Umno Tidak Mahu Sambung Mou Pembangkang Pula Ancam Tamatkan


agendaily.com21/3/2022
Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimerterai antara pembangkang dengan kerajaan pada 13 September 2021.

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang mampu menstabilkan politik negara, sekali gus mendorong pemulihan ekonomi, sesetengah pihak membuat tuntutan yang boleh mengancam MoU itu.

Ancaman itu bukan sahaja datang daripada pembangkang, sebaliknya dalam kalangan pemimpin parti yang menerajui kerajaan sendiri – UMNO.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak ada sebab Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) kerajaan dan pembangkang perlu diteruskan selepas 31 Julai ini.

Katanya UMNO perlu memahami apakah sebenarnya CSA yang dimaksudkan itu supaya sebarang langkah yang akan diambil kerajaan adalah sesuatu yang perlu.

“Saya ada terserempak dengan beberapa pemimpin pembangkang yang memaklumkan bahawa CSA itu hanya satu kerjasama yang mereka berikan kepada kerajaan bagi meluluskan akta-akta berkaitan kewangan, bukan yang lain.

“Jadi kerajaan kadang-kadang dalam kita nak melaksanakan sesuatu ia tak semestinya bersifat populis… kita kena lakukan sesuatu perkara itu kerana kita rasa bahawa ia amat tepat untuk memastikan kejayaan negara.

“Tapi kalau kita ada perjanjian dengan pembangkang, mungkin banyak perkara kita tak boleh buat. Lagipun, kita dulu ada kerjasama dengan pembangkang kerana keadaan kita berhadapan dengan cabaran Covid.

“Jadi keutamaan kita ialah untuk pastikan tidak ada ganggu-gugat. Itu sebabnya ia berkisar pada soal Akta Kewangan dan mana-mana akta yang akan membantu negara berjaya berhadapan dengan wabak Covid. Itu sebenarnya yang saya dimaklumkan,” katanya.

Khaled bagaimanapun berpendapat perjanjian itu tidak perlu diteruskan sekiranya ia boleh menjejaskan negara dan parti pemerintah, khususnya UMNO sendiri.

Mengulas berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) beliau berkata kerajaan tidak tertakluk untuk berbincang soal pilihan raya dengan pembangkang.

Sementara itu, bekas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak akan teragak-agak untuk membatalkan MoU yang dimeterai bersama kerajaan jika Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Anti Lompat Parti tidak diluluskan di Parlimen.

Guan Eng berkata, pihaknya akan bersemuka dengan Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan berkenaan MoU tersebut pada minggu hadapan.

“Kita perlu jernihkan di sini. Kalau ini tidak diluluskan, saya rasa akan tamatkan MoU melainkan ada beberapa penjelasan terlebih dahulu. Apa pun, kita dapatkan penjelasan dan Perdana Menteri bersetuju bertemu kami minggu depan dan ini bagi mendapatkan penerangan beliau.

“Kami mahu bincang hal ini sebab dalam aturan (urusan mesyuarat Dewan Rakyat) esok, pindaan Perlembagaan akan dibentangkan untuk bacaan pertama,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Semalam, Ismail Sabri berkata beliau mendapati walaupun terdapat perbezaan pandangan pembangkang tidak terlalu emosional dan mereka menyokong kerajaan dalam sidang Parlimen.

“Keadaan politik stabil ketika ini, sebab itu kita yakin lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia, cuma ramai yang minta diadakan pilihan raya lebih awal. Kita risau juga jika pilihan raya lebih awal, kestabilan mungkin tidak dapat dikekalkan.

“Alhamdulillah, politik kita stabil. Bolehlah balik Malaysia,” katanya pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di sini sempena lawatan rasmi beliau ke Vietnam selama dua hari bermula semalam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/umno-tidak-mahu-sambung-mou-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Curang Tamatkan Mn Desak Perwakilan Umno

Pas Curang Tamatkan Mn Desak Perwakilan Umno

papar berkaitan - pada 20/3/2022 - jumlah : 145 hits
freemalaysiatoday com March 19 2022 1 03 PMAkar umbi di Terengganu menganggap hubungan kerjasama Muafakat Nasional tidak wajar diteruskan dan secara jelas mahu ia ditamatkan menurut perwakilan Terengganu Bazlan Abd Rahman PETALING JAYA Hubu...
Pembangkang Tidak Minat Kestabilan Bn Umno Perlu Keluar Dari Kerjasama Presiden Umno

Pembangkang Tidak Minat Kestabilan Bn Umno Perlu Keluar Dari Kerjasama Presiden Umno

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 147 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menganggap kegagalan usul kerajaan mahu melanjutkan pelaksanaan tempoh tahanan 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 atau Sosma sebagai mengaibkan kerajaan Katanya ia menjadi bukti mengapa kerajaa...
Mou Dengan Pembangkang Bawa Kestabilan Politik Kata Pm

Mou Dengan Pembangkang Bawa Kestabilan Politik Kata Pm

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 142 hits
March 21 2022 Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra bersama ahli perniagaan Malaysia di Vietnam pada Majlis Perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di Vietnam hari ini Turut sama Ketua Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Vie...
Umno Bn Tak Menang Prn Johor Pembangkang Yang Kalah

Umno Bn Tak Menang Prn Johor Pembangkang Yang Kalah

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 219 hits
Ramai berkata walau pun menang satu kerusi pun masih menang Hakikatnya Umno BN tidak menang PRN Johor tapi pembangkang yang kalah Kemenangan atas kesilapan atau kelemahan orang lain tidak bermaksud kita kuat We were just lucky
Presiden Umno Mahu Percepat Pru 15 Selepas Mou Tamat

Presiden Umno Mahu Percepat Pru 15 Selepas Mou Tamat

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 226 hits
FAZLI RADZISecara berterus terang Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan selepas memorandum persefahaman bersama pembangkang tamat pada Julai nanti Pengerusi Barisan Nasional itu mendakwa faktor...
Bukti Pembangkang Ada Masalah Dalaman Cadangan Lanjutkan Mou Dengan Kerajaan Zahid Hamidi

Bukti Pembangkang Ada Masalah Dalaman Cadangan Lanjutkan Mou Dengan Kerajaan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 201 hits
Bukti Pembangkang Ada Masalah Dalaman Cadangan Lanjutkan MoU Dengan Kerajaan Zahid Hamidi Cadangan pembangkang untuk melanjutkan memorandum persefahaman sehingga 2023 hanya memperlihatkan mereka mempunyai masalah dalaman dan tidak yakin ber...
After Sosma Defeat Umno President Wants Instant End To Shackles Of Mou

After Sosma Defeat Umno President Wants Instant End To Shackles Of Mou

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 189 hits
The government s failure in its motion to extend the detention period under Section 4 of the Security Offences Act 2012 in Parliament yesterday has come as a shock and is an indication that Umno BN must immediately free itself from the shac...
Kenapa Umno Bn Makin Gentar Dengan Pembangkang Ini Puncanya

Kenapa Umno Bn Makin Gentar Dengan Pembangkang Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 136 hits
Kenapa Umno BN Makin Gentar Dengan Pembangkang Ini Puncanya Menjelang pemilihan PKR pada Mei ini Rafizi Ramli yang akan bertanding jawatan timbalan presiden sedang membentuk sebuah pasukan merangkumi beberapa nama besar parti Menurut bebera...
Kalah Undi Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Tidak Hadir Bukan Pembangkang Langgar Mou

Kalah Undi Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Tidak Hadir Bukan Pembangkang Langgar Mou

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 163 hits
Kekalahan pihak Kerajaan dalam sesi pengundian usul bertujuan melanjutkan kuatkuasa Seksyen 4 Akta Sosma untuk selama 5 tahun lagi semalam terjadi kerana Ahli Parlimen Kerajaan yang berjumlah lebih 114 orang gagal hadir secukupnya di dalam ...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The History Of The Wheel A Revolutionary Invention

Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt