Umno Ugut Pas Guna Logo Sendiri Tak Jadi Lantik Najib Pengarah Prn


agendaily.com29/10/2021
UMNO mahu PAS menggunakan logo sendiri dalam PRN Melaka nanti.
PAS perlu menggunakan logo sendiri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan bukannya logo Perikatan Nasional (PN), ia syarat yang diletakkan UMNO kepada PAS selepas Mesyuarat Majlis Tertingginya malam ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata PAS perlu menggunakan logonya sendiri sebagai mematuhi semangat Muafakat Nasional (MN) dan digesa tunduk kepada syarat itu jika tidak mahu berlaku pertembungan sesama sendiri dalam PRN nanti.

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020.

“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” katanya dalam kenyataan media malam ini.

UMNO malam ini mengadakan mesyuarat bagi memuktamadkan kerjasama dengan PAS dan Bersatu.

Bagaimanapun, Ahmad tidak menjelaskan berhubung pendiriannya melibatkan Bersatu dalam PRN Melaka kali ini.

Dalam pada itu, Ahmad juga berkata mandat diberikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan pilihan raya.

Selain itu, Ahmad juga menegaskan hasrat UMNO untuk meneruskan persefahaman dengan PAS sahaja selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 lalu.

Bagi menghadapi PRN Melaka, UMNO juga mengumumkan Timbalan Presidennya sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka.

Pendirian tersebut dilihat bertentangan dengan pengumuman Zahid sebelum ini yang mahu bekas PM Datuk Seri Najib Razak untuk mengetuai kempen PRN Melaka.

Zahid sebelum ini mengumumkan Najib akan menggantikannya untuk mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) di Melaka sepanjang ketiadaannya yang akan ke Jerman bagi menjalani rawatan sakit belakang.

PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO hanya memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Bersatu yang ketika itu bersama Pakatan Harapan (PH) menang dua kerusi DUN, manakala PAS gagal merebut sebarang kerusi DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/umno-ugut-pas-guna-logo-sendiri-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Akan Jawab Syarat Diletak Umno Ugut Guna Logo Sendiri

Pas Akan Jawab Syarat Diletak Umno Ugut Guna Logo Sendiri

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 228 hits
AGENDA DAILY Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata PAS tidak terikat dengan syarat parti lain Susulan ugutan UMNO yang meletak syarat supaya PAS menggunakan logonya sendiri dalam Pilihan Raya Negeri ...
Umno Terus Berharap Pas Guna Logonya Sendiri Bukan Logo Pn

Umno Terus Berharap Pas Guna Logonya Sendiri Bukan Logo Pn

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 206 hits
MALAYSIA DATELINEUmno terus mengharapkan agar Pas tidak menggunakan logo Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka tidak lama lagi Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashid berkata Pas wajar menggunakan logo send...
Guna Logo Pn Sukarkan Penyokong Umno Undi Pas Dalam Prn Melaka

Guna Logo Pn Sukarkan Penyokong Umno Undi Pas Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 199 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Pas menggunakan logo Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri Melaka akan menyukarkan penyokong Umno untuk mengundi Pas ketika Umno sudah bertegas tidak akan bekerjasama dengan Bersatu Jurucakap utama pimpinan ...
Keputusan Pas Guna Logo Pn Ertinya Lawan Bn Di Prn Melaka Dan Pru15

Keputusan Pas Guna Logo Pn Ertinya Lawan Bn Di Prn Melaka Dan Pru15

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 146 hits
MALAYSIA DATELINEKeputusan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional bermakna Pas akan melawan BN bukan sahaja di PRN Melaka bahkan di PRU15 nanti Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil berkata keputusan Pas ini juga berert...
Syarat Kepada Pas Guna Lambang Sendiri Apa Sebenar Niat Umno

Syarat Kepada Pas Guna Lambang Sendiri Apa Sebenar Niat Umno

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 270 hits
agendaily com30 10 2021UMNO mahu PAS menggunakan logo sendiri dalam PRN Melaka nanti Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya memuktamadkan keputusan berhubung kerjasama dengan PAS dan Bersatu tetapi sebaliknya yang berlaku mereka meletak...
Guna Logo Pn Risau Umno Merajuk Pemimpin Pas Cuba Pujuk Kembali

Guna Logo Pn Risau Umno Merajuk Pemimpin Pas Cuba Pujuk Kembali

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 135 hits
November 3 2021 Seorang pemimpin kanan PAS hari ini menawarkan penjelasan mengenai kedudukan parti itu serta status Muafakat Nasional yang mereka meterai dengan Umno Malah ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan turut memberikan peneran...
Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 340 hits
October 31 2021 Pada PRU 14 PAS telah mendapat lebih kurang 15 peratus undi Melayu di Melaka Oleh kerana faktor Dr Mahathir PH pula telah mendapat 20 peratus undi Melayu bertambah 10 peratus daripada undi Melayu yang diperoleh oleh PH berba...
Prn Melaka Elok Semua Parti Bertanding Guna Logo Pas Tuan Ibrahim

Prn Melaka Elok Semua Parti Bertanding Guna Logo Pas Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 247 hits
Fareez AzmanTimbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man secara sinis mencadangkan agar semua parti yang akan bertanding di PRN Melaka kelak menggunakan logo parti berkenaan Gambar fail MELAKA Ketika persoalan dengan pihak mana Pa...
Pn Akan Tewas Jika Pas Guna Logo Sendiri Kata Penganalisis

Pn Akan Tewas Jika Pas Guna Logo Sendiri Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 271 hits
freemalaysiatoday com October 31 2021 8 30 AMPN memerlukan PAS untuk bertanding menggunakan logonya sendiri bagi memberikannya kredibiliti menurut penganalisis PETALING JAYA Parti parti dalam Perikatan Nasional khususnya Bersatu dan Gerakan...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened