Bukan setakat selamat sahaja. Tapi, mempunyai kualiti ketahanan yang jauh lebih baik dari kabel asli Apple yang didatangkan didalam kotak semasa pembelian atau yang dijual oleh penjual rasmi Apple. Dah la cepat kotor… Cepat koyak… Ada yang sampai nazak pun ada… Beli iPhone mahal-mahal, kualiti kabel masih tidak memuaskan
Untuk kabel MFi, biasanya jenama-jenama pihak ketiga ni selesaikan masalah-masalah berikut. Kualiti wayar yang digunakan bukan seperti Apple guna. Kebanyakan menggunakan ketahanan kabel jenis Ultra Durable Nylon dan pelbagai lagi bagi mengelakkan isu mudah koyak, mudah kotor dan mudah putus.
Yang paling murah setakat ini dengan kualiti ketahanan yang terbaik adalah Aukey Durable Nylon CB-CD16 mempunyai panjang 1.2 meter. Yang dijual dengan harga RM59 sahaja jika dibandingkan dengan kabel asli Apple berharga RM89. Boleh periksa di Shopee : http://bit.ly/2YlUCdx Jika nak dibandingkan dengan harga jualan RM50-RM60 yang dijual oleh penjual yang tiada kepastian sama ada ia betul-betul asli atau tidak, rasanya Aukey ni lebih berbaloi. Kerana ia ternyata sudah disahkan kualiti oleh Apple sendiri. Malah terdapat pelbagai jenama lain lagi seperti Tronsmart, X-ONE, Anker dan pelbagai lagi
Kabel MFi mempunyai standard kualiti yang ditetapkan oleh pihak Apple sendiri. Bermakna ia sama seperti kabel asli Apple, cuma mempunyai pilihan ciri dan ketahanan yang lebih baik. Boleh periksa senarai kabel MFi di pautan : https://mfi.apple.com/MFiWeb/getAPS . Anda boleh periksa melalui pilihan jenama atau model kabel tersebut
Kabel USB-A to Lightning biasa tu memang tiada pengecasan pantas. Tambahan lagi, pengecasan pantas khas buat iPhone 8 hingga iPhone Xs Max sahaja. Selain itu tiada sokongan pengecasan pantas
Active Search Results Search Engine|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |