Unifi Tambah 12 Saluran Baru Bermula 1 Oktober


 
unifi akan menawarkan 12 saluran dan tujuh aplikasi penstriman baharu menerusi unifi TV bermula 1 Oktober 2021, selaras usaha berterusan jenama itu mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan konvergen utama negara.


Ia juga sejajar komitmennya untuk menyediakan hiburan bertaraf dunia dan berkualiti tinggi untuk tontonan di rumah dan di mana sahaja.



12 saluran linear baharu terbabit adalah Celestial Movies, CCM, K-Plus, GEM, AXN, Animax, HITS, HITS MOVIES, TechStorm, Arirang TV, SPOTV dan SPOTV2.


Manakala, tujuh aplikasi penstriman baharu yang diperkenalkan adalah Amazon Prime Video, Lionsgate Play, TVBAnywhere+, iQiyi, Viu, ZEE5 dan Simply South.


Aplikasi penstriman terbabit akan boleh didapati di unifi Plus Box untuk ditonton di rumah atau dimuat turun oleh pelanggan ke peranti pintar mereka untuk ditonton dari mana-mana sahaja.



Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan, berkata beliau optimis bahawa penawaran baharu di unifi TV akan mengalakkan pendaftaran pelanggan baharu berikutan kekuatan penawaran konvergen jenama itu.


Katanya, dengan tambahan saluran baharu, unifi TV bakal menawarkan sejumlah 73 saluran dan 10 aplikasi penstriman di platformnya.


"Selain itu, ini julung-julung kalinya aplikasi Lionsgate Play dan Simply South ditawarkan di Malaysia di platform pengumpulan kandungan


seperti unifi TV, yang juga penyedia perkhidmatan kandungan yang pertama di negara ini menawarkan saluran linear serta aplikasi penstriman di dalam satu platform menerusi unifi Plus Box," katanya dalam satu kenyataan.


Aplikasi penstriman Lionsgate Play menempatkan filem-filem pecah panggung, kandungan asal dan premium, selain siri-siri yang gemar ditontoni.


Ia juga menawarkan pilihan program yang tidak luput ditelan zaman dan program yang ikonik untuk seisi keluarga di saluran AXN, HITS serta HITS MOVIES.


Kebanyakan saluran baharu dan aplikasi penstriman terbabit akan menepati citarasa ramai dengan pelbagai pilihan rancangan dan program hiburan vernakular yang lebih meluas untuk semua orang.


Siri-siri Melayu yang terkenal dan ekslusif akan boleh ditontoni di Viu dan iQiyi, manakala untuk peminat-peminat kandungan hiburan Cina, pelanggan akan mempunyai banyak pilihan kandungan di Celestial Movies, CCM, iQiyi dan TVBAnywhere bagi memenuhi citarasa tontonan.



Bagi peminat kandungan dari India, dua rakan aplikasi baharu, Simply South dan ZEE5 ditambah ke dalam penawaran kandungan untuk dinikmati mereka.


unifi TV tambah 12 saluran baru


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/09/unifi-tambah-12-saluran-baru-bermula-1.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Dibuka Semula Mengikut Fasa Ppn Guna Sistem Giliran Bermula 3 Oktober

Sekolah Dibuka Semula Mengikut Fasa Ppn Guna Sistem Giliran Bermula 3 Oktober

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 464 hits
MALAYSIA NOW Murid akan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan dengan sistem giliran Radzi Jidin ketika melawat sekolah Menteri pendidikan itu melawat ratusan sekolah dalam usaha memahami e...
Sesi Sekolah Bermula 3 Oktober Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Kpm

Sesi Sekolah Bermula 3 Oktober Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 248 hits
Ibu bapa boleh pilih tidak hantar anak ke sekolah KUALA LUMPUR Meskipun sesi bersemuka sekolah bermula pada 3 Oktober ini ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin...
Tiga Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan Pkpd Bermula Khamis Sehingga 6 Oktober Ini

Tiga Lokaliti Di Sabah Dan Pahang Di Kenakan Pkpd Bermula Khamis Sehingga 6 Oktober Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dilaksanakan di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah selama dua minggu mulai esok hingga 5 Oktober ini Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata PKPD selama...
Awani Borneo 26 09 2021 Dos Penggalak Bermula Oktober Sarawak Rancang Bina Pusat Kanser

Awani Borneo 26 09 2021 Dos Penggalak Bermula Oktober Sarawak Rancang Bina Pusat Kanser

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 312 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut AWANIBorneo 26 September 2021 Suntikan dos penggalak di Sarawak bermula Oktober Kertas cadangan tubuh Pusat Kanser Sarawak diserah kepada KKM RMK12
Fasa Baru Imunisasi Siapkan Remaja Kembali Ke Sekolah Bermula Hari Ini

Fasa Baru Imunisasi Siapkan Remaja Kembali Ke Sekolah Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 231 hits
MALAYSIA NOW Suntikan vaksin remaja itu akan menyasarkan 3 2 juta remaja di seluruh negara Pelajar sekolah yang bakal memulakan pembelajaran secara bersemuka Oktober depan akan menerima vaksin bagi membendung Covid 19 Remaja berusia seawal ...
Vaksinasi Untuk Remaja Di Sabah Dijangka Bermula Oktober

Vaksinasi Untuk Remaja Di Sabah Dijangka Bermula Oktober

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 305 hits
Vaksinasi untuk remaja di Sabah dijangka bermula Oktober KOTA KINABALU Vaksinasi untuk golongan remaja berumur 17 tahun ke bawah di negeri ini dijangka bermula pada Oktober depan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tindakan itu akan...
Sop Pengoperasian Sekolah Penggiliran Murid Bermula 3 Oktober 2021

Sop Pengoperasian Sekolah Penggiliran Murid Bermula 3 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 792 hits
TERKINI Penggiliran sekolah akan dilaksanakan secara berfasa bermula 3 Oktober 2021 Tarikh Buka Sekolah Terkini Susulan PPN Pengoperasian Penggiliran Murid Di Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Sepertimana yang te...
Baru 6 Bulan Tak Jumpa Keluarga Dah Mengamuk Tumbuk Cermin Masjid Adoiiii

Baru 6 Bulan Tak Jumpa Keluarga Dah Mengamuk Tumbuk Cermin Masjid Adoiiii

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 238 hits
Lelaki tumbuk pintu cermin masjid ditemui maut di rumah sewa September 8 2021Keadaan lantai yang berlumuran darah selepas seorang lelaki bertindak menumbuk cermin pintu masjid di Taman Scientex Pasir Gudang di Johor PETALING JAYA Gara gara ...
Hiburan Bukan La Mewah Mana Riena Diana Syukur Terima Kereta Baru

Hiburan Bukan La Mewah Mana Riena Diana Syukur Terima Kereta Baru

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 787 hits
Cukup terkenal dengan lakonannya dalam siri Kampung People Riena Diana dilihat berkongsi kejayaan baharunya memiliki sebuah kereta jenis Mazda CX 5 Dia meluahkan rasa syukur di Instagram selepas akhirnya berjaya memiliki kereta yang bernila...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti