Untuk Mak Mak Ada Anak Kecil Cara Mudah Solat Tarawih Di Rumah


Bila masuk je bulan Ramadan, ramai yang teruja nak rebut pahala lebih, termasuk solat tarawih.
Tapi bagi mak-mak yang ada anak kecil atau sibuk bekerja, nak ke masjid setiap malam bukan sesuatu yang mudah.
Jangan risau, mak-mak masih ada pilihan untuk tunaikan solat sunat Tarawih walaupun tak dapat ke masjid.
Sebenarnya Solat Tarawih boleh dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Jadi bolehlah mak-mak berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu, sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah
dan keluarga.

SOLAT SUNAT TARAWIH
● Niatnya :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala” Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala” Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ [3x] Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Solat Sambil Dukung Anak
Mungkin ada mak-mak yang besarkan anak kecil sendirian tanpa suami di rumah. Atau masalah lain anak kecil jenis tidur lambat dan asyik nak berdukung siap pakej meragam bila diletak ke bawah. Kalau situasi ini, nak solat pun tak khusyuk!
Namun masalah ini seharusnya tidak menjadi alasan untuk mak-mak tak buat solat Tarawih. Pendek kata, rugi! Apatah lagi Islam adalah agama yang memudahkan dan sudah tentu ada cara untuk memudahkan kaum ibu dalam hal ini.
Disebut dalam hadis
Sebenarnya jika berdepan situasi ini seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil bersolat. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari)
Diharuskan
Dalam hal ini adalah diharuskan oleh ibu untuk mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Namun ada syarat-syarat yang harus ibu kena tahu…
1. Pastikan anak bersih dari najis, sebaiknya tukar lampin anak sebelum ibu bersolat.
2. Kawal pergerakan. Pergerakan yang dibenarkan atau tidak membatalkan solat iaitu tidak bergerak melebihi tiga kali berturut-turut.
3. Dada sentiasa mengadap kiblat.
4. Hanya dilakukan ketika keadaan memaksa. Adalah lebih baik anak dijaga seketika oleh orang lain ketika ibu bersolat.
Haaa… mudah kan? Kalau tahun lepas gagal buat, lepas ini mak-mak tetap boleh buat solat tarawih walau payah dengan anak-anak kecil. Moga mak-mak mampu kaut pahala berganda di bulan Ramadan ini.
Alhamdulillah. Semoga bermanfaat!
The post Untuk Mak-Mak Ada Anak Kecil, Cara Mudah Solat Tarawih Di Rumah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/untuk-mak-mak-ada-anak-kecil-cara-mudah-solat-tarawih-di-rumah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid Senang Mak Ayah Solat Tarawih

Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid Senang Mak Ayah Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 111 hits
Membawa anak ke masjid untuk solat Tarawih boleh menjadi satu cabaran kepada mak ayah Namun dengan beberapa langkah berikut pengalaman ini boleh menjadi lebih positif Mak ayah juga perlu lebih kreatif bagi memastikan anak anak terjaga denga...
Common Sense Perlu Dididik Dari Rumah Sejak Anak Masih Kecil

Common Sense Perlu Dididik Dari Rumah Sejak Anak Masih Kecil

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 103 hits
Common sense perlu dididik dari rumah sejak anak masih kecil Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini common sense atau akal fikiran yang waras adalah sesuatu yang semakin jarang dilihat Common Sense Perlu Dididik Dari Rumah Sejak Anak Ma...
Cara Mudah Buat Sambal Belacan Terpaling Sedap Dan Pasti Menjadi Versi Cik Matahariku

Cara Mudah Buat Sambal Belacan Terpaling Sedap Dan Pasti Menjadi Versi Cik Matahariku

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 154 hits
Assalamualaikum dan Salam SejahteraCara Mudah Buat Sambal Belacan Terpaling Sedap dan Pasti Menjadi versi Cik Matahariku Kemain buat tajuk pasal sambal belacan terpaling sedap Kotlah orang lain punya sambal belacan tu tak sedap ke apa haha ...
Cara Hadapi Perubahan Emosi Anak Remaja Tanpa Stress

Cara Hadapi Perubahan Emosi Anak Remaja Tanpa Stress

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 118 hits
Alhamdullilah cikla ada 2 anak remaja Macam tak caya je rasa menua dah diri ini Haha Anak remaja ni sebenarnya memang penuh dengan kejutan Kadang kadang senyum kadang kadang tiba tiba buat muka ketat dan tiba tiba je rasa macam wah siapa ni...
Cara Efektif Menghemat Listrik Saat Menggunakan Internet Di Rumah

Cara Efektif Menghemat Listrik Saat Menggunakan Internet Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 161 hits
Internet hemat listrik adalah solusi bagi rumah tangga modern yang ingin tetap terkoneksi tanpa meningkatkan konsumsi energi Dengan semakin tingginya ketergantungan pada internet untuk berbagai keperluan dari hiburan hingga pekerjaan pentin...
Solat Tarawih Kilat 20 Rakaat Witir 3 Rakaat Dalam Tempoh Masa Tidak Lebih 10 Minit

Solat Tarawih Kilat 20 Rakaat Witir 3 Rakaat Dalam Tempoh Masa Tidak Lebih 10 Minit

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 142 hits
Baru baru ini tular di media sosial negara jiran iaitu Indonesia memaparkan solat sunat tarawih 20 rakaat yang dilakukan hanya dalam tempoh masa 10 minit sahaja Penyelia Pondok Pasentren Mambaul Hikam KH Dliya uddin Azzamzami Zubaidi mendak...
Niat Solat Sunat Tarawih Dan Witir

Niat Solat Sunat Tarawih Dan Witir

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 194 hits
Niat Solat Sunat TarawihNiat solat sunat witirSelamat bertarawih semua
Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 155 hits
Sebelum ini anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa keping foto di Instagram Penampilan Seperti Seorang Lelaki via Instagram Cik B Dalam hantaran sebelum ini Cik B dil...
Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 169 hits
Mata adalah anugerah yang sangat berharga Tanpa mata kita tak dapat menikmati kecantikan dunia ini dan bayangkanlah kalau kita terpaksa mengingati wajah orang melalui deria bau je Wah susah kan So menjaga mata supaya tetap sihat dan cerah a...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal