Untuk Apa Tengku Zafrul Cuba Diletakkan Bertanding Kerusi Dun Adakah Umno Mahu Rebut Kerusi Menteri Besar Selangor




Paling waras sekali, Tengku Zafrul sepatutnya tidak bertanding di mana2 kerusi DUN dan menumpukan usahanya membantu PH/BN mencapai kemenangan di Selangor, tapi jika mahu diletakkan bertanding juga, letakkanlah beliau untuk berlawan dengan tokoh2 utama PN seperti Azmin Ali misalnya….




Untuk PRN akan datang ini, khususnya dalam konteks Selangor, peranan yang sewajibnya mesti dimainkan oleh UMNO ialah membantu dalam memastikan kerajaan PH sedia ada yang ditambah dengan jenama kerajaan perpaduan, terus kekal mentadbir negeri itu.


Ini kerana PH memang sudah sedia memerintah Selangor dengan majoriti yang besar yang diraihnya pada PRU yang lalu.


DUN Selangor mempunyai 56 kerusi Dun dengan kedudukan terkini ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, AMANAH-6), BN (lima), BERSATU (empat), Parti Bangsa Malaysia (dua), manakala PAS, Pejuang dan WARISAN masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.


Satu lagi kerusi iaitu DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan Dun melebihi enam bulan.


Dengan kerajaan sedia ada dipastikan terus memerintah Selangor, maka UMNO bolehlah beroleh apa-apa jawatan, baik sebagai Exco, dalam GLC negeri dan sebagainya, selaras dengan kerjasama yang sedia wujud antara PH dengan BN di peringkat pusat.


Kalau pun UMNO mahu meminta tambahan kerusi daripada lima yang sedia dimilikinya, permintaan itu mestilah munasabah dan tidak sampai mahu merampas kerusi-kerusi yang sedia dipegang oleh PH.


Ini tidak, sudahlah dikhabarkan daripada lima dan PH sedia memberikan BN sehingga 10 kerusi, itu pun diberitakan masih dianggap tidak cukup lagi.


Ada laporan menyebut BN mahu diperuntukkan sebanyak 14 hingga 17 kerusi Dun diberikan kepada mereka.


Dikatakan bahawa hujah yang digunakan ialah ia untuk memperlihatkan parti dominasi Melayu tetap mempunyai peranan penting, selain kononnya jika UMNO tidak diberi banyak kerusi, kedudukan parti itu untuk terus memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri juga boleh terancam.


Tidak cukup dengan banyak kerusi yang dituntut, Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang kalah pada PRU15 lalu di Parlimen Kuala Selangor, turut menjadi topik paling hangat dikatakan mahu diletakkan sebagai calon di peringkat Dun pula.


Beberapa kerusi diintai untuk diberikan kepada beliau, antaranya Kuang dan Sungai Kandis.


Soalnya, untuk apa Tengku Zafrul mahu dibawa bertanding di peringkat Dun?


Tidak cukup lagilah jawatan menteri dan senator yang dipegangnya sekarang?


Walaupun tempoh senatornya akan tamat pada Disember 2025 dan ketika itu nanti jawatan menterinya juga wajib dilepaskan, ia bukan alasan untuk memberinya peluang bertanding di peringkat Dun di Selangor.


Lebih tidak masuk akal jika UMNO beria-ia mahu Tengku Zafrul bertanding di Dun Sungai Kandis, kawasan yang kini diwakili PH dan Adunnya sekarang sedang menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri.


Kenapa UMNO mahu memilih kawasan yang selamat yang sudah sedia dimenangi oleh PH untuk diperuntukkan kepada Tengku Zafrul?


Sebagai menteri dan jika Tengku Zafrul benar-benar pemimpin yang hebat, kenapa UMNO tidak mempertaruhkannya untuk berlawan dengan pemimpin utama PN seperti Azmin Ali misalnya?


Kenapa mesti diberi kawasan yang selamat untuknya?


PH dan khususnya PKR, wajib mempertahankan mana-mana kerusi yang sedia dimilikinya dan tidak semudah itu menyerahkannya kepada kawan yang baru didampingi kerana jika itu berlaku, ia akan membunuh moral ahli-ahli parti di seluruh negara.


Paling waras dan munasabah sekali sebenarnya, Tengku Zafrul sebaiknya tidak bertanding dalam PRN kali ini dan beliau lebih wajar memainkan peranan untuk membantu kemenangan PH/BN, sambil selepas itu nanti menumpukan khidmatnya kepada rakyat tanpa jawatan dalam kerajaan dan memilih mana-mana kawasan Parlimen di Selangor yang ketika ini diwakili blok pembangkang untuk PH/BN merampasnya dalam PRU16 akan datang.


Yang pelik juga, dengan beria-ia mahu meletakkan Tengku Zafrul bertanding di Dun yang selamat, apakah UMNO ada niat terselindung mahu merebut jawatan Menteri Besar daripada PKR? – ShahbudinHusin 28/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/untuk-apa-tengku-zafrul-cuba-diletakkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Ali Calon Tunggal Menteri Besar Selangor Dari Pn

Azmin Ali Calon Tunggal Menteri Besar Selangor Dari Pn

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 173 hits
Azmin Ali calon tunggal Menteri Besar Selangor dari PN Perikatan Nasional Pas tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri nanti Timbalan Pengar...
Sanusi Pelawa Saifuddin Bertanding Kerusi Dun Di Kedah

Sanusi Pelawa Saifuddin Bertanding Kerusi Dun Di Kedah

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 161 hits
satuberita myBy June 28 2023Pengerusi Perikatan Nasional Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempelawa Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri di Kedah pada Pil...
Amanah Tepis Tuntutan Kerusi Ketua Pemuda Hulu Selangor

Amanah Tepis Tuntutan Kerusi Ketua Pemuda Hulu Selangor

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 171 hits
Lynelle ThamKUALA LUMPUR Kepimpinan Amanah menepis tuntutan oleh ketua Pemuda Hulu Selangor yang mahu sama ada DUN Hulu Bernam atau Batang Kali diberikan kepada parti itu sebagai pendapat peribadi Naib Presiden Adly Zahari berkata kerajaan ...
Keadilan Terengganu Optimis Mampu Menang Kerusi Dun

Keadilan Terengganu Optimis Mampu Menang Kerusi Dun

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 165 hits
KEADILAN Terengganu optimis parti itu mempunyai potensi untuk menang di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri akan datang Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu dan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata...
Tiga Exco Selangor Tak Pertahan Kerusi Dalam Prn

Tiga Exco Selangor Tak Pertahan Kerusi Dalam Prn

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 334 hits
MalaysiakiniTiga Exco Selangor dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi mereka dalam PRN akan datang bagi memberi laluan kepada muka baru dan memberi tumpuan kepada tanggungjawab lain Menurut Utusan Malaysia tiga Exco tersebut adalah Ten...
Muktamat Pas Akan Bertanding Di 126 Kerusi Bersatu 83 Kerusi Dan Gerakan 36 Kerusi Muhyiddin

Muktamat Pas Akan Bertanding Di 126 Kerusi Bersatu 83 Kerusi Dan Gerakan 36 Kerusi Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 153 hits
Mohamad FadliKUALA LUMPUR Rundingan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional bagi PRN enam negeri akan datang telah dimuktamadkan Pengerusi Muhyiddin Yassin mengumumkan PN akan bertanding di semua 245 kerusi DUN melibatkan Kedah Pula...
Satu Kerusi Tak Ada Jadi Abang Besar

Satu Kerusi Tak Ada Jadi Abang Besar

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 111 hits
Ye ye je Peja Dia tak cerita orang geli dengan parti Gerakan Satu kerusi pun tak ada tapi jadi abang besar dalam PN Selamba tegur pemimpin PAS Tak berani melawan langsung pemimpin PAS Orang pun geli juga dengan makhluk yang mengaku ulama ta...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel