Umno Tidak Khianati Mandat Rakyat


Wartawan Watan-Online
UMNO tidak akan menjadi pengkhianati mandat rakyat Malaysia yang telah memilih sebuah kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu dengan cara merunding dan memeta jalan belakang untuk meraih kuasa secara terdesak atau ‘hijack’.

Parti keramat Melayu itu akan membina dan menyuburkan sistem demokrasi Malaysia melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang. Disamping itu, UMNO mesti melupakan dahulu hajatnya untuk berkuasa semula. UMNO hanya ada satu sahaja pilihan iaitu membangunkan semula keyakinan orang Melayu terhadapnya dan menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu.

ltizam baru bagi UMNO adalah mendukung menyuburkan demokrasi Malaysia dengan mengukuhkan sistem dwiparti dan politik berprinsip.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan keutamaan iltizam itu dalam lima iltizam yang digarapkan pada porting terbaru beliau melalui media sosial facebook, Isnin.

Sebelum itu Mohamad yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO mengharapkan segala daya usaha dan komitmen anggota-anggota setia, untuk mendukung, memulih dan membangunkan semula UMNO sebagai gerakan politik dan amal bakti.

Mohamad juga membentangkan dua perkara penting untuk ahli UMNO bagi menuju arah baharu.
Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Mohamad Hasan :-

ILTIZAM UMNO UNTUK TANAHAIR

YB Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan
Assalamualaikum WBT..

Saya telah diamanahkan untuk menjalankan tugas Presiden UMNO.Berat tanggungjawab yang membayangi tugas ini. UMNO kini berada di kedudukan paling kritikal dalam perjalanan panjangnya, dan pelbagai ketidaktentuan menanti.

Pada masa ini, UMNO memerlukan segala daya usaha dan komitmen anggota-anggota setia, untuk mendukung, memulih dan membangunkan semula parti kita sebagai gerakan politik dan amal bakti. Sebelum membentangkan iltizam baru UMNO untuk tanahair, ada dua perkara yang perlu saya jelaskan kepada semua ahli UMNO dan rakyat Malaysia tentang arah baharu yang akan diambil parti kita.

Yang pertama, membangunkan semula UMNO akan mengambil masa. Sejujurnya, tiada rumus yang mudah dan tepat yang boleh diambil untuk terus digunakan. Lebih-lebih lagi dinamik politik Malaysia dan global sangat deras berubah. Justeru saya meminta semua ahli UMNO, rakan dan taulan UMNO, untuk bersedia melalui jalan yang sukar dan berliku ini bersama-sama. Biar apa pun yang menanti di hadapan, kita akan tempuh dan lalui bersama dengan penuh integriti dan bertanggungjawab. Cuma, janganlah sesekali mengharapkan kejayaan pantas. Tetapi yakinlah bahawa sabar dan tabah itu jodohnya bahagia. Semoga dengan muafakat ini, tugas kita untuk memulihkan UMNO akan menjadi amal soleh dan menempah kejayaan.

Yang kedua, dalam membangunkan semula UMNO sebagai parti berwibawa dan diyakini, kita mesti mencari kelaziman baharu atau ‘a new normal’. UMNO memerlukan kecerdasan yang baru dan radikal. Bukan lagi retorik dan slogan kosong. Maka sikap dan landasan pemikiran kita juga harus disesuaikan untuk memanfaatkan peranan baru UMNO. Gejala politik lama yang telah melemahkan UMNO dari dalam, harus dihentikan, dan ahli-ahli perlu membuka telinga kepada maklum balas rakyat walaupun ia mungkin sukar didengari. Ramai yang tertanya-tanya ke mana UMNO akan dibawa selepas tahun yang penuh cabaran ini.

Oleh itu, di bawah, saya menggariskan 5 iltizam UMNO untuk tanahair, yang akan kita jadikan pedoman dalam membangunkan jalan ke hadapan.
UMNO akan membina dan menyuburkan sistem demokrasi Malaysia melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang. UMNO mesti melupakan dahulu hajatnya untuk berkuasa semula. UMNO hanya ada satu sahaja pilihan iaitu membangunkan semula keyakinan orang Melayu terhadapnya dan menjadi wadah gerakan politik, amal dan bakti untuk bangsa Melayu. Kita tidak akan merunding dan memeta jalan belakang untuk meraih kuasa secara terdesak, atau hijack keputusan PRU-14 dengan kembali membanjiri dan menyibuk dalam pasukan kerajaan.Iltizam baru bagi UMNO adalah untuk menyuburkan demokrasi Malaysia dengan mengukuhkan sistem dwiparti dan politik berprinsip. Rakyat Malaysia yang telah memilih kerajaan baru tidak akan dikhianati oleh UMNO.Kita akan membangunkan wibawa UMNO sebagai parti pembangkang yang terhormat dan disegani. Selama empat setengah tahun yang berbaki ini, UMNO akan menjadi wadah semak dan imbang yang tegas dan benar-benar efektif. UMNO akan memberikan alternatif yang baik kepada segala yang dijanjikan oleh pihak kerajaan, dan terus menyuarakan pendapat dan menyatakan sebarang kelemahan yang didapati.UMNO akan memerangi politik wang. Politik kewangan telah menjerumuskan UMNO ke tahap sekarang. Ia bukan sahaja menyebabkan UMNO tewas, tetapi menjadikan rakyat semakin lemah dan tidak berketahanan. Kepada semua ahli, sedarlah bahawa politik wang adalah keji pada agama, dan keji pada adat dan amalan. Saya dan rakan-rakan dalam parti akan membersihkan parti sebersih-bersihnya. Sesiapa yang tidak ingin bersama dalam perang ini, berpindahlah ke parti seberang sana, atau ke mana-mana pihak yang boleh memberikan anda habuan yang diharapkan. UMNO yang baru hanya untuk mereka yang bersih, berjuang dan mengasihi bangsanya. Kita akan menghentikan politik wang sebelum ia menghentikan UMNO.Idea akan dijadikan modal politik UMNO. UMNO akan menjadi ‘a learning political party’ yang menyerap keunggulan intelektual dari semua pendukungnya, baik ahli parti mahupun daripada rakyat yang bersedia menyumbang kepada tanahair. Perjuangan politik kurun ke-21 adalah tentang percaturan dasar terbaik, program paling memanfaatkan, kepimpinan paling kompeten dan institusi paling moden dan termaju. Gerakan UMNO akan berorientasikan data, kajian, ilmu baru dan pendekatan termaju. Lebih penting, menjadikan idea sebagai modal politik UMNO akan membenarkan berlakunya perubahan generasi atau generational change yang sangat diperlukan oleh parti ini. Kita tidak akan menjadikan usia sebagai kelebihan mana-mana pemimpin UMNO. Parti ini akan digerakkan secara bermakna oleh generasi semasa, yang lebih mengerti akan tuntutan dan keperluan terkini.UMNO beriltizam untuk menyemak kembali Agenda Melayu. Memperjuangkan bangsa Melayu tidak akan dilakukan dengan meminggirkan bangsa lain dalam apa jua cara. Sudah tiba masa agenda Melayu UMNO disemak. Ia mesti direkayasa dan diberikan lonjakan baru.Seperti yang saya ungkapkan dalam ucapan sulung sebagai Timbalan Presiden, UMNO mesti menggalas usaha ‘the Malay Renaissance’.

Langkah yang konkrit dan berkemajuan akan diambil agar bangsa Melayu dalam dekad pencerahan ini akan lebih kompeten, berdaya saing dan maju. Dengan semakan semula Agenda Melayu ini, UMNO akan ada tawaran baru atau a new deal kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Inilah iltizam baharu UMNO yang akan dijadikan pedoman dalam perjalanan ke hadapan.

Saya berharap bahawa semua pendukung UMNO berkongsi dalam iltizam ini. Seruan ke arah kebaikan adalah seruan yang mesti kita bangunkan bersama. Dengan kerjasama kita semua, akan bermulalah episod pengislahan sebenar UMNO,Insya’Allah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/umno-tidak-khianati-mandat-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Samad Bazir Duit Rakyat Terbit Akhbar Wilayahku Kata Umno

Khalid Samad Bazir Duit Rakyat Terbit Akhbar Wilayahku Kata Umno

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 361 hits
KUALA LUMPUR Langkah Kementerian Wilayah Persekutuan menerbitkan akhbar mingguan baru WilayahKu merupakan pembaziran dana kerajaan kata pemimpin Umno tempatan Datuk Mohd Razlan Rafii Naib ketua Umno Bahagian Seputeh itu berkata langkah ters...
Bersatu Belum Buktikan Apa Apa Kepada Orang Melayu Dan Rakyat Malaysia Presidennya Masih Dihantui Umno

Bersatu Belum Buktikan Apa Apa Kepada Orang Melayu Dan Rakyat Malaysia Presidennya Masih Dihantui Umno

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR 30 Dis Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat selaku Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin yang diberikan ruang berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung Armada dan Srikandinya s
Wakil Rakyat Umno Sertai Ppbm Belum Tentu Jadi Calon Pru15 Kata Mukhriz

Wakil Rakyat Umno Sertai Ppbm Belum Tentu Jadi Calon Pru15 Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 384 hits
PUTRAJAYA Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi meneliti dan menapis permohonan keanggotaan bekas pemimpin Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengambil kira pandangan anggota di peringkat akar umbi dalam membuat keputusan kata ...
Akhirnya Janji Yang Ditunggu Oleh Rakyat Ditunaikan Oleh Kerajaan Baru Pasti Semua Gembira

Akhirnya Janji Yang Ditunggu Oleh Rakyat Ditunaikan Oleh Kerajaan Baru Pasti Semua Gembira

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 466 hits
Akhirnya Janji Yang Ditunggu Oleh Rakyat Ditunaikan Oleh Kerajaan Baru Pasti Semua GembiraAkhirnya Janji Yang Ditunggu Oleh Rakyat Ditunaikan Oleh Kerajaan Baru Pasti Semua Gembira
Rakyat Berbeza Kaum Hidup Sejahtera Bawah Teraju Pas

Rakyat Berbeza Kaum Hidup Sejahtera Bawah Teraju Pas

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 231 hits
HARAKAHDAILYKUALA TERENGGANU Pertemuan Pegawai Khas Menteri Besar Dr Bala Chandran Gopal Krishnan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Kuala Terengganu Jefri Chua dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim bertukar menjadi s...
Alhamdulillah Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

Alhamdulillah Terima Kasih Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 469 hits
Alhamdulillah terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi menderma sehingga cukup RM51 000 kata Afiqah Baharuddin 22 apabila wang diperlukan bagi menjamin suaminya yang kini ditahan di Thailand sudah mencukupi Afiqah yang dihubungi berkat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah