Undi Percaya Hero Melayu Jangan Permainkan Titah Agong



Tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0 dan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sering berdalih mengelak usul Undi Percaya di Parlimen sebagaimana dititah oleh Yang di-Pertuan Agong amat mengelirukan rakyat
Menurut pakar undang-undang Perlembagaan Dr Aziz Bari, usul Undi Percaya bukanlah sesuatu yang ‘suka-suka’ dibuat tetapi suatu cara untuk rakyat menilai keabsahan pentadbiran PM Ismail dan juga ketaatan beliau terhadap titah Istana Negara.
Selain itu, katanya, Undi Percaya bukan sahaja dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi juga di peringkat Kerajaan Negeri apabila Menteri Besar (MB) yang dilantik di pertengahan penggal pun perlu melakukannya sebelum meneruskan tugas.
“Kita tengok parti dalam kerajaan sekarang semuanya ‘hero’ Melayu. Namun bila kita tengok tindakan dari buka Parlimen sampai sekarang, mereka asyik mempermain-mainkan titah Agong, walaupun titah itu penting dan selaras dengan Perlembagaan.
“Di sini Agong menganjurkan sesuatu yang selaras Perlembagaan (Undi Percaya) jadi ada double order di situ, Perlembagaan pun akur dan telah dititahkan.
“Di Perak baru ini pun, Datuk Saarani Mohamad selepas dilantik sebagai MB, selepas kejatuhan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau ke dewan untuk diundi percaya. Ertinya amalan ini berlaku di semua pelantikan pertengahan penggal dan Undi Percaya itu menjadi tradisi.
“Juga beberapa hari yang lepas, semua peguam menyatakan secara konsensus tidak patut Ismail Sabri tidak mahu usul percaya dikemukakan di Parlimen. Rakyat nak tengok undi itu berlaku. Saya tidak fahamlah politik apa yang mahu dibawa Ismail ini,” katanya dalam forum maya Borak Dahsyat bertajuk: “Undi Percaya, Kerajaan Derhaka Lagi?”, malam tadi.
Menjawab hujah mengatakan Yang di-Pertuan Agong telah jelas melihat sokongan terhadap PM Ismail sebanyak 114 kerusi dan beliau telah pun dilantik, Dr Aziz berkata, Undi Percaya bukan mengenai pelantikan tetapi keabsahan.
Malah, katanya, dalam situasi semasa apabila Agong menitahkan perlunya usul tersebut, bermakna Baginda juga bersedia sekiranya pilihan yang dibuat tidak betul, dan Ismail gagal mendapat undi secukupnya untuk kekal menjawat PM
“Saya nak sebut sebab yang banyak dispin (putar belit) bahawa kalau kita buat Undi Percaya seolah-oleh akan mempertikai kuasa Agong, Ini mengarut.
“Yang pertamanya, Agong sendri yang bertitah selepas dilantik PM hendaklah dibawa usul percaya ke dalam dewan. Agong sendiri sanggup melihat keputusan Baginda itu diadili dalam dewan. Apa yang kita sibuk dan mempertikaikan Baginda?
“Yang lebih penting kuasa budi bicara (lantik PM) itu bukan bermaksud sesuka hati, ini yang saya respect Ke Bawah Duli Tuanku. Baginda tahu itu bukan kuasa mutlak, kuasa itu dijalankan dengan cara tertentu, panggil ketua parti minta Akuan Berkanun, kemudian tanya seorang demi seorang betulkah kamu tandatangan, dalam masa sama Timbalan Agong dan kedua-duanya menitahkan usul percaya itu perlu.
“Ia untuk satu permulaan yang baik kali ini kerana mereka tidak mahu berlaku sebagaimana pentadbiran Mahiaddin sebelum ini berlaku sekali lagi.
“Di sini tak perlulah Agong bertitah ‘beta tidak kisah kalau keputusan (lantik Ismail) ditolak’. Bermakna Baginda bersedia, sebab pada Baginda itu tanggungjawabnya,” kata Aziz.
Bagi Ketua Pembangkang DUN Perak itu, sekiranya Ismail beranggapan sokongan terhadap beliau akan merosot menjelang usul Undi Percaya maka beliau boleh berkempen untuk memastikan sokongan cukup buat dirinya.
“Mungkin boleh berlaku, kerana daripada 114 mungkin ada yang u-turn, ada yang berkecuali. Ini yang mungkin berlaku.
“Saya rasa, di pihak Ismail boleh berkempenlah supaya 114 itu intact. PH telah memberi ketegasan kita tidak akan mempersulitkan Undi Percaya itu. Jadi PN tidak perlu bimbang.
“PH lebih berminat kepada PRU dan tidak berminat nak tumbangkan sekali lagi kerajaan sebab rakyat letih. Di sini kerajaan dari segi politik, perlu buat suata permulaan yang baik,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33039

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Bab Melawan No 1 Usul Undi Percaya Menteri Agama Melawan Titah Agong

Dia Bab Melawan No 1 Usul Undi Percaya Menteri Agama Melawan Titah Agong

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 218 hits
September 5 2021 Naib Presiden PAS Idris Ahmad berpandangan bahawa tiada keperluan untuk melakukan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen Idris berkata keabsahan pelantikan Ismail Sabri tidak p...
Isu Undi Percaya Jangan Salahguna Nama Yang Di Pertuan Agong

Isu Undi Percaya Jangan Salahguna Nama Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 259 hits
Kenapakah tidak ada lagi mana mana Kenyataan Rasmi Istana Negara yang dikeluarkan berkaitan perkara ini walhal isu Usul Undi Percaya telah disentuh dengan jelas dalam TITAH KeBawah Duli Yang di Pertuan Agong melalui Kenyataan Media Istana N...
Tiada Isu Undi Percaya Disentuh Dalam Titah Agong

Tiada Isu Undi Percaya Disentuh Dalam Titah Agong

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 278 hits
agendadaily com13 9 2021Parlimen Malaysia Isu undi percaya yang dibangkitkan blok pembangkang tidak disentuh dalam titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah semasa pembukaan persidangan Dewan Rakyat ...
Agong Maklumkan Tidak Perlu Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dedah Menteri

Agong Maklumkan Tidak Perlu Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dedah Menteri

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 216 hits
Yang di Pertuan Agong memaklumkan kepada Ismail Sabri Yaakob bahawa usul undi percaya tidak perlu lagi dibentangkan di Dewan Rakyat kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Beliau berkata perdana menteri memberitahu...
Tidak Perlu Undi Percaya Perlu Kenyataan Rasmi Dari Agong

Tidak Perlu Undi Percaya Perlu Kenyataan Rasmi Dari Agong

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 267 hits
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan bahawa Yang di Pertuan Agong berkenan tidak perlu dibuat Undi Percaya di Dewan Rakyat tidak boleh diterima kerana kenyataan tersebut bersifat hearsay atau den...
Undi Percaya Pm Boleh Jejas Kuasa Agong Peguam Negara

Undi Percaya Pm Boleh Jejas Kuasa Agong Peguam Negara

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 332 hits
malaysiakini comDiterbitkan 4 Sep 2021 6 36 pmMemandangkan Yang di Pertuan Agong telah melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan maka tidak perlu undi percaya di Dewan Rakyat kata Peguam Negara I...
Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 285 hits
Peguam Negara Idrus Harun berkata hari ini tidak perlu pengesahan terhadap pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri atau kerajaan pimpinannya kerana ia ditubuhkan mengikut undang undang Idrus menambah sekiranya masih memerluka...
Tidak Perlu Undi Percaya Pm Ismail Tiada Majoritikah

Tidak Perlu Undi Percaya Pm Ismail Tiada Majoritikah

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 420 hits
Pendapat Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkenaan usul Undi Percaya di Dewan Rakyat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai mengatasi kuasa mutlak Yang di Pertuan Agong dianggap tidak selari dengan Perlembagaan Per...
Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Bertemu Ketua Pengawas Zaman Sekolah Menengah Dahulu

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Aptx Lossless Teknologi Audio Tanpa Wayar Dengan Kualiti Cd

Pertolongan Allah Dekat

Peria Goreng Dengan Udang

Rendang Kerang Nasi Lemak Haji Din Tanjung Malim

Jasa Penyewaan Cold Storage Pontianak Solusi Efektif Bagi Pemilik Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material