Hishammuddin Kena Ambil Inisiatif Jika Mahu Kembali Kata Ketua Umno Bahagian


 Sama ada mahu merayu, mahukan butiran terperinci atau tidak berpuas hati, Hishammuddin Hussein masih perlu menulis sendiri kepada Umno.
Hishammuddin Hussein tentu maklum tentang peraturan berkaitan kerana pernah menganggotai jawatankuasa disiplin Umno, kata seorang pemimpin akar umbi.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, sepatutnya kena ambil inisiatif sendiri jika mahu kembali ke Umno, menurut seorang pemimpin akar umbi
Sama ada bekas naib presiden Umno itu mahu merayu penggantungan keahlian, mahukan butiran terperinci atau tidak berpuas hati dengan perkara itu, Ketua Umno Bahagian Tebrau Abdul Halim Suleiman berkata Hishamuddin masih perlu menulis sendiri kepada parti.
“Jangan dijadikan gimik untuk minta simpati seolah-olah parti bersalah padahal dia tahu apa salahnya,” katanya kepada FMT.
Halim berkata Hishammuddin tentu maklum tentang peraturan berkaitan kerana pernah menganggotai jawatankuasa disiplin.
“Kalau dia minat nak kembali kepada Umno, dia mohonlah sendiri. Kenapa nak pertikai?” katanya.
Pada 3 Jul lalu, Umno Sembrong merayu pucuk pimpinan parti mengadili penggantungan keahlian bekas ketuanya, Hishammuddin Hussein mengikut proses dan amalan parti.
Ketuanya, Abdul Ghani Abdul Rashid, berkata proses itu termasuk kenyataan bertulis sebab penggantungan daripada lembaga disiplin, selain memberi peluang bekas ketua bahagian terbabit menjawab setiap pertuduhan terhadapnya.
Sebelum itu Umno Sembrong mengemukakan usul supaya pucuk pimpinan parti mempertimbangkan untuk menerima Hishammuddin semula, susulan mesyuarat agung bahagian pada 21 Jun.
Halim yang juga setiausaha parti peringkat negeri berkata beliau menghormati hak Umno Sembrong membuat usul berkenaan, namun Umno Johor tidak membuat apa-apa keputusan berhubung isu keahlian Hishammuddin ini.
“Menteri besar (Onn Hafiz Ghazi) pun tidak bincang untuk buat apa-apa keputusan,” katanya.
“Setakat ini, hanya bahagian Sembrong sahaja yang membuat usul berkaitan keahlian Hishammuddin, bahagian lain di Johor tidak ada.”
Hishammuddin sebelum ini dilaporkan enggan merayu kerana tidak tahu sebab keahliannya digantung enam tahun bermula Januari 2023.
Media memetik surat penggantungan itu melaporkan Hishamuddin digantung kerana melanggar Fasal 20.9 perlembagaan parti, tanpa butiran lanjut.
Isnin lalu, Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata majlis kerja tertinggi Umno boleh mempertimbangkan sebarang rayuan dikemukakan mana-mana ahli dikenakan tindakan disiplin.
Ia selepas Presiden Zahid Hamidi mengumumkan pihaknya belum menerima sebarang rayuan atau permohonan rasmi daripada mana-mana ahli untuk menyertai semula Umno. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/07/hishammuddin-kena-ambil-inisiatif-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Titah Adendum Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Jika Najib Pun Dinafikan Apalah Lagi Nasib Rakyat Biasa

Titah Adendum Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Jika Najib Pun Dinafikan Apalah Lagi Nasib Rakyat Biasa

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 126 hits
KUANTAN Jika hak seorang pemimpin negara pun boleh dinafikan tidak mustahil rakyat marhaen akan terus dipinggirkan dan dizalimi tanpa pembelaan Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Kamil Ibrahim yang mengecam tindakan Jabatan Peguam ...
Umno Sembrong Mahu Hishammuddin Diadili Ikut Proses Betul

Umno Sembrong Mahu Hishammuddin Diadili Ikut Proses Betul

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 128 hits
Ketuanya Abdul Ghani Abdul Rashid berkata jika benar ada pelanggaran disiplin ia perlu dibuktikan melalui proses telus seperti diamalkan parti sejak dulu Bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein mendakwa sehingga kini beliau tidak dima...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 241 hits
SHAH ALAM Polis mengesahkan tiada sebarang unsur khianat dikesan dalam siasatan insiden letupan gas yang menggemparkan penduduk Putra Heights Subang Jaya pada 1 April lalu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil siasatan ...
Calon Ketua Cabang Lenggong Lapor Ros Dakwa Pemilihan Pkr Tak Telus

Calon Ketua Cabang Lenggong Lapor Ros Dakwa Pemilihan Pkr Tak Telus

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 137 hits
B Nantha KumarSeorang calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Lenggong membuat laporan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan berhubung dakwaan ketidaktelusan dan ketidakadilan dalam proses serta keputusan pemilihan parti di cabang berkenaan Ah...
Ketua Polis Negara Potong Q Ini Fakta Bukan Fitnah

Ketua Polis Negara Potong Q Ini Fakta Bukan Fitnah

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 122 hits
Isu pelantikan Dato Sri Mohd Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara ke 15 kononnya potong Q daripada Ketua Cawangan Khas jadi KPN terus itu naratif dangkal dan malas semak fakta sejarah Pelantikan beliau BUKAN KES PERTAMA Ini senarai toko...
Ketua Hakim Negara Bukan Dipecat Tapi Bersara Ini Bezanya Reformasi Anwar Dan Diktator Mahathir

Ketua Hakim Negara Bukan Dipecat Tapi Bersara Ini Bezanya Reformasi Anwar Dan Diktator Mahathir

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 173 hits
1 Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan bersara wajib sebagai Ketua Hakim Negara Tiada pemecatan Tiada tekanan Tiada tangan ghaib 2 Ini bukan 1988 Ini bukan zaman Tun Salleh Abas dipecat secara zalim oleh diktatorTum Mahathir atas nama kuasa 3 In...
Ini Manusia Bersekongkol Tutup Dewan Rakyat Dulu Dia Tunggang Parti Isu Ketua Hakim Nak Percaya Kah Parti Hipokrit Ni

Ini Manusia Bersekongkol Tutup Dewan Rakyat Dulu Dia Tunggang Parti Isu Ketua Hakim Nak Percaya Kah Parti Hipokrit Ni

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 132 hits
Sham Ghaz Sambung Tun Maimun Ketua Hakim Negara PAS HIPOKRIT Masa Tun Maimun mengetuai panel Mahkamah Persekutuan bagi kes Nik Elin Zurina Anor ketika menjatuhkan keputusan 8 1 pada 9 Februari 2024Habis segala MAKI HAMUN keluar dari mulut P...
42 Penjawat Awam Wanita Mohon Cerai Lepas Disahkan Kakitangan Tetap

Trump Akan Semak Semula Kadar Tarif Pm Anwar

Real Talk Tng E Wallet Is Making Slot Play In Malaysia Way More Fun

Step Aside Trump Let Pmx Take Home The Nobel Peace Prize For Keeping Asean Intact

Start A Business On A Minimal Budget

Festival Filem Raintown Kembali Raikan Keindahan Taiping Menerusi Sinema Malaysia

Bomba Guna Helikopter Padam Kebakaran Hutan Di Mukah

Don T Just Follow Along With Draconian Laws Muhyiddin Tells Cops


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Pelantikan Pengerusi Pkr Negeri

Throwback Makan Kat Santuy Thai Bbq Steamboat Seri Alam Johor

Tidur Lena Nikmat Rehat Diwaktu Malam

Merungkai Segenap Dimensi Paku Langsuyar Botani Sosial Dan Nilai Ekonomi

Salam Jumaat

Maksud Ucapan Jazakallahu Khayran