Universiti Kebangsaan Malaysia Sejarah Cara Kemasukan


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah satu universiti terkemuka di Malaysia.
Sejak penubuhannya pada tahun 1970, universiti ini telah melahirkan ramai graduan daripada pelbagai bidang di Malaysia.
Oleh kerana itulah, UKM menjadi salah satu universiti pilihan buat pelajar menyambung pengajian di peringkat Prasiswazah, Pasca Siswazah, dan Doktor Falsafah.
Sejarah Penubuhan UKM UKM dicetuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903 dan kemudiannya Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917.
Perdebatan golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan.
Walau bagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian dan terlaksana kerana wujudnya pelbagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.
Mulai 1957 hingga 1967, idea penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin memuncak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara.
Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan.
Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.
Akhirnya, UKM diwujudkan pada 18 Mei 1970 yang memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang dan 2 orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam.
Pada 1974, UKM menubuhkan UKM Kampus Sabah di Kebun Kawang, Papar dan kemudiannya nama Kebun Kawang ditukar kepada Limauan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun yang ketika itu sebagai Ketua Menteri Sabah.
Kampus yang menempatkan Fakulti Sains dan Sumber Alam ini berpindah ke Bukit Padang, Kota Kinabalu pada 1980.
Seterusnya berpindah ke Menggatal, Tuaran pada 1990 bersama Fakulti Sains Pembangunan yang asalnya ditempatkan di Kampus Induk Bangi.
Dengan penubuhan Universiti Malaysia Sabah pada 1994, UKM Kampus Sabah ditutup secara rasminya pada 1996 dan kedua-dua fakulti berkenaan dipindahkan ke Kampus Induk Bangi, Selangor.
Lokasi Universiti Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai tiga buah kampus di Malaysia.
Kampus induk terletak di Bangi, Selangor manakala dua lagi kampus terletak di Kuala Lumpur dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz.
Senarai Fakulti Senarai fakulti yang ada di UKM adalah seperti berikut:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Fakulti Sains dan Teknologi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Fakulti Farmasi Fakulti Pengajian Islam Fakulti Sains Kesihatan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Fakulti Undang-Undang Fakulti Pergigian Fakulti Pendidikan Fakulti Perubatan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Senarai Institut Selain itu, UKM juga mempunyai pelbagai institut seperti:
Alam Sekitar & Pembangunan Alam & Tamadun Melayu Kajian Malaysia & Antarabangsa Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik Biologi Molekul Perubatan Sel Fuel Biologi Sistem Institut Informatik Visual Islam Hadhari Kajian Etnik Tenaga Suria Perubahan Iklim Program PraSiswazah Yang Ditawarkan Program yang ditawarkan di universiti ini untuk prasiswazah adalah seperti di bawah:
Citra Universiti
Sarjana Muda Sains Citra dengan Kepujian Perubatan
Doktor Perubatan Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan dengan Kepujian Diploma Lanjutan Kebidanan # Pergigian
Doktor Pergigian Sains dan Teknologi
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Laut) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Makanan dan Pemakanan)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biologi)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Statistik)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Aktuari) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Sekitaran)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fizik)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kimia)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Nuklear)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bahan)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Kimia)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biokimia)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Mikrobiologi)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioinformatik)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Genetik)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Bioteknologi Tumbuhan)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan) Pengajian Islam
Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin dan Falsafah)  Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Syariah)  Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam)  Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan)  Sarjana muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah)  Ekonomi dan Pengurusan
Sarjana muda Ekonomi dengan Kepujian  Sarjana muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian  Sarjana muda Keusahawanan dan Inovasi dengan Kepujian  Teknologi dan Sains Maklumat
Sarjana muda Sains Komputer dengan Kepujian Sarjana muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian Sarjana muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Maklumat) Sarjana muda Kejuruteraan Perisian dengan Kepujian (Pembangunan Sistem Multimedia) Farmasi
Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian Sains Kesihatan
Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bioperubatan) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Optometri) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Dietetik) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Pemakanan) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Audiologi)   Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Pertuturan)   Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kesihatan Persekitaran)  Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Forensik) Sarjana Muda Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi dengan Kepujian Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Fisioterapi) Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Terapi Carakerja)   Undang-Undang
Sarjana muda Undang-Undang dengan Kepujian Pendidikan
Sarjana muda Pendidikan dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi) Sarjana muda Pendidikan dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) Sarjana muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas) Sains Sosial dan Kemanusiaan
Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Politik) Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Antropologi dan Sosiologi)   Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi) Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Geografi)  Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Pembangunan) Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kerja Sosial) Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi Media) Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Persuratan Melayu) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Inggeris) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu) Kejuruteraan dan Alam Bina
Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian  Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dengan Kepujian  Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian  Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian  Cara Kemasukan Laluan biasa bagi permohonan kemasukan ke universiti ini bagi pengajian Prasiswazah adalah melalui permohonan UPUOnline.
Selain itu, invidiu juga boleh memohon kemasukan melalui UKM Shape menerusi pautan https://www.ukm.my/ukmshape/.
Info Lanjut Info lanjut mengenai Universiti Kebangsaan Malaysia, layari laman web https://www.ukm.my/.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/universiti-kebangsaan-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=universiti-kebangsaan-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Forum Minggu Pemasaran Fakulti Ekonomi Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Ppim 06 04 2024

Aktiviti Forum Minggu Pemasaran Fakulti Ekonomi Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Ppim 06 04 2024

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 116 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi telah dijemput sebagai ahli panel bagi Forum Minggu Pemasaran Ekonomi Pengurusan anjuran pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi Selangor Forum membincangkan isu isu kepenggunaan meliputi is...
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Sejarah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Sejarah

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 101 hits
Sistem negara adalah bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan Wujudnya falsafah ini adalah hasil daripada revolusi dan pembaharuan berterusan sistem pendidikan yang dijalankan di Malaysia semenjak dari zaman kolonialisme British ...
Tema Hari Kebangsaan 2024 Hari Malaysia Logo Rasmi

Tema Hari Kebangsaan 2024 Hari Malaysia Logo Rasmi

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 88 hits
Tema Logo Hari Kebangsaan Merdeka Hari Malaysia 2024 Malaysia MADANI Jiwa Merdeka dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 Berikut dikongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2024 Malaysia MADANI Jiwa...
Cara Permohonan Bantuan Subsidi Diesel Budi Madani Bagi Rakyat Malaysia

Cara Permohonan Bantuan Subsidi Diesel Budi Madani Bagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 81 hits
Terbaru Kerajaan umum bantuan subsidi Diesel Budi Madani untuk rakyat Malaysia Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI iaitu melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian indi...
Taman Negara Malaysia Senarai Aktiviti Menarik Cara Pergi Ke Taman Negara

Taman Negara Malaysia Senarai Aktiviti Menarik Cara Pergi Ke Taman Negara

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 114 hits
Taman Negara Malaysia Senarai Aktiviti Menarik Cara Pergi Ke Taman Negara Taman Negara Malaysia merupakan salah satu destinasi ekopelancongan yang terkenal di rantau Asia Tenggara Dengan keluasan lebih 4 343 kilometer persegi Taman Negara i...
Permohonan Dan Cara Daftar Mykasih Bagi Rakyat Malaysia

Permohonan Dan Cara Daftar Mykasih Bagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 125 hits
Tahukah anda Bantuan ini merupakan sebuah program Sumbangan Asas Rahmah yang telah ditambah baik oleh kerajaan untuk membantu golongan yang layak Program ini juga disasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prin...
Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sejarah Rasional Penggubalan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sejarah Rasional Penggubalan

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 101 hits
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia proses pembentukan kebudayaan nasional penting yang dibuat menerusi Dasar Kebudayaan Dasar kebudayaan ini berperanan memandu negara agar melahirkan rakyat yang ...
Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sejarah Logo Lagu

Pergerakan Puteri Islam Malaysia Sejarah Logo Lagu

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 100 hits
Selain Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah Pergerakan Puteri Islam Malaysia atau singkatannya PPIM merupakn satu lagi pilihan unit badan beruniform yang ditawarkan di sekolah rendah Malah PPIM juga biasanya wujud di kebanyakan sekolah m...
Kronologi Sejarah Palestina Setelah Hancurnya Khilafah Islam

Kronologi Sejarah Palestina Setelah Hancurnya Khilafah Islam

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 78 hits
Setelah Hancurnya Khilafah Islam 1924 M Mustafa Kemal Ataturk seorang Turki yang terdidik oleh Free Masonry menganggap kemunduran khilafah itu karena Islam Ia merasa jalan keluarnya adalah nasionalisme dan sekularisme seperti yang telah ber...
Harga Sawit Terkini Semakan Harga Semasa

Contingency Plans For Tourist Accidents And Incidents

Scaffold House By Ant Nio Costa Lima Arquitectos In Lisbon Portugal

Sg Bakap Sanusi Pkr S Akmal Laud Mature Politics In Football Friendly

Tetap Bertegas Pertahan Kuota Bumiputera Pm

Bela Talapia Depan Rumah Selesai Masalah Rakyat

Bersatu 6 Now Independent Mps Bukit Gantang Rep Claims

Panamanian Court Acquits 28 Defendants In Panama Papers Trial



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga


Buasir Otak Tv Roblox Sukan Olahraga Menang Dapat Robux Live

Ke Arah Kedamaian Negara

Sup Kambing Korban Yang Sedap

Kuey Teow Sup Daging Mek Na

Lumping Putih

Waduh Kejahatan 82 Persen Dapat Suntikan Dana Dari Cukong