Umrah 2019 Masjid Nabawi Raudah Air Zam Zam


Assalamualaikum lovely readers ..


Hari ke dua (27/11/2019) di bumi para anbia .. bangun pagi dah berada di Kota Madinah Al-Munawarrah.

Ya Allah .. bagaikan bermimpi Misz-ella dapat berada di sini tapi itu lah realitinya. Setelah saya terlepas peluang untuk menunaikan umrah bersama keluarga *masa ni kecewa sangat .. jangan sebut lah tentang Umrah tahun 2019 lagi, tahun depan je kita pergi* dan menolak tawaran satu syarikat besar agar menunaikan umrah bersama agensi tersebut, saya terbuka hati untuk terima pelawaan Datuk Radzi Mansor, Pengarah Urusan AM Berkat Travel & Tours untuk menunaikan umrah dan akhirnya, saya, Norzaila Binti Ismail berada di tanah haram Madinah ini atas izin Allah SWT. Sesungguhnya, Dia lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui. Perancangan Allah SWT itu lebih indah, kan.


Di luar Rove Hotel, Madinah bersama Intan, salah seorang jemaah AM Berkat Travel & Tours yang saya kenali melalui trip ini.
Buat insan yang pertama kali ke sini, segala-galanya adalah baru. Kota Madinah sangat menarik, sangat romantis di jiwa saya. Angin dingin yang menyapu tubuh di awal pagi sewaktu kaki melangkah ke masjid untuk menunaikan solat Subuh sangat mendamaikan hati. Dalam hati menyebut Assalamualaikum Ya Rasulullah dan berselawat sambil memandang ke kiri dan ke kanan .. bagai terasa bayang-bayang Rasulullah berada di mana-mana, di setiap sudut kota suci ini *Ya Allah rindunya saat-saat itu .. sumpah aku menangis menaip blog post ini* Masa tu terasa diri sangat kerdil, baru tersedar yang kita ada Nabi tapi kita jarang sekali berselawat ke atas baginda tetapi baginda Rasulullah tetap sayang kita hinggakan kita boleh rasa kasih sayangnya di kota suci ini walau baginda telah tiada. Madinah sememangnya adalah kota yang sangat romantik, punya roh serta aura yang tersendiri  *amazing feeling .. undescribed with words

Jalan kaki beramai-ramai ke Masjid Nabawi .. perlu lintas dua jalan sebelum sampai ke pintu Masjid. Walaupun jalannya agak besar, (4 lorong) tapi tidaklah sukar untuk kami melintas. 

Sepanjang perjalanan, ada deretan kedai-kedai menjual barang-barang cenderahati untuk di bawa pulang ke tanahair nanti.
Paling menarik ialah Hotel Rove ini dekat dengan pintu 25, iaitu pintu masuk buat jemaah wanita ke Masjid Nabawi. Hotel tempat kami menginap bukanlah hotel yang paling hampir dengan Masjid Nabawi tetapi dek kerana perjalanan ke masjid sangat istimewa, diiringi dengan rasa berkasih sayang pada baginda Rasulullah SAW, Misz-ella langsung tak rasa penat *Alhamdulillah* Lagipun "Pahala sembahyang di Masjid Nabawi adalah 1000 kali lebih baik daripada sembahyang di lain-lain masjid kecuali di masjid Masjidil Haram" maka setiap waktu solat di masjid adalah masa yang sering ditunggu-tunggu.
Di perkarangan masjid terdapat 107 payung elektronik yang akan dibuka sebaik sahaja matahari terbit bagi meredupkan kawasan ini kerana kebiasaanya ada jemaah yang akan solat di sini. Buat kami semua, Alhamdulillah. Sepanjang berada di sini, tiap-tiap hari excited nak solat dalam masjid .. kalau boleh nak duduk saf paling depan .. 



Jangan lupa ambik gambar kat payung cantik ni, k ..

Datuk Radzi di Masjid Nabawi
Pada waktu malam, payung-payung ditutup kerana cuaca dah mula sejuk. Cantik, kan Masjid Nabawi ...
Masjid Nabawi adalah tempat kedua paling suci bagi umat Islam iaitu selepas Masjidil Haram. Ianya masjid kedua yang dibangun oleh Rasulullah SAW selepas Masjid Quba yang didirikan dalam perjalanan hijrah beliau dari Mekah ke Madinah. 

Menara Masjid Nabawi pada waktu malam dari sudut yang berbeza. Menariknya pakej umrah bersama AM Berkat Travel & Tours ini, ianya boleh di customised dan sangat personalised .. so kami berpeluang untuk berjalan-jalan di kota Madinah pada waktu malam untuk menghayati cara hidup masyarakat di sini.

Di Masjid Nabawi ini ada 27 kubah yang dipanggil 'sliding dome' dimana kubah ini akan dibuka dan ditutup kembali mengikut kesesuaian masa. Ya Allah .. cantiknya .. terpaku Misz-ella melihat kubah ini. Alhamdulillah, semasa berada di dalam Masjid Nabawi ini, Misz-ella berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana kubah cantik ini dibuka secara automatik. Hanya satu minit masa yang diperlukan untuk membuka kubah cantik ini. Interior kubah ini dilapis dengan 6 kilo emas dan ditambah dengan permata Amazon. 
Terpaku ...
Di antara waktu solat, sentiasa ada sekumpulan anak-anak kecil belajar mengaji bersama guru mereka di Masjid Nabawi ini.
Masjid Nabawi dibangun sejak saat pertama Rasulullah  SAW tiba di Madinah, iaitu tempat di mana unta tunggangan baginda menghentikan perjalanannya. Di mana unta tunggangan baginda berhenti, disitulah baginda membuat keputusan untuk membina masjid Nabawi ini. Di masjid ini juga lah terdapatnya makam Rasulullah SAW dan dua orang sahabat karibnya iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Kalifah Umar Al-Khattab r.a. 

Masjid Nabawi dibina oleh Rasulullah SAW bersebelahan dengan rumah baginda  dan ruang diantara rumah baginda dan masjid itulah yang baginda panggil Raudah.  Raudah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Di sini lah tempat baginda beribadah, memimpin solat, menerima wahyu dan bersama para sahabat yang soleh.




Dari luar, raudah berada di dalam kubah hijau ini. Di dalam kubah hijau ini jugalah terletaknya makam Rasulullah SAW dan sahabatnya.

  Antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman dari taman-taman syurga”
*imej oleh google*
Raudah terletak di dalam ruang solat lelaki dan merupakan tempat paling mustajab untuk berdoa. Setiap jemaah yang berada di Masjid Nabawi pasti mempunyai keinginan untuk bersolat dan berdoa di raudah termasuklah Misz-ella dan kawan-kawan .. tetapi nak masuk ke raudah kena ikut jadual yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Misz-ella ingat pesanan Nora, Kak Ella, Nora nak bagi tips sikit .. hari yang mau ke raudah, baca Selawat ke atas Nabi Muhamad SAW berulang-ulang kali ... beribu-ribu kali .. ratusan ribu kali pun tak apa .. Alhamdulillah saya amalkan. Terima Kasih Nora bagi kak Ella tips.

We-fie sebelum masuk ke raudah. Karpet masjid masih berwarna merah, kan
Kali pertama ke raudah, kami dipimpin oleh seorang Mutawiffah bernama Mumtaz. Beliau bawa kami ke ruang menunggu no. 1, dimana pintu ini adalah pintu pertama yang akan dibuka untuk kemasukan ke raudah. Solat Maghrib dan solat Isyak di ruang ini. Selepas tu jangan keluar lagi. Tak lama selepas solat Isyak, pintu Raudah akan dibuka dan mereka yang berada di ruang ini akan diberi keutamaan untuk masuk terlebih dahulu .. begitulah kata Mumtaz. Kami agak bernasib baik kerana tidak diasingkan mengikut negeri atau kumpulan sebab dari Malaysia, Misz-ella telah diberitahu bahawa ada masanya pengawal masjid akan asingkan penziarah-penziarah raudah mengikut negara masing-masing. Tak lama selepas selesai solat Isyak, kami dapat memasuki raudah secara beramai-ramai.

Tips ketika menunggu di sini :- Selawat banyak-banyak serta Doa agar Allah permudahkan urusan kita dan bawa lah botol air yang ber spray tu .. sekiranya wudhuk terbatal, ambil wudhuk menggunakan spray tersebut. 


Makam Rasulullah SAW


Sebelum sampai ke raudah, kita akan melalui makam Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jangan lupa beri Salam kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya terlebih dahulu.  46 tahun aku menjadi pengikut ajaranmu, baru ini aku berpeluang menziarahimu, ya Rasulullah. Meski engkau telah tiada, aku masih dapat merasa kasih sayang mu, ya Rasulullah *sobs ..berguguran airmata sebaik sahaja melihat makam baginda. * 
Rasanya, memang jadi kebiasaan para jemaah berlari atau bertolak-tolakan di dalam raudah ini. Meskipun kami tak kuat lari dan bukan berada di barisan paling hadapan kerana sebaik pintu untuk ke raudah di buka, jemaah yang menunggu di baris hadapan dah pecut dengan sangat laju, Alhamdulillah .. setiap seorang dari kami dapat bersolat dan berdoa di raudah. Malah Misz-ella bersyukur kerana dapat solat di saf yang paling depan. Saya cuma buat solat  2 rakaat sahaja di sini kerana ramai lagi jemaah sedang menunggu di belakang tetapi saya sempat berdoa sungguh-sungguh .. minta agar Allah SWT kuatkan hati, teguhkan pendirian, kuatkan semangat dan terus pimpin hambaNya yang lemah ini. 



Misz-ella dan kak Nani Rostam selepas keluar dari raudah


Sebelum Misz-ella berlepas ke Madinah, Misz-ella diberitahu bahawa keseluruhan karpet di masjid Nabawi adalah berwarna merah kecuali raudah tetapi kawasan raudah telah mengalami perubahan teknikal setelah karpet di bahagian saf paling depan Masjid Nabawi ditukar sebelum bulan Ramadan 2019 yang lalu. Pada masa ini, keseluruhan saf paling depan sehingga 15 saf ke belakang, warna karpetnya sudah ditukar ke hijau.
Bukan semua kawasan berkarpet hijau itu adalah kawasan raudah ye kerana keluasan raudah tidak besar iaitu hanya 22 meter x 15 meter persegi sahaja atau untuk lebih mudah difahami, keluasan raudah boleh kita kenalpasti dengan mengira 5 batang tiang bermula dari saf pertama (panjang) dan lebar kawasan raudah pula adalah 6 batang tiang bermula dari dinding makam Rasulullah SAW.


Datin Hamidah selepas keluar dari raudah.


Kami semua dengan penuh rasa kesyukuran ber we-fie kerana hajat hati untuk memasuki raudah, berdoa dan bersolat di dalamnya tercapai. Alhamdulillah .. diberi peluang untuk merasai saat-saat indah ini. Menitis airmata kami semua kerana sebak dan terharu dengan anugerah indah dari Allah SWT ini kerana tanpa izin Allah SWT, sudah pasti kami tidak dapat merasai pengalaman seindah ini.
Kali ke dua ke raudah - menunggu pintu raudah dibuka .. telekung yang saya pakai ini dihadiahkan oleh kawan saya, Datuk Hajah Rozzana. Terima Kasih banyak-banyak Datuk Nana.

Sepanjang berada di Madinah, Misz-ella dapat memasuki raudah sebanyak dua kali. Kali pertama dipimpin mutawiffah .. kunjungan seterusnya masuk sendiri. Alhamdulillah .. dapat solat di raudah tanpa halangan *syukur*



Di kiri kanan Misz-ella adalah deretan air zam-zam yang diisi di dalam bekas plastik untuk diminum oleh para jemaah di sini. Air zam zam adalah air paling suci dalam dunia .. bersifat alkaline dan mempunyai pelbagai khasiat sepertimana Rasulullah saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi saw menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Banyak rahsia dan mukjizat air zam zam yang tidak kita ketahui. Baca blog post ini untuk ketahui lebih lanjut tentang air zam zam. OK Misz-ella dah berkongsi tentang keindahan Masjid Nabawi, pengalaman dua kali ke raudah dan air zam zam dengan you all semua dan akan kembali lagi dengan lebih banyak perkongsian selepas ini, buat kenangan di hari tua dan rujukan sesiapa yang memerlukan. Jumpa lagi di post yang lain ye. Terima Kasih baca.
















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2020/01/umrah-2019-masjid-nabawi-raudah-air-zam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Wni Jemaah Umrah Meninggal Di Pesawat Dalam Perjalanan Pulang Ke Tanah Air

Dua Wni Jemaah Umrah Meninggal Di Pesawat Dalam Perjalanan Pulang Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 412 hits
Lion Air pun kemudian mengalihkan penerbangannya ke Sri Lanka untuk pendaratan darurat Kini kedua jenazah sudah tiba di Indonesia pada Kamis pagi
Umrah 2019 Dari Malaysia Ke Madinah

Umrah 2019 Dari Malaysia Ke Madinah

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 658 hits
Hello lovely readers Assalamualaikum Seperti yang pernah Misz ella janjikan ini adalah perkongsian Misz ella tentang perjalanan serta pengalaman mengerjakan Umrah Misz ella yang pertama pada 26hb November 2019 yang lalu Dihantar oleh Aiman ...
40 Pelajar Malaysia Menuntut Di China Selamat Pulang Ke Tanah Air Dikuarantin 14 Hari

40 Pelajar Malaysia Menuntut Di China Selamat Pulang Ke Tanah Air Dikuarantin 14 Hari

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 443 hits
Kira kira 40 pelajar yang rata ratanya menuntut di Beijing telah kembali ke Malaysia dalam tempoh seminggu berikutan penularan kluster 2019 novel koronavirus di China Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua pelajar itu telah me...
42 Relawan Jemput 245 Wni Di China Gunakan Pesawat Batik Air 330

42 Relawan Jemput 245 Wni Di China Gunakan Pesawat Batik Air 330

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 194 hits
Nantinya ratusan WNI tersebut akan diminta berkumpul di titik titik penjemputan untuk selanjutnya berangkat menggunakan transportasi darat ke Bandara di Wuhan
Cemas Polis Trafik Selamatkan Mangsa Kereta Terbalik Tenggelam Dalam Air

Cemas Polis Trafik Selamatkan Mangsa Kereta Terbalik Tenggelam Dalam Air

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 521 hits
Tular sebuah video menunjukkan beberapa anggota polis Trafik bertungkus lumus mengeluarkan mangsa di dalam kereta yang terjunam ke dalam parit monsun Rakaman menunjukkan anggota polis terjun parit untuk selamatkan mangsa yang dipercayai dua...
Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 479 hits
Air merupakan salah satu nikmat terbesar dalam hidup Tanpa air kita tidak dapat menyiram tumbuhan memasak makanan minum dan membersihkan diri Rantaian makanan juga boleh terganggu jika berlaku kemarau kerana haiwan haiwan yang memakan tumbu...
Usai Terbang Ke Wuhan Pramugari Lion Air Diduga Terjangkit Virus Corona

Usai Terbang Ke Wuhan Pramugari Lion Air Diduga Terjangkit Virus Corona

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 451 hits
Denpasar Seorang pramugari diduga terjangkit virus Corona usai melakukan perjalanan dari Wuhan China Diketahui pramugari maskapai Lion Air itu melakukan perjalanan dua kali ke Wuhan sejak virus Corona merebak Pertama ia terbang pada tanggal...
Air Naik Hingga Paras Perut

Air Naik Hingga Paras Perut

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 312 hits
di empat daerah ini membabitkan 211 mangsa banjir daripada 58 keluarga sejak malam tadi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata empat daerah berkenaan membabitkan Johor Ba...
Evakuasi Wni Di Wuhan Dilakukan Pakai Batik Air Sekali Angkut

Evakuasi Wni Di Wuhan Dilakukan Pakai Batik Air Sekali Angkut

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 185 hits
Menurut Faizasyah setibanya di tanah air para WNI akan terlebih dahulu menjalani karantina di Batam Hal itu agar terbebas dari virus corona yang telah menewaskan ratusan orang itu
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025