Upsr Tidak Perlu Bukan Semua Nak Masuk Mrsm Sbp Pensyarah


Imej hiasan

KUALA LUMPUR: Sekolah yang mahu membuat pengambilan murid cemerlang bidang tertentu atau khusus, disaran menyediakan ujian khas yang berkaitan dengan skop berkenaan, sebagai syarat pengambilan kemasukannya

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang mahukan murid cemerlang akademik dalam sains, boleh mewujudkan ujian khas dalam bidang itu sahaja

Beliau berkata, begitu juga institusi pendidikan lain seperti sekolah sukan yang mahu mengambil pelajarnya, boleh mengendalikan ujian dalam bidang berkaitan untuk mengenal pasti mereka yang layak dan berbakat

"Menerusi pendekatan khas itu, murid yang berminat dengan sekolah berkenaan, boleh mendaftar diri, seterusnya mengambil ujian yang disediakan

"Ini kerana tidak semua murid mahu ke sekolah khas sedemikian. Jadi kenapa kita perlu memaksa semua murid mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

"Bagi saya, semua sekolah khusus termasuk sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah sukan, teknik dan vokasional boleh mengadakan ujian mereka sendiri, yang memberi fokus kepada tujuan pemilihan kemasukan ke situ," katanya kepada BH


Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kelmarin, yang mengatakan ketiadaan sistem berpusat UPSR menjadikan MRSM sukar menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar

Beliau dilaporkan berkata, ketiadaan UPSR juga antara faktor kepada pencapaian ujian kemasukan ke MRSM rendah

Mengulas lanjut Anuar berkata, dari segi prinsip umum tidak semua murid memerlukan peperiksaan, kerana sekolah sepatutnya menjadi tempat yang menyeronokkan

Selain itu katanya, ia perlu menjadi tempat yang tidak memberi sebarang tekanan kepada murid, guru boleh mengajar dengan tenang, malah ibu bapa boleh berkomunikasi dengan guru untuk tahu perkembangan anak-anak mereka

"Jika melihat kepada matlamat pendidikan, yang pertama adalah memberikan kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira serta murid perlu menguasainya dengan baik termasuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa ibunda masing-masing

"Kedua tujuan matlamat pendidikan sekolah rendah adalah mencungkil potensi dan melengkapkan diri dengan adab, moral keagamaan dan mengenali kekuatan diri masing-masing

"Oleh itu bagi saya, di sekolah rendah tidak wajar mengadakan ujian UPSR yang berpusat semata-mata untuk mengenal siapa murid terpandai kerana sebenarnya di peringkat muda, bukan hendak mencari murid terpandai, kita mahu mencari apa yang terbaik dalam diri setiap murid," katanya

Beliau berkata, situasi itu berbeza dengan peringkat sekolah menengah yang memang bermatlamat untuk mencari pelajar terbaik untuk dimasukkan ke universiti atau bidang dan aliran tertentu

Katanya, jika pelajar pandai dalam sains, mereka boleh masuk aliran berkenaan, jadi memilih murid yang terbaik adalah di peringkat sekolah menengah dan bukan di sekolah rendah

"Di sekolah rendah, kita hendak mencungkil bakat atau mencari apa yang terbaik dalam setiap murid, jadi tidak boleh bezakan hanya kerana mereka tidak cemerlang dalam akademik, sedangkan murid itu cemerlang dalam bakat atau potensi lain

"Saya fikir biar sekolah rendah itu menjadi satu tempat untuk anak-anak kita membina diri, membina potensi, bakat mereka dan tidak perlu sejak awal mengkategorikan mereka lemah, gagal dan sebagainya

"Ini antara sebab saya bersetuju dengan pemansuhan UPSR," katanya

Namun katanya, pemansuhan UPSR tidak bermaksud di sekolah rendah tiada penilaian langsung kerana pentaksiran masih berjalan tetapi bentuknya bukan dalam peperiksaan tetapi berbentuk pentaksiran bilik darjah, ujian bulanan dan akhir sesi akademik yang dilaksanakan di peringkat sekolah," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/11/upsr-tidak-perlu-bukan-semua-nak-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Barang Lama Nak Simpan Tak Sedar Jadi Toksin Dalam Rumah

Semua Barang Lama Nak Simpan Tak Sedar Jadi Toksin Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 194 hits
Jangan buang tu mak nak simpan Acapkali kita dengar bila mana sesekali kita membantu proses pembersihan membuang barang lama di rumah Tak pasti untuk apa barang barang lama dan barang tidak dipakai ini disimpan Tanpa sedar inilah toksin yan...
Antara Sbp Dan Mrsm Mana Satu Pilihan Anak

Antara Sbp Dan Mrsm Mana Satu Pilihan Anak

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 194 hits
Antara SBP dan MRSM mana satu pilihan anak Dah lama tak memikirkan tentang ni Almaklum beza umur antara Amira dan Dikwan agak jauh juga Tapi tahun ni kenalah fikir semula arah tuju anak untuk sekolah menengahnya Kenapa pilih sekolah asrama ...
Sebelum Jadi Pm Semua Nak Reform Bila Dah Jadi Pm Lagi Teruk Dr Mahathir

Sebelum Jadi Pm Semua Nak Reform Bila Dah Jadi Pm Lagi Teruk Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 226 hits
agendaily com13 11 2023Dr Mahathir mengkritik Anwar Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kritikan pedas terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai individu yang lebih teruk selepas menjadi Perdana Menteri Dr Mahathir menyindir ...
Woiii Mahiaddin Mung Nak Masuk Neraka Keh Keh Keh

Woiii Mahiaddin Mung Nak Masuk Neraka Keh Keh Keh

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 83 hits
Pulak dah Apa ke he Mahiaddin cakap macam ni Tak takut masuk neraka ke Ini sebenarnya petanda yang PN sekarang sedang retak menanti belah Mahiaddin sudah mula rasa tercabar kedudukannya sebagai Pengerusi PN Ditambah lagi dengan pencalonan S...
Liat Sungguh Nak Bayar Rakan Niaga Dedah Mak Cik Kemboja Berhutang Cabar Bersemuka Jelaskan Semua

Liat Sungguh Nak Bayar Rakan Niaga Dedah Mak Cik Kemboja Berhutang Cabar Bersemuka Jelaskan Semua

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 347 hits
Seorang rakan niaga kepada usahawan viral yang dikenali sebagai Mak Cik Kemboja tampil mendedahkan bahawa wanita itu mempunyai isu wang ringgit dan ada berhutang terhadap syarikat mereka Difahamkan lelaki itu mengusahakan perniagaan menjual...
Saya Reda Usia Pun Dah Nak Masuk 40 Tahun Dua Kali Gagal Ivf Siti Elizad Reda Soal Zuriat

Saya Reda Usia Pun Dah Nak Masuk 40 Tahun Dua Kali Gagal Ivf Siti Elizad Reda Soal Zuriat

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 172 hits
Bukan ujian yang mudah untuk dilalui semua namun bagi pelakon Siti Elizad dia dia reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation Bahkan kata Elizad menerusi perkongsi...
Elak 6 Jenis Makanan Ni Jika Nak Anak Sihat Dan Bijak

Elak 6 Jenis Makanan Ni Jika Nak Anak Sihat Dan Bijak

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 232 hits
Elak 6 Jenis Makanan Ni Jika Nak Anak Sihat dan Bijak Anak sihat dan bijak idaman semua ibu bapa Dalam nak anak sihat dan bijak bukan hanya dengan doa semata mata tetapi amalan pemakanan sejak dari dalam kandungan kena jaga Bila si comel me...
Dalam Jahil Nak Juga Kutuk Orang Kepala Bapak Betoi

Dalam Jahil Nak Juga Kutuk Orang Kepala Bapak Betoi

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 258 hits
Urut dada zikir banyak banyak kena bersihkan hati guna Clorox dah ni
Satu Cadangan Dari Netizen Buat Kedah Nak Bagi Maju Langkawi

Satu Cadangan Dari Netizen Buat Kedah Nak Bagi Maju Langkawi

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 154 hits
Ahmad Shahril Cadangan cuba tukar patung helang besar tu gantikan dengan patung nusi The Greater Kedah tersohor tu kan mesti ramai orang datang Nin diaaaa
Hukum Memakai Pendakap Gigi

Jangan Bersangka Sudah Beriman

Aku Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing Enggan Tunaikan Nafkah Sebab Tak Tahu

Laporan Dosm Inflasi Malaysia Naik 2 Mei 2024

Alliance Bank Rakan Mytaman Untuk Meluaskan Kebolehcapaian Kad Kredit Maya Kepada 150 000 Pengguna

Kak Jane Pergi Selamanya

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah

Pac Sahkan Penangkapan Pegawai Felcra Isu Projek Rm1 2 Bilion



10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu


Kebiasaan Buruk Yang Harus Dihindari Untuk Kesehatan Tubuh

Canon Meningkatkan Kesedaran Laut Melalui Bengkel Fotografi Dan Pameran Yang Menarik

Unveiling Malaysia S Hidden Gems With A Travel Pass

15 Patriotic Centerpiece Ideas For Every Style

Pemulihan Ekonomi Berjaya Malaysia Jadi Negara Maju 2028

Kad Pat G Cara Daftar Akaun Semak Permohonan Baru Renew