Dasar Kebudayaan Kebangsaan Sejarah Rasional Penggubalan


Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional penting yang dibuat menerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Dasar kebudayaan ini berperanan memandu negara agar melahirkan rakyat yang mengamalkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan selain pengaplikasian sifat-sifat yang baik dan mulia bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
Dasar ini juga telah menjadi garis panduan masyarakat bagi membentuk dan mengekalkan identiti sebagai warganegara Malaysia.
Sejarah Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar ini telah digubal dan diperakui melalui Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada 1971 anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Kongres ini merupakan lanjutan daripada Kongres Kebudayaan Melayu yang diadakan oleh Kongres Rakyat pada tahun 1956.
Ianya dirasmikan oleh Tun Abdul Razak di Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang menjadi pencetus kepada pengenalan dasar kebudayaan ini diperingkat kebangsaan.
Matlamat Penggubalan Matlamat penggubalan dasar kebudayaan ini adalah seperti berikut:
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang terhasil daripada kebudayaan kebangsaan. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Rasional Penggubalan Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
Ini kerana dasar ini nanti menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.
Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).
Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu-Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.
Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama.
Oleh itu, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.
(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya.
Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.
Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
Strategi Pelaksanaan Strategi dan pelaksanaan dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Memenuhi keperluan sosiobudaya. Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Agensi Pelaksana Pelaksanaan dasar ini melibatkan semua kementerian, agensi dan jabatan yang berkaitan dengannya seperti:
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Kini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya). Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Majlis Kebudayaan Negeri Istana Budaya Akademi Seni Budaya Warisan Kebangsaan (ASWARA) Sumber: https://www.kkd.gov.my/en/awam/faq/65-bahankpkk/dokumen/538-dasarkebudayaan-kebangsaan.
Baca juga:
Dasar Pendidikan Kebangsaan: Sejarah & Pelaksanaan Dasar TVET Negara : 5 Teras Utama dan Strategi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/dasar-kebudayaan-kebangsaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dasar-kebudayaan-kebangsaan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Sejarah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Sejarah

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 102 hits
Sistem negara adalah bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan Wujudnya falsafah ini adalah hasil daripada revolusi dan pembaharuan berterusan sistem pendidikan yang dijalankan di Malaysia semenjak dari zaman kolonialisme British ...
Universiti Kebangsaan Malaysia Sejarah Cara Kemasukan

Universiti Kebangsaan Malaysia Sejarah Cara Kemasukan

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 87 hits
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah satu universiti terkemuka di Malaysia Sejak penubuhannya pada tahun 1970 universiti ini telah melahirkan ramai graduan daripada pelbagai bidang di Malaysia Oleh kerana itulah UKM menjadi salah ...
Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia

Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 115 hits
30 tahun yang lalu tiada siapa akan menyangka semua ini bakal menjadi fenomena di masa hadapan Menjadi ikutan santapan harian malah menjadi keperluan penting dalam kehidupan Berikut adalah antara Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah...
7 Tahun Kahwin Mak Mertua Langsung Taknak Bagi Muka Dia Kata Sebab Aku Ada Sejarah Hitam

7 Tahun Kahwin Mak Mertua Langsung Taknak Bagi Muka Dia Kata Sebab Aku Ada Sejarah Hitam

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 77 hits
Tiada pasangan yang mahu diceraikan secara tiba tiba tanpa sebab dan alasan yang kukuh Apabila sudah berkahwin perlulah diketahui segala tanggungjawab terletak dibahu suami kerana itu suami adalah ketua keluarga dalam perkahwinan Wanita ini...
Ustaz Don Dipanggil Jakim Diminta Beri Penjelasan Isu Sejarah Nabi Muhammad

Ustaz Don Dipanggil Jakim Diminta Beri Penjelasan Isu Sejarah Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 79 hits
Mohamad FadliPUTRAJAYA Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan memanggil pendakwah popular ustaz Don Daniyal Don Biyajid bagi mendapatkan penjelasan lanjut kenyataannya yang dipertikai ramai berhubung sejarah hidup Nabi Muhammad SAW Menteri Ha...
Tugu Negara Sejarah Lokasi Fungsi Harga Tiket Tips Lawatan

Tugu Negara Sejarah Lokasi Fungsi Harga Tiket Tips Lawatan

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 70 hits
Tugu Negara Sejarah Lokasi Fungsi Harga Tiket Tips Lawatan Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan warisan budaya yang pelbagai Salah satu monumen yang menonjol dan menjadi simbol penting dalam sejarah negara adalah Tugu ...
Istana Negara Sejarah Visi Misi Fungsi Seni Bina Keunikan

Istana Negara Sejarah Visi Misi Fungsi Seni Bina Keunikan

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 131 hits
Istana Negara Sejarah Visi Misi Fungsi Seni Bina Keunikan Istana Negara bukan sahaja berfungsi sebagai tempat tinggal rasmi ketua negara tetapi juga merupakan simbol kedaulatan dan kemegahan negara Malaysia Ia juga menjadi lokasi penting un...
Aeon Bank Bank Digital Patuh Syariah Pertama Malaysia

4 Syarikat Multinasional Henti Operasi Di Malaysia

Gip Blackrock Khazanah Jawapan Pmx Hmmmmmm

Mengenali Jenis Panadol Dan Fungsinya

Produk Gkb Lion S Mane Mushroom Baik Untuk Kesihatan Otak

Xiaomi Tv Box S 2nd Gen

Bila Perempuan Nak Lelaki Tanggung Semua Benda

Resepi Kek Batik Agar Agar



Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok


Apa Definisi Futur

Suami Fail Cerai Kerana Ada Hiv Lepas Dirog L Peguam Nasihat Isteri Sila Jadi Cerdik Tak Semua Cerita Laki Kena Percaya

Best Travel Credit Card Malaysia Untuk Air Miles

Mahjong Ways 1 Have Fun And Play Responsibly

Kenapa Saya Tidak Menggalakkan Bersenam Di Waktu Malam

Order Makan Minum Antara Tugasan Baru Di Jabatan Sekarag