Uniknya Rumah Allah Di Pekan Tuaran
Uniknya Rumah Allah ( Masjid ) Di Pekan Tuaranبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Asalamualaikum & Salam Sejahtera semua di pagi Sabtu yang ceria.
Awal pagi lerbih kurang jam 11.50 pagi Etuza dan anak lelaki Etuza bergerak ke Masjid Pekan Tuaran untuk menunaikan solat wajib Jumaat kemarin. Oleh kerana kurang tahu lokasi dan arah Masjid Pekan Tuaran, Etuza tanpa segan bertanya kepada seseorang yang ada di tepi jalan. Dia pun bagi lah arah, alhamdulillah sampai lah di Masjid Pekan Tuaran, rupanya dekat saja dengan tempat tinggal kami ( rumah sementara ) rumah anak di Tuaran.
Inilah Masjid Pekan Tuaran..unik kelihatan rumah Allah iniEtuza terfikir sejenak bagaimana jutera melakar bentukMasjid Tuaran yang begin i unik dan indah sekali.
Pandangan tepi sebelah kanan pada bangunan Masjid Pekan Tuaran ini, seperti dalam gambar. Oleh kerana penuh parking di depan banunan Masjid Pekan Tuaran ini, Etuza hanya sempat mengambil gambar di pandangan kanan sahaja. Etuza perhatikan di hadapan Masjid ini ada jalan menuju ke tingkat 1 pada Masjid ini tetapi pagar untama ke arah jalan ke atas di tutup. Hanya pintu ke arah bawah Masjid Pekan Tuaran sahaja di buka luas. Nampak begitu utuh Masjid Pekan Tuaran. Dan memang ramai muslim datang jemaah solat di sini. Penuh bawah dan atas. Etuza dan anak naik ke tingkat atas dengan niat hendak melihat situasi di atas dan dapat melihat dengan jelas Khatib berkhutbah.
Sekali lagi pandangan sisi kanan Masjid Pekan Tuaran yangsangat indah dan unik ukirannya.
Ini di tingkat bawah Masjid Pekan Tuaran, Sabah..masa ni baru jam 12 tengahari.
Ini di ruangan atas dan di sinilah Etuza duduk mendengar khutbahbertajuk Agama Islam dan Iman
Percutian kali ini dapat merealisasikan niat Etuza dan keluarga yang ada berehat dalam beberapa hari di rumah anak di Pekan Tuaran. Melihat persekitaran Tuaran memang banyak yang menarik. Cuma Etuza tinggal agak jauh dari masyarakat di sebabkan tinggal di rumah sewaan yang berpagar dan pagar utama di tutup 24 jam. Tekan punat kunci pagar bergerak dan perlu di tutup semula demi keselamatan kata tuan penyewa rumah ini.Pergerakan Etuza di Tuaran hanya hantar dan ambil anak di Hospital Tuaran, ke SKC Plaza Tuaran untuk makan bersama anak-anak, ke Karamunsing Shoping terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah dan ke Masjid Pekan Tuaran untuk solat bersama anak lelaki. Hari ini Sabtu nak nak bawa ke mana pula. Tunggu saja dan lihat. Bye.
Gambar selepas Solat Jumaat..ramai dah nak balik rumah.Bertebaran mencari rezeki di Bumi Allah..
Syukur kepada Allah Etuza dan anak sempat bersolat di MasjidPekan Tuaran. Semoga suatu masa akan ke sini lagi..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/12/uniknya-rumah-allah-masjid-di-pekan.html