Sanusi Pelawa Saifuddin Bertanding Kerusi Dun Di Kedah


satuberita.my
By SatuBerita
-June 28, 2023

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempelawa Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu mungkin ingin mencuba nasib di peringkat DUN pula selepas tewas di peringkat Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Menurutnya, tidak mustahil Saifuddin ‘mengidam’ jawatan Menteri Besar Kedah kerana Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah itu dilihat agak ‘dekat’ dengan rakyat Kedah berbanding pemimpin PKR lain.

“Saya pelawa Saifuddin bertanding kerusi DUN di Kedah, mana tahu kalau menang (beliau) boleh jadi Menteri Besar Kedah. Walaupun Saifuddin pernah kalah banyak kali juga, cubalah DUN pula.

“Mungkin apabila (Saifuddin) sudah jadi MB nanti baru boleh rasai asam garam perjuangan kerajaan negeri dalam sistem federalisme, terutama jika politik negeri dan Persekutuan tidak sealiran,” katanya lapor Sinar Harian.

Pada Sabtu, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri tidak menolak keberangkalian parti gabungan Kerajaan Perpaduan mampu mengalahkan Muhammad Sanusi dan menumbangkan kerajaan PN dalam PRN kali ini.

Ia susulan watak Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu disifatkan sebagai bukan sebahagian daripada siri tarbiyah Pas yang berasaskan tarbiyah quraniyah.

Muhammad Sanusi bagaimanapun tidak gentar dengan sebarang ugutan mahupun sasaran mahu merampas Kedah, sebaliknya meminta jentera pilihan raya Kerajaan Perpaduan ditunjangi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersaing secara sihat dalam PRN.

“Jom lawan atas padang yang sama rata, jangan guna jentera kerajaan dan jangan guna pihak berkuasa (polis) dan ugut sana sini. Saya terima apa jua cabaran dalam PRN kali ini, apa jua (telahan pihak luar), keputusan akan diketahui pada malam hari mengundi,” jelasnya.

Rabu lepas, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, Muhammad Sanusi mengingatkan semua parti politik mengamalkan sepenuhnya amalan demokrasi sepanjang tempoh kempen PRN.

Beliau mahu setiap parti ‘bertanding secara anak jantan’ menggunakan kekuatan dan kapasiti masing-masing dalam menawan hati pengundi, tanpa menyalahgunakan aset kerajaan.

Enam negeri akan melaksanakan PRN yang dijangka diadakan awal Ogos depan termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Komposisi DUN Kedah menyaksikan PN memiliki 20 kerusi, dengan Pas sebanyak 14 kerusi dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enam kerusi.

PH memiliki 10 kerusi yang menggabungkan PKR sebanyak lima kerusi, Amanah dengan tiga kerusi dan DAP (dua). Manakala BN dan Pejuang masing-masing beroleh dua kerusi.

Dua kerusi kosong, iaitu Gurun berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul melepaskan jawatannya, sementara DUN Belantek kosong disebabkan kematian ADUN, Datuk Mohd Isa Shafie pada 14 Jun lepas.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/sanusi-pelawa-saifuddin-bertanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Apa Tengku Zafrul Cuba Diletakkan Bertanding Kerusi Dun Adakah Umno Mahu Rebut Kerusi Menteri Besar Selangor

Untuk Apa Tengku Zafrul Cuba Diletakkan Bertanding Kerusi Dun Adakah Umno Mahu Rebut Kerusi Menteri Besar Selangor

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 365 hits
Paling waras sekali Tengku Zafrul sepatutnya tidak bertanding di mana2 kerusi DUN dan menumpukan usahanya membantu PH BN mencapai kemenangan di Selangor tapi jika mahu diletakkan bertanding juga letakkanlah beliau untuk berlawan dengan toko...
Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar Dun

Sanusi Menghadap Sultan Kedah Mohon Perkenan Tarikh Bubar Dun

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 402 hits
MENTERI Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menghadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Sesi menghadap itu diadakan di pejabat Tuan...
Sanusi Punya Hebat Dari No 3 Miskin Sekarang Kedah Jatuh No 2 Miskin Di Malaysia

Sanusi Punya Hebat Dari No 3 Miskin Sekarang Kedah Jatuh No 2 Miskin Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 227 hits
Akhirnya aku akui kehebatan Sanusi Dalam tiga tahun Sanusi jadi MB Kedah dia berjaya perbaiki kedudukan Kedah dalam senarai negeri termiskin Kalau dulu Kedah di tempat ketiga sekarang Sanusi dah berjaya membawa Kedah menjadi negeri kedua te...
Sanusi Kencing Walaun Di Kedah

Sanusi Kencing Walaun Di Kedah

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 208 hits
Ku sangka panas sampai ke petang rupanya kena kencing dengan Sanusi Jun 2020 Sanusi nyatakan masalah air dijangka selesai paling lambat 2023 Rupanya masalah air makin teruk Selesainya tidak Kalau pun tidak selesai sepenuhnya 2023 sepatutnya...
Kedah Pas Wing Anwar A Failed Pm Disturbed Over Sanusi

Kedah Pas Wing Anwar A Failed Pm Disturbed Over Sanusi

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 281 hits
Kedah PAS Women s wing has described Anwar Ibrahim as a failed prime minister Its information chief Mardhiyyah Johari stated this was because the premier appeared to be disturbed by political competition from Kedah Menteri Besar Muhammad Sa...
Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Malaysians Wonder If Selangor S Planned Heroic Homecoming For Gsf Volunteers Is Justified

Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Doa Malam 5 Okt 2025

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Dalam Mengejar Kebebasan Jangan Hilang Kestabilan

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana

8 Ide Outfit Ala Zhao Lusi Di Love S Ambition Ini Jadi Inspirasi Fashion Kekinian