Rekaan Akhir Huawei Mate X Mungkin Akan Menyertakan Kapasiti Bateri Yang Lebih Kecil


Huawei pada acara MWC 2019 telah mengumumkan Huawei Mate X dengan penawaran peranti boleh dilipat. Namun selepas isu binaan pada Samsung Galaxy Fold, Huawei telah menangguhkan jualan Mate X bagi membolehkan mereka menambah baik lagi peranti ini. Menurut laporan terbaru, beberapa perkara pada Mate X telah diubah, bagi membolehkan rekaannya berfungsi dengan lebih baik.
Beberapa info utama mengenai Huawei Mate X yang ditambah baik ini telah tertiris sepenuhnya melalui halaman TENAA. Ia dilaporkan hadir dengan paparan yang boleh dilipat berasaskan OLED, melalui saiz 8-inci dengan resolusi 2480 x 2200. Apabila ia dilipat menjadi mod telefon, ia menyajikan paparan utama 6.6-inci (2480 x 1148) 19.5:9, sementara paparan kedua hadir dengan saiz 6.38-inci (2480 x 892) 25:9.

Di dalamnya, ia dijana dengan cip Kirin 980, pilihan memori 6GB/8GB/12GB RAM, dan pilihan storan dalaman sehingga 512GB. Ia juga dilihat mempunyai NFC, dwi-frekuensi GPS, Bluetooth 5.0, dan menyokong rangkaian 5G melalui modem Balong 5000.
Untuk keupayaan kamera, ia bakal membawa kamera utama 40MP f/1.8, kamera telefoto 8MP f/2.4, kamera ultralebar 16MP f/2.2, dan kamera ToF untuk pengecaman 3D. Disebabkan ia boleh dilipat, kamera utama ini turut akan menggalas fungsi untuk kegunaan kamera hadapan.


Namun dari segi bateri, kapasitinya telah dikurangkan menjadi 4400 mAh – berbanding 4500 mAh ketika ia diumumkan pada acara MWC 2019. Ia tidak diketahui mengapa pengurangan ini dilakukan, namun ia mungkin memberi laluan kepada mekanisme rekaan yang lebih baik. Seperti pengumuman sebelum ini, Huawei Mate X akan turut menyokong pengecasan SuperCharge berasaskan 55W.
Huawei pada saat ini masih tidak mengumumkan tarikh jualan untuk Mate X, namun ia dijangka akan dijual pada harga bermula ~RM8,979. Ia mungkin akan ditawarkan di China terlebih dahulu, sebelum ia diperluaskan ke beberapa pasaran utama yang lain.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/07/rekaan-akhir-huawei-mate-x-mungkin-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekaan Huawei Mate 30 Lite Tertiris Dengan Kamera Empat Segi

Rekaan Huawei Mate 30 Lite Tertiris Dengan Kamera Empat Segi

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 303 hits
Peranti bawah siri Mate 30 Pro akan dilancarkan sekitar Oktober tetapi rekaan salah satu peranti telahpun tertiris Imej di bawah ialah rekaan untuk Huawei Mate 30 Lite yang turut dipercayai akan dipasarkan di China sebagai Huawei Nova 5i Pr...
Iphone Dengan Rekaan Tanpa Takuk Mungkin Akan Diperkenalkan Seawal Tahun 2020

Iphone Dengan Rekaan Tanpa Takuk Mungkin Akan Diperkenalkan Seawal Tahun 2020

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 366 hits
iPhone X merupakan langkah awal daripada Apple untuk menawarkan rekaan skrin sepenuhnya pada iPhone Walau bagaimanapun rekaan ini mengundang kontroversi yang cukup hebat kerana ia mengganggu sebahagian paparan peranti Berita baik yang menan...
Twitter Untuk Web Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Lebih Kemas

Twitter Untuk Web Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Lebih Kemas

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 211 hits
Platform media sosial Twitter adalah lebih senang digunakan pada aplikasi telefon pintar dan Tweetdeck Versi web selama ini amat tidak mesra pengguna dan kami sendiri secara peribadi amat jarang menggunakannya Tetapi hari ini antaramuka Twi...
Huawei Memfailkan Tanda Dagang Cine Lens Dan Camera Matrix Untuk Mate 30

Huawei Memfailkan Tanda Dagang Cine Lens Dan Camera Matrix Untuk Mate 30

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 329 hits
Kita kini di penghujung Julai dan sudah memasuki musim peranti mercu separuh masa kedua 2019 dilancarkan Galaxy Note 10 dan iPhone XI telahpun tertiris memberikan beberapa petunjuk fungsi yang mungkin disokong kelak Huawei akan melancarkan ...
Realme 3i Dilancarkan Untuk Pasaran India Sebuah Realme 3 Dengan Rekaan Lebih Premium

Realme 3i Dilancarkan Untuk Pasaran India Sebuah Realme 3 Dengan Rekaan Lebih Premium

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 264 hits
Peranti terbaru Realme tahun ini adalah Realme X ia boleh dikatakan peranti utama mereka Tetapi sebelum Realme X Realme 3 dan Realme 3 Pro adalah fokus utama mereka dan Realme C2 pula adalah peranti paling murah mereka Terkini Realme telah ...
Huawei Mate 30 Pro Tampil Dengan Susunan Kamera Yang Berbeza Serius Lah

Huawei Mate 30 Pro Tampil Dengan Susunan Kamera Yang Berbeza Serius Lah

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 377 hits
Huawei Mate 30 Pro dikatakan bakal menampilkan tetapan kamera Quad iaitu empat atau lima lensa di bahagian belakang yang disusun secara menegak Walaupun peranti kelas mercu itu belum dilancarkan namun beberapa laman web mendakwa menerima be...
Huawei Mate 30 Pro Akan Mengekalkan Takuk Besar Untuk Sistem Imbasan Wajah

Huawei Mate 30 Pro Akan Mengekalkan Takuk Besar Untuk Sistem Imbasan Wajah

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 217 hits
Huawei Mate 20 Pro dilancarkan tahun lalu dengan takuk besar pada bahagian atas skrin untuk sistem pengimbas wajah secara tiga dimensi Menerusi sistem ini Mate 20 Pro mempunyai kemampuan yang sama seperti sebuah iPhone XS Panel hadapan Mate...
Droneshield Melancarkan Pistol Anti Dron Yang Bersaiz Lebih Kecil

Droneshield Melancarkan Pistol Anti Dron Yang Bersaiz Lebih Kecil

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 254 hits
Dron video yang boleh dibeli dengan mudah telah diubahsuai menjadi senjata di medan peperangan Sebuah syarikat Rusia telah berjaya menghasilkan dan juga misil anti kereta kebal Pada waktu yang sama dron yang menceroboh ruang udara lapangan ...
Unihertz Titan Diumumkan Dengan Rekaan Seumpama Blackberry Bateri 6 000 Mah

Unihertz Titan Diumumkan Dengan Rekaan Seumpama Blackberry Bateri 6 000 Mah

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 241 hits
BlackBerry sentiasa terkenal dengan penawaran papan kekunci QWERTY pada bahagian bawah peranti mereka Ia membolehkan pengguna merasai kekunci secara fizikal bagi memudahkan penaipan sesuatu teks dan perkataan Rekaan seperti BlackBerry ini m...
Survey Budget 2026 Seen As Positive But Gaps Still Need To Be Addressed

Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Ramanan Vs Prabakaran Mitra In Leadership Crisis

Budi Madani Diesel 2025 Permohonan Tarikh Bayaran Bulanan

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind

Chinatown888 22 September Chinatown888 Top 9 By Lyn

Lirik Lagu Nanti Iman Troye Naim Daniel

My Ultimet Guide To Workout Shapewear And Bodysuits With Tummy Control


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rezeki Yang Tercemar Kesan Pengambilan Unsur Babi Terhadap Ibadah Ppim 16 10 2025

This Harley Xr750 Tribute Proves The Sportster S Enduring Appeal

Ikan Merah Masak Lemak Cili Padi Letak Mangga Muda Lagi Padu

Siti Badriah Undangan Mantan Chord

Salam Jumaat Penuh Barakah 17 Oktober 2025

Kl Lockdown 2025 Senarai Jalan Ditutup Laluan Alternatif