Umno Terengganu Ulang Pendirian Tak Bersama Pas Dalam Pru15


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 8:18 am

Ahmad SaidUmno Terengganu sekali lagi menyuarakan pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam PRU15.

Menurut laporan Sinar Harian semalam, pengerusinya Ahmad Said juga akan merampas semula kerusi yang dimenangi Umno pada PRU lalu yang kini dipegang Bersatu, pada PRU akan datang.

Berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Kemaman pada Sabtu, dia berkata Umno akan bertanding di kesemua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN di Terengganu.

"Umno juga akan merampas semula kerusi Parlimen Hulu Terengganu daripada Bersatu pada PRU15 kerana kerusi itu sebelum ini merupakan kerusi tradisi milik Umno.

"Kita mahu ambil semula kerusi yang telah 'lompat' dan siapa yang mahu bertanding di situ perlu lawan dengan kita," katanya seperti dipetik.

Turut hadir di majlis itu adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek, yang merupakan bekas anggota Parlimen Kemaman.

Sinar Harian turut melaporkan lapan bahagian Umno Terengganu telah meluluskan usul menolak kerjasama dengan Umno.

Usul itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Usul Umno dalam masa terdekat, kata Badan Penerangan Umno Terengganu.

Terdahulu hari ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa 143 dari 191 bahagian Umno (74.8 peratus) mengusulkan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin pada PRU15.

Sementara itu, pemimpin parti dari Melaka, Perak, Kelantan, dan Pahang, menyatakan hasrat untuk merebut kembali kerusi yang dipegang anggota Parlimen yang telah berpaling tadah kepada Bersatu.

Pergeseran antara Umno dan PAS di Terengganu timbul susulan dakwaan yang Adun Umno tidak menerima peruntukan Covid-19 daripada pentadbiran PAS.

Ketika itu, Ahmad juga berkata kerajaan negeri tidak membahagikan peruntukan RM10 juta yang diberi kerajaan Pusat secara sama rata kepada Adun PAS dan Umno.

Bagaimanapun, dua hari kemudian, Ahmad berkata isu itu selesai selepas pertemuan dibuat dengan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bagaimanapun, pada Julai lalu, Ahmad berkata Umno akan meletakkan calon di semua kerusi - iaitu lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN - pada PRU15.

Ia selepas PAS mengatakan akan bertanding di enam kerusi Parlimen dan mempertahankan 22 kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU14.

Dalam ucapannya semalam, Ahmad sekali lagi membangkitkan isu pengagihan peruntukan daripada kerajaan Pusat.

“Saya bandingkan cara agihan yang diberikan kerajaan Pahang dan Perlis yang diterajui BN. Mereka mengagihkan sama rata sama ada wakil rakyat UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sebagainya kerana ia melibatkan hak rakyat.

“Tapi sini wakil rakyat UMNO hanya dapat peruntukan RM45,000 berbanding wakil rakyat Pas sebanyak RM350,000 dan RM305,000 kepada Pejabat Penyelaras DUN yang dikendalikan Pas," katanya seperti dipetik.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/umno-terengganu-ulang-pendirian-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

Pru15 Umno Hanya Bekerjasama Dengan Pas Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 302 hits
Noor Hidayah Tanziziam hmetro com myDATUK Seri Tajuddin Abdul Rahman disambut Wanita UMNO pada Mesyuarat Perwakilan Wanita Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Salak 2020 di Dewan Besar Pekan Baru Chenderong Balai Pasir Salak FO...
Muhyiddin Sudah Mula Bantu Pulihkan Imej Dap Di Kalangan Pengundi Cina Apa Pendirian Pemimpin Umno Dan Pas

Muhyiddin Sudah Mula Bantu Pulihkan Imej Dap Di Kalangan Pengundi Cina Apa Pendirian Pemimpin Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 347 hits
Ramai yang menyokong tindakan Kerajaan Perikatan Nasional tidak memberikan apa apa peruntukan kepada sekolah vernakular persendirian dalam Bajet 2021 Kalau mengikut perlembagaan kerajaan sememangnya tidak perlu memberikan apa apa bantuan ke...
Umno Pas Rebut Kerusi Alor Setar Pada Pru15 Laporan

Umno Pas Rebut Kerusi Alor Setar Pada Pru15 Laporan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 238 hits
Malaysiakini Umno dan PAS bersaing untuk bertanding kerusi parlimen Alor Setar pada pilihan raya ke 15 kata laporan Menurut Utusan Malaysia kerusi itu bakal menjadi rebutan Umno dan PAS yang saling menaruh keyakinan mempunyai peluang meramp...
Rundingan Dengan Pas Selesai Umno Bertanding 96 Kerusi Pada Pru15 Nazri Aziz

Rundingan Dengan Pas Selesai Umno Bertanding 96 Kerusi Pada Pru15 Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 276 hits
UMNO sudah selesai mengadakan rundingan kerusi bersama Pas dan akan bertanding sekurang kurangnya 96 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Perkara itu dimaklumkan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri...
Bukan Saja Umno Pas Pun Akan Mati Jika Memilih Bersama Bersatu Dalam Pru15 Nanti

Bukan Saja Umno Pas Pun Akan Mati Jika Memilih Bersama Bersatu Dalam Pru15 Nanti

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 283 hits
Secara umumnya UMNO memang tidak mahu bersama dengan Bersatu untuk menghadapi PRU akan datang dan perkara itu sudah pun ditekankan banyak kali oleh pimpinannya Pendirian UMNO ialah mereka hanya bersama dalam kerajaan PN sekarang sehingga Pa...
Sebagaimana Terengganu Umno Kelantan Juga Tolak Kerjasama Dengan Pas

Sebagaimana Terengganu Umno Kelantan Juga Tolak Kerjasama Dengan Pas

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 244 hits
Bagi Umno Kelantan Pas tidak pernah jujur dan ikhlas apabila mahu bekerjasama dengan mereka Kalau Pas itu jujur dan ikhlas dengan kita sepatutnya dia bagilah satu atau dua Exco kerajaan negeri Kelantan kepada kita Sebagaimana Terengganu Umn...
Pendirian Yang Betul Bagi Umno Ialah No Bersatu

Pendirian Yang Betul Bagi Umno Ialah No Bersatu

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 180 hits
Sebagaimana sudah agak kerap saya menulis sebelum ini hakikat bahawa baik Anwar Ibrahim atau DAP kedua duanya bukanlah musuh yang sebenar bagi UMNO ia kini nampaknya mula disedari Terbaru Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Ham...
Pas Tidak Kecil Hati Jika Ditinggalkan Umno

Pas Tidak Kecil Hati Jika Ditinggalkan Umno

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 193 hits
Pas tidak rasa kecil hati terhadap usul dikemukakan UMNO negeri untuk mengkaji semula kerjasama yang terbentuk antara kedua dua parti itu dalam Muafakat Nasional Timbalan Mursyidul Amnya Datuk Ahmad Yakob berkata Pas bersedia berdepan apa s...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas