Uncharted Movie Pertama Lepas Bertahun Tak Layan Wayang
Assalamualaikum
Bila dengan adik beradik, memang unplanned always the best. Kali ni keluar dirancang cuma takde plan hala tuju dalam mall tu. Nak shopping ke, window shopping ke, takde. Jalan jalan dalam tu pastu tetiba rasa nak booking kat TGV and pap! Kita terus settle booking online and terus ke TGV.
Mula mula nak masuk tu Fatin cakap kat Fayyra; "kite nak tengok tv big tau Yaa", and dia respond "tv biggg, banyak mociiii (kerusi). So, I assume dia faham la nak bawak dia dgn adik tengok wayang.
Tak ingat bila kali terakhir tengok wayang. Yang pasti sebelum mengandungkan adik, memang lama sangat. 2 tahun lebih jugak rasanya lagi lagi start pandemic dulu. At first risau bebudak ni takleh nak selesa ke apa, sebab tu nak selamat kite pilih yang ada hall Beanie je
Sebab kat hall Beanie ni seat dia boleh baring baring santai gitu. Sesuai la untuk kids. Only for kids yang behave and tak bising bising ya. Kang anak kau duk berlari terjerit jerit sana sini menganggu orang lain pulak.
Filem Uncharted mengisahkan tentang pewaris pengembara Sir Francis Drake, Nathan Drake, yang merupakan pemburu harta karun mendapat tahu mengenai El Dorado, iaitu sebuah kota emas di Amerika Selatan. Pencarian El Dorado menjadi kompetitif apabila pemburu harta karun lain turut mencari kota emas tersebut.
Barisan pelakon: Tom Holland, Mark Wahlberg, Antonio Banderas, Sophia Taylor Ali, Tati Gabrielle
Layan Uncharted ni sebabkan hero dalam filem ni je yang sebenarnya. Trailer ke apa mana tengok, pakai redah je. Nasib baik lah seronok cite ni. Cite pasal 2 beradik, Nathan dan Sam; yang dari kecik memang buat keje keje curi benda bersejarah, and passion diorang. One day abang pada Nathan Drake ni terpaksa "lari" dari rumah. Lepas beberapa tahun, Nathan masih tak jumpa abang dia dan Sully ni kawan pada Sam, jumpa Nathan untuk offer 1 job. Masa tu lah Ada part kelakar, part yang kite taktau nak trust sape. Memang syok. And macam ada sambungan sebab ending dia boleh agak dah yang orang tu masih hidup. Sape orang tu? Korang tengok lah sendiri. Memang best! Tak rugi nak layan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fatindiana.com/2022/03/uncharted-movie-pertama-lepas-bertahun-tak-layan-wayang.html