Ump Yayasan Pahang Bakal Buat Kajian Sejarah Kedatangan Islam Di Negeri Ini


KUANTAN:  Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama Yayasan Pahang bakal menjalankan kajian keabsahan, pendokumentasian dan pemuliharaan kesan-kesan warisan sejarah kedatangan Islam di negeri ini.
Kajian oleh Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS), UMP itu bakal dimulakan dengan batu nisan tertulis ayat-ayat al-Quran dalam tulisan khat thulus yang dijumpai di Permatang Pasir, Pekan sejak tahun 1953.
Ketua Perunding Projek dan Penyelidik, Profesor Madya Dr Hasan Ahmad berkata, kajian awal mendapati, penemuan batu nisan itu ada kaitan dengan sejarah kedatangan Islam di Pahang.
Menurutnya, penemuan batu nisan itu tercatat dalam 'The Malayan Historical Journal Vol. 2' iaitu artikel tentang penemuan batu nisan tersebut yang ditulis oleh Menteri Besar Pahang yang pertama, Datuk Sir Mahmud Mat.
"Justeru, kajian lanjut berkenaan batu nisan ini perlu dijalankan memandangkan ia merupakan bukti kedatangan Islam ke Pahang," katanya.
Beliau sebelum itu hadir pada majlis penyerahan surat kelulusan kajian dan geran penyelidikan RM100,000 daripada Yayasan Pahang di sini, baru-baru ini.
Penyerahan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, Datuk Indera Mahmud Mohd Nawawi.
Turut hadir, Pengarah Kanan (Penyelidikan), Pusat Pengurusan Penyelidkan, Profesor Dr Mohd Hasbi Ab Rahim dan Dekan Pusat Sains Kemanusiaan (PSK), Dr. Mohamad Hilmi Mat Said.
Dr Hasan yang juga Pengarah ITKAS berkata, hasil kajian itu nanti akan didokumentasikan sebagai rujukan ramai.
"Kajian lanjut berkenaan dengan batu nisan ini juga bagi membuktikan sama ada tarikh kedatangan Islam ke Pahang lebih awal daripada tarikh kedatangan Islam ke Terengganu," jelasnya.
Sementara itu, Mahmud berkata, usaha yang digerakkan UMP itu amat signifikan dan selari dengan matlamat Yayasan Pahang dalam memastikan warisan sejarah negeri Pahang terutamanya kawasan batu nisan itu dijumpai dapat dipelihara dan dipulihara menerusi kajian tersebut.
"Kajian itu melibatkan pensyarah UMP dari ITKAS dan PSK bersama beberapa universiti serta agensi luar lain termasuklah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Warisan Negara (JWN) dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)," katanya.
Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman pula berkata, kajian itu merupakan salah satu inisiatif di bawah ITKAS.
Beliau berkata, kajian itu berkait rapat dengan fungsinya dalam menjalankan aktiviti penyelidikan dan menyediakan khidmat perundingan berdasarkan kepakaran UMP kepada kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan.
"Geran penyelidikan yang diluluskan Yayasan Pahang ini satu pencapaian yang membanggakan dan bertepatan dengan tujuan ITKAS ditubuhkan dengan salah satu objektif utamanya menjalankan penyelidikan berkait dengan sejarah dan tamadun Pahang.
"Semoga kajian ini menjadi titik permulaan kerjasama antara ITKAS, UMP dan Yayasan Pahang serta membuka ruang bagi kerjasama dengan pelbagai pihak lain pada masa akan datang," ujarnya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/06/ump-yayasan-pahang-bakal-buat-kajian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Pahang Tidak Tolak Kemungkinan Ada Warlord Umno Negeri Ini Lompat Parti

Pn Pahang Tidak Tolak Kemungkinan Ada Warlord Umno Negeri Ini Lompat Parti

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 189 hits
KUANTAN Perikatan Nasional Pahang tidak menolak desas desus kemungkinan terdapat warlord UMNO di negeri ini akan menyertai pihaknya sebelum Pilihan Raya Negeri Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah berkata ini kerana rata rata mereka...
Pembentukan Malaysia Bukan Titik Yang Membenarkan Sejarah Negeri Yang Wujud Sekian Lama Dipadam Sultan Kedah

Pembentukan Malaysia Bukan Titik Yang Membenarkan Sejarah Negeri Yang Wujud Sekian Lama Dipadam Sultan Kedah

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 508 hits
bebasnews myBy 19 06 2023Imej via Blogspot Bing18 Jun 2023 Alor Setar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Negeri Kedah Darul Aman bertitah pembentukan Malaysia tidak menjadi ...
Kerajaan Negeri Pahang Terima 2 415 Permohonan Skim I Push Fasa Kedua

Kerajaan Negeri Pahang Terima 2 415 Permohonan Skim I Push Fasa Kedua

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 231 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menerima 2 415 permohonan Dana Skim Pembiayaan Kewangan Mikro Negeri Pahang fasa kedua yang dibuka pada November hingga 14 Disember tahun lalu Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Indera Zulkifli Yaacob ber...
Lagu Negeri Selangor Sejarah Lirik Audio Video

Lagu Negeri Selangor Sejarah Lirik Audio Video

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 440 hits
Sekiranya anda pernah bersekolah rendah kebangsaan di negeri Selangor anda pastinya pernah menyanyikan Lagu Negeri Selangor Selain lagu Negaraku Lagu Negeri Selangor biasanya akan dinyanyikan oleh para pelajar sewaktu perhimpunan pada waktu...
Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang

Seramai 181 Individu Menerima Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 265 hits
KUALA LIPIS Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenaan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat negeri Pahang kepada 181 penerima Istiada...
Wanita Tular Catwalk Di Kota Bharu Burukkan Imej Kelantan Islam

Wanita Tular Catwalk Di Kota Bharu Burukkan Imej Kelantan Islam

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 315 hits
Sinar HarianTindakan wanita itu disifatkan boleh menimbulkan pandangan negatif walaupun niatnya tidak diketahui secara jelas Gambar Sinar HarianKOTA BHARU Tindakan seorang wanita berpakaian tidak sopan sambil catwalk di tengah tengah bandar...
Bersatu Pahang Aman Dan Damai Abdul Khalib Nafi Laporan Sebuah Portal Yang Mendakwa Beliau Mahu Sertai Pas

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Resipi Kek Cupcake Apam Chocolate Moist Tiktok Iena Bakery

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Budi95 Ternyata Menjimatkan Terima Kasih Kerajaan Warga Atm

Cuba Pilih Mana Daun Sirih

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Week Number 39 52

Kod Bahasa Yang Selalu Digunakan Oleh Doktor

Onoplus 15 Onoplus Top 46 By Marina

Prep Daging Menu Sihat

8 Kali Jantung Terhenti Seolah Olah Tak Ada Harapan Kongsi Buat Solat Hajat Untuk A Aida Kebaikan Ameng Dipuji Netizen

Sopan Dan Cantik Erissa Puteri Dan Gadis Veil Viral Diraikan Dalam Majlis Resepsi Di Kelantan Netizen Puji