Untungnya Si Bola Sepak


 

Terperanjat juga saya apabila kerajaan Johor mengisytiharkan cuti awam (dikelaskan sebagai cuti peristiwa) sempena kemenangan pada perlawanan akhir Piala FA malam Ahad lalu. Terperanjat kerana JDT sudah banyak kali menang pelbagai kejuaraan bola sepak. Lantas bila sudah kebiasaan, saya ingat Johor tidak akan “excited” dan tentunya menganggap kemenangan ke atas Terengganu 10 Sept lalu “is just another win after a series of wins”.
Lainlah bagi negeri yang pasukannya tidak pernah menang apa-apa piala. Pasti kalau menang buat kali pertama, “public holiday” akan diisytihar untuk meraikan kejayaan. Apa pun hak Johor untuk menikmati cuti yang diberi berdasarkan peruntukan undang-undang yang membolehkan cuti peristiwa diisytihar. Kata Setiausaha Kerajaan Negeri Azmi Rohani, cuti itu untuk meraikan kemenangan dan tanda penghargaan kepada semua penyokong JDT. Tahniah JDT.
Terengganu lagi hebat. Walaupun kalah “final”, ia cuti juga satu hari malah cuti itu diumum dua minggu sebelum perlawanan akhir. Menurut Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar cuti itu bagi memberi keselesaan perjalanan pulang bagi penyokong selepas menonton perlawanan akhir. Penyokong katanya tidak perlu tergesa-gesa pulang. Tahniah juga Terengganu.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Begitulah hebatnya bola sepak tetapi amalan beri cuti sempena kejayaan bola sepak ini boleh dikatakan hanya timbul beberapa tahun kebelakangan. Dahulu ini tidak berlaku.
Contoh zaman 1960-an dan 1970-an ketika Selangor menjuarai Piala Malaysia hampir setiap tahun, kerajaan negeri tidak isytihar cuti untuk meraikan kejayaan dan tanda penghargaan kepada penyokong (yang jumlahnya amat besar).
Begitu juga apabila pasukan kebangsaan layak ke Sukan Olimpik 1972 dan 1980. Ya, apabila pasukan kebangsaan pulang dari Seoul setelah menjuarai pusingan pada 1971 (sekali gus layak ke Olimpik 1972 di Munich) ia disambut meriah. Ada perarakan dari lapangan terbang Subang ke ibu negara Kuala Lumpur. Tetapi tidak ada cuti diisytihar.
Pusingan kelayakan Olimpik 1980 diadakan di Kuala Lumpur. Oleh itu apabila pasukan negara memenangi pusingan itu untuk layak beraksi di Moscow, tentulah tidak ada acara sambutan kepulangan (sebab main di tempat sendiri pasukan tidak pulang dari mana-mana). Bagaimanapun kejayaan itu diraikan seluruh negara dengan bangga. Sekali lagi tidak ada cuti diisytihar.
Berbanding kejayaan pasukan kebangsaan pada kejohanan Asean Football Federation (Piala AFF) pada 2010 kerajaan pusat ketika itu pimpinan Najib Razak mengisytihar cuti awam. Maaf bukan mahu memperkecilkan kejayaan itu tetapi menjuarai kejohanan wilayah Asean tidak segagah layak ke Sukan Olimpik.
Sejak atau seiring (mungkin juga beberapa tahun sebelum) kejayaan AFF 2010 itu banyak cuti diberi oleh negeri-negeri di Malaysia apabila pasukan masing-masing menang kejohanan domestik.
Musykil juga saya mengapa kejayaan pasukan bola sepak sahaja yang dianugerah dengan “public holiday” walaupun kejayaan hanya peringkat negara di mana ‘kita lawan kita’?. Mengapa kejayaan pasukan negara dan negeri bagi acara sukan lain (maksudnya selain bola sepak) tidak ada anugerah cuti peristiwa?
Contoh apabila pasukan sesebuah negeri jadi juara kejohanan kebangsaan acara sepak takraw, ragbi, hoki, bola keranjang, boling, dan macam-macam sukan lagi. Bukan sahaja tidak ada cuti, kejayaan pun disambut sederhana.
Sebabnya, pada hemat saya, bola sepak sukan popular. Rata-rata rakyat (tua muda lelaki perempuan) minat bola sepak. Liga bola sepak negara mendapat sokongan dan mampu menarik ratusan malah ribuan penonton ke stadium saban minggu. Sesuatu yang acara sukan lain sukar atau tidak boleh lakukan.
Untuk pengetahuan (yang ramai dah tahu tetapi saya nyatakan juga) kejohanan bola sepak terutama kejayaan pasukan kebangsaan (nasional) kerap digunakan pemerintah beberapa negara di Amerika Selatan umpamanya untuk mengalih tumpuan rakyat daripada krisis ekonomi dan macam-macam masalah lain yang mencengkam mereka.
Saya tidak mahu menuduh strategi seumpama itu turut dilakukan kerajaan negara atau negeri di tanah air tercinta ini. Cuma ingin bertanya mengapa bola sepak dipilih untuk memberi ‘ganjaran’ sejak kebelakangan ini sahaja? Mengapa dahulu (seperti disebut tadi zaman kegemilangan Selangor) tidak ada cuti diisytihar walaupun waktu itu pun ramai rakyat amat minat bola sepak juga?
Bagi saya amalan beri cuti boleh dikaitkan dengan langkah populis (kerajaan dulu tidak minat nak popular? Itu soal lain). Jaga hati peminat bola sepak bererti jaga hati rakyat kerana sebilangan besarnya suka bola sepak. Oleh itu, nampak seolah-olah kerajaan sama ada pusat mahupun negeri lebih ‘sayang’ peminat bola sepak daripada peminat sukan lain. Saya tekankan ungkapan “seolah-olah”.
Langkah populis boleh mendatangkan sokongan di peti undi apabila pilihan raya diadakan. Ditekankan ungkapan “boleh mendatangkan”. Tidak salahnya strategi seperti itu (jika ia benar-benar satu strategi). Bagaimanapun jika bola sepak memberi manfaat kepada kerajaan adalah wajar kerajaan memainkan peranan untuk memberi sesuatu kembali kepada sukan itu.
Maksudnya, membantu usaha pelbagai persatuan bola sepak meningkatkan mutu sukan itu ke tahap yang membanggakan. Seperti tahap zaman emas bola sepak negara dahulu.
Sejak kebelakangan ini kerajaan memberi kerakyatan kepada pemain kelahiran negara asing supaya mereka dapat menyarung jersi negara dalam usaha memperkuatkan pasukan kebangsaan. Tentu pemberian itu dilaksanakan berikutan cadangan atau permohonan persatuan atau bola sepak mahupun pihak berkaitan bolasepak. Namun langkah itu dikritik keras bekas pemain negara. Antaranya Santokh Singh, legenda bolasepak negara.
Santokh menyifatkan kehadiran pemain “naturalized” hanya menutup ruang serta menafikan peluang rakyat sendiri padahal negara tidak pernah ketandusan pemain berbakat. Yang perlu, kata beliau, bimbingan dan peluang.
Baru-baru ini kerajaan meluluskan permohonan seorang pemain bola sepak kelahiran United Kingdom untuk mendapat kerakyatan Malaysia. Ramai juga yang tidak senang dengan langkah itu, terutama pertubuhan wanita yang membidas peraturan menetapkan wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing apabila melahirkan anak di luar negara anaknya tidak diberi kerakyatan.
Ironi – ditengah-tengah langkah populis ada pula langkah yang memadamkan semua itu…
Oleh itu, memberi cuti untuk kejayaan pasukan bola sepak tidak memadai menjaga hati peminat bola sepak (baca: rakyat). Meskipun ini membabitkan tindakan kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri. Seperti dikatakan tadi, lakukanlah (kerajaan pusat dan negeri) sesuatu untuk memajukan standard bola sepak negara dengan menggunakan “local talent” atau kemahiran tempatan. Yang kita tidak mahu lihat negara lain ada “Kaka”, kita ada “kelakar”, mereka ada “William Gallas”, kita ada (William) “Malas”, dan mereka ada ”Frank Lampard” kita “frankly lambat”. Meskipun ketiga-tiga pemain handalan yang disebut ini sudah tidak main bola lagi. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/untungnya-si-bola-sepak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlawanan Bola Sepak Terhenti Wanita Masuk Padang Minta Teman Lelaki Pulang

Perlawanan Bola Sepak Terhenti Wanita Masuk Padang Minta Teman Lelaki Pulang

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 320 hits
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita masuk padang untuk mencari teman lelakinya InstagramJAKARTA Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita berjalan ke tengah padang ketika perlawanan bola sepak d...
Jadual Perlawanan Acara Sukan Bola Sepak Sukma 2022

Jadual Perlawanan Acara Sukan Bola Sepak Sukma 2022

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 315 hits
Acara Sukan Bola Sepak untuk temasya SUKMA Ke 20 2022 atau dikenali juga SUKMA XX MSN 2022 akan berlangsung dari 12 September hingga 23 September 2022 dimana edisi kali ini Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Untuk acara ini hanya kategori lela...
Jadual Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Asia B20 Afc 2023 Uzbekistan

Jadual Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Asia B20 Afc 2023 Uzbekistan

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 355 hits
Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Bawah 19 akan menggalas cabaran dalam pertandingan bagi Kelayakan Piala Asia B20 AFC 2023 Uzbekistan dimana Mongolia akan menjadi tuan rumah bagi saingan kelayakan ini bermula 14 hingga 18 September 2022 Ini pa...
Disorak Penonton Wanita Bertopi Keledar Masuk Padang Tarik Lelaki Pulang Ketika Perlawanan Bola

Disorak Penonton Wanita Bertopi Keledar Masuk Padang Tarik Lelaki Pulang Ketika Perlawanan Bola

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 149 hits
Tular sebuah video memaparkan seorang wanita bertopi keledar tiba tiba berjalan masuk ke padang bola Wanita itu dilihat menghampiri seorang lelaki yang dipercayai suaminya dan memaksanya untuk pulang walaupun ketika itu perlawanan bola sepa...
Untungnya Ringgit Jatuh

Untungnya Ringgit Jatuh

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 142 hits
Ringgit merudum 4 52 berbanding dolar AS September 14 2022 Jangkaan inflasi lebih tinggi termasuk di Asia ternyata menyebabkan pelabur mengelak aset berisiko kata penganalisis KUALA LUMPUR Ringgit susut berbanding dolar AS pada akhir urus n...
Bila Bapa Dia Cuddle Terus Jadi Macam Bola Raja Ilya Kongsi Keletah Manja Talita

Bila Bapa Dia Cuddle Terus Jadi Macam Bola Raja Ilya Kongsi Keletah Manja Talita

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 186 hits
Pelakon Raja Ilya berkongsi perkembangan terkini permata hatinya Talita yang kini sudah genap dua bulan usianya Menurut Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad sejak dilahirkan hingga kini anak perempuannya itu seorang ba...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik