Kalau Bukan Pelacur Beranikah Pas Pilih Antara Umno Atau Bersatu


 
Ramai penyokong Pas, sama ada daripada mereka yang menjadi ahlinya atau tidak, terlihat cukup kurang senang dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan parti tersebut seperti pelacur.
Beliau yang lebih mesra dengan Ku Li melabelkan demikian khususnya berdasarkan pengalamannya bersama dengan Pas ketika memimpin Parti Semangat 46 pada tahun 80-an sebelum ini.
Kata beliau, isu PAS mengganggu UMNO bukanlah suatu perkara baru.
“Dah lama kita lawan PAS. Bukan baru semalam, tapi sejak 1951, PAS mengacau UMNO sejak itu sampailah sekarang.
“Dalam PRK Tanjung Piai, ketika mereka dah bersama dengan kita dalam MN, PAS tidak mengundi kita. Mereka ada 3,000 ahli di situ, tapi tidak sampai 1,000 yang undi kita.
“Mereka bukan rakan kongsi yang jujur. Begitu juga di Semenyih.
“PAS macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46,” hurainya dengan panjang lebar antara pengalaman dulunya bersama Pas dan realiti parti itu sekarang ini.
Sehubungan itu, tegas Ku Li, Pas bukanlah parti yang boleh dipercayai dan UMNO mesti melawan parti tersebut dalam PRU15 akan datang nanti.
Sejujurnya, apa yang diperkatakan Ku Li mengenai watak Pas ini bukanlah sesuatu yang baru atau pelik kerana sejak dulu itulah tingkah laku yang dipamerkannya kepada kita semua.
Dengan parti-parti utama di negara ini, hampir semuanya Pas pernah ‘berkahwin’ dengan kemudian ‘bercerai’ dengan mereka.
Setiap kali mahu ‘bersama’ dan ‘berpisah’ selepas itu dengan kesemua parti tersebut, Pas sentiasa ada dalil-dalil agama yang dipetik daripada pelbagai sejarah Islam untuk menghalalkan tindakannya.
Disertai dengan sikap penyokongnya yang memang ditarbiah untuk wala’ kepada parti dan pemimpin dalam semua perkara sehingga kadang-kadang akal fikiran rasional diletak ke tepi, ke mana pun hala tuju pilihan Pas, ia sentiasa disambut, disokong serta diterima dengan baik.
Dalam hubungannya dengan UMNO yang terjalin melalui Muafakat Nasional sejak kedua-duanya tewas pada PRU14 2018 lalu, hubungan mereka mula bermasalah bila Pas memilih untuk menyertai PN sebagai anggota rasmi.
Sejak itu, Pas sering ditanggapi sebagai parti ‘main dua kolam’ oleh pemimpin dan penyokong UMNO.
Demi manfaat dunia yang sayang dilepaskannya, tindakan Pas berkubang di kolam UMNO dan Bersatu dalam waktu yang sama amat tidak disenangi oleh UMNO lantaran ia nyata merugikan parti tersebut berbanding Bersatu.
Meski sudah ‘bertunang’ dengan UMNO dalam MN, lantaran mahu mengambil hati Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana memberi banyak kedudukan serta jawatan dalam kerajaan dan ingin mengekalkan nikmat duniawi, Pas sanggup ‘berkahwin’ dengan menjadi anggota rasmi gabungan PN tanpa memutuskan pertunangannya dengan UMNO.
Mungkin Pas banyak terpengaruh dengan sistem perkahwinan dalam Islam yang membenarkan poligami sehingga empat isteri, maka itulah barangkali sebabnya Pas memilih mahu bersama UMNO dan Bersatu pada waktu yang sama.
Tetapi, Pas mesti sedar, poligami tidak pernah dibenarkan dalam dunia politik dan sesebuah parti mesti berani membuat pilihan yang satu antara dua yang dicintai.
Kalau mahu bersama UMNO, pilihlah hanya bersama UMNO dan MN, manakala jika mahu bersama Bersatu, maka pilihan hanyalah bersama parti tersebut serta PN saja.
Tidak boleh dan tidak beretika, jika Pas memilih mahu bersama UMNO dan MN serta diwaktu yang sama ingin pula bersama Bersatu dan PN, walhal sudah jelas UMNO telah membuat ketetapan memutuskan hubungannya dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.
Selagi Pas tidak berani membuat pilihan yang satu antara UMNO dan Bersatu, label seperti main dua kolam, pelacur dan sebagainya akan terus menghinggapi mereka.
Maka, janganlah Pas marah kepada sesiapa yang melabel apa pun gelaran kepada mereka kerana dalam poligami, bohong sikit-sikit dengan semua isteri mungkin amalan biasa, tetapi kejujuran adalah teras hakiki dalam perkongsian untuk politik dan kuasa.
Soalnya, beranikah Pas? 


(Shahbudindotcom 12/03/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/kalau-bukan-pelacur-beranikah-pas-pilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Pilih 2 Atau 3 Penjuru

Umno Pas Pilih 2 Atau 3 Penjuru

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 353 hits
by1Media my February 28 20210APAKAH Muafakat Nasional yang disepakati hampir tiga tahun ini antara UMNO dan Pas kini ibarat retak menanti belah Dengan pelantikan pengerusi pengerusi Perikatan Nasional negeri melibatkan PAS dan Bersatu terma...
Muafakat Antara Bersatu Pas Umno Perlu Diterus Selepas Pru 15

Muafakat Antara Bersatu Pas Umno Perlu Diterus Selepas Pru 15

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 291 hits
bharian comMac 8 2021 10 53pmTimbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan ManKLUANG PAS mahu melihat muafakat politik yang termeterai di bawah Perikatan Nasional antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia PAS dan UMNO diteruskan sehingga s...
Kecoh Pemimpin Pas Pro Umno Dan Pro Bersatu Makin Teruk Bertembung

Kecoh Pemimpin Pas Pro Umno Dan Pro Bersatu Makin Teruk Bertembung

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 361 hits
February 27 2021 Perpecahan dalam PAS di antara kelompok pro PPBM dan pro Umno semakin melebar sejak parti Islam itu menyertai gabungan kerajaan setahun lalu kata dua sumber terdekat dengan kelompok berkenaan Satu kelompok dikatakan menyoko...
Shunned By Umno Bersatu S Survival Now Rests With Pas Say Analysts

Shunned By Umno Bersatu S Survival Now Rests With Pas Say Analysts

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 372 hits
Umno s decision to withdraw its support for the coalition led by Parti Pribumi Bersatu Malaysia will pull large swathes of the Malay vote away from the splinter group to deal a blow powerful enough to decimate the young party at the next ge...
Lepas Putus Dengan Bersatu Umno Perlu Yakinkan Pas

Lepas Putus Dengan Bersatu Umno Perlu Yakinkan Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 287 hits
Ramieza WahidWalaupun sudah memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu pada masa sama Umno tetap memerlukan PAS yang menjadi komponen Perikatan Nasional pada pilihan raya umum akan datang Justeru penganalisis politik berpendapat...
Umno Bersatu Ties Pas Sees Light At The End Of The Tunnel

Umno Bersatu Ties Pas Sees Light At The End Of The Tunnel

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 379 hits
There will be ways to resolve the conflict between Umno and Bersatu PAS said today Its deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man told reporters in Pasir Mas Kelantan that all three parties must negotiate a solution God willing there will be li...
Pulak Dah Patut Pas Dok Pujuk Umno Bersatu Takut Hilang Jawatan La Tu

Pulak Dah Patut Pas Dok Pujuk Umno Bersatu Takut Hilang Jawatan La Tu

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 365 hits
NORA JAMILAHKakaakakakah menggelupur geng PeeEnd tengok lambang ni Mana korang pilih ging Testing testing Anwar Umno or DAP Amanah Atok mohon jawapan jujur
Pas Mahu Teruskan Hubungan Dengan Umno Dan Bersatu

Pas Mahu Teruskan Hubungan Dengan Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 266 hits
KUALA LUMPUR PAS komited untuk terus memantapkan hubungan dan kerjasama tiga serangkai utama parti Melayu dan Pribumi iaitu UMNO Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata untuk itu PAS meng...
Matcha Sofuto Sedap Jugalah

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Gaojing888 To 9 2568 888 Website 888 Gaojing888 Top 69 By Leif

Live22 12 Aug 2568 Live22 Top 41 By Norma Likeslot123 Com

Senarai Semua 17 Jenis Klasifikasi Perkhidmatan Sspa Penjawat Awam Terkini Pekeliling 2024

Sewerage Bills In Malaysia What Are You Really Paying For

Resipi Somtam Betik Muda Pedas Masam Manis Memang Sedap

Kalau Macam Ni Punya Meriah Order 1


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Evakuasi Juliana Marins Di Rinjani Dan Tantangan Nyata Operasi Sar Yang Tak Banyak Dipahami Publik

Samsung Bespoke Ai Kulkas Pintar Yang Jadi Pusat Kendali Rumah Modern

Senarai Bantuan Kerajaan Malaysia 2025

Huawei Matepad Pro 12 2

Anak Tak Nak Pergi Sekolah Cuba Fahami Dulu Sebelum Nak Melenting

Bun Cheese Gula Gebu Gebu