Umno Sudah Jadi Perusahaan Komersial Berperangai Tamak Akhlak Hancur Berkecai Kata Ku Li


FMT Reporters
-September 21, 2021 6:37 PM
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengkritik partinya dan menyatakan beliau adalah ahli sebenar Umno yang ditubuhkan berasaskan perjuangan pada 1946.
PETALING JAYA: “Umno Baru” yang tertubuh pada 1988 kini sudah bersifat seperti “perusahaan komersial”, berperangai tamak, selain prinsip akhlak hancur berkecai, kata veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu turut menyatakan jiwanya masih setia bersama Umno yang tertubuh pada 1946.

“Saya tidak sekali-kali berhenti dan meninggalkan Umno asal. Saya pernah bertanding jawatan presiden pada 1987. Maka itu saya berhak mengaku diri saya sebagai wakil keperluan atau ‘agent of necessity’ untuk Umno yang ditubuh pada 1946 dan juga wakil terkanannya di Dewan Rakyat.

“Saya ini sebahagian asal daripada parti Umno di Parlimen dengan tujuan mengembalikan hak undang-undang dan keperlembagaan Umno dan membuat apa jua yang patut bagi mengembalikan kedudukannya di bidang politik nasional dan di dalam kepentingan nasional,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kita mungkin tidak sedar dan tidak bimbang sekiranya sistem demokrasi dipisahkan daripada Perlembagaan dengan cara perlahan-lahan.

“Pihak yang mahu mengekalkan kuasa tahu cara menganjurkan rampasan kuasa tanpa mengguna kekerasan angkatan bersenjata. Krisis perlembagaan dan krisis kehakiman 1988 adalah satu peringatan.

“Sekiranya kita tidak perbetul kerosakan yang telah berlaku itu sistem demokrasi kita pasti terjejas secara berkekalan, khususnya rakyat jelata tidak akan percaya lagi terhadap sistem politik dan pemimpin kita,” katanya.

Beliau yang selesa dipanggil Ku Li, berkata pengharaman Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 1948, membawa titik perubahan terhadap politik negara ini dengan penghijrahan beramai-ramai ahli PKMM ke Umno.

“Perubahan terhadap keahlian ini menghasilkan kesan penting kepada parti dengan kemasukan nilai-nilai ideal. Bagaimanapun para sejarawan masih belum mengkaji kesan perubahan ini. Hanya, Umno menjadi semakin nasionalistik dengan pengwujudan rancangan ekonomi dan sosial untuk memajukan kaum Melayu.

“Ia berjaya menarik yang terbaik dan paling cerdik untuk menerajui Umno. Dengan perkembangannya ke setiap pelusuk, ia merupakan bermulanya pensejarahan hebat parti. Umno juga mula mengembang sebagai badan mewakili orang Melayu dengan visi sejagat. Para ahli dan pemimpin memperkukuh kedudukannya dengan sumbangan kewangan. Di samping itu ahli-ahli amat menghormati para pemimpin dengan sifat ketulusan dan integriti mereka,” katanya.

Katanya, sebaliknya, Umno Baru menjadi parti kepada suatu golongan politik baru yang menyalahgunakannya untuk memperkaya diri. Ia mula bersifat seolah-olah seperti perusahaan komersial. Sekaligus ini merosakkan jiwa keMelayuan. Perangai tamak haloba mengatasi segala-galanya. Di samping itu prinsip akhlak hancur berkecai.

“Begitu juga halnya dengan mutu kelakuan mereka yang cuba meraih jawatan awam dan kuasa politik. Kehancuran ini amat terasa di bidang dasar ekonomi berkaitan dengan penswastaan “harta awam”, iaitu aset nasional untuk faedah rakyat jelata,” katanya.

Ku Li berkata, Umno tertubuh pada 1946 adalah suatu pergerakan dan bukan hanya sekadar nama sebuah parti politik.

“Sebenarnya Umno lebih besar daripada parti itu sendiri. Ia adalah pertubuhan yang mendukung parti. Umno adalah simbol politik lebih besar daripada parti atau keahliannya. Dalam tanggapan orang Melayu, Umno itu masih lagi sebuah pergerakan yang terdapat di setiap kampung, pekan dan bandar raya,” katanya.

Katanya, jika ‘ikon’ ini diketepikan, akan timbul kekosongan berbahaya yang boleh disalahguna oleh para populis dan oportunis.

“Oleh itu, Umno seharusnya mempertahankan kekukuhan politik yang dibinanya,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/umno-sudah-jadi-perusahaan-komersial.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 475 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Dap Okay Kerajaan Diterajui Umno Hingga Habis Penggal Kata Loke

Dap Okay Kerajaan Diterajui Umno Hingga Habis Penggal Kata Loke

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 264 hits
agendadaily com16 9 2021Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Seorang pemimpin DAP mendedahkan ia tidak menjadi masalah sekiranya kerajaan diterajui UMNO terus mentadbir sehingga habis penggal walaupun perjanjian Memorandum Pers...
Kalau Kata Spesis Umno Jangan Percaya Sangat

Kalau Kata Spesis Umno Jangan Percaya Sangat

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 207 hits
mhdaily netBajet 2022 9 wakil PH bermesyuarat dengan Kementerian KewanganSusulan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani antara parti Pakatan Harapan dan Kerajaan pada 13 hb September lalu MUH MUFIZ II PASTIKAN NKO ORANG DPT ...
Momokan No Anwar No Dap Tak Lagi Relevan Kata Ahli Mkt Umno

Momokan No Anwar No Dap Tak Lagi Relevan Kata Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 195 hits
September 12 2021 Puad Zarkashi berkata dengan termeterainya CSA berkenaan yang dijangka dibulatkan dalam tempoh terdekat permintaan PH sudah tentu akan dipenuhi dan diterima tanpa syarat PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Um...
Kegagalan Kerajaan Selepas Pru14 Paksa Umno Campur Tangan Kata Zahid

Kegagalan Kerajaan Selepas Pru14 Paksa Umno Campur Tangan Kata Zahid

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 267 hits
September 12 2021 5 20 PMAhmad Zahid Hamidi berkata fokus Umno ketika ini adalah menjadi parti yang mampu memenangi PRU15 dan mendapat mandat kukuh untuk kembali menerajui negara PETALING JAYA Umno terpaksa campur tangan dalam merombak dua ...
Anak Muda Serah Borang Keahlian Parti Siapa Kata Umno Sudah Tidak Lagi Relevan Pemuda Maran

Anak Muda Serah Borang Keahlian Parti Siapa Kata Umno Sudah Tidak Lagi Relevan Pemuda Maran

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 247 hits
Anak Muda Serah Borang Keahlian Parti Siapa Kata UMNO Sudah Tidak Lagi Relevan Pemuda Maran Dalam keadaan suasana politik yang masih belum pulih sepenuhnya UMNO terus mendapat tempat di kalangan anak anak muda dengan penyertaan mereka untuk...
Zahid Hamidi Kata Umno Selamatkan Negara Dari Kegagalan Betulkah

Zahid Hamidi Kata Umno Selamatkan Negara Dari Kegagalan Betulkah

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 230 hits
Zahid hamidi kata kegagalan kjaan PH selepas PRU14 memaksa Umno campurtangan Ok lepas kamu campurtangan berjayakah kerajaan PN yg kamu sokong itu Ternyata gagal Bukan kami saja kata gagal bahkan kamu dan Najib juga kata kjaan PN itu gagal E...
Umno Masih Bergelut Walaupun Dapat Jawatan Pm Kata Penganalisis

Umno Masih Bergelut Walaupun Dapat Jawatan Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 193 hits
September 24 2021 Menurut penganalisis untuk jangka pendek Umno perlu bersatu susun semula pemimpin yang ada integriti dalam barisan Majlis Tertinggi parti PETALING JAYA Kenyataan terbaharu Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Umno sudah bersifat...
Pencalonan Semula Najib Risiko Kepada Umno Kata Penganalisis

Pencalonan Semula Najib Risiko Kepada Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 256 hits
Mereka turut memberi amaran kesan terhadap imej bekas perdana menteri itu dalam kalangan pengundi Penganalisis politik memberikan amaran sebarang langkah yang diambil bekas perdana menteri Najib Razak untuk dicalonkan semula pada Pilihan Ra...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi