Image via Gizmo ChinaKalau korang menggunakan model HUAWEI selain P30, jangan risau sebab tak lama lagi, HUAWEI akan mengemaskini 49 model mereka bermula dengan siri Mate 20 pada 27 Jun 2019 ini
Image via Gadget MatchBerita baik untuk gamers tegar, EMUI 9.1 turut menaik taraf unit pemprosesan grafik (GPU) Turbo kepada versi 3.0 dan menyokong sehingga 25 games antarabangsa, termasuk Fortnite, FIFA Mobile dan Brawl Stars. Wow
Image via Huawei CentralBest je bila tengok video orang lain kat Instagram cantik-cantik bila pergi holiday, kan? Korang pun nak macam tu? Boleh je. Ciri Highlightsyang terdapat dalam EMUI 9.1 ni akan secara automatik membantu korang memilih dan menyunting shot terbaik untuk video korang
Image via techcrunch.comUntuk korang yang selalu nak cepat, korang juga boleh aktifkan Google Assistant dengan hanya satu tap!
Image via Huawei CentralKini, korang dah tak perlu alat pengukur sebab Aplikasi AR Measure ni membolehkan korang mengukur panjang, luas dan lebar dengan tepat! Nak ukur tinggi korang pun boleh
Image via Huawei CentralSekarang, korang boleh pindahkan gambar, video atau apa sahaja fail dengan pantas dan efisyen menggunakan HUAWEI Share, OneTap Share. Mudah je, cuma letakkan smartphone HUAWEI korang ke atas laptop HUAWEI untuk pindahkan fail dan sekelip mata je dah siap!6. Boleh buat ringtone sendiri!
Image via Huawei CentralBosanlah asyik guna nada dering yang sama. Sekali sekala nak jugak letak lagu favourite kita kan? Weh, boleh je! Bukan setakat lagu, korang pun boleh letak video jugak sebagai nada dering. Bila kawan kita call, keluar pulak video dia sendiri. Kan best tu
Image via Huawei CentralDengan ciri EMUI 9.1 juga, korang boleh sync kan telefon korang ke treadmill untuk pantau berapa banyak kalori, kelajuan berjalan, jarak berjalan dan tempoh work out korang. Ia juga dapat mengesan getaran langkah, mengira jumlah langkah dan juga membantu korang mencapai tahap kecerdasan idaman!Korang nak nikmati semua ciri awesome EMUI 9.1? Ikuti langkah kemaskini ini..
Image via Huawei CentralKorang hanya perlu menyemak status kemas kini dengan pergi ke ‘setting’ > ‘system’ > 'Software update’ > ‘Check for updates’ dan enjoy! 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |