Umno Selangor Mahu Perkukuh Muafakat Nasional Bersama Pas


malaysiakini.com

Diterbitkan: Dec 11, 2021 6:37 PM

Umno Selangor mahu mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS di negeri itu, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Tan Sri Noh Omar berkata kedua-dua parti itu perlu bekerjasama dan tidak bertembung sesama sendiri ketika PRU15, bagi merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH).

“Jangan bertembung...kalau ini berlaku saya bimbang orang lain akan menang di Selangor, kerana pecahan pengundi Melayu dan bukan Melayu di negeri ini hampir sama. Elakkan bertanding tiga penjuru.

“Salah satu sebab (Umno) banyak menghadapi kekalahan yang tidak disangka (PRU14 lalu) adalah kerana faktor itu.

"Pengundi Melayu khususnya berpecah pada tiga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita Umno Bahagian Tanjong Karang hari ini.

Noh berkata beliau pernah menyatakan mengenai perkara berkenaan kepada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada awal tahun ini.
Di Negeri Sembilan, nada sama disuarakan Ketua Umno Bahagian Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias yang mahu MN diperkukuhkan bagi menghadapi PRU15, kerana kejayaan hasil gabungan Umno dan PAS telah terbukti dengan tujuh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil sebelum ini.

“MN perlu diperkukuhkan bagi menghadapi PRU15...kecuali ada beberapa kawasan yang tidak ada titik pertemuan antara Umno dan PAS, itu perlu diserahkan kepada kepimpinan bagi mencapai muafakat,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Jelebu dan mesyuarat ketiga-tiga sayap parti itu hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno turut mencadangkan pemilihan parti bagi penggal 2021-2023 diadakan lebih awal, bagi mempersiapkan parti menghadapi PRU15.

Di Johor, Pemuda Umno Bahagian Tebrau pula mencadangkan supaya jawatan Ketua Pemuda Umno Pusat disandang individu berusia bawah 40 tahun, susulan pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas telah diwartakan dan akan berkuat kuasa pada 15 Dis ini.

Ketua Pemudanya Fauzi Faizal berkata usul itu dilihat penting, bagi penjenamaan semula serta ‘meremajakan’ parti itu sekali gus menarik minat golongan muda untuk memilih Umno pada PRU15 akan datang.

Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian berlangsung selama dua hari bermula hari ini sebelum disusuli Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian pada 18 Dis ini.

Perhimpunan Agung Umno 2021 pula dijadual diadakan selama tiga hari bermula 13 Jan tahun hadapan.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/umno-selangor-mahu-perkukuh-muafakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tolak Muafakat Nasional Jika Umno Enggan Terima Bersatu Sertai Gagasan Itu

Pas Tolak Muafakat Nasional Jika Umno Enggan Terima Bersatu Sertai Gagasan Itu

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 225 hits
LARUT PAS menolak Muafakat Nasional jika UMNO enggan menerima BERSATU dan badan bukan kerajaan menyertai gagasan itu Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata berdasarkan piagam MN kedua dua parti itu sedia menerima parti lain termasuk ...
Presiden Pas Muafakat Nasional Belum Mati Hubungan Masih Boleh Di Selamatkan Lagi

Presiden Pas Muafakat Nasional Belum Mati Hubungan Masih Boleh Di Selamatkan Lagi

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 152 hits
KUALA LUMPUR Boleh selamatkan lagi hubungan Muafakat Nasional ia masih hidup lagi demikian menurut Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menjawab pertanyaan media mengenai kedudukan MN yang ditubuhkan bersama UMNO pada 14 September 2019 Men...
Bukti Umno Tidak Khianati Piagam Muafakat Nasional

Bukti Umno Tidak Khianati Piagam Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 294 hits
Berikut diperincikan kronologi berfakta berpandukan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional bagi menyangkal tuduhan bahawa UMNO mengkhianati Piagam Muafakat Nasional Setiap keputusan besar politik dibincangkan dalam Mesyuarat J...
Pas Tolak Mn Bererti Mereka Tidak Sudi Kerusi Pm Jatuh Kepada Umno

Pas Tolak Mn Bererti Mereka Tidak Sudi Kerusi Pm Jatuh Kepada Umno

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 142 hits
Apa yang sebahagian besar daripada kita faham ialah sebab utama Pas menolak Muafakat Nasional atau MN adalah semata mata kerana UMNO enggan menerima Bersatu menyertai gabungan itu Difahami juga pendirian Pas itu bukan saja kerana parti Isla...
Serangan Terhadap Pas Hanya Dari Beberapa Individu Dalam Umno

Serangan Terhadap Pas Hanya Dari Beberapa Individu Dalam Umno

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 266 hits
MALAYSIA POST SEORANG pemimpin PAS mengakui parti itu terasa hati dengan serangan serta perbuatan Umno terhadap PAS dalam isu berkaitan kedudukan Muafakat Nasional Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat Mokhtar Senik berkata PAS jug...
Umno Makan Terung Pas Makan Kerang Umno Kaki Pembohong Pas Kaki Temberang

Umno Makan Terung Pas Makan Kerang Umno Kaki Pembohong Pas Kaki Temberang

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 169 hits
Umno langgar piagam MN Mat Hasan tempelak HadiTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa Umno memungkiri piagam Muafakat Nasional sebagai tersasar Ini selepas Abdul Hadi mendakwa punca PAS ...
Umno Pas Harus Berhenti Menegakkan Benang Basah Umum Saja Kematian Mn Secara Rasmi

Umno Pas Harus Berhenti Menegakkan Benang Basah Umum Saja Kematian Mn Secara Rasmi

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 164 hits
Meskipun sudah jelas dan tidak sukar memahami tentang pendirian Pas yang tidak mahu lagi bersama UMNO melalui Muafakat Nasional masih terdapat segelintir pihak daripada kedua dua parti yang mahu permuafakatan itu dikekalkan atau setidak tid...
Kah Kah Kah 3 Kali Gelak Baru Padan Muka Umneno Hadi Bagi Amaran Pada Umno Kalau Degil Lagi Pas Akan Lawan

Kah Kah Kah 3 Kali Gelak Baru Padan Muka Umneno Hadi Bagi Amaran Pada Umno Kalau Degil Lagi Pas Akan Lawan

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 200 hits
December 5 2021 Pas menolak gagasan Muafakat Nasional kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata berdasarkan piagam MN dua parti itu sedia meneri...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Mitarashi Dango

Anak Lelaki Cenderung Ada Autisme 4 Kali Ganda Dari Perempuan Dr Say Kongsi Faktanya