Tema Hari Kebangsaan 2024 Hari Malaysia Logo Rasmi


Tema & Logo Hari Kebangsaan / Merdeka & Hari Malaysia 2024
‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.
Berikut dikongsikan tema dan logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024.
‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ Dipilih Sebagai Tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 ‘Malaysia MADANI : Jiwa Merdeka’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.
Pemilihan tema itu merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya
HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.
Jiwa Merdeka menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.
Mengenai logo HKHM 2024, Jemaah Menteri telah bersetuju mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya.
Logo ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.
Bagi menyemarakkan lagi sambutan HKHM 2024, marilah kita sama-sama mengambil inisiatif bagi menaikkan Jalur Gemilang di kawasan perumahan, sekolah dan pejabat-pejabat. Jom bersama kibarkan Jalur Gemilang!
Sumber: BERITA RTM Maklumat lanjut berkaitan tema, logo dan aktiviti Bulan Kebangsaan 2024, sila layari laman sesawang https://www.merdeka360.my/
PENJELASAN TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2024
MALAYSIA MADANI merupakan tunjang kepada KEMAKMURAN DAN KEMAJUAN NEGARA MALAYSIA melalui dukungan 6 NILAI TERAS UTAMA. JIWA MERDEKA adalah penzahiran kepada KEBEBASAN RAKYAT MALAYDIA daripada sebarang elemn negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek PEMIKIRAN, INTEGRASI SOSIAL DAN EKONOMI seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukus, harmoni dan progresif. MALAYSIA MADANI : JIWA MERDEKA merupakan PERLAMBANGAN KESEPADUAN secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya. Logo Hari Kebangsaan 2024 Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2024.
Pemilihan logo Malaysia MADANI yang dikekalkan daripada 2023 ini berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’ serta mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.
MUAT TURUN :
MALAYSIA-MADANI-TEMA-LOGO-KEBANGSAANDownload MUAT TURUN PNG :
Logo-Hari_KebangsaanDownload Rasional Logo Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.
Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.
RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI
Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni Lirik Lagu Rasmi Malaysia Madani (Bunkface) & Video MV Video Muzik Rasmi (MV) Malaysia MADANI – Bunkface
Sumber: Youtube Anwar Ibrahim Malaysia MADANI (Official Lyric Video)
Lirik Lagu
Komposer : Sam
Lirik : Sam & Pidaus
Penerbit : Bunkface
Lirik :
Peradaban kita bangunkan
Bina kota bina insan
Dari budi jadi budaya
Bina asas kemampanan
Kesejahteraan masa depan
C/O
Ayuh seluruh anak pertiwi
Bangunkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus meyakini
Malaysia Madani
Ayuh seluruh anak pertiwi
Semarakkan Malaysia Madani
Sepenuh hati jiwa semangat
Terus Kekal meyakini
Malavsia Madani
Keyakinan jadi ikutan
Pendirian jiwa ihsan
Nilai hormat teras di minda
Daya cipta luar biasa
Kesejahteraan masa depan
C/O
Malaysia! Madani!
Bersatu
Untuk
Negara
Kita
Lagu Rasmi Malaysia MADANI (Pejabat Perdana Menteri) : https://www.pmo.gov.my/ms/aiovg_videos/lagu-rasmi-malaysia-madani-2/
Baca juga:
Malaysia Madani : Logo, 6 Rukun, Maksud & Konsep Pelaksanaan Kalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia Untuk mendapatkan maklumat rasmi dan terkini berkenaan Tema dan Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024, sila layari http://merdeka360.my/
Maklumat Lanjut Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
Jabatan Penerangan Malaysia
Aras 10, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya.
Laman web rasmi: www.merdeka360.my.
Baca juga:
Himpunan Lirik Lagu Patriotik Sempena Hari Merdeka / Hari Kebangsaan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tema-logo-hari-kebangsaan-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tema-logo-hari-kebangsaan-2024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Forum Minggu Pemasaran Fakulti Ekonomi Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Ppim 06 04 2024

Aktiviti Forum Minggu Pemasaran Fakulti Ekonomi Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia Ppim 06 04 2024

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 113 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi telah dijemput sebagai ahli panel bagi Forum Minggu Pemasaran Ekonomi Pengurusan anjuran pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi Selangor Forum membincangkan isu isu kepenggunaan meliputi is...
Selamat Hari Ulang Tahun Tudm Ke 66 1 Jun 2024

Selamat Hari Ulang Tahun Tudm Ke 66 1 Jun 2024

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 112 hits
HARI ULANG TAHUN TUDM KE 66 KUANTAN 1 Jun 2024 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Ha...
Tersilap Beri Babi Syarikat Penghantar Digesa Tingkatkan Prosedur Operasi Utusan Malaysia 05 06 2024

Tersilap Beri Babi Syarikat Penghantar Digesa Tingkatkan Prosedur Operasi Utusan Malaysia 05 06 2024

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 74 hits
PETALING JAYA Syarikat penghantaran makanan digesa meningkatkan prosedur operasi terutama melibatkan makanan halal ekoran kecuaian seorang penghantar makanan yang memberi makanan mengandungi babi kepada kanak kanak beragama Islam Presiden P...
Hari Terbuka Tudm 2024 Lokasi Tarikh Senarai Acara

Hari Terbuka Tudm 2024 Lokasi Tarikh Senarai Acara

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 135 hits
CUTI SEKOLAH YANG ISTIMEWA JOM KE HARI TERBUKA TUDM 2024 SEMPENA CUTI SEKOLAH INI Adakah Anda Bersedia Tandakan kalendar anda bertarikh 2 Jun 2024 Ini kerana aktiviti menarik akan diadakan sempena Hari Terbuka TUDM terbuka kepada semua Jom ...
Foto Menjelang Hari Raya Iduladha 2024 Dokter Hewan Dan Dkp3 Kota Depok Cek Kesehatan Hewan Kurban

Foto Menjelang Hari Raya Iduladha 2024 Dokter Hewan Dan Dkp3 Kota Depok Cek Kesehatan Hewan Kurban

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 68 hits
Pemeriksaan ini untuk mengidentifikasi kondisi kesehatan dan adanya penyakit yang mungkin dimiliki oleh hewan kurban
Wakil Kita Di Separuh Akhir Badminton Perodua Malaysia Masters 2024

Wakil Kita Di Separuh Akhir Badminton Perodua Malaysia Masters 2024

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 176 hits
BADMINTON PERODUA Masters Malaysia 2024 Selamat maju jaya semua wakil Malaysia ke separuh akhir Beli tiket di sini Live update score
Hari Tvet Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti

Hari Tvet Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 160 hits
Hari TVET Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti Hari TVET Negara 2024 adalah salah satu dari acara tahunan negara yang memberi fokus kepada individu yang terlibat dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Sambutan ...
Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun

Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 87 hits
Oleh Syeikh Baran Mohd Aseral ketika mengumumkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 17 Jun ini Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H 2024M pada Isnin iaitu 17 Jun depan Pengumuman itu dibuat oleh Penolong...
Pengambilan Jawatan Jpn Mei 2024 188 Kekosongan Seluruh Malaysia

Pengambilan Jawatan Jpn Mei 2024 188 Kekosongan Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 132 hits
Makluman jawatan JPN Mei 2024 Pengumuman dari JPN yang kini membuka peluang jawatan kosong di Jabatan Pendaftaran Negara mengikut keperluan semasa dan memerlukan pengambilan pekerja seramai 188 kekosongan seluruh negara Melalui makluman ter...
Zahid Risks Ouster From Umno Over Mahb Deal Says Analyst

Roh Masuk Semula Ke Dalam Jasad

Orang Cina Kembalilah Kepada Islam

Blackrock Pertahan Urus Niaga Mahb Zahid Berisiko Disingkir Umno

Tak Pa Nak Pi Sangat Demontrasi Kena Tangkap Makan Tak Habih

Is It Time To Boycott University Ratings

Bongkar Pokok Ubi Kayu Di Raised Bed

Imigrasi Pernah Minta Kominfo Back Up Data Pdn Tapi Tak Direspons



5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga

Biodata Arfie Shah Adwafri Shah Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 X Change Astro

5 Sebab Kenapa Sikap Golongan B40 Mampu Menyakitkan Hati Orang Ramai

8 Fakta Biodata Jazmy Juma Khan Hero Remaja Pelakon Drama Berepisod Nuh Dan Nayla TV3 Gandingan Scha Elinnea


Menjamu Selera Di Village Cafe

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Berdusta Untuk Menjadikan Orang Tertawa

Playing It Safe Understanding Winzir S Security Measures For Filipino Players

Lima Askar Maut Ketika Latihan Kereta Kebal Seberang Sungai

Certot Surat Buat Atikah

Kerjasama Parti Resipi Tawan Putrajaya Pas Beritahu Dr M