Umrah 2019 Hari Terakhir Dan Tips Tips Menunaikan Umrah


Assalamualaikum lovely readers,
Ini adalah perkongsian terakhir Misz-ella tentang perjalanan Misz-ella dan rakan-rakan sepanjang menunaikan umrah bersama AM Berkat Travel & Tours. Ya Allah .. sedihnya nak tinggalkan tempat suci ini. Sedihnya nak tinggalkan kehidupan yang Hanya ada aku dan Dia, tiada duniawi. Maksud Misz-ella di sini ialah di sini kita tak fikir hal-hal duniawi. 

Kita kosongkan minda kita dari hal-hal duniawi seperti kerja dan sebagainya dan mendambakan diri kita hanya kepadaNya. Kat sini kita tak kesah baju kita cantik atau tidak, kita mekap atau tidak, kita tak kesah langsung .. yang kita fikir hanya nak ke masjid, nak beramal sebanyak mungkin. Tu je. 

Perasaan Misz-ella pada saat-saat akhir di sini hanya lah sedih. Sedihnya nak tinggalkan hidup yang bagai dipimpin, nak solat ada imam, nak tidur niat je tak perlu kunci jam .. segala-galanya indah, tiada yang tidak indah di sini. 

Misz-ella bagitau dekat Datuk Radzi, lepas ni mesti Kak Ella akan rindu. Kata Datuk Radzi, kalau macam tu, kak Ella berdoa lah agar dijemput lagi ke sini .. dan Misz-ella berdoa .. Ya Allah Ya Tuhanku .. izinkanlah aku menjadi tetamuMu sekali lagi. Jemputlah aku ke rumahMu sekali lagi Ya Allah *sobs*

Hari terakhir di Mekah, Misz-ella memilih untuk  melakukan tawaf wida' *tawaf selamat tinggal* Kebetulan ianya jatuh pada hari Jumaat. Satu yang Misz-ella belajar sepanjang di Madinah dan Mekah ini adalah pengurusan masa sangat penting. Kita semua diberi masa yang sama maka kita perlu bijak urus masa kita sebaiknya. Maka sebaik sahaja selepas Subuh, kami melakukan enam pusingan tawaf terlebih dahulu. 
Lepas tu kami sarapan. Lepas sarapan kami bersiap dan mengemas beg kerana dah diberitahu awal-awal oleh pihak pengurusan AM Berkat Travel & Tours yang semua bagasi kami akan diuruskan oleh pihak hotel pada pukul 10 pagi. Done with our luggage! Smoothly! Bell boy datang ke bilik, ambik semua bagasi dan selepas tu kami turun ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat Jumaat. Kami pergi awal kerana dah diberitahu yang keadaan di Masjidil Haram agak sesak pada hari Jumaat. Kat Mekah dan Madinah ni je kaum wanita berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat. Kat tempat kita, tak merasa, kan. 


Ambik gambar dulu sebelum tawaf wida'. Masa ni matahari sangat tinggi .. betul-betul panas dan orang pun agak ramai.
Sebaik selesai solat Jumaat, kami sambung satu lagi pusingan Tawaf wida'. Lepas tu naik ke bilik suite, duduk diam-diam. Misz-ella selalu ingat pesan, selepas tawaf wida' dah tak boleh ambik gambar, dah tak boleh shopping. Tak lama selepas itu, kami turun berehat di lobi sambil menunggu bas yang akan membawa kami pulang ke Malaysia melalui airport Jeddah. Alhamdulillah selesai sudah urusan kami di bumi Arab ini. Perasaan hati pada waktu ini tenang setenang-tenangnya .. deep inside my heart ada rasa terharu dan bersyukur kerana doa saya agar Allah permudahkan segala urusan saya disini diperkenankan ~ ditemukan dengan orang yang baik-baik, dipermudahkan semua amal, diperkenankan semua hajat, malah yang tidak terlintas dek akal pun direzeki kan buat kami di sini .. Alhamdulillah .. nikmat Allah mana kah yang kau dustakan?


Makan malam beramai-ramai di Jeddah
Memandangkan penerbangan yang bakal membawa kami pulang ke Malaysia mengalami perubahan waktu, pihak AM Berkat Travel & Tours membawa kami bersiar-siar di bandar Jeddah terlebih dahulu. 




Restoran makanan Malaysia di Jeddah
Kami ke Red Sea Mall pada sebelah petang dan makan malam di restoran Malaysia di Jeddah. Terima Kasih AM Berkat Travel & Tours belanja semua jemaah makan malam makanan Malaysia yang sangat sedap. Alhamdulillah. Misz-ella doakan agar semoga makin murah rezeki.

Penerbangan pulang lancar meskipun sedikit terganggu oleh beberapa kesilapan komunikasi tapi selamat kami sampai di bumi Malaysia dan disambut keluarga tercinta dengan penuh rasa kesyukuran. 



TIPS MENUNAIKAN UMRAH
Madinah yang sangat dirinduiKedua-dua kota suci ini punya kelebihan dan tarikan tersendiri. Madinah kota romantis yang sangat menenangkan jiwa, punya roh serta aura tersendiri *I Love Madinah* Di sini kita boleh rasa kasih sayang Rasulullah, di setiap sudut kota ini. Angin yang bertiup dan setiap jejak langkah kaki .. terasa bagai disapa oleh Baginda. Jangan lupa Selawat banyak-banyak tanda ingatan dan kasih sayang kita pada Baginda.
Bersama my roommate Kak Midah di Mekah. Alhamdullilah .. Allah pertemukan saya dengan roommate yang sangat baik dan silaturrahim masih kami jaga hingga ke hari ini.Mekah is a busy city. Masing-masing sibuk mengejar pahala di sini kerana ganjaran pahalaNya sangat tinggi. People can be very selfish here. Manage your ownself, manage your own time dan banyakkan bersabar dengan karenah manusia di sini. Paling penting pasang Niat dari bumi Malaysia agar kita redha dengan setiap ujian yang bakal didatangkan kepada kita dan moga Allah permudahkan setiap urusan kita di sana. Bila kita redha, apa yang berlaku pun kita takkan merungut dan takkan terkesan dalam hati. In Sha Allah.Tawaf antara rukun haji yang paling mencabar terutamanya buat mereka yang suka tawaf depan kaabah seperti Misz-ella. Ada yang pesan supaya pakai kasut ala-ala crocs semasa kerjakan tawaf tapi Misz-ella pakai stokin tebal biasa je. Masa tawaf tu, di sesetengah tempat *terutamanya di Rukun Yamani* keadaannya agak sesak dan berasak-asak. Sabar. Jaga bahu kita agar tidak terpaling ke arah lain.Bayaran untuk menaiki scooter untuk tawaf dan sai'e adalah 50 Riyal seorang. Kalau you all nak buat kedua-duanya dengan ber scooter, maka jadi 100 Riyal seorang lah.Di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, setiap kali selepas solat diadakan solat jenazah. Ambik peluang untuk sertai solat ini, dapat tambah pahala, kan. Kalau tak pandai, boleh mula google.Di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram juga, wanita digalakkan menyertai solat JumaatDi kedua-dua masjid juga, kita boleh bersedekah Al-Quran. Tanya kepada Mutawwif atau agensi korang cara-caranya ye. Jangan simply tanya orang luar tau.Ada orang kata, shopping di Madinah lebih murah berbanding di Mekah tapi Misz-ella tak berapa pasti kesahihannya kerana saya baru pertama kali ke sini dan belum pandai lagi shopping di kedua-dua bandar ini. Saya cuma banyak beli bakhoor kerana memang dah merancang nak beli dari sini. Jubah, tudung tak banyak beli pun so tak berapa pasti.Banyakkan bersabar dalam beribadah nak pulak kalau nak ke raudah. Pada pendapat Misz-ella, kita tak perlu lari, berebut dan bertolak-tolakkan pun kerana cepat atau lambat, kita tetap akan sampai ke raudah tu. Tak baik kan kita menyakitkan orang, tolak-tolak orang macam tu. Sabar je. Jalan pelan-pelan pun kita akan sampai ke raudah jugak. Selawat je banyak-banyak. Niat kita baik. In Sha Allah akan diperkenankan oleh Allah SWT.Sama lah juga dengan niat untuk mencium Hajar Aswad mahupun solat di Hijir Ismail. Kedua-dua amalan ini bukanlah wajib dan bukan juga merupakan salah satu dari syarat sah umrah. Terlalu ramai orang berasak-asak mahu ke dua-dua tempat ini. Fikirkan keselamatan diri dan jangan terlalu ikutkan hati.Kurma dijual di mana-mana sahaja di Tanah Haram ini baik di bazaar, di pasar mahupun di dalam shopping mall. Kebanyakannya dibiarkan terdedah tidak ditutup. Pandai-pandailah you all pilih yang bersih ye.Semasa aktiviti ziarah luar, kita digalakkan solat sunat di masjid-masjid yang kita ziarahi. Wuduk siap-siap dari bilik hotel, pakai pakaian dan tudung yang mesra solat supaya urusan kita lebih cepat dan mudah.Jangan lupa bawa ubat-ubatan dari Malaysia seperti panadol, ubat batuk, tampak koyok, ubat selsema dan macam-macam lagi. Botol spray untuk wuduk pun jangan lupa bawa ke masjid ye sebab kalau terbatal wuduk, senang. Kita guna spray tu je.Masa ke masjid, jangan lupa bawa beg galas ataupun backpack *misz-ella guna beg yang agensi bagi* untuk letak handphone, kasut, botol spray* dan letakkan di depan kita semasa solat.Tukar duit Riyal dari Malaysia siap-siap tapi tak perlu bawa terlalu banyak duit kerana di sana ada banyak mesin ATM. Jangan lupa activatekan kad ATM you all, k.Kat Mekah dan Madinah, ada banyak restoran-restoran berjenama antarabangsa seperti McDonalds, KFC, Starbucks, Baskin Robbins malah kedai Bakso pun ada. Kalau teringin tak da masalah. Tapi Misz-ella tak jenguk pun kedai-kedai camtu sebab makanan Arab sangat sedap. Terima Kasih Datuk Radzi dan AM Berkat Travel & Tours kerana bawak kami explore tempat makan best-best di sana. Sebaik sahaja dah berniat nak pergi Umrah, dah boleh mula buat solat taubat, solat-solat sunat dan sebagainya dari Malaysia lagi dan mula lah kuatkan minda agar kita tak terkejut dan melatah sekiranya kita diuji oleh Allah SWT di sana dan redha dengan setiap ujianNya.
Akhir sekali, Misz-ella nak kongsikan yang paling penting adalah memilih agensi yang berkaliber, yang bertanggungjawab, yang mengambilberat kebajikan jemaahnya. 

Bersama salah seorang anak autisme sebaik selesai Umrah
Masa trip Umrah saya yang lalu, AM Berkat Travel & Tours bawa 4 orang budak autisme, Alhamdulillah mereka dijaga dengan baik dan dapat mengerjakan Umrah dengan jayanya. Ada beberapa warga emas yang berkerusi roda. Ada jemaah yang jatuh sakit hingga perlukan khidmat memanggil doktor ke bilik hotel .. mereka semua ditangani dengan baik.
Pakej umrah AM Berkat Travel & Tours juga adalah istimewa dan berbeza dari pakej umrah agensi-agensi lain kerana :-
1) ianya boleh di D.I.Y. (customised) mengikut kehendak pelanggan, sebab itulah kami dapat keluar pada malam hari iaitu sebaik selesai menjalankan semua ibadah dan kami dapat lawati tempat-tempat yang agensi-agensi lain tak tawarkan dan off course harga pun berbeza antara satu sama lain, dah nama pun ikut kehendak masing-masing, kan. Kalau you all ada special request seperti mau naik GMC bagi perjalanan dari Madinah ke Mekah, mau ke tempat bersejarah Al-Ula, mau keluar jalan-jalan pada waktu malam, mau bilik menghadap Kaabah, mau hotel 5-6 bintang yang siap ada butler service, mau seorang Mutawwif khas untuk you all sahaja .. semuanya boleh diatur oleh pihak AM Berkat Travel & Tours.2) Kumpulan jemaah adalah kecil. Biasanya lebih kurang 40 orang sahaja kerana pihak AM Berkat Travel & Tours sangat mementingkan kualiti servis. Ada personal touch.3)  Insuran perlindungan boleh diuruskan dengan caj tambahan. Ini bukanlah insuran berkelompok tetapi satu sijil perlindungan khas akan dikeluarkan atas nama individu tersebut. Ini agak penting jugak sebab sekiranya berlaku kecemasan seperti kita sakit di negara Arab dan perlu masuk hospital, sekurang-kurangnya perlindungan insuran dah ada. Tak perlu risau tentang bill hospital yang sangat tinggi.
OK pembaca kesayangan semua. Misz-ella dah habis kongsikan pengalaman menunaikan umrah dan berkongsi tips-tips umrah dengan you all semua. Sesungguhnya pengalaman Misz-ella menjadi tetamu Allah buat pertama kali sangat indah. Syukur Alhamdulillah. 
Saya akhiri blog post ini dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat baik secara langsung atau tidak dalam menjayakan umrah saya ini ~ Datuk Radzi dari AM Berkat Travel & Tours Sdn Bhd yang menjaga kebajikan saya di sana, Roommate saya Datin Hajjah Hamidah Hak yang banyak membantu memberi tunjuk ajar dan membimbing saya seperti seorang kakak membimbing adiknya *i m so touched with your kindness, kak Midah*, Kawan baik saya Puan Sri To' Puan Datuk Dr. Shariffa Sabrina Syed Akil, Puan Sri Faridah Idris, Datuk Hajjah Fatimah, Datuk Hajjah Rozzana, Laila Johari, Nora Aspadalela, Yana Halim, Kak Putri, my mom, sisters and all family members dan kawan-kawan lain yang mungkin saya lupa sebutkan nama di sini. Terima kasih banyak-banyak kerana bagi tips dan bermacam lagi support untuk saya.
Kalau you all ada sebarang pertanyaan tentang umrah, boleh hubungi AM Berkat Travel & Tours di no telefon 017-753 9106 atau ikuti Instagram AM Berkat Travel & Tours di sini. Atau kalau you all nak mintak tolong Misz-ella pun boleh .. Misz-ella kan sayang blog readers semua, kan .. contact Misz-ella di 016-6223138 ye. 
OK Blog post tentang Umrah dah habis. Lepas ni blog ni akan kembali diwarnai dengan pelbagai cerita *macam-macam sharing* ada. Terima Kasih baca ye. Bye.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2020/03/umrah-2019-hari-terakhir-dan-tips-tips.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Terakhir Untuk Penebusan Kredit Rm30 Etunai Rakyat Jangan Lupa Untuk Tebus

Hari Terakhir Untuk Penebusan Kredit Rm30 Etunai Rakyat Jangan Lupa Untuk Tebus

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 319 hits
Kerajaan telah mula menawarkan kredit sebanyak RM30 melalui program eTunai Rakyat sebagai salah satu langkah dalam mengalakkan rakyat Malaysia untuk aktif menggunakan dompet digital untuk transaksi nirtunai Untuk program ini tiga dompet dig...
Berubah Haluan Petahana Bupati Jember Daftar Independen Di Hari Terakhir

Berubah Haluan Petahana Bupati Jember Daftar Independen Di Hari Terakhir

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 246 hits
Faida mengakui masih berkomunikasi dengan beberapa partai terkait kemungkinan adanya rekomendasi dukungan yang diberikan kepada pasangan Faida Vian
Hari Terakhir Seorang Manusia Yang Banyak Berkorban Kepada Keluarga Partinya Rakyat Dan Negara

Hari Terakhir Seorang Manusia Yang Banyak Berkorban Kepada Keluarga Partinya Rakyat Dan Negara

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 353 hits
Dato Seri Dr Wan Azizah tidak pernah terfikir untuk menjadi ahli politik jauh sekali untuk menjadi Wakil Rakyat dan TPM Beliau hanya masuk gelanggang perjuangan reformasi di tahun 1998 kerana membela nasib suaminya yang dianiaya dan difitna...
Umrah 2019 Ziarah Luar Mekah Nasi Unta Tahlil Di Muzdalifah Kedai Jus Buah Segar Bukit Khadama

Umrah 2019 Ziarah Luar Mekah Nasi Unta Tahlil Di Muzdalifah Kedai Jus Buah Segar Bukit Khadama

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 679 hits
Assalamualaikum lovely readers Misz ella sambung kisah sepanjang mengerjakan umrah di Mekah Mekah is a busy city Di sini masing masing sibuk mengejar ganjaran pahala Semua mahu mengejar waktu untuk solat berjemaah di Masjidil Haram kerana g...
Di Sba Awards 2019 Menteri Suharso Ungkap Tips Sukses Keberlanjutan Bisnis Perusahaan

Di Sba Awards 2019 Menteri Suharso Ungkap Tips Sukses Keberlanjutan Bisnis Perusahaan

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 253 hits
Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional Bappenas Suharso Monoarfa mengatakan kunci sukses perusahaan dalam berbisnis didukung sejumlah aspek Salah satunya inovasi
Beberapa Pasien Positif Corona Lupa Aktivitas Selama 14 Hari Terakhir

Beberapa Pasien Positif Corona Lupa Aktivitas Selama 14 Hari Terakhir

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 181 hits
Beberapa Pasien Positif Corona Lupa Aktivitas Selama 14 Hari Terakhir Yurianto mengatakan bahwa pihaknya akan terus melakukan penelusuran untuk mengetahui kontak dekat para pasien
Hari Keluarga Mak Mertua Edisi2 1 09 2019

Hari Keluarga Mak Mertua Edisi2 1 09 2019

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 865 hits
hi there terlupa untuk publish lah pula entry ni lama duduk dalam draft sampai berhabuk phew penting juga ni entry kenangan HARI KELUARGA MAK MERTUA edisi 2019 entry ni kurang lengkap since banyak gambar ndak ada so publish mana mana gambar...
Tips Buat Suami Jatuh Cinta Setiap Hari Berkali Kali Hot

Tips Buat Suami Jatuh Cinta Setiap Hari Berkali Kali Hot

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 421 hits
Salam dan Hi Best tak kalau sis berjaya alihkan semula perhatian suami sis dari asyik pandang aweks aweks lain akibat sis dah tak mengancam lemau tak wangi dan londeh sana sini lepas lahirkan baby Perubahan sis akan dapat dirasai bila setia...
Tips Dan Cara Mudah Nak Habiskan Baca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat

Tips Dan Cara Mudah Nak Habiskan Baca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 2051 hits
Surah al Kahfi Surah yang sinonim dengan hari Jumaat atau malam Jumaat Selain tu surah al Kahfi juga sinonim dengan surah untuk elak fitnah dajjal Ini bukan omongan kosong tapi memang hadis sahih daripada Nabi s a w Daripada Sayidina Abu Sa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner