Ura Perlu Ambil Iktibar Isu Kg Sungai Baru


 Johari Abdul Ghani berkata isu berbangkit di Kampung Sungai Baru perlu dijadikan asas untuk rangka Akta Pembaharuan Semula Bandar.
Akta Pembaharuan Semula Bandar dirancang menggantikan undang-undang dan peraturan lapuk berkaitan pembangunan semula kawasan bandar usang. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Akta Pembaharuan Semula Bandar (Akta URA) yang dirancang dibentangkan di Dewan Rakyat Jun ini perlu mengambil kira sensitiviti, termasuk fakta asal usul tanah penduduk, kata Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani
Beliau memberitahu projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang belum dapat dimulakan sehingga kini disebabkan pertikaian dibangkitkan penduduk, perlu dijadikan contoh untuk merangka dan mewujudkan akta terbabit.
Johari turut menegaskan pemaju ingin melaksanakan projek di Kampung Sungai Baru juga perlu berhati-hati jika ingin menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengarahkan penduduk keluar.
“Kerajaan kena mengambil maklum dan isu berbangkit daripada Kampung Sungai Baru ini untuk dijadikan sebagai salah satu asas perlu dimasukkan dalam mana-mana akta yang nak dibuat macam Akta Pembaharuan Semula Bandar.
“Mesti diambil kira sensitiviti contohnya kawasan mana hendak dimasukkan, sebab Kuala Lumpur ini tanah tak bertambah.
“Kalau flat berusia 50 hingga 70 tahun memerlukan pembangunan semula, maka kita perlu ada akta (URA) tetapi kena diselami dengan asal usul tanah supaya tiada pengusiran besar-besaran dalam pembangunan sesuatu kawasan,” katanya.
Johari yang juga menteri perladangan dan komoditi berkata demikian pada program audio siar Buletin TV3 semalam bagi mengupas isu Kampung Sungai Baru.
Beliau turut menekankan perancangan teliti perlu dibuat untuk memastikan penduduk mendapat manfaat jangka panjang seperti contoh pembangunan perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang uzur.
“Nak buat pembangunan mesti ada perancangan boleh memanfaatkan penduduk setempat dan anak-anak mereka…contohnya bila anak mereka dah berkahwin tetapi tak boleh dapat rumah.
“Mereka boleh tinggal di situ sebab ada unit tambahan apabila berlaku pembangunan semula daripada empat tingkat jadi 30 tingkat, banyak unit boleh diutamakan anak-anak asal usulnya di kawasan terbabit,” katanya.
Menurutnya, melalui kaedah itu anak-anak boleh menjaga ibu bapa sekali gus mewujudkan kehidupan sejahtera.
URA dirancang menggantikan undang-undang dan peraturan lapuk berkaitan pembangunan semula kawasan bandar usang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/ura-perlu-ambil-iktibar-isu-kg-sungai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kampung Sungai Baru Kerajaan Pn Tidak Berfungsi Secara Bersamakah

Isu Kampung Sungai Baru Kerajaan Pn Tidak Berfungsi Secara Bersamakah

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 199 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad menempelak tindakan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan tangan dalam isu pengembalian tanah Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur Mereka kerajaan yang sama sepat...
Johari Ghani Perjelas Isu Kampung Sungai Baru Minggu Hadapan

Johari Ghani Perjelas Isu Kampung Sungai Baru Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 173 hits
HarapandailyApril 19 2025Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Ghani merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa akan mengadakan satu siding media khas berhubung isu Kampung Sungai Baru pada minggu depan untuk menjelaskan isu sebenar be...
Shahidan Persalahkan Ksn Dalam Isu Kampung Sungai Baru

Shahidan Persalahkan Ksn Dalam Isu Kampung Sungai Baru

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 96 hits
K PRAGALATHApril 23 2025Datuk Seri Shahidan Kassim menyalahkan Ketua Setiausaha Negara dan Perdana Menteri dalam isu Kampung Sungai Baru Alasannya urusan pengambilan atau penjualan mana mana tanah dalam Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh...
Akhirnya Shahidan Kassim Buka Mulut Isu Kg Sungai Baru Annuar Musa Bil

Akhirnya Shahidan Kassim Buka Mulut Isu Kg Sungai Baru Annuar Musa Bil

papar berkaitan - pada 24/4/2025 - jumlah : 178 hits
Shahidan Kassim menyalahkan Ketua Setiausaha Negara dan Perdana Menteri dalam isu Kampung Sungai Baru Alasannya urusan pengambilan atau penjualan mana mana tanah dalam Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah P...
Pendedahan Panas Johari Gani Isu Kg Sungai Baru Individu Disebut Annuar

Pendedahan Panas Johari Gani Isu Kg Sungai Baru Individu Disebut Annuar

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 140 hits
Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani berpendapat projek pembangunan di Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur perlu dimbil alih oleh pemaju lain khususnya syarikat berkaitan kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Bandar TH Properties Sdn ...
Muhyiddin Mahu Lepas Tangan Isu Kg Sungai Baru Pn Rampas Tanah Orang Ka

Muhyiddin Mahu Lepas Tangan Isu Kg Sungai Baru Pn Rampas Tanah Orang Ka

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 149 hits
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan beliau bertanggungjawab membuat keputusan berhubung pengambilan tanah Kampung Sungai Baru Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu keputusan berkaitan pengambilan tanah tersebut dibuat...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Eaaci Melancarkan Kempen Kesedaran Alergi Antibiotik Global

Badan Greges Tapi Tidak Demam Ini Penyebabnya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Persib Bandung Lega Satu Grup Dengan Klub Asean Di Acl 2 2025 2026

Lautan Manusia Di Kompleks Sukan Keningau Malam 11 08 2025 Justice For Zara

Feruni Farah Mohan Loka Made Cipta Kelainan Jubin Melalui The Transformative Power Of Art

The Conjuring Last Rites Penghujung Satu Legasi Seram

Sal Priadi Malang Suantai Sayang Chord