Lepas 5 Kali Didenda Langgar Sop Najib Tampil Lagi Di Acara Sesak


malaysiakini.com
Hariz Mohd & Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Mar 11, 2022 9:27 AM

Walaupun telah dikenakan lima denda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi muncul di acara yang penuh sesak malam tadi.

Ahli Parlimen Pekan itu hadir di Medan Selera 988 di pinggir bandar Iskandar Puteri malam tadi untuk berkempen bagi calon MCA Skudai Lim Soon Hai.

Kira-kira 200 orang, ramai yang berpakaian biru BN dan memegang sepanduk menyokong Lim, telah menunggu Najib di medan selera dan berkerumun di sekelilingnya sebaik dia keluar dari kenderaannya pada 9.40 malam.

Pengerusi lembaga penasihat BN itu disambut dengan rombongan tarian singa dan kemudiannya diiringi oleh penyokong yang melaungkan "Bossku! Bossku!" ke mejanya.

Penyokong mengerumuni meja dan ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.

Najib turut menyampaikan ucapan, dan menggambarkan DAP sebagai parti yang membelakangkan masyarakat Cina.

Lim dari BN berdepan Marina Ibrahim dari DAP dan Khoo Kong Ek dari Perikatan Nasional (PN).
Najib, dalam ucapannya, membidas DAP kerana memotong pembiayaan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan juga menggembar-gemburkan keputusannya membenarkan pembesaran Sekolah Tinggi Foon Yew semasa menjadi perdana menteri dan menteri pendidikan.

“DAP tak guna, (sekarang) mereka letak calon Melayu.

"Itu tipu saja. Mereka melakukan silap mata. Siapa yang kita mahu? Lim Soon Hai," katanya ketika penonton yang kebanyakannya penyokong Cina bersorak.

Najib berkata pengundi harus menyokong BN kerana ia adil kepada semua kaum dan dia menggesa mereka untuk memberi pengajaran kepada DAP.
Pada pilihan raya umum 2018, DAP memenangi kerusi itu dengan majoriti 35,126 undi.

Najib, yang telah disabitkan dengan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram, telah aktif berkempen semasa pilihan raya Johor, termasuk membuat beberapa penampilan untuk pelbagai calon MCA.

Banyak penampilannya diiringi oleh kerumunan orang ramai.

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan Najib telah didenda lima kali kerana melanggar SOP semasa tempoh kempen pilihan raya Johor.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/lepas-5-kali-didenda-langgar-sop-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berpeluk Langgar Sop Ketika Ajl36 7 Individu Termasuk Penganjur Dikompaun

Berpeluk Langgar Sop Ketika Ajl36 7 Individu Termasuk Penganjur Dikompaun

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 502 hits
Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Naazron Abdul Yusof berkata kesemua mereka dikompaun mengikut Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 2021 PETALING JAYA Tujuh individu termasuk penganjur majlis Anu...
Pandai Dia Cairkan Hati Mommy Lepas Mesej Kali Ni Anak Amyra Rosli Hantar Video Pula Cute

Pandai Dia Cairkan Hati Mommy Lepas Mesej Kali Ni Anak Amyra Rosli Hantar Video Pula Cute

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 313 hits
Ibu mana yang tidak cair bila mana anak membuat aksi comel meminta sesuatu atau meminta ibunya pulang Biar sedang bekerja namun hati pastinya buat si comel tersayang Inilah yang dilalui pelakon Amyra Rosli Menerusi Instagramnya Amyra yang k...
Meninggal Lepas Lahirkan Anak Suami Tak Lepas Peluk Isteri Buat Kali Terakhir

Meninggal Lepas Lahirkan Anak Suami Tak Lepas Peluk Isteri Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 313 hits
Pemergian insan tersayang tanpa pesan amat perit lagi lagi pergi secara mengejut Namun siapa kita nak menidakkan takdir Allah Lagi bertambah sayu apabila isteri pergi ketika melahirkan anak Ujian kehilangan seperti ini memang sakit untuk di...
Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

Hutang 1mdb Saya Akan Jelaskan Di Parlimen Lepas Prn Johor Najib

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 273 hits
malaysiakini comBekas Perdana Menteri Najib Razak berkata dia akan memberikan penjelasan kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya bahawa hutang 1MDB tidak dibayar menggunakan wang pembayar cukai selepas pilihan raya negeri Johor selesai B...
Baru Je Kwsp Umum Dividen Sekali Ini Desakan Dari Najib Rupanya Dah 4 Kali Dia Mintak

Baru Je Kwsp Umum Dividen Sekali Ini Desakan Dari Najib Rupanya Dah 4 Kali Dia Mintak

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 290 hits
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja mengisytiharkan dividen sebanyak 6 10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5 65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2021
Roti Na Heedo Jualan Roti Bredaum Naik 3 Kali Ganda Lepas Muncul Dalam Twenty Five Twenty One

Roti Na Heedo Jualan Roti Bredaum Naik 3 Kali Ganda Lepas Muncul Dalam Twenty Five Twenty One

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 523 hits
Twenty Five Twenty One adalah salah satu drama yang sedang menjadi bualan kini Pada salah satu episod drama tersebut watak Na Hee do dilihat menghulurkan 2 bungkus roti kepada kedua rakannya Seung wan dan Ji ung Pada awalnya Seung wan menge...
Hiburan Sog Shila Amzah Dikompaun Langgar Sop Berpelukan Atas Pentas Ajl

Hiburan Sog Shila Amzah Dikompaun Langgar Sop Berpelukan Atas Pentas Ajl

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 490 hits
Melalui laporan semalam dipercayai polis telah mengesan sekumpulan individu berpelukan di atas pentas Anugerah Juara Lagu 36 yang berlangsung pada hari Ahad Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superitendan Naazron Abdul Yusof pol...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto