguh Paha Menggunakan Teknik Urutan Spa




Mungkin ada ramai yang sedang alami masalah yang sama. Kaki samada sebelah kanan atau kiri terasa lenguh sentiasa dari atas sampai ke bawah. Ada kalanya kaki terasa sakit setiap kali bergerak dalam kedudukan tertentu

Kebiasaannya mereka yang terasa kaki lenguh atau sakit dari atas sampai ke bawah sebegitu, sudah tentu dah agak berumur. Paling kurang dalam lingkungan 40-an umurnya. Kalau masih muda mungkin tak terasa lenguh tu. Kalau sakit disebabkan terseliuh atau patah mungkin ada bagi yang masih muda

Orang muda jarang sangat nak hadapi masalah kaki rasa lenguh tak tentu punca. Ia datang tiba-tiba sahaja dalam dok elok-elok, tiba-tiba terasa amat lenguh sepanjang masa. Nak kata pinggang sakit tak juga. Jatuh atau terseliuh pun tidak. Tapi lenguh datang entah dari mana

Mula rasa lenguh sekali sekala
Saya alami masalah ini dah agak lama. Rasa lenguh itu datang ikut suka masa dia. Tapi biasanya dia datang tak lama. Dalam hari-hari tertentu, rasa lenguh tiba-tiba muncul dari pagi sampai petang. Lenguh lembut yang masih boleh ditahan

Bila jadi macam itu, biasanya saya buat tak endah saja sebab boleh tahan. Lagipun bila layan kesibukan, rasa lenguh itu dapat dilupakan begitu saja dan akhirnya ia hilang tanpa disedari

Begitulah keadaannya, datang dan pergi dalam keadaan yang masih boleh ditahan

Bila jadi macam itu, saya akan buat amalan senaman pinggang yang pernah dikongsikan kat blog ini sebelum ini. Biasanya dengan hanya senaman tersebut, kaki akan terasa lega semula dan pinggang juga akan rasa nyaman dan lega

Bagi yang belum tahu macam mana nak lakukan senaman tersebut, boleh pergi ke pautan kat sini dan boleh cuba amalkannya

Mula rasa lenguh kuat tak selesa
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tiba-tiba rasa lenguh yang ringan macam sebelum ini dah bertukat menjadi lebih ganas. Lenguh dah bertukat menjadi sakit sebenarnya tapi tak boleh nak diperbetulkan dengan sekadar mengurut

Kenapa saya kata tak boleh nak buat urutan adalah disebabkan sakit dan lenguhnya bukan pada bahagian luar kaki. Terasa berdenyut-denyut pada bahagian dalam dan di bawah otor kaki terutamanya pada bahagian dalam otot punggung dan bahagian dalam otot belakang kaki

Rasa sakit dan tegang bertambah teruk setiap kali bagun dari tidur sebelah pagi untuk slat subuh. Rasa macam urat dalam kaki tu kena tarik dari atas. Boleh juga dirasakan macam ada urat yang tersepit pada bahagian sendi antara peha dengan tulang punggung

Tapi setelah tahan, buat senaman serangan serba sedikit dan kemudiannya turun berjalan kaki kat taman dalam 10 pusingan, sakit akan berkurangan

Begitulah saya layan sakit dan lenguh yang semakan ganas itu saban hari, seminggu dan dah nak masuk sebulan.Tapi nampaknya kesakitan semakin bertambah meningkat dari seminggu ke seminggu. Dah rasa tak boleh tahan sebab kesakitan sentiasa ada tak habis berpanjangan. Apa yang saya perlu buat

Buat urutan badan di Sabah
Dalam keadaan sakit itu saya ke Sabah tiga minggu lepas. Kebetulan kawan ajak pergi mengurut seluruh badan dari pusat urutan yang dia serng berkunjung. Saya pernah ke sana sekali sebelum ini. Urutan dari tukang urut orang Indonesia memang agak melegakan

Saya fikirkan bagus juga dengan keadaan sakit kaki sebelh kanan itu. Mungkin dengan urutan penuh itu akan melegakan. Maka saya pergi mengurut sampai dua jam seluruh badan dari kepala sampai ke hujung jari kaki

Hasilnya

Tak ada sedikitpun rasa sakit dan lenguh itu hilang. Malah saya rasa macam sakit dan lenguh itu semakin teruk berbanding sebelum pergi mengurut seluruh badan


Buat Rawatan Brace Malay Massage di Kelantan
Kebetulan saya pergi ke Kelantan baru-baru ini. Kawan kenal pula dengan seorang kawannya yang mengusahakan pusat rawatan dan spa di Machang

Saya tak fikir panjang terus ajak dia ke sana. Sakit dan lenguh dah tidak boleh ditahan lagi. Perlu buat sesuatu dan mungkin kali ini spa ini ada jawapannya

Nak diringkaskan cerita memang betul. Dalam keadaan sakit dan lenguh sebegitu, Brace Men Spa adalah yang terbaik. Mereka akan buat pemeriksaan, tekan pada bahagian tertentu sehinggalah puncanya dapat dikesan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses rawatan dengan urutan badan secara tradisional, urutan spa dan sport exercise

Setelah bertemuramah sejarah dan aktiviti saya selama ini, dia sahkan saya alamai masalah urat pada tulang belakang tersepit. Puncanya adalah kesan dari tulang belakang yang terseliuh lama sebelum ini

Dia rasa dan tekan seluruh tulang belakang memang ada beza kedudukan tulang belakang bahagian bawah di punggung. Lari sebelah dan saya selama ini mungkin banyak menggunakan otot kaki kanan disebabkan kedudukan tulang yang tak sekata itu

Dah lama dibiarkan begitu dan sekarang saya mula rasa kesan dan akibatnya. Sakit berdenyut berpanjangan akan kekal selagi tidak dibuat sesuatu yang sesuai. Rawatan fisioterapi ambil masa dan tak cukup hanya sekali sahaja

Rawatan & Urutan Badan yang baik dan murah
Apa yang bagus tentang pusat rawatan dan spa tersebut adalah aktiviti pembetulan yang diberikan secara penuh walaupun baru sekali ke sana. Dibetulkan kedudukan tulang. Melegakan kekejangan otot dan urat. Diberikan juga cara senaman yang perlu dilaksanakan setiap hari

Semua itu hanya dengan kos RM90 sahaja ! Jika urut badan sahaja RM50 utk sejam

Bagi orang Kelantan yang nak cuba dapatkan rawatan badan kat tempat yang saya pergi itu boleh cari di alamat seperti berikut:
Brace Men Spa. No 22, Arked Mara Machang, 18500 Machang Kelantan

Memang sakit masih tak lega 100%, nak kena buat ulangan rawatan susulan. Tapi apa yang saya dapat dan maklumat yang diberikan dengan kos hanya RM90 adalah sesuatu yang amat tidak disangka

Berbanding dengan kos rawatan yang sama yang saya cuba di KL, harganya amat tidak berbaloi. Mereka hanya berikan rawatan legakan otot dan urat, tenyeh sana dan sini dan terus charga RM190. Senaman tak diberi, punca tak dikesan dan kalau nak semua itu, perlu datang lain kali dengan kos yang sudah tentu lebih tinggi daripada kos pengenalan pertama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zulfattah.com/2019/10/urutan-melegakan-lenguh-paha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Menghilangkan Stress Dengan Urutan Di Brace Men Spa

Cara Mudah Menghilangkan Stress Dengan Urutan Di Brace Men Spa

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 530 hits
Hidup ini adakalanya memang menyesakkan Bagi sesetangah orang banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan beban ditempat kerja masalah kesiha...
6 Jenis Halusinasi Dan Teknik Mengontrolnya

6 Jenis Halusinasi Dan Teknik Mengontrolnya

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 343 hits
Senyumperawat com Pengertian halusinasi bisa diartikan sebagai gangguan persepsi dari seseorang terhadap sesuatu Bisa berupa persepsi bahwa sesuatu itu sebenarnya tidak ada menjadi seolah ada baginya Padahal tanpa diawali dengan sebuah stim...
Kraftangan Malaysia Perkenal Produk Kayu Guna Teknik Campuran Resin Kayu

Kraftangan Malaysia Perkenal Produk Kayu Guna Teknik Campuran Resin Kayu

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 343 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mudah Cepat Coach Ini Ajar Teknik Jadikan Seluar Sebagai Pelampung Untuk Elak Lemas Dalam Air

Mudah Cepat Coach Ini Ajar Teknik Jadikan Seluar Sebagai Pelampung Untuk Elak Lemas Dalam Air

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 243 hits
Setiap kita pastinya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang Namun langkah berjaga jaga mestilah diambil supaya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan yang akan berlaku Ketahui serba sedikit cara untuk menyelamatkan diri den...
Teknik Untuk Mencuci Rambut

Teknik Untuk Mencuci Rambut

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 246 hits
Assalamualaikum wbt Agak lama rasanya saya tak berkongsi tips dengan awak kan Okey kita memang selalu cuci rambut lebih lebih pada wanita yang bertudung Tapi adakah kita benar benar mencuci rambut sama seperti macam salon buat Dengan teknik...
Ustazah Kongsi Teknik Mudah Seawal 2 Tahun Boleh Baca Al Quran Sambil Main Boleh Ajar

Ustazah Kongsi Teknik Mudah Seawal 2 Tahun Boleh Baca Al Quran Sambil Main Boleh Ajar

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 326 hits
Anak usia 2 tahun dah boleh baca dan hafaz al Quran Tak mustahil jika ibu ayah ada kemahuan ke arah itu Alhamdulillah sudah ramai ibu bapa yang mampu mendidik anak mereka sehingga menghafaz surah surah pendek pada usia antara 2 hingga 5 tah...
Teknik Heimlich Manuver Panduan Jika Tercekik Makanan

Teknik Heimlich Manuver Panduan Jika Tercekik Makanan

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 767 hits
Apabila seorang kanak kanak sedang tersedak atau tercekik ia bermaksud terdapat objek atau makanan yang terperangkap di bahagian trakea menyebabkan gangguan dalam aliran udara ke paru paru membuatkan kanak kanak itu tidak boleh bernafas den...
Tutorial Buat Cop Bulat Syarikat Menggunakan Ms Word

Tutorial Buat Cop Bulat Syarikat Menggunakan Ms Word

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 2740 hits
Tutorial Buat Cop Bulat Syarikat menggunakan Ms Word Assalamualaikum lamanya sha tak buka laptop haha selama ni update guna phone ja so hari ni gigih nak buat cop syarikat memandangkan sha sekarang dah ada bisnes sendiri tapi tanpa premis i...
Cara Keluarkan Cash Out Duit Google Adsense Menggunakan Western Union

Cara Keluarkan Cash Out Duit Google Adsense Menggunakan Western Union

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 1040 hits
Cara keluarkan duit Google Adsense guna Western Union Assalamualaikum dan Hai Rata rata blogger memang dah terbiasa dengan perkataan Google Adsense Dan Cik Renex yakin dah ramai yang pernah merasa duit gaji dari Google Adsense ni CR baru me...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Ramalan Gbp Usd Pada 23 Disember 2024

Dry Pan Mee Ah Cheng Laksa

Berulang Tahun Dicky Difie Dapat Kiriman Karangan Bunga Tak Biasa Dari Andre Taulany Lucu Terus

The Timeless Spell Of Rome S Oldest Churches

Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye