Upin Ipin Didakwa Biadab Cetus Polemik


NADIA AZAM


Gesaan seorang pengguna media sosial supaya syarikat Les’ Copaque berusaha memperbaiki akhlak dipaparkan dalam kisah kanak-kanak popular, Upin & Ipin nampaknya mencetus polemik dalam kalangan peminat animasi berkenaan

Syarikat penerbitan dan studio animasi itu antaranya diminta berhenti daripada terus membiarkan watak-wataknya menggunakan bahasa kasar kerana dikhuatiri boleh memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak.

Pengguna akaun Twitter @alyaaoreo berkata, Les’ Copaque sewajarnya berusaha meningkatkan kandungan yang mempunyai nilai-nilai murni atau membatalkan saja rancangan mereka jika gagal berbuat demikian.

“Berhenti guna aku, kau. Kak Ros cakap kasar, terjerit-jerit.

“Saya tak mahu anak membesar dengan menonton kisah sebegini dengan bahasa kasar dia semua. Tidak. Bukan nilai yang saya nak tanamkan dalam anak,” ciapnya.

Selain itu, pengguna akaun terbabit turut menggesa agar watak Sally dibuang.

"Buang karakter Sally whatever tu," ciapnya.

Watak Sally sebenarnya adalah seorang dewasa yang nama sebenarnya ialah Salleh. Salleh digelar sebagai Sally oleh orang-orang kampung ekoran perwatakannya yang disifatkan ‘lembut.’
Terdahulu, menerusi akaun Twitter rasmi, Les’ Copaque dilihat meminta pengikut-pengikut mereka di laman sosial berkongsi idea cerita paling unik untuk musim terbaru Upin & Ipin tahun depan.

Melalui hasil semakan Malaysiakini setakat petang ini, hantaran dikongsikan @alyaaoreo itu menerima lebih 6,000 tanda suka dan diulang kicau lebih daripada 4,000 kali. Bagaimanapun, ciapan itu telah dipadam beberapa jam selepas dinaikkan.

Perkongsian itu mengundang pelbagai respons daripada pengguna alam maya antaranya pengguna akaun choqkodok yang bersetuju dengan gesaan dibuat.

“Saya sebagai ayah kepada dua cahaya mata amat setuju dengan cadangan ni, saya tak mahu anak akan biadab dengan saya ketika bagi amaran, dia menjawab dengan keriangan; betul, betul, betul, lepas tu lari gelak-gelak hilangkan diri,” katanya.

Untuk rekod, watak Upin & Ipin, Kak Ros serta Sally sedang sohor kini di Twitter

Sentiasa jaga adab
Bagaimanapun, pengguna akaun @sueannajoe_ yang berkata, dia tidak melihat kisah dihidangkan dalam Upin & Ipin membawa pengaruh membimbangkan.

“Saya suka anak-anak menonton Upin & Ipin kerana banyak budaya dipaparkan terutama budaya kampung. Ia sentiasa menarik perhatian anak lelaki saya.

“Anak lelaki saya berusia dua tahun pun menyukainya. Setakat ni tak ada pula perkara tak elok berlaku pada anak saya kerana menonton rancangan tersebut kecuali pendedahan kepada perkara dia tak dapat nikmati di bandar,” katanya.

Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini, pengasas dan penerbit Les' Copaque Burhanuddin Md Radzi menjelaskan penggunaan dialog kau dan aku tidak sepatutnya menjadi isu selepas 14 tahun kisah animasi itu dihidangkan buat tontonan umum.

Katanya, watak Upin & Ipin tidak menggunakan perkataan kau dan aku sewaktu bercakap dengan orang dewasa.

"Sudah 14 tahun, dari dulu lagi kita sentiasa menjaga semua adab watak-watak dipaparkan.

"Upin dan Ipin hanya menggunakan dialog kau dan aku dalam kalangan rakan sebaya. Tapi dengan orang dewasa mereka menggunakan kata ganti nama sendiri iaitu Upin dan Ipin," katanya.
Mengulas watak Kak Ros, Burhanuddin (gambar, atas) berkata, karakter itu dikekalkan bersikap garang selepas ramai peminat mengkritik dan menggesa berbuat demikian berbanding perubahan dibuat.

"Kami cipta Kak Ros sebagai seorang yang garang. Kami pernah kurangkan sikap garang Kak Ros tapi beratus-ratus pula orang komen sebab tak berpuas hati," katanya.

Pada masa sama, Burhanuddin mempertahankan perwatakan Salleh atau Sally dengan berkata, watak lelaki lembut memang wujud secara realiti pun begitu ia masih menjaga tatasulia pemakaiannya.

“Salleh masih berpakaian seperti lelaki bukan perempuan. Dalam dunia memang ada orang lembut, mereka makhluk Tuhan.

"Cuma saya pastikan tona suaranya tak dibuat melampau hingga tergedik-gedik dan dia masih membahasakan dirinya sebagai Abang Salleh,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/upin-ipin-didakwa-biadab-cetus-polemik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Les Copaque Kongsi Imej Rasmi Upin Amp Ipin Dengan Rambut

Les Copaque Kongsi Imej Rasmi Upin Amp Ipin Dengan Rambut

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 438 hits
Peminat animasi di Malaysia pastinya sudah mengenali studio disebalik animasi terkenal Upin dan Ipin iaitu Les Copaque Les Copaque juga merupakan sebuah studio yang menjadi peneraju animasi 3D di Malaysia Baru baru ini menerusi akaun Twitte...
Siapa Sangka Upin Ipin Akhirnya Tumbuh Rambut Serius Lah

Siapa Sangka Upin Ipin Akhirnya Tumbuh Rambut Serius Lah

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 2011 hits
Wow Kalau sebelum ni kita dapat melihat Les Copaque tunjukkan bayangan jika Upin Ipin dah besar sekarang diorang tunjuk pula bayangan Upin Ipin mempunyai rambut Sejak ia mula diperkenalkan dari dulu hinggalah sekarang Upin Ipin memang diken...
Kalau Benarlah Berlaku Memang Biadab

Kalau Benarlah Berlaku Memang Biadab

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 146 hits
USTAZ IDRIS AHMAD KALAU benarlah berlaku seperti dalam video ini memang biadab Kementerian Pendidikan wajib mengambil tindakan tidak cukup dengan permohonan maaf Tindakan keras perlu diambil ini sahaja yang boleh ajar manusia seperti ini Pu...
Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

Kekecohan Semasa Kongres Nasional Amk Biadab Kata Anwar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 651 hits
By 6 December 2019Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre Ayer Keroh Melaka foto IQBAL BASRI 06 DISEMBER 2019...
Ejen Ali Bakal Cetus Fenomena Di Indonesia

Ejen Ali Bakal Cetus Fenomena Di Indonesia

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 741 hits
SELEPAS berjaya mencatat kutipan RM28 juta dalam tempoh tiga minggu tayangan di Malaysia Singapura dan Brunei filem Ejen Ali The Movie kini mengorak langkah apabila melebarkan sayap ke Indonesia hari ini Bakal ditayangkan di 100 buah pawaga...
F Ck Man You Pay Rm6 Expect Us To Pick You Up Anywhere You Want Pengguna Dakwa Pemandu Mycar Biadab

F Ck Man You Pay Rm6 Expect Us To Pick You Up Anywhere You Want Pengguna Dakwa Pemandu Mycar Biadab

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 544 hits
The ReporterKebiadaban seorang pemandu MyCar terhadap pelanggannya mengundang pelbagai reaksi netizen dan ini sekali gus mencemarkan imej perkhidmatan MyCar Menurut wanita yang meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai isu itu di Twitter b...
Kebakaran 2 Kereta Cetus Panik Di Pusat Beli Belah

Kebakaran 2 Kereta Cetus Panik Di Pusat Beli Belah

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 476 hits
Kejadian kebakaran di pusat membeli belah Vivacity menjadi perhatian umum dari kalangan pengunjung yang hendak membuat persiapan menyambut Krismas esok KUCHING Ratusan pengunjung yang sedang membeli belah persiapan Krismas di VivaCity Mall ...
Sikap Biadab Dong Jiao Zong Serupa Kerajaan China

Sikap Biadab Dong Jiao Zong Serupa Kerajaan China

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 366 hits
Ambil tindakan keras terhadap NGO melampau antinasionalBANGI Ketika kerajaan China menakut nakutkan Uyghur dengan ancaman keganasan Dong Jiao Zong pula menakutkan nakutkan kaum Cina dengan 3 muka surat tulisan jawi yang kononnya menyebabkan...
Padah Provokasi Polis Suami Isteri Didakwa Di Mahkamah

Padah Provokasi Polis Suami Isteri Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 342 hits
IPOH Seorang lelaki bersama isterinya yang sarat mengandung lapan bulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tiga pertuduhan menghina dan menghalang tugas anggota polis yang videonya tular minggu lalu Pemandu lori M Kevin Raj...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias