Vaksinasi Untuk Remaja Di Sabah Dijangka Bermula Oktober


Vaksinasi untuk remaja di Sabah dijangka bermula Oktober
KOTA KINABALU: Vaksinasi untuk golongan remaja berumur 17 tahun ke bawah di negeri ini dijangka bermula pada Oktober depan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, tindakan itu akan dimulakan selepas jumlah vaksinasi bagi populasi dewasa mencapai 80 peratus di negeri ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih berpegang dengan sasaran 60 peratus penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksin pada akhir September ini dan 80 peratus lengkap vaksinasi penghujung Oktober depan mengikut sasaran nilai ambang yang ditetapkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan perkara itu pada Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Sabah pada Isnin. - Jabatan Penerangan "Komitmen kerajaan Persekutuan untuk menghantar sejumlah 2.89 juta dos vaksin bulan ini ke Sabah dan kita yakin dengan penghantaran lebih banyak dos vaksin ini akan meningkatkan kadar vaksinasi harian di negeri ini.

"Kita juga akan memperbanyakkan program jangkauan luar sebanyak 130 program untuk bulan ini dan Oktober depan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

"KKM tidak hanya bergantung kepada program vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), namun turut menumpukan kepada usaha keluar dengan melaksanakan program jangkauan luar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor selepas mengadakan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Negeri Sabah di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 300,000 dos vaksin CanSino dijangka tiba di Malaysia bermula minggu hadapan dan penghantaran vaksin CanSino ke Sabah akan diutamakan.

Selain itu, pihaknya juga masih menjalankan pemantauan genomik berhubung varian delta dan lambda di seluruh negara.

"Kita turut memperuntukkan satu bajet tambahan kepada KKM dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk membuat pemantauan genomik secara berterusan.

"Ini kerana kita dimaklumkan di Filipina sudah ada varian lambda dan kita khuatir sempadan antara Malaysia dan Filipina terutama Sabah kerana kita tidak mahu varian terbabit sampai ke sini," katanya.

Khairy berkata, kerajaan turut mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui beberapa inisiatif.

"Ia termasuklah menggunakan teknologi digital dalam pengurusan respons pandemik COVID-19 dan mempertingkatkan kapasiti makmal bagi ujian pengesanan COVID-19.

"Kerajaan juga akan meningkatkan kapasiti kesihatan awam dan fasiliti perawatan secara berterusan selain mempergiat vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)," jelasnya.

Beliau berkata, strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk di Malaysia bagi memastikan peralihan ke fasa endemik dapat dijalankan dengan lancar dan selamat.

Menurutnya, lebih ramai penduduk divaksinasi, lebih ramai yang terlindung, sekali gus mengurangkan tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara, seterusnya lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka dengan selamat.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/vaksinasi-untuk-remaja-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seramai 866 Remaja Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Di Sabah

Seramai 866 Remaja Kanak Kanak Dijangkiti Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 257 hits
Seramai 866 orang daripada keseluruhan 3 224 kes positif COVID 19 direkodkan di Sabah hari ini merupakan remaja serta kanak kanak berusia 17 tahun dan ke bawah KOTA KINABALU Seramai 866 orang daripada keseluruhan 3 224 kes positif COVID 19 ...
Ipt Akan Dibuka Semula Bermula Oktober Noraini

Ipt Akan Dibuka Semula Bermula Oktober Noraini

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 185 hits
IPT akan dibuka semula bermula Oktober Noraini Kementerian Pengajian Tinggi merancang membuka semula institusi pengajian tinggi untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021 2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara berm...
Sesi Sekolah Bermula 3 Oktober Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Kpm

Sesi Sekolah Bermula 3 Oktober Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 233 hits
Ibu bapa boleh pilih tidak hantar anak ke sekolah KUALA LUMPUR Meskipun sesi bersemuka sekolah bermula pada 3 Oktober ini ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin...
Sop Pengoperasian Sekolah Penggiliran Murid Bermula 3 Oktober 2021

Sop Pengoperasian Sekolah Penggiliran Murid Bermula 3 Oktober 2021

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 771 hits
TERKINI Penggiliran sekolah akan dilaksanakan secara berfasa bermula 3 Oktober 2021 Tarikh Buka Sekolah Terkini Susulan PPN Pengoperasian Penggiliran Murid Di Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Sepertimana yang te...
Syarat Lengkap Dua Dos Vaksin Masuk Restoran Pasar Raya Di Sabah Bermula 21 September

Syarat Lengkap Dua Dos Vaksin Masuk Restoran Pasar Raya Di Sabah Bermula 21 September

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 331 hits
Foto untuk tujuan Ilustrasi KOTA KINABALU Kerajaan negeri akan melaksanakan syarat lengkap dua dos vaksin kepada pekerja dan pelanggan restoran dan pasar raya bermula pada 21 September ini Maka semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor ...
Sekolah Dibuka Semula Mengikut Fasa Ppn Guna Sistem Giliran Bermula 3 Oktober

Sekolah Dibuka Semula Mengikut Fasa Ppn Guna Sistem Giliran Bermula 3 Oktober

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 441 hits
MALAYSIA NOW Murid akan dibahagiakan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan dengan sistem giliran Radzi Jidin ketika melawat sekolah Menteri pendidikan itu melawat ratusan sekolah dalam usaha memahami e...
235 Kanak Kanak 34 Bayi Antara Yang Positif Covid 19 Di Sabah Kata Masidi

235 Kanak Kanak 34 Bayi Antara Yang Positif Covid 19 Di Sabah Kata Masidi

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 272 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Sabah merekodkan sebanyak 2 578 kes baharu COVID 19 hari ini penurunan sebanyak 256 kes berbanding semalam Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk...
Burhan Ajui Jelius Ating Bergabung Kembali Kendali Sabah Fc

Burhan Ajui Jelius Ating Bergabung Kembali Kendali Sabah Fc

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 234 hits
Burhan Ajui Jelius Ating diberikan tugas untuk mengendali Sabah FC untuk 2 baki perlawanan terakhir Burhan Ajui dilantik pengendali sementara Sabah FC berkuatkuasa serta merta Marzuki KOTA KINABALU Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yul...
Kes Baharu Di Sabah Menurun Hari Ini Ke 2 578 Tetapi Lapan Daerah Catat Kenaikan Tuaran Tertinggi

Kes Baharu Di Sabah Menurun Hari Ini Ke 2 578 Tetapi Lapan Daerah Catat Kenaikan Tuaran Tertinggi

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 230 hits
Masidi Setakat semalam 56 3 penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi sekurang kurangnya satu dos dan 37 1 telahpun melengkap pengambilan vaksin KOTA KINABALU Sabah mencatatkan penurunan kes harian kepada 2 578 hari ini turun sebany...
Banjir Rakyat Asing Di M Sia Apa Teruk Sangat K Jaan Ni

Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

The Upsides Of Saying Sorry

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Separuh Akhir Muzik Muzik 39

Helter Skelter Memori Mardiana Chord

Caffeine Aku Takkan Memiliki Chord

Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm

Senyum Itu Satu Sedekah Senyum Itu Serlahkan Keperibadian

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn