Umno Tidak Akan Musnah Sendiri



Seorang pemimpin Pemuda Umno hari ini menyangkal dakwaan bahawa parti itu akan musnah dengan sendirinya seperti andaian yang dibuat oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berhubung masa depannya.

“Umno tidak akan musnah seperti mana diharapkan cauvinis DAP. Bahkan saya boleh katakan dengan yakin bahawa kini Umno semakin kuat dan untuh,” kata Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Shah.

Dia mendakwa bahawa tidak seperti DAP yang sering meniup sentimen kebencian antara kaum, Umno bukan parti rasis tetapi sebaliknya menyatukan pelbagai kaum di bawah BN.

“Jika Lim tidak percaya, beliau boleh meminta Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan parlimen dibubarkan kemudian kita boleh lihat Umno atau DAP yang akan musnah,” katanya.
Mohd Hairi mendakwa bahawa rakyat sudah muak dan bosan dengan permainan politik DAP yang bersifat perkauman.

“Untuk pengetahuan Uncle Lim Kit Siang, rakyat (juga) sudah bosan dan marah dengan janji haprak Pakatan Harapan yang hanya sekadar penipuan untuk menumbangkan BN.

“Ini kerana kos sara hidup semakin mencengkam, harga barang tidak turun, harga minyak tak berubah, tol belum lagi dihapuskan, peluang pekerjaan untuk anak muda tak muncul-muncul, nilai matawang terus menjunam dan akhirnya manifesto diisytihar bukan kitab suci yang perlu dipatuhi,” katanya.

Menurut pemimpin Umno Johor itu, keanggotaan parti berkenaan semakin meningkat dan sokongan rakyat juga bertambah susulan kerjasama dengan PAS, walaupun Lim mendakwa sebaliknya.

“Orang Melayu, Bumiputera bersatu teguh di bawah panji perjuangan Umno yang sememangnya telah terbukti memperjuangkan agama dan tanah air sejak lebih 60 tahun. Begitu juga, sokongan rakyat semakin padu apabila Umno dan PAS menjalinkan taawun siyasi.
“Hakikatnya, PH khususnya DAP agak gusar dengan kerjasama Umno-PAS. DAP sedar akan kekuatan orang Melayu selaku kaum dominan akan bertambah utuh dan menjadi ancaman kepada mereka dalam PRU-15 nanti,” katanya.

Mohd Hairi mengulas kenyataan media Lim, semalam yang mengatakan bahawa beliau bersetuju dengan pendapat ahli parlimen Kepong Lim Lip Eng yang meminta kerajaan supaya tidak membatalkan pendaftaran Umno di sebalik salah laku beberapa pemimpinnya.

Lim yang juga shli parlimen Iskandar Puteri juga mendakwa bahawa selepas beberapa siri skandal rasuah, Umno kini berada dalam “peringkat lanjut proses memusnahkan dirinya apabila ia melancarkan kempen klepto-teokrasi bersama dengan PAS.”

Lim juga mengimbas kembali bagaimana DAP sebelum ini diugut dengan penggantungan pendaftaran berasaskan tuduhan kononnya pemilihan dalaman parti pada Disember 2012 dilaksanakan dengan cara yang tidak demokratik dan melanggar undang-undang.
Walau bagaimanapun, katanya, dendam tidak mempunyai tempat dalam politik dan berharap ahli-ahli dan pemimpin Umno tidak perlu menghadapi seksaan “hukuman mati” yang dihadapi oleh ahli-ahli dan pemimpin DAP selama lima tahun sebelum PRU14.

“Di dalam sebuah demokrasi, biarlah pengundi yang memilih sama ada mereka berhasrat untuk menghumban sesebuah parti politik itu ke dalam tong sampah.

“Kerana inilah saya bersetuju dengan Lim Lip Eng -- jangan batalkan pendaftaran Umno tetapi biarlah ia musnah dengan sendirinya,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/09/umno-tidak-akan-musnah-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Batalkan Pendaftaran Umno Biarlah Ia Musnah Dengan Sendiri

Jangan Batalkan Pendaftaran Umno Biarlah Ia Musnah Dengan Sendiri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 283 hits
Pada 4 September 2019Saya bersetuju dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng yang mana kerajaan tidak sepatutnya membatalkan pendaftaran UMNO kerana kesalahan para pemimpinnya Namun begitu politik kotor parti tersebut haruslah dibendung ...
Pru 15 Umno Atau Dap Yang Musnah

Pru 15 Umno Atau Dap Yang Musnah

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 309 hits
04 September 2019JOHOR BAHRU 4 Sept Sama ada UMNO atau DAP yang akan musnah dalam arena politik hanya diketahui apabila Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan secepat mungkin Justeru Ketua Pemuda UMNO negeri Mohd Hairi Mad...
Umno Jangan Hukum Mati Biaq Dia Mampuih Sendiri

Umno Jangan Hukum Mati Biaq Dia Mampuih Sendiri

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 529 hits
Saya bersetuju dengan Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng yang mana kerajaan tidak sepatutnya membatalkan pendaftaran UMNO kerana kesalahan para pemimpinnya Namun begitu politik kotor parti tersebut haruslah dibendung Saya percaya bahawa k...
Bertahun Kenal Tapi Tahu Nama Je Abang Photographer Akhirnya Jumpa Jodoh Bridesmaid Klien Sendiri

Bertahun Kenal Tapi Tahu Nama Je Abang Photographer Akhirnya Jumpa Jodoh Bridesmaid Klien Sendiri

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 298 hits
Sememangnya jodoh itu rahsia Allah Dia yang mengatur segala perjalanan hidup kita tentukan kita untuk bertemu dan bersatu Apa yang anda dapat itulah yang dinamakan takdir jangan mengeluh Umum mengetahui setiap manusia itu memerlukan pasanga...
Jujur Sebagai Kapten Saya Sangat Sedih Giliran Pemain Indonesia Luah Kekecewaan Dengan Perangai Penyokong Sendiri

Jujur Sebagai Kapten Saya Sangat Sedih Giliran Pemain Indonesia Luah Kekecewaan Dengan Perangai Penyokong Sendiri

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 449 hits
Jakarta Penjaga gol pasukan Indonesia Andritany Ardhiyasa menyuara kekesalan atas tindakan penyokong mereka yang mendekati penyokong Malaysia ketika pertandingan di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini semalam Menurut CNN Indonesia penyo...
Remaja Pintar It Raih Pendapatan Rm50 000 Daripada Perisian Dibangunkan Sendiri

Remaja Pintar It Raih Pendapatan Rm50 000 Daripada Perisian Dibangunkan Sendiri

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR 6 Sept bukan remaja sebarangan kerana dalam usianya yang baru menjangkau 14 tahun dia sudah mempunyai kira kira 400 pelanggan dan meraih pendapatan lumayan sebanyak RM50 000 daripada perisian yang dibangunkannya sendiri Perisia...
Orang Melayu Sendiri Kurang Sokong Peniaga Melayu

Orang Melayu Sendiri Kurang Sokong Peniaga Melayu

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 328 hits
Sinar Harian AHMED RAZMAN Kerajaan perlu main peranan menyediakan payung kepada peniaga Bumiputera kerana kita adalah majoriti Foto Sinar Harian SHAH ALAM Peniaga Melayu diakui masih tidak mendapat sokongan sepatutnya daripada komuniti send...
2 Bulan Buat Jualan Rm121 175 00 Tanpa Perlu Menjual Produk Sendiri

2 Bulan Buat Jualan Rm121 175 00 Tanpa Perlu Menjual Produk Sendiri

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 349 hits
Hai perkenalkan nama saya Rahman Basri Untuk pengetahuan anda saya dah jalankan bisnes online sejak 2009 lagi Mula mula meniaga dulu saya cuma menjual melalui Forum online dengan menyewa iklan banner post thread berbayar Masa tu Facebook ma...
14 Tempat Menarik Terkini Di Melaka Mesti Singgah Orang Melaka Sendiri Pun Tak Sampai Lagi

14 Tempat Menarik Terkini Di Melaka Mesti Singgah Orang Melaka Sendiri Pun Tak Sampai Lagi

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 852 hits
Melaka yang terkenal dengan slogan bandaraya bersejarah merupakan salah satu destinasi perlancongan menarik di Malaysia Terdapat lebih daripada 14 Tempat Menarik Di Melaka anda boleh kunjung sesuai seisi keluarga Datang Melaka tapi tak tahu...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia