Kerajaan Perpaduan Mudah Jatuh Undi Tidak Percaya



Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM) Sementara tidak wajar mengusulkan pembentukan kerajaan perpaduan di negara ini sebagaimana dalam kenyataan beliau di media semalam.
Rakyat juga amat keliru dengan format kerajaan bentuk ini. Namun Tun pada 25 Februari lalu telah menemui kesemua presiden-presiden parti politik dan memaklumkan idea beliau menubuhkan kerajaan tanpa pembangkang.
Pemimpin kanan bukan menteri
Perkara pertama yang dicadangkan Mahathir ialah kerajaan yang tidak akan mengangkat pemimpin kanan parti politik sebagai menteri. Dr Mahathir akan melantik sesiapa sahaja ahli politik yang beliau kehendaki tanpa mengira hierarki, termasuk bebas melantik menteri dari kalangan pegawai tinggi awam atau kelompok perniagaan.
Usai pertemuan dengan semua presiden-presiden parti, Umno dan Pas adalah parti yang mula-mula terasa diperbodohkan oleh perancangan Azmin sejak berminggu-minggu sebelumnya. Mereka mengharapkan Tun akan mengangkat sumpah pada hari Isnin dan masing-masing menjadi menteri persekutuan. Sebaliknya, mereka tidak dijanjikan apa-apa kedudukan dalam kerajaan Mahathir.
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan segera mengadakan sidang media pada lewat petang, menarik balik sokongan kepada Tun Mahathir yang mereka berikan dalam Akaun Berkanun (SD) pada hari Ahad. Mereka tidak menyangka usaha Azmin merancang ‘huru-hara’ politik pada berakhir dengan sebuah kerajaan diktator dan PM boleh melantik sesiapa sahaja menjadi menteri.
Kedua-duanya menggesa Agong membubarkan parlimen agar parti mereka boleh meraih kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke 15.
Muhyiddin, Azmin kena ‘main’
Bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mungkin pihak paling gembira menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Namun beliau menjadi serba salah pada Selasa apabila mengetahui kerajaan baharu yang akan dibentuk Tun tidak mengutamakan tokoh-tokoh politik. Bagaimanapun mungkin Azmin masih mempunyai peluang kerana berjasa menjatuhkan kerajaan PH.
Bagaimanapun, sebaliknya berlaku kepada Muhyiddin Yassin. Beliau terasa dikhianati Tun. Lebih-lebih lagi kerana Muhyiddin dipotretkan media sebagai pengkhianat yang menjatuhkan kerajaan. Sedangkan pelan awal tidak berlaku sedemikian. Sumber mendakwa Muhyiddin hanya mengikut perancangan dalam menarik keluar Bersatu dari PH sehingga kerajaan tumbang.
Malangnya apabila kerajaan tumbang peluang itu digunakan Tun untuk bertemu Agong dan mendapat jawatan PM Sementara. Dengan jawatan tersebut pula Mahathir melobi untuk membentuk kerajaan teknokrat yang dikuasai sepenuhnya oleh beliau.
Berbeza dengan Indonesia
Kerajaan perpaduan cuba digambarkan sama seperti kerajaan Jokowi di Indonesia. Padahal gambaran itu salah sama sekali. Indonesia mengamalkan sistem pilihan raya presiden. Selepas menang, presiden bebas untuk melantik sesiapa sahaja menjadi menteri. Malah teknokrat yang tiada kena mengena dengan politik pun boleh dilantik sebagai menteri. Bagaimanapun kementerian utama di Indonesia seperti keselamatan, pertahanan dan sebagainya dianggotai oleh pemimpin kanan parti. Menteri pelajaran, kesihatan dan lain-lain yang kurang utama diterajui teknokrat.
Sistem demoktasi di Malaysia lain. Setiap ahli parlimen dikawal oleh presiden parti dan wajib mengikut cakap ketua parti. Setiap parti mempunyai tawaran tersendiri kepada rakyat. Masalah perlantikan menteri yang dibuat tanpa direstui ketua parti akan mengakibatkan parti bergolak. Di samping calon itu juga tidak akan membawa aspirasi parti, misalnya janji pengurangan tol, subsidi minyak dan sebagainya kerana pemimpin yang dipilih mungkin dari peringkat paling bawah hierarki parti. Apatah lagi menteri dari kalangan ahli perniagaan atau pentadbir awam yang tiada kena mengena dengan rakyat.
Akibatnya Tun akan berkuasa mutlak. Hanya beliau yang akan memberi idea dan para menteri di bawahnya melaksanakan arahan. Mungkin sangat sedikit cadangan yang akan diterimanya untuk dilaksanakan berbanding era PH yang mana kerajaan berusaha menunaikan banyak manifesto pilihan raya umum ke 14.
Oleh itu, kerajaan perpaduan ini amat terdedah kepada ketidakpuasan hati ketua-ketua parti politik. Bagaimanakah Tun mahu meredakan ketidakpuasan hati ini? Jika banyak polisi Tun tidak mengutamakan janji parti kepada rakyat maka kerajaan Tun akan terdedah kepada undi tidak percaya di Dewan Rakyat. Malah kerajaan ini mungkin akan ‘tutup buku’ dalam sesi parlimen Mac ini akibat undi tidak percaya daripada PH dan Umno, Pas sekali gus.
Keadaan memburuk
Namun andainya Tun ingin mengekalkan kerajaan perpaduan ini dengan apa cara sekali pun maka berkemungkinan beliau memperkenalkan semula undang-undang drakonian seperti ISA. Penentang akan ditahan dan ahli politik menjadi takut untuk melawan kerajaan.
Adakah formula era pentadbiran PM 4 (1981 – 2003) akan beliau gunakan bagi mempertahankan kerajaan perpaduan ini?
Apa pun rakyat tidak wajar menyokong kerajaan tersebut yang akan merosakan tradisi berpolitik di Malaysia. Atau mungkin meminda sistem demokrasi berparlimen di negara ini bagi meneruskan kelangsungan kerajaan format berkenaan.
Pihak Istana pula seharusnya bijaksana untuk menerima Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mempunyai cukup sokongan dan sesuai dengan hasil tinjauan interview Agong bersama 221 ahli parlimen sepanjang dua hari lalu.
Malaysia belum bersedia untuk sistem pilihan raya presiden dan kerajaan yang dibentuk perlulah mengikut tradisi sedia ada.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26518

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

Kata Percaya Mahathir Tapi Tolak Kerajaan Perpaduan Itulah Dap Pas Bn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 242 hits
Merujuk kenyataan DAP yang dipetik Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin menerusi Facebook Ahli Majlis Tertinggi PPBM Redzuan Yusof memberitahu FMT parti itu menunjukkan ia tidak ikhlas dalam deklarasi sokongan awalnya terhadap Mahathir selepas c...
Usul Undi Tak Percaya Pada Pm Baru Tun M Rasa Dikhianati

Usul Undi Tak Percaya Pada Pm Baru Tun M Rasa Dikhianati

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 258 hits
PAKATAN Harapan akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Dewan Rakyat ini Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau merasakan dikhianati oleh Muhyiddin apabila Presiden Parti Pribu...
Akan Segera Bawa Usul Undi Tidak Percaya Anwar

Akan Segera Bawa Usul Undi Tidak Percaya Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 219 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Parlimen dalam waktu segera Usul undi tidak percaya kita dah ambil keputusan sesegera mungkin katanya ketika d...
Tak Perlu Undi Tidak Percaya Mereka Akan Berkelahi Sesama Mereka

Tak Perlu Undi Tidak Percaya Mereka Akan Berkelahi Sesama Mereka

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 227 hits
Pak Lang Tiger Bagi ana PH tak perlu pun buat usul undi tak percaya kpd Si Jiddin tu Sebaliknya biarkan aje kerajaan pintu belakang ni terus memerintah mengikut cara mereka Dengan izin Allah mereka akan buntu dalam menangani masalah rakyat ...
Umno Pas Tolak Kerajaan Perpaduan

Umno Pas Tolak Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 493 hits
BUBAR PARLIMEN JALAN TERBAIKUmno dan PAS tarik balik sokongan pada Dr MNews Diterbitkan Hari ini 8 51 malam Dikemaskini Hari ini 9 00 malamUmno dan PAS menarik semula sokongan mereka kepada Dr Mahathir Mohamad untuk terus menjadi perdana me...
Kemelut Senyum Tun M Menang Pas Batal Undi Percaya Dr M

Kemelut Senyum Tun M Menang Pas Batal Undi Percaya Dr M

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 245 hits
PAS batal undi percaya Dr MPAS akan membatalkan hasrat untuk membawa undi percaya di parlimen terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan parti itu berpuas hati dengan keputusan Majlis Preside...
Zaid Tak Perlu Layan Undi Percaya Pas

Zaid Tak Perlu Layan Undi Percaya Pas

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 268 hits
N FAIZAL GHAZALI Hasrat PAS untuk melaksanakan undi percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Parlimen tidak perlu dilayan kata Pengerusi DAP Kelantan Zaid Ibrahim Mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan Zaid...
Pas And Its So Called Undi Percaya Stunt For Dr M

Pas And Its So Called Undi Percaya Stunt For Dr M

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 439 hits
1 What stunt is PAS trying to pull with its so called confidence motion for Tun Dr Mahathir Mohamad to continue as Prime Minister for a full term Clearly the party is not acting in good faith There s really no need for it2 The current admin...
Undi Percaya Bukti Pas Utamakan Agenda Negara

Undi Percaya Bukti Pas Utamakan Agenda Negara

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 179 hits
Kenyataan MediaParti Islam Se Malaysia Undi Percaya Bukti PAS Utamakan Agenda NegaraParti Islam Se Malaysia secara terbuka menyatakan pendirian untuk menyokong YAB Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga Pilihan Ra...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte