Umno Makan Terung Pas Makan Kerang Umno Kaki Pembohong Pas Kaki Temberang


 







Umno langgar piagam MN: Mat Hasan tempelak HadiDecember 6, 2021 2:10 pmTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menyifatkan dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa Umno memungkiri piagam Muafakat Nasional (MN) sebagai tersasar.
Ini selepas Abdul Hadi mendakwa punca PAS enggan bersama Umno adalah kerana ia telah melanggar piagam MN apabila enggan menerima Bersatu bersama dalam gabungan itu.
Mohamad dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan PAS bahawa MN tidak ditubuhkan dengan matlamat Bersatu mesti menjadi sebahagian daripadanya.
“Malah salah satu sebab MN itu dibidani kelahirannya ialah untuk menentang Pakatan Harapan (PH). Bersatu adalah komponen PH waktu itu.
“Justeru untuk memaksa Umno menerima Bersatu adalah bercanggahan dengan semangat sebenar MN itu diasaskan,” katanya.
Abdul Hadi semalam berkata ketika MN ditubuhkan, piagam atau perjanjian yang dibuat menyatakan bahawa gabungan itu boleh menerima parti-parti lain termasuk Bersatu.
Namun, kata Abdul Hadi, apabila sampai peringkat pelaksanaan terdapat dalam kalangan pimpinan Umno yang mahu PAS dengan Umno sahaja.
“Itu sudah lari daripada perjanjian. Kita berpegang pada perjanjian. Dia tak boleh menyalahkan PAS, nak suruh PAS dengan Umno sahaja tak boleh, sebab kita dah berjanji dengan parti-parti lain,” kata Abdul Hadi seperti dilapor Malaysiakini..
Sementara itu, meskipun mengakui bahawa MN harus memayungi semua orang Melayu, Mohamad berkata, sesiapa jua yang ingin menyertai MN mestilah serasi dengan kepentingan Umno dan PAS.
“Piagam MN pula mestilah ditafsirkan selari dengan realiti politik semasa Umno dan PAS. Kerana itu Umno tidak pernah mengajak PKR, Amanah, Putra ataupun Pejuang untuk menyertai MN, walaupun mereka juga sebahagian dari ummah yang berkepentingan. Jujurnya kerana Umno tidak mahu menyinggung PAS.
“PAS dan seluruh Malaysia telah arif bahawa perwakilan dalam Perhimpunan Agong Umno memutuskan bahawa Umno tidak akan melakukan apa jua kerjasama dengan Bersatu. Umno terikat dengan pendirian ini.
“Jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima, sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baru dalam MN,” kata Mohamad.
Selain itu, kata Adun Rantau itu lagi, piagam MN adalah persefahaman yang tidak mengikat dan MN tidak didaftarkan kerana Umno mahu orang Melayu melihatnya sebagai wadah untuk semua, dan bukan instrumen politik Umno dan PAS semata-mata.
“Jadi janganlah dek kerana Umno tidak mahu menerima Bersatu, MN itu PAS tinggalkan.
“Kepentingan orang Melayu dan Islam itu jauh lebih besar dari kepentingan Bersatu menyertai MN.
“Jadi, janganlah kita melakukan sesuatu yang akhirnya akan menjauhkan lagi orang Melayu daripada MN.
“Semoga presiden PAS akan terus bersama Umno dalam meneroka pelbagai dimensi baru dalam membangunkan keberdayaan bangsa Melayu, insya-Allah,” katanya.
Piagam MN dimaterai antara PAS dan Umno di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Disember 2019 ketika Bersatu masih sebahagian kerajaan dalam PH.
Bersatu kemudian meninggalkan PH dan memainkan peranan penting dalam ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kejatuhan kerajaan gabungan itu pada Feb 2020.
Bersatu seterusnya bersama pembangkang dan wakil rakyat yang lompat parti ketika itu membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin Yassin.
Meskipun masih bersama MN yang dianggotai Umno, PAS kini dilihat lebih cenderung kepada PN, seperti yang dapat dilihat pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.
Pada 2 Disember lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menjelaskan status kerjasama Umno dan PAS dalam MN akan ditentukan oleh 191 bahagian parti itu yang mula bersidang pada 18 Disember ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/umno-makan-terung-pas-makan-kerang-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Makan Sahabat Lah Masa Lain Tipu Kiri Kanan Tegur Veteran Pas Kepada Umno

Masa Makan Sahabat Lah Masa Lain Tipu Kiri Kanan Tegur Veteran Pas Kepada Umno

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 286 hits
gemilangdaily comMasa makan sahabat lah masa lain tipu kiri kanan tegur Veteran Pas kepada Umno Veteran Pas Kelantan Abdul Fatah Harun menyifatkan persahabatan antara Umno dengan Pas hanya ketika makan sahaja Tetapi dalam pentadbiran Pas di...
Ph Umno Sependapat Terengganu Perlu Diselamatkan Dari Pas

Ph Umno Sependapat Terengganu Perlu Diselamatkan Dari Pas

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 151 hits
MALAYSIA DATELINEPakatan Harapan Terengganu menzahirkan rasa tanggungjawab bagi memastikan Terengganu terus membangun dan kemajuan negeri tidak terbantut oleh pemerintahan kerajaan Pas hari ini Pengerusinya Raja Bahrin Shah berkata ekoran i...
Pas Buat Keputusan Tolak Mn Kerana Umno Mungkir Janji

Pas Buat Keputusan Tolak Mn Kerana Umno Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 264 hits
agendaily com4 12 2021Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menolak gagasan MN kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui PAS hari ini membuat kenyataan terbuka yang menolak Muafakat Nasional kerana mendakwa UMNO ...
Rentasan 1019 Gempar Kini Pas Terbukti Hanya Diperguna Umno

Rentasan 1019 Gempar Kini Pas Terbukti Hanya Diperguna Umno

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 142 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10191 PAS UMPAMA TIKUS JATUH KE BERAS HUSAM 2 BUDAYA LANTIK KELOMPOK ELIT POLITIK KERAJAAN KELUARGA 69 LEBIH DAHSYAT 3 TOLONGLAH HARGA MAKANAN BENAR BENAR NAIK
Amanah Says Can Work With Umno In Terengganu To Topple Pas State Govt

Amanah Says Can Work With Umno In Terengganu To Topple Pas State Govt

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 217 hits
Amanah s Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad says there is room for discussions as long as their interests are aligned Pakatan Harapan s Terengganu chapter led by Amanah is open to working with Umno in the next general election to prevent a...
Tidak Ada Beza Pun Antara Pas Umno Bersatu

Tidak Ada Beza Pun Antara Pas Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 230 hits
MOHAMED HANIPA MAIDINPetang tadi terpandang dalam WA mesej ini Salam YB Saya Juani wartawan Utusan Malaysia Boleh saya minta komen berkenaan wajah sebenar Pas yang pilih bulu dalam rakan kerjasama politik Dulu dengan PKR dan DAP selepas den...
Umno Breached Deal For Open Mn Alliance Says Pas Chief

Umno Breached Deal For Open Mn Alliance Says Pas Chief

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 169 hits
PAS president Abdul Hadi Awang said Umno breached the Muafakat Nasional charter by not allowing other parties into the alliance PETALING JAYA PAS rejected Muafakat Nasional because Umno had violated the charter agreed upon by both parties d...
Setuju Tak Kalau Ajak Amanah Bersama Pemimpin Umno Bagi Soalan Maut Pada Pas

Setuju Tak Kalau Ajak Amanah Bersama Pemimpin Umno Bagi Soalan Maut Pada Pas

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 212 hits
perakinsights com Pemimpin Umno Shamsul Anuar Nasarah bertanya kepada PAS adakah parti itu bersetuju jika Amanah diajak bersama dalam usaha memperkukuh agenda penyatuan ummah Bekas menteri itu berkata kenyataan Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaar...
Kah Kah Kah 3 Kali Gelak Baru Padan Muka Umneno Hadi Bagi Amaran Pada Umno Kalau Degil Lagi Pas Akan Lawan

Kah Kah Kah 3 Kali Gelak Baru Padan Muka Umneno Hadi Bagi Amaran Pada Umno Kalau Degil Lagi Pas Akan Lawan

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 201 hits
December 5 2021 Pas menolak gagasan Muafakat Nasional kerana UMNO tidak mengikut piagam yang dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata berdasarkan piagam MN dua parti itu sedia meneri...
Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Bimbang Tentang Keselamatan Anak Anda Ketika Naik Motorsikal Dapatkan Helmet Ltd J

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution

Kad Bank Malaysia Support Apple Pay Google Pay

Wanita Masih Hidup Ada Kubur Sendiri

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Private Hospitals Ready To Receive Cardiac Surgery Patients From Serdang Centre



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Drama Nuh Dan Nayla

Ita Medin Wai Setak Nyin Chord

Anneth Pandai Bicara Chord

Himpunan Soal Jawab Qurban Sempena Hari Raya Aidiladha

Hijau Biru Purple Mata Hitamku

What S Behind The Security Warnings For Pride Events