Common Sense Perlu Dididik Dari Rumah Sejak Anak Masih Kecil


Common sense perlu dididik dari rumah sejak anak masih kecil. Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, common sense atau akal fikiran yang waras adalah sesuatu yang semakin jarang dilihat.
Common Sense Perlu Dididik Dari Rumah Sejak Anak Masih Kecil Kita sering berdepan dengan situasi di mana orang dewasa membuat keputusan yang tidak masuk akal, atau anak-anak membesar tanpa memahami perkara asas tentang kehidupan. Mengapa ini berlaku? Salah satu sebab utama adalah kerana common sense bukan sesuatu yang datang secara semula jadi. Ia perlu dididik sejak kecil, bermula dari rumah.

Berikut perkongsian Suhasnida Ismail 
Common sense atau akal budi ini sesuatu yang perlu diajar sejak kecil, bermula dari rumah. Ia penting bukan saja untuk kehidupan seharian, tapi juga untuk membentuk seseorang jadi insan yang bertanggungjawab bila dewasa nanti.
Kalau dari kecil tak dibiasakan, besar nanti boleh timbul masalah—contohnya, isteri balik kerja tak sempat buka tudung terus ke dapur masak, sedangkan suami boleh duduk rilek main game. Tak ada common sense, kan?
Nak guna gentle parenting ke, Asian parenting ke, itu pilihan masing-masing. Tapi aku percaya, didikan mak ayah zaman dulu masih relevan dan boleh diterapkan pada anak-anak zaman sekarang.
Dulu, masa aku kecil, common sense ni memang kena tinggi. Contohnya:
✅ Nampak pinggan dalam sinki, cuci.
✅ Tengok baju belum jemur, pergi jemur.
✅ Ada sayur atas meja, simpan dalam peti sejuk.
✅ Nampak sampah, buang.
✅ Mak tengah masak di dapur, pergi tolong.
✅ Ayah angkat barang, tolong angkat sekali.
✅ Mak ayah balik kerja, hidangkan air, bukan buat tak tahu.

Kalau tak ada common sense, lain jadinya. Nampak sampah atas lantai, langkah je. Pinggan penuh dalam sinki, buat tak tahu sebab “bukan aku yang guna pun”. Ini contoh perangai yang tak bertanggungjawab.
Nak bentuk common sense kena bermula dari rumah. Kena suruh, kena cakap, kena ulang ajar sampai anak faham sendiri tanpa disuruh. Memang penat nak ingatkan selalu, tapi itulah tugas kita sebagai ibu bapa. Biarlah kita penat sekarang, asalkan anak-anak bila besar nanti tak menyusahkan orang lain—terutamanya anak lelaki, supaya dia tak jadi beban kepada pasangan dia kelak.
Macam semalam, lepas makan, anak saya si Yam sudah terbiasa kemas sendiri. Dia ambil penyapu, sapu lantai, lap meja. Pinggan dia sendiri dia basuh. Saya ada juga tolong sikit kutip pinggan lain dan letak dalam sinki, tapi saya nak tengok sama ada anak-anak ini faham ke tak konsep common sense yang selalu saya ajar.
Biasanya, Muslim akan cuci pinggan yang tinggal lepas dia balik tarawih. Aku selalu pesan, kalau ada pinggan dalam sinki, tolong basuh. Tak kira siapa punya, jangan berkira buat kerja. Awak buat, awak dapat pahala.

Minggu ini kira minggu “ujian” untuk tengok sejauh mana mereka faham. Alhamdulillah, setakat ini nampak hasil daripada berpuluh kali pesan sejak mereka kecil. Saya pun masih banyak kekurangan dalam mendidik tiga orang anak ini, tapi saya buat saja mana yang mampu.
Common sense bukan sesuatu yang boleh dipelajari dalam sehari, tetapi ia perlu dibentuk sejak kecil melalui didikan yang berterusan. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam membentuk pemikiran anak-anak supaya mereka dapat membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.
Jangan hanya fokus kepada akademik semata-mata, tetapi pastikan anak-anak juga dilengkapi dengan pemikiran yang waras dan sikap yang bertanggungjawab. Seperti kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Jika mahu anak-anak membesar dengan akal fikiran yang baik, didiklah mereka dari sekarang.
Sumber: Suhasnida Ismail 
Baca artikel lain juga: Bijaknya Rina Lap Meja, Basuh Pinggan Lepas Makan, Ryzal & Maryam Dipuji Pandai Didik Anak Berdikari!
Didik Anak Belajar Hidup Susah, Barulah Dia Jadi Lebih Kuat
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
The post Common Sense Perlu Dididik Dari Rumah Sejak Anak Masih Kecil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/common-sense-perlu-dididik-dari-rumah-sejak-anak-masih-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Mak Mak Ada Anak Kecil Cara Mudah Solat Tarawih Di Rumah

Untuk Mak Mak Ada Anak Kecil Cara Mudah Solat Tarawih Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 128 hits
Bila masuk je bulan Ramadan ramai yang teruja nak rebut pahala lebih termasuk solat tarawih Tapi bagi mak mak yang ada anak kecil atau sibuk bekerja nak ke masjid setiap malam bukan sesuatu yang mudah Jangan risau mak mak masih ada pilihan ...
Didik Anak Ingatan Kuat Dari Kecil Ini 5 Tips Penting Ibu Ayah Wajib Tahu

Didik Anak Ingatan Kuat Dari Kecil Ini 5 Tips Penting Ibu Ayah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 116 hits
Ingin tahu kunci kejayaan anak di tadika Ia adalah daya ingatan yang kuat Nak tahu cara bagaimana untuk asah minda anak sejak kecil lagi untuk meningkatkan daya ingatan mereka Persoalannya apa kepentingan semua ini Dengan memiliki daya inga...
Ibu Hud Aryan Banyak Menangis Yakin Anak Masih Selamat

Ibu Hud Aryan Banyak Menangis Yakin Anak Masih Selamat

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 170 hits
Masih lagi tidak dijumpai Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak kanak berusia 19 bulan itu Kehilangan anak...
Hiburan Saya Tak Nak Anak Anak Saya Susah Kak Km Dedah Beli Rumah Untuk Anak Anak Bernilai Rm1 Juta Setiap Seorang

Hiburan Saya Tak Nak Anak Anak Saya Susah Kak Km Dedah Beli Rumah Untuk Anak Anak Bernilai Rm1 Juta Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 200 hits
Melalui laporan sebuah portal usahawan dikenali ramai iaitu Kak KM berkata dirinya mempunyai sebab tersendiri membelikan setiap seorang anaknya sebuah rumah Nak ubah nasib anak anak ke arah lebih baik Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Lia...
Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

Datuk Vida Muat Naik Gambar Cik B Semasa Kecil Mohon Netizen Jangan Konfius Jantina Anak

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 157 hits
Sebelum ini anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa keping foto di Instagram Penampilan Seperti Seorang Lelaki via Instagram Cik B Dalam hantaran sebelum ini Cik B dil...
Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Anak Panik Terima Surat Cinta Rakan Sekelas Malu Pergi Sekolah

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Anak Panik Terima Surat Cinta Rakan Sekelas Malu Pergi Sekolah

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 110 hits
Perkongsian Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang bercerita mengenai anak lelakinya yang menerima surat cinta dari rakan perempuannya menyorot perhatian ramai Kongsi bapa kepada tujuh orang cahaya mata anak kembarnya Noah ...
Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 144 hits
Setiap orang membawa cerita dan latar belakang mereka sendiri ke dalam hubungan dan salah satu faktor yang boleh memberi kesan kepada dinamika hubungan adalah kedudukan mereka dalam keluarga Dalam banyak budaya anak sulung sering dianggap s...
Cara Hadapi Perubahan Emosi Anak Remaja Tanpa Stress

Cara Hadapi Perubahan Emosi Anak Remaja Tanpa Stress

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 119 hits
Alhamdullilah cikla ada 2 anak remaja Macam tak caya je rasa menua dah diri ini Haha Anak remaja ni sebenarnya memang penuh dengan kejutan Kadang kadang senyum kadang kadang tiba tiba buat muka ketat dan tiba tiba je rasa macam wah siapa ni...
Pengalaman Pertama Fayyadh Affan Di Tabika Kemas Peserai Persediaan Dan Pengalaman Anak 4 Tahun

Pengalaman Pertama Fayyadh Affan Di Tabika Kemas Peserai Persediaan Dan Pengalaman Anak 4 Tahun

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 175 hits
Mama Teruja Fayyadh Affan First Time Sekolah Tanpa Diaper Pengalaman yang Takkan Dilupa Rasanya seperti baru je semalam mama melahirkan Fayyadh Affan ni tahu tahu abang sudah melangkah ke alam persekolahan buat pertama kali Sebagai anak sul...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain