Tips Dan Cara Mudah Nak Habiskan Baca Surah Al Kahfi Pada Hari Jumaat
Surah al-Kahfi... Surah yang sinonim dengan hari Jumaat atau malam Jumaat.
Selain tu, surah al-Kahfi juga sinonim dengan surah untuk elak fitnah dajjal
Ini bukan omongan kosong, tapi memang hadis sahih daripada Nabi s.a.w.
Daripada Sayidina Abu Said al-Khudri r.a, Rasulullah saw bersabda:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dirinya dan Kaabah.” (HR ad-Darimi)
#Nabi saw bersabda lagi:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
“Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat" (HR al-Hakim dan al-Baihaqi)
Dalam hadis yang pertama Nabi saw menyebut baca surah al-Kahfi pada malam Jumaat dan hadis berikutnya pada hari Jumaat.
Ini menunjukkan kita diminta membaca surah al-Kahfi sepanjang 24 jam bermula maghrib hari Khamis malam Jumaat hingga maghrib hari Jumaat malam Sabtu
Berkata Imam al-Munawi rahimahullah:
فيندب قراءتها يوم الجمعة وكذا ليلتها كما نص عليه الشافعي
"Dianjurkan untuk membaca surah al-Kahfi di hari Jumaat atau malam harinya, sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syafi'i". (Rujuk Faidhul Qadir)
Jadi, nak baca surah ni panjang kalau nak baca sekali harung. Ayat awal mungkin boleh baca dan hayati.. Masuk ayat seterusnya mungkin lidah menyebut tapi fikiran melayang..
Jadi, cara mudah.. Kita boleh amalkan cara ini...
TIPS MUDAH MEMBACA AL-KAHFI
Bahagian pertamaSetelah maghrib, ayat 1-31 (Kisah tentang Ashabul Kahfi)
Bahagian keduaMalam Jumaat - Selepas Isyak, ayat 32 - 59 (Kisah 2 pemilik kebun)
Bahagian ketiga Selepas solat Subuh hari Jumaat, ayat 60 - 83 (Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir)
Bahagian empatSewaktu Dhuha pagi Jumaat, ayat 83 - 110 (Kisah Zulkarnain, Yakjuj dan Makjuj)
Jom baca dan fahami surah al-Kahfi serta banyakkan berdoa dengan doa yang dipanjatkan oleh pemuda al-Kahfi. Semoga Allah merahmati kita semua, memudahkan segala urusan kita dan memelihara keutuhan akidah kita. Aamiiin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2020/03/tips-dan-cara-mudah-nak-habiskan-baca.html